You are on page 1of 12

Asas Pentadbiran Awam

BAB 1

PENGENALAN PENTADBIRAN AWAM

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan pentadbiran awam.
2. Membezakan antara pengurusan dan pentadbiran.
3. Membezakan antara pengurusan awam dan pengurusan sektor
swasta.
4. Menjelaskan skop pengurusan awam.
5. Menerangkan elemen-elemen penting dalam pengurusan awam.

1.1 PENGENALAN

Asas Pentadbiran Awam ini memberi tumpuan kepada pentadbiran


awam dalam konteks amalan di Malaysia. Pentadbiran ialah perlaksanaan
sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai matlamat tertentu.
Contohnya, pentadbiran sesebuah negara adalah bertujuan mencapai
kesejahteraan ekonomi, politik, dan sosial.

Perkataan pentadbiran dan pengurusan sering menimbulkan kekeliruan,


terutamanya dari segi makna dan pemahamannya. Malahan dalam
keadaan tertentu, kedua istilah ini di guna secara bertukar ganti.
Sebenarnya, terdapat kata kunci yang boleh dikenal pasti bagi
menunjukkan perbezaan di antara keduanya.

Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses yang menyatukan sumber-


sumber dan menggunakannya melalui proses-proses perancangan,
pengorganisasian, penstafan, pengarahan, pengawalan, dan belanjawan,
ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Ini jelas dengan
kenyataan Donnelly et al. (1992:5), proses pengurusan melibatkan
penyelarasan berbagai aktiviti untuk mendapat hasil yang tidak mampu
dicapai oleh individu yang bertindak secara sendirian.

1
Asas Pentadbiran Awam

Untuk memudahkan lagi pemahaman, kita mengambil contoh


pentadbiran yang bertujuan mencapai kesejahteraan negara. Dalam
usaha mencapai matlamat kesejahteraan tersebut, sumber manusia dan
kewangan perlu diurus dengan cekap dan berkesan.

1.2 PENTADBIRAN AWAM

Gordon dan Milakovich (1995:6), mendefinisikan pentadbiran awam


sebagai segala proses, organisasi, dan individu yang terlibat dalam
perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau
dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di
samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan
peraturan yang berkenaan.

Dimock et al. (1983:5) pula mendefinisikan pentadbiran awam sebagai


satu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak rakyat. Ini juga selari dengan pendapat Woodrow Wilson
(Dimock dan Dimock 1964:3) yang melihat pentadbiran awam sebagai
perlaksanaan atau menjalankan urusan kerajaan demi mencapai matlamat
memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan cita rasa
rakyat.

Manakala Ahmad Atory (1983:1) memetik dua definisi klasik dari Dwight
Waldo yang mengatakan pentadbiran awam sebagai:

(i) Sebuah organisasi yang mengrus manusia dan benda-benda


untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan.
(ii) Satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat
dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau negara.

Oleh yang demikian, jelas bahawa pentadbiran awam adalah sebuah


badan yang akan melaksanakan pentadbiran negara, melalui dasar-dasar
dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam sesebuah negara.
Untuk mencapai matlamat pentadbiran, segala aktiviti dan sumber yang
digunakan adalah diurus melalui dua bentuk pengurusan, iaitu
Pengurusan awam dan pengurusan swasta.

(a) Pengurusan Awam

Pengurusan awam adalah satu proses menyatukan sumber-sumber dan


menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai matlamat
kebajikan sosial. Pengurusan awam biasanya bermotifkan kebajikan sosial
(service-oriented) dan kurang mementingkan keuntungan. Ia berperanan

2
Asas Pentadbiran Awam

melaksanakan polisi-polisi awam secara langsung dan keputusan-


keputusan yang dibuat oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu,
pengurusan awam terletak di bawah kawalan secara langsung oleh
kerajaan. Pengurusan awam juga biasanya dikenali sebagai perkhidmatan
awam.

