You are on page 1of 3

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS 1. Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. 2.

Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor. Matlamat utama: i. ii. iii. iv. untuk menyelamat nyawa mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk mengurangkan kesakitan. sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

PERINGKAT Dewasa

BILANGAN SEMINIT 15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn

22-25 kali

Bayi

35-40 kali

BILANGAN NADI SESEORANG PERINGKAT Dewasa BILANGAN SEMINIT 70-80 kali

Kanak-kanak

90-100 kali

Bayi

100-140 kali

CARA MEMERIKSA NADI

KAEDAH CPR Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A. Airway (saluran pernafasan) B. Breathing (pernafasan) C. Circulation (peredaran darah) A AIRWAY

(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

B BREATHING

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. C CIRCULATION

Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

You might also like