You are on page 1of 4

Antigen adalah sebuah zat yang merangsang respon imun, terutama dalam

menghasilkan antibodi. Antigen biasanya berupa protein atau polisakarida, tetapi


dapat juga berupa molekul lainnya, termasuk molekul kecil (hapten) yang bergabung
dengan proetin-pembawaatau carrier.

Antibodi adalah protein yang dapat ditemukan pada darah atau kelenjar tubuh
vertebrata lainnya, dan digunakan oleh sistem kekebalan tubuh untuk
mengidentifikasikan dan menetralisasikan benda asing seperti bakteri dan virus.
Mereka terbuat dari sedikit struktur dasar yang disebut rantai. Tiap antibodi memiliki
dua rantai berat besar dan dua [[rantai ringan]. Antibodi diproduksi oleh tipe sel darah
yang disebut sel B. Terdapat beberapa tiper yang berbeda dari rantai berat antibodi,
dan beberapa tipe antibodi yang berbeda, yang dimasukan kedalam isotype yang
berbeda berdasarkan pada tiap rantai berat mereka masuki. Lima isotype antibodi
yang berbeda diketahui berada pada tubuh mamalia, yang memainkan peran yang
berbeda dan menolong mengarahkan respon imun yang tepat untuk tiap tipe benda
asing yang berbeda yang ditemui.[1]

REAKSI ANTIGEN ANTIBODI

Kespesifikan reaksi antara antigen dan


antibodi telah ditunjukkan melalui
penelitian-penelitian yang dilakukan oleh
Landsteiner. Ia menggabungkan radikal-
radikal organik kepada protein dan
menghasilkan antibodi terhadap antigen-
antigen tersebut. Keputusan yang diperolehi
menunjukkan antibodi dapat membedakan
antara kelompok berbeda pada protein
ataupun kumpulan kimia yang sama tetapi
berbeda kedudukan.

A. Ikatan kimia antara antigen dan antibodi

Terdiri dari ikatan non kovalen, (seperti


ikatan hidrogen, van der Waals,
elektrostatik, hidrofobik), sehingga reaksi
ini dapat kembali ke semula (reversible).
Kekuatan ikatan ini bergantung kepada jarak
antara paratop dan bagian-bagian tertentu pada epitop.

B. Reaksi pelarutan (precipitation)

Antara antibodi khusus dengan antigen larut seperti protein. Penelitian yang dilakukan
oleh Heidelberger dan Kendall menunjukkan reaksi ini dapat optimum pada zona
kesetaraan (equivalence zone) di mana antibodi dan antigen terbentuk pada kondisi
yang paling sesuai untuk membentuk satuan ikatan (lattice). Pada zona antibodi
berlebih (antibody excess zone) dan zona antigen berlebih (antigen excess zone) maka
pembentukan satuan ikatan tidak optimum dan masih terdapat antibodi atau antigen
bebas yang tidak terdapat dalam larutan.

C. Reaksi pembekuan (aglutinasi)

Antara antibodi khusus dengan antigen partikulat seperti bakteria, sel dll. Prinsip-
prinsip reaksi pembekuan adalah sama seperti reaksi pelarutan.

Di dalam percobaan di atas antibodi spesifik terhadap antigen dicairkan dalam satu set
telaga piring mikrotiter (baris atas), kemudian antigen pada kepekatan yang sama
ditambah kepada setiap telaga yang mengandung antibodi. Selepas eraman untuk
jangka masa yang sesuai telaga-telaga dicerap untuk melihat sama ada terdapat
pembentukan aglutinat (baris kedua). Keputusan yang diperolehi menunjukkan
terdapat aglutinat terbentuk dalam telaga 2 - 5 dan tidak dalam telaga-telaga lain.
Dalam telaga pertama aglutinat tidak terbentuk walaupun terdapat banyak antibodi
kerana nisbah antigen:antibodi tidak optimum untuk pembentukan aglutinat.
Kepekatan antibodi adalah terlalu tinggi berbanding antigen. Ini dipanggil sebagai
fenomenon prozon. Dalam telaga 6 dan 7 kepekatan antibodi adalah terlalu rendah
dan tidak cukup untuk untuk menghasilkan aglutinat. Dalam percubaan di atas titer
antibodi terdapat pada telaga 5 kerana ini ialah cairan tertinggi yang menghasilkan
tindak balas positif, iaitu penglutinatan. Rajah sebelah bawah menunjukkan
mekanisme tindak balas penghemaglutinatan tak terus (indirect hemagglutination
reaction). Dalam kaedah ini antigen larut diselaputkan ke permukaan eritrosit dan
kehadiran antibodi terhadap antigen tersebut dikesan.

D. Mendakan dalam tiub

Tindak balas pemendakan juga boleh dilakukan dalam medium separa pepejal seperti
gel dan prinsip tindak balas adalah sama seperti tindak balas dalam larutan. Kaedah
ini boleh dilakukan dalam tiub atau atas slaid.