(b) Pengurusan Swasta

Pengurusan swasta adalah satu proses menyatukan sumber-sumber dan


menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai matlamat
organisasi. Pengurusan swasta ini biasanya mementingkan keuntungan
(profit-oriented). Pengurusan swasta berada di luar kawalan langsung
kerajaan. Konsep pengurusan swasta perlu mengikut garis panduan atau
polisi-polisi kerajaan, tetapi dalam menjalankan operasi ia lebih mengikut
keputusan yang dibuat sendiri melalui Lembaga Pengarah ataupun
pemegang-pemegang syer organisasi tersebut.

Individu yang terlibat dalam pengurusan awam dan swasta dikenali


sebagai pentadbir dan pengurus. Adakah anda tahu dan faham perbezaan
antara pentadbir dan pengurus? Mari kita lihat perbezaan kedua-dua
istilah ini.

1. Pentadbir (Administrator)

Seseorang pentadbir awam wajar `melakukan sesuatu yang sepatutnya' (do


right things). Ini disebabkan oleh segala tindakan yang dilakukan oleh
seorang pentadbir awam adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan
oleh pihak yang berautoriti dan bertanggungjawab. Contohnya, segala
tindakan seorang pegawai awam mestilah berdasarkan polisi-polisi dan
peraturan seperti akta, prosedur (tatacara), pekeliling, dan arahan.

Seseorang pegawai awam hanya boleh bertindak dalam bidang kuasanya


(intra-vires) walaupun tindakan yang diambil itu adalah tidak popular
kepada kumpulan sasaran. Pegawai-pegawai awam mempunyai laluan
kerjaya yang agak terhad kerana ditentukan berdasarkan senioriti.

2. Pengurus (Manager)

Pengurus lebih merujuk kepada pentadbir di sektor swasta. Seseorang


pengurus biasanya mengatur sumber-sumber mengikut kehendak dan
keperluan organisasi (do things right). Ini disebabkan dalam sektor swasta,
pengurus-pengurus lebih mempunyai autonomi untuk membuat

3
Asas Pentadbiran Awam

keputusan yang akan memberi keuntungan kepada organisasi. Biasanya


kuasa seseorang pengurus tiada had demi kebaikan organisasi.

Dalam sektor swasta tidak ditekankan konsep melebihi bidang kuasa


(ultra-vires). Seseorang pengurus boleh menunjukkan kebolehan dan
kreativiti untuk menyumbangkan idea-idea yang boleh memberi
keuntungan kepada organisasi. Pengurus-pengurus sektor swasta
biasanya mempunyai laluan kerjaya yang lebih baik, kerana peningkatan
dalam kerjaya mereka lebih didasarkan kepada kemahiran, pengetahuan
dan keupayaan (skills, knowledge, and abilities).

Adakah anda faham dengan istilah autoriti dan


autonomi? Apakah perbezaannya?

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Nyatakan definisi-definisi lengkap untuk


menunjukkan perbezaan di antara penguursan
awam dan pengurusan swasta.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3 SKOP PENGURUSAN AWAM

Pengurusan awam merupakan satu bentuk pengurusan yang berada yang


berada dalam pentadbiran awam. Pengurusan awam atau lebih dikenali
sebagai perkhidmatan awam berfungsi melaksanakan dasar-dasar awam
kerajaan. Di Malaysia, perkhidmatan awam merupakan satu badan yang
sah di sisi undang-undang (legitimate) kerana ianya ditubuhkan di bawah
peruntukan Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuk, iaitu


pengurusan sumber manusia dan pengurusan sumber bukan manusia.

(a) Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia melibatkan proses-proses pengambilan,


perancangan, pembangunan, dan hubungan antara sumber manusia

4
Asas Pentadbiran Awam

dalam sektor awam. Proses-proses sumber manusia melibatkan aktiviti-


aktiviti seperti pengrekrutan, pemilihan, latihan dan pembangunan,
pentadbiran pampasan dan faedah, gaji dan upah, hubungan perusahaan,
dan disiplin kakitangan sektor awam.

