You are on page 1of 3

Bahaya homoseksual dan lesbian

Ibnu Wan Hussin


Tue | Jul 03, 07 | 03:49:40 PM
Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah
menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan
lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang
berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak
hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah
kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan
nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang
melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan
“fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap
kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan
Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;


“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang
menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh
dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-
Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis


Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman
yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Di dalam kitab kanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id Haji
Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka
yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang
sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan
dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai
jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37).

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda
Nabi s.a.w.;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”
(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi s.a.w. ;
“Barang siapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan
yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada
pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

Amalan seks sejenis boleh membinasakan negara


Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada
menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang
mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;
“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan
oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang
menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan
menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami.
Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut
telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap
mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah
menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan
negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;
“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu
diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan
batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan
seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh
menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam.
Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada
dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak
ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di
sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah
melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu
sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com. my pada 30 Julai 2005,
dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

Penutup
Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi
satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan
perkara-perkara yang menjijikkan.

Maka, dengan keadaan inilah, Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor,
menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam
dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit social yang membimbangkan.

Ketua lajnah keahlian & Ulama Pelapis


Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

You might also like