Rajah di atas menerangkan prinsip pemendakan dalam tiub. Dalam kaedah pertama
(gambar atas) larutan antigen ditambah kepada tiub yang mengandungi antibodi.
Selepas eraman garis mendakan akan terbentuk pada zon kesetaraan antara larutan
antigen dan antibodi. Kaedah kedua (gambar tengah) menunjukkan tindak balas
pemendakan dalam gel. Antibodi dicampurkan dengan gel dan dibekukan dalam tiub.
Kemudian antigen ditambah dan tiub tersebut dieram. Antigen akan menyerap masuk
ke dalam gel dan membentuk satu cerun kepekatan dan garis mendakan (precipitin
line) terbentuk di mana terdapat zon kesetaraan wujud. Lebih dari satu garis
mendakan akan terbentuk jika terdapat lebih dari satu antigen yang dicam oleh
antibodi. Gambar ketiga menunjukkan peralihan garis mendakan (pseudomigration)
yang berlaku semasa eraman. Ini berlaku kerana semasa eraman lebih banyak antigen
akan menyerap masuk ke dalam gel dan bahagian di mana terdapat zon kesetaraan
akan bertukar kerana kepekatan antibodi dalam gel adalah malar. Rajah ini juga
menunjukkan di mana zon antigen dan antibodi berlebih wujud dalam gel tersebut.

E. Kaedah imunoserapan bulatan

Kaedah ini berguna untuk menentukan kehadiran atau menentukan kepekatan antigen.
Dalam rajah di bawah kepekatan IgG dalam sampel ditentukan menggunakan kaedah
ini. Anti-IgG dicampurkan dengan gel dan dibekukan di atas slaid. Kemudian telaga-
telaga ditebuk di dalam gel tersebut dan satu set piawai IgG ditambah ke dalam telaga.
Selepas eraman garis mendakan berbentuk bulatan akan terbentuk di keliling setiap
telaga dan diameter bulatan ini bergantung kepada kepekatan antigen (IgG) yang
ditambah. Satu lengkok piawai diplot dan jika terdapat satu telaga yang mengandungi
IgG yang tidak diketahui kepekatannya, kepekatan IgG dalam sampel tersebut boleh
ditentukan berdasarkan diameter garis mendakan yang terdapat keliling telaga tersebut
dan lengkok piawai yang ada.

F. Kaedah Ouchterlony

Kaedah ini berguna untuk menentukan perhubungan antigen (antigenic relationship).


Corak pertama di atas menunjukkan tindak balas seiras (reaction of identity) yang
berlaku apabila epitop-epitop pada antigen 1 dan 2 yang dicam oleh antibodi adalah
sama. Dalam tindak balas kedua epitop-eitop yang terdapat pada antigen 1 dan 3
adalah berbeza dan tidak dikongsikan. Ini menghasilkan corak tindak balas tak seiras
(reaction of non-identity). Jika terdapat epitop-epitop yang dikongsikan antara dua
antigen dan pada masa yang sama terdapat epitop-epitop unik pada satu antigen, corak
separa iras (reaction of partial identity) akan terhasil. Dalam corak ketiga, antigen 1
dan 4 mempunyai epitop-epitop yang sepunya, tetapi antigen 1 mempunyai epitop-
epitop unik yang dicam oleh antibodi dan ini akan menghasilkan pacu (spur). Dalam
corak keempat, antibodi hanya mengcam epitop pada antigen 1 yang tidak
mempunyai epitop yang dikongsikan dengan antigen 5.

G. Kaedah imunojerapan berpaut enzim (ELISA)

Kaedah ini tergolong ke dalam asai imunoenzim kerana melibatkan tindak balas
enzim dengan substrat. Kaedah ELISA terus digunakan untuk mengesan kehadiran
antigen sementara kaedah tak terus digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi.

Rajah di atas menunjukkan prinsip ELISA untuk mengesan kehadiran antibodi. Telaga
piring mikrotiter diselaputkan dengan antigen (berwarna biru) kemudian sampel ujian
ditambah. Jika terdapat antibodi spesifik (berwarna merah) untuk antigen dalam
sampel tersebut ia akan bergabung dengan antigen. Kehadiran antibodi ini dikesan
menggunakan antibodi sekunder (biru) berlabel enzim (kuning). Selepas penambahan
substrat, warna produk ditentukan berdasarkan serapan dan nilai serapan ini adalah
berkadaran dengan kuantiti antibodi yang tergabung kepada antigen.

H. Kaedah pemblotan Western

Kaedah pemblotan Western digunakan untuk mengesan kehadiran antigen. Dalam


kaedah ini antigen tercampur dipisahkan menggunakan elektroforesis gel. Kemudian
antigen-antigen tersebut dipindahkan kepada membran pepejal menggunakan arus
elektrik. Kehadiran antigen spesifik pada membran dikesan menggunakan antibodi
spesifik untuk sesuatu antigen.

Rajah di atas menunjukkan antigen-antigen yang terpisah selepas elektroforesis


(warna kuning) yang kemudian dipindahkan kepada membran. Kehadiran antigen
spesifik pada membran dikesan dengan antibodi spesifik berlabel dan warna boleh
dibangunkan menggunakan tindak balas enzim-substrat. Kehadiran antigen-antigen
ini dibandingkan dengan satu gel lain (warna cokelat) yang diwarnakan untuk
mengesan semua antigen dalam sampel.

I. Kaedah pewarnaan berpendarfluor

Kaedah ini menggunakan antibodi spesifik berlabel pendarfluor seperti fluorescein


isothiocyanate (FITC). Rajah di bawah menunjukkan pengesanan bakteria
menggunakan antibodi berpendarfluor. Antibodi berlabel FITC dicampurkan dengan
sampel (E. coli) dan kemudian sampel dicerap menggunakan mikroskop pendarfluor.

You might also like