(b) Pengurusan Sumber Bukan Manusia

Di dalam apa jua bentuk organisasi, pengurusan sumber bukan manusia


juga merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian. Ini disebabkan
dengan semata-mata menguruskan sumber manusia tidak boleh
menjamin organisasi akan mencapai matlamatnya. Dalam sektor awam,
pengurusan sumber bukan manusia adalah melibatkan beberapa aspek
pengurusan, iaitu pengurusan kewangan, pengurusan projek, dan
pengurusan aset.

1. Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan sektor awam merujuk kepada pentadbiran sistem


kewangan negara dengan melihat kepada aspek belanjawan dan dasar-
dasar kewangan (fiskal) negara. Pengurusan kewangan penting diberi
perhatian kerana ia boleh memberi satu petunjuk (indicator) tentang
prestasi ekonomi negara. Ia juga boleh memberi gambaran sejauh mana
sesebuah negara merangka strategi ekonominya untuk terus hidup
(survive) dalam jangka panjang.

Contohnya, sesebuah negara boleh menggunakan strategi melalui


belanjawan atau dasar-dasar kewangan bagi menangani masalah
kemelesetan ekonomi yang dijangka untuk satu masa akan datang.

2. Pengurusan Projek

Pengurusan projek adalah merujuk kepada pelaksanaan dan pentadbiran


sesebuah projek awam yang bermula dari tahap cadangan awal
(conceptualization) hinggalah ke tahap penilaian terhadap pencapaian
matlamat yang ditetapkan.

Menurut Michael dan Burton (1995:6), adalah penting untuk memastikan


agar pengurusan projek berjaya kerana ia menggambarkan kejayaan
terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Pengurusan projek perlu
menggunakan teknik paling berkesan untuk menyelesaikan projek
mengikut standard ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.

5
Asas Pentadbiran Awam

3. Pengurusan Aset

Pengurusan aset adalah merujuk kepada pentadbiran aset tetap dan aset
tidak tetap kerajaan. Aset-aset tetap adalah merujuk kepada aset-aset
tidak berubah seperti bangunan, jentera, kenderaan, dan tanah yang
merupakan barangan modal bagi sesebuah organisasi. Manakala aset-aset
tidak tetap adalah merujuk kepada aset berubah seperti pendapatan,
pulangan, dan terimaan kerajaan yang bergantung kepada prestasi
ekonomi semasa.

Pengurusan aset adalah penting dan perlu diberi perhatian kerana ia akan
menunjukkan kecekapan organisasi dalam menguruskan segala harta
benda organisasi kerana ianya dikaitkan dengan faktor-faktor kos seperti
melibatkan penyelenggaraan dan perkhidmatan barangan modal, susut
nilai, serta faedah-faedah atas pinjaman jangka panjang.

1.4 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM


PENGURUSAN AWAM

Seperti yang dibincangkan, pengurusan awam berfungsi melaksanakan


segala dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, jelas wujudnya badan yang lebih
tinggi yang memberikan autoriti kepada pengurusan awam untuk
melaksanakan segala fungsi berkenaan. Terdapat dua elemen penting
yang menjadi garis panduan untuk dipatuhi oleh pengurusan awam, iaitu
kawalan dan pelaksanaan.

1. Kawalan

Kawalan dilakukan bertujuan untuk memastikan agar segala tindakan


yang dibuat dalam bidang kuasa, dihalakan ke arah pencapaian matlamat
dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kawalan dalam
pengurusan awam dilaksanakan melalui beberapa cara, iaitu:

(a) Kawalan Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.


Perlembagaan menetapkan pelantikan jawatan pegawai-pegawai awam,
segala atur cara (procedure) dan bidang kuasa fungsi pengurusan awam.
Perlembagaan menjelaskan kewujudan perkhidmatan awam sebagai
badan yang akan melaksanakan segala keputusan kerajaan. Kakitangan
awam pula dilantik melalui sebuah badan yang dinamakan Suruhanjaya.

