You are on page 1of 8

PBS

Petempatan Lestari

PENGENALAN
Petempatan lestari merupakan sesuatu kawasan tinggal yang amat strategik. Ia adalah pembangunan yang ingain mengekalkan konsep pemeliharaan alam sekitar. Petempatan ini telah menyatukan kemajuan masyarakat dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Langkah-langkah
Menjalankan aktiviti pemuliharaan Kita seharusnya menjalankan aktiviti pemuliharaan. Kita harus menanam semula pokok-pokok di sekelilingi rumah kita. Ini bukan sahaja dapat mewujudkan system petempatan lestari, malah boleh dijadikan hiasan halaman rumah. Contohnya, kita boleh menanam pokok buah-buahan dan bunga yang cantik untuk menyokong dasar kerajaan ini.

Amalan 3D

Kita perlu mengamalkan amalan 3D, iaitu kitar semula, guna semula dan mengurangkan bilangan guna. ( recycle, reuse, reduce) Kita boleh mengitar semula surat khabar dan tin untuk diperbaharui. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula. Selain itu, kita boleh menggubah botol yang telah diguna untuk dijadikan hiasan rumah. Bagi mengamalkan amalan reduce, kita boleh habiskan dua muka surat pada kertas yang disediakan. Melalui cara ini,sumbersumber alam yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan.

Sumber alternative

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli, diesel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.

Penguatkuasa undang-undang

Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undangundang terhadap individu yang memusnahkan alam sekitar seperti menebang pokok tanpa izin. Hal ini amat signifikan sebagai langkah mewujudkan sistem petempatan lestari. Penguatkuasaan ini adalah untuk memberi amaran kepada pemusnah alam sekitar. Pihak berkuasa boleh memberi saman kepada mereka. Hukuman yang tentu harus dibagi untuk sesiapa yang melanggar undang-undang.

Kesedaran sivik Pihak kerajaan harus mengadakan kempen yang disertai oleh rakyat. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengadakan ceramah untuk memberitahu rakyat bahawa petempatan lestari amat penting dan perlu diwujudkan di Malaysia. Rakyat juga harus memberi kerjasama terhadap aktiviti yang pihak kerajaan mengadakan.

PENUTUP
Kesimpulannya, rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab menjaga alam sekitar agar dapat mewujudkan petempatan lestari dan dapat didiami oleh semua rakyat tanpa mengorbankan alam sekitar.

You might also like