6
Asas Pentadbiran Awam

Perlembagaan juga menetapkan prosedur bagi perlaksanaan


tanggungjawab dan pemberhentian kakitangan awam berkenaan. Oleh
itu, mana-mana badan yang tidak mematuhi bidang kuasa atau prosedur
yang ditetapkan, ianya dianggap bercanggah dengan Perlembagaan dan
tindakan badan berkenaan akan dianggap tidak sah.

Bolehkah anda sebutkan tiga Suruhanjaya yang


bertanggungjawab mengendalikan hal-hal berkaitan
kakitangan awam seperti dinyatakan dalam
Perlembagaan?

SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan dalam


dua bentuk, iaitu pengurusan sumber manusia dan
pengurusan sumber bukan manusia. Senaraikan
contoh fungsi pengurusan sumber manusia dan
pengurusan sumber bukan manusia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

(b) Kawalan Legislatif

Legislatif merupakan badan pembuat undang-undang. Terdapat dua


tahap badan pembuat undang-undang di negara ini, iaitu di peringkat
Persekutuan dan di peringkat negeri. Badan pembuat keputusan di
peringkat Persekutuan ialah Parlimen. Parlimen membuat undang-
undang yang dipanggil `akta' dan digunapakai di seluruh Persekutuan.

Badan pembuat keputusan di peringkat negeri ialah Dewan Undangan


Negeri (DUN). DUN membuat undang-undang yang dipanggil
`enakmen' dan digunapakai dalam negeri-negeri di mana undang-undang
itu dibuat sahaja.

Terdapat undang-undang yang dibuat oleh badan


perundangan dikenali sebagai `ordinan'. Bincangkan
bersama rakan-rakan anda, kenal pasti apakah yang
dimaksudkan dengan ordinan?

7
Asas Pentadbiran Awam

Akta dan enakmen adalah perundangan yang mempunyai matlamat


dalam perkara-perkara tertentu. Kawalan legislatif wujud melalui akta-
akta dan enakmen-enakmen yang dibuat oleh badan perundangan
tersebut. Ini kerana biasanya setiap perundangan yang dibuat akan
menggariskan segala proses, tatacara dan had-had kuasa bagi sesiapa yang
akan melaksanakannya.

(c) Kawalan Eksekutif

Eksekutif ialah badan yang melaksanakan segala undang-undang dan


keputusan yang dibuat oleh badan perundangan. Perlaksanaan undang-
undang ini bagaimanapun dibuat melalui badan yang dinamakan
birokrasi. Biasanya eksekutif akan menggariskan segala proses dan
tatacara perlaksanaan kepada birokrasi melalui beberapa cara seperti
arahan, pekeliling, dan polisi kerajaan. Perlanggaran terhadap peraturan-
peraturan ini boleh menyebabkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam
disabitkan dengan kesalahan tatatertib dan salah laku dalam pentadbiran.

(d) Kawalan Judisiari

Judisiari adalah badan kehakiman dalam negara. Badan kehakiman


berfungsi menterjemahkan segala undang-undang yang dibuat oleh
legislatif, dan memutuskan sama ada undang-undang tersebut dipatuhi
oleh badan yang melaksanakannya (eksekutif). Kawalan kehakiman ini
wujud dalam bentuk terjemahan undang-undang serta keputusan yang
dibuat oleh badan berkenaan dalam perkara-perkara tertentu.

Judisiari mengawal tindakan pentadbir melalui konsep


`ultra-vires'. Apakah yang dimaksudkan dengan `ultra-vires' ?

2. Perlaksanaan

Seperti dibincangkan, perkhidmatan awam bertanggungjawab


melaksanakan segala undang-undang dan keputusan legislatif kepada
eksekutif. Terdapat beberapa elemen yang memberikan autoriti kepada
perkhidmatan awam untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Di antara
elemen-elemen tersebut ialah Perlembagaan, akta, polisi, arahan, dan
pekeliling.

(a) Perlembagaan

Perlembagaan telah menggariskan proses dan prosedur bagi pelaksanaan


pentadbiran. Perlembagaan juga telah melantik dan menetapkan bidang

8
Asas Pentadbiran Awam

kuasa individu yang akan dipertanggungjawabkan melaksanakannya.


Sebagai undang-undang tertinggi negara, segala arahan yang digariskan
melalui peruntukan Perlembagaan mestilah dipatuhi. Sebarang
percanggahan tindakan tanpa mengikut peruntukan Perlembagaan, akan
menyebabkan tindakan berkenaan menjadi tidak sah.

(b) Akta

Telah dijelaskan bahawa akta-akta merupakan undang-undang yang


dibuat oleh badan perundangan. Akta ini diwujudkan dengan tujuan
mencapai matlamat dalam sesuatu perkara yang khusus selari dengan
peruntukan Perlembagaan. Contohnya, peruntukan Perlembagaan ada
menyatakan bahawa negeri-negeri boleh menubuhkan Pihak Berkuasa
Tempatan (kerajaan tempatan) yang terletak di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri. Untuk menyelaraskan kerajaan-kerajaan tempatan di
peringkat Persekutuan, maka diwujudkan sebuah badan penyelaras yang
dikenali sebagai Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). Untuk
membolehkan segala penyelarasan dan pentadbiran kerajaan tempatan
dilaksanakan oleh pentadbir-pentadbir awam, maka Parlimen telah
meluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1967 yang mengandungi segala
proses, prosedur dan bidang kuasa mengenai kerajaan tempatan
berkenaan.

Keadaan yang sama berlaku di peringkat negeri di mana, Dewan


Undangan Negeri (DUN) mewujudkan enakmen khas yang menjadi
undang-undang tubuh bagi setiap kerajaan tempatan yang ditubuhkan.

(c) Polisi Awam

Polisi awam adalah merujuk kepada segala arahan yang diputuskan oleh
eksekutif. Di Malaysia, kedudukan eksekutif adalah bertindih dengan
legislatif. Maka polisi awam adalah juga merujuk kepada keputusan-
keputusan yang dibuat oleh legislatif. Ringkasnya, polisi awam
menggambarkan segala tindakan kerajaan untuk membuat sesuatu
perkara dan menjadi garis panduan kepada pihak yang akan
melaksanakannya.

Polisi awam boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti arahan bertulis
atau pernyataan lisan oleh kerajaan. Ia juga boleh diwujudkan sebagai
asas untuk merealisasikan sesuatu akta yang dibuat oleh badan
perundangan. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru merupakan satu polisi
dalam bentuk dokumen lengkap yang menjadi rujukan dalam
menentukan apa jua rancangan ekonomi negara. Dasar Kependudukan

9
Asas Pentadbiran Awam

Ke arah 70 Juta Penduduk Malaysia pula merupakan satu pernyataan


oleh kerajaan yang menjadi rujukan dalam perancangan sosial dan
ekonomi negara. Sementara itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan 1974
diperkenalkan sebagai satu cara untuk mempercepatkan pencapaian
objektif Akta Pelajaran 1961.

(d) Arahan Kerajaan

Arahan kerajaan adalah merujuk kepada segala peraturan dan perintah


yang ditujukan kepada pentadbir-pentadbir awam dalam melaksanakan
tugas. Ia mempunyai sedikit persamaan dengan polisi kerana arahan-
arahan juga datangnya dari badan eksekutif. Bagaimanapun, ianya
berbeza dengan polisi kerana arahan-arahan biasanya dikeluarkan dalam
bentuk dokumen bercetak dan menjadi rujukan utama kepada pentadbir-
pentadbir awam.

Contohnya, Menteri Kewangan diberi kuasa oleh Parlimen untuk


mentadbirkan kewangan Persekutuan melalui Akta Acara Kewangan
1957. Menteri Kewangan juga dibenarkan untuk mengeluarkan arahan
berkaitan kewangan kepada pentadbir-pentadbir awam di agensi-agensi
kerajaan. Arahan ini dikenali sebagai Arahan Perbendaharaan yang
menggariskan tatacara pengurusan kewangan sektor awam secara
terperinci.

Dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran pula, kakitangan awam


mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh badan eksekutif melalui
perintah yang dinamakan Arahan Perkhidmatan.

(e) Pekeliling

Pekeliling merupakan perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang lebih


tinggi dalam hierarki kepada pihak bawahan. Ianya adalah dalam bentuk
dokumen bercetak dan lebih bersifat `operasional'. Biasanya pekeliling
digunakan untuk menyampaikan makluman kepada kakitangan tentang
perkembangan semasa dalam pentadbiran, membuat tambahan atau
pindaan tertentu kepada arahan-arahan induk, ataupun membuat
penjelasan terperinci tentang arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak
atasan.

Contohnya, badan eksekutif yang mengeluarkan Arahan Perbendaharaan


dan Arahan Perkhidmatan menggunakan Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Pekeliling Perkhidmatan untuk menjelaskan tatacara perlaksanaan
sesuatu arahan, membuat pindaan kepada arahan-arahan untuk

10
Asas Pentadbiran Awam

disesuaikan dengan keadaan semasa, serta menjelaskan tentang


kedudukan semasa polisi-polisi kerajaan.

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. Senaraikan elemen-elemen yang terlibat dalam


perlaksanaan tanggungjawab perkhidmatan awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 KESIMPULAN

Secara ringkasnya dapatlah di katakan bahawa pengurusan (yang


dijalankan oleh perkhidmatan awam) adalah menjalankan fungsi-fungsi
pentadbiran awam negara. Pentadbiran awam juga merupakan sebuah
organisasi, dalam konteks yang lebih luas dan saiz yang lebih besar dari
organisasi swasta. Pentadbiran awam juga mempunyai struktur organisasi
dan hierarki individu yang menjalankan tugas-tugas tertentu.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan secara terperinci perbezaan di antara seorang pentadbir


(administrator) dan seorang pengurus (manager).

2. Bincangkan secara terperinci dua bentuk pengurusan bagi


pengurusan awam melaksanakan fungsinya dalam sebuah
pentadbiran.

3. Jelaskan dengan terperinci elemen-elemen di bawah yang


bertujuan memastikan pengurusan awam melaksanakan
tanggungjawabnya mengikut prosedur dan dalam bidang kuasa
yang ditentukan:
(i) Kawalan melalui Perlembagaan.
(ii) Perlaksanaan berdasarkan akta-akta.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

11
Asas Pentadbiran Awam

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 1.1

1. Pengurusan Awam - adalah satu proses menyatukan sumber-


sumber dan menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah
mencapai matlamat kebajikan sosial. Pengurusan awam biasanya
bermotifkan kebajikan sosial (service-oriented) dan kurang
mementingkan keuntungan. Ia berperanan melaksanakan polisi-
polisi awam secara langsung dan keputusan-keputusan yang
dibuat oleh kerajaan dari masa ke semasa.

Pengurusan swasta - satu proses menyatukan sumber-sumber dan


menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai
matlamat organisasi. Pengurusan swasta ini biasanya
mementingkan keuntungan (profit-oriented). Pengurusan swasta
berada di luar kawalan langsung kerajaan.

SDT 1.2

1. Fungsi pengurusan sumber manusia:


(i) Perancangan
(ii) Pemilihan
(iii) Perekrutan
(iv) Pengurusan
(v) Pembangunan

Fungsi pengurusan bukan sumber manusia:


(i) Pengurusan kewangan
(ii) Pengurusan projek
(iii) Pengurusan aset

SDT 1.3

1. Elemen dalam pelaksanaan pentadbiran awam:


(i) Perlembagaan
(ii) Akta
(iii) Polisi Awam
(iv) Arahan Kerajaan
(v) Pekeliling

12

You might also like