You are on page 1of 10

Tugasan 1 Huraikan dengan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan 1. Kitaran sistemik (systemic circulatory) 2.

Kitaran pulmonary (pulmonary circulatory) Pengenalan bagi sistem peredaran (kitaran) Sistem peredaran terdiri daripada siri-siri saluran yang rumit dan sesuai untuk mengangkut serta mengagihkan darah ke tisu-tisu. Salur darah yang mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung dipanggil arteri manakala salur darah yang membawa darah nyahoksigen balik semula ke organ jantung dipanggil vena. Arteri merupakan salur yang besar, berongga, kenyal dan mempunyai dinding berotot sesuai untuk mangangkut darah beroksigen yang bertekanan tinggi. Vena pula mempunyai injap untuk menghalang pengaliran semula darah. Di antara arteri dengan vena wujud kapilari darah yang menjadi penghubung bagi arteri dan vena. Darah adalah satu utusan yang membawa oksigen kepada tisu dan memindahkan asid laktik, karbon dioksida, dan hasil sampingan yang lainnya daripada tisu-tisu. Darah disalurkan oleh sistem peredaran tetapi melaksanakan tugasnya di kapilari-kapilari.

Kitaran Sistemik  Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.  Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta  Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar. Kitaran Pul monari  Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.  Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari  Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

Penjelasan tentang kitaran P ulmonari dan kitaran Sistemik Kaedah litar peredaran (kitaran) pulmonari adalah pengangkutan darah tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan kembali ke jantung. Darah akan masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan mengarahkan darah melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan menguncup untuk menolak darah melalui arteri pulmonari ke pembuluh pulmonari. Pembuluh pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri pulmonari kanan yang membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary kiri yang membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke bahagian bawah kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini, karbon dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke udara dalam alveoli untuk dibuang dalam paru-paru. Oksigen dari udara dalam alveoli bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Dari kapilari darah bergerak ke vena kecil atau venules. Venules adalah dari kiri dan kanan paru-paru dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan membawa darah beroksigen dari paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini menguncup, menghantar darah melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak sebagai pam untuk darah beroksigen yang baru (segar). Bila ventrikel kiri menguncup, ia akan menghantar darah beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya aorta.

Rujukan: 1. http://www.slideshare.net/imie/sistem-kardiovaskular 2. http://www.sabahan.net/forum/anatomi-dan-fisiologi-latihan-t-1387.html


3. http://pjk.ipti.edu.my/nota/Pengaliran%20Darah%20&%20Pengangkutan%20Gas.fl.d

oc

Tugasan 2: Lukis dan labelkan semua bahagian sebuah jantung

Rujukan: 1. http://infopendidikanjasmani.blogspot.com/2010/05/kadar-nadi.html 2. http://www.dph.gov.my/cdc/downloads/guidelines/ihu/Senaman%20Untuk%20Bakal %20Jemaah%20Haji.pdf

Tugasan 3: Huraikan fungsi-fungsi i) ii) AV Valve Semilunar Valve

Tugasan 4: Kecacatan/masalah yang berlaku pada jantung KECACATAN JANTUNG Pengenalan Kecacatan jantung sejak lahir terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh anak berbeza antara satu sama lain mengikut darjah kecacatan masingmasing. Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel. Darah tanpa oksigen kembali dari tubuh masuk ke dalam atrium kanan dan ventrikel kanan. Darah kemudian dipam melalui injap pulmanari ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah beroksigen kemudian masuk ke dalam atrium kiri dan ventrikel kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.

Tanda-tanda kecacatan jantung pada anak Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut: 1. Gangguan deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik. 2. Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah. 3. Kegagalan jantung : bayi mungkin sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu. 4. Pertumbuhan berat badan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen dalam penyakit jantung .

Jenis-jenis kecacatan jantung: 1. Pink (acyanotic) heart defects with shunt a) Ventricular septal defect (VSD): terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan aliran darah balik. Lubang yang kecil biasanya akan menutup sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut . b) Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan. c) Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun. d) Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.

2. Blue (cyanotic) heart defects a) Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah yang dari ventrikel bersambung sehingga berlakunya penigkatan aliran darah dan menyebabkan kegagalan jantung. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur tertentu sejurus selepas lahir. b) Fallot tetralogy kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonary sehingga mengurangkan kadar aliran darah. Pembedahan paliatif (meringankan) biasanya dilakukan sebelum pembedahan pembetulan.

3. Kecacatan jantung jenis sumbatan a. Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan arteri pulmonary . Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukan belon melalui salur darah di kaki.

Penyakit Jantung Penyakit jantung adalah penyakit yang mengganggu sistem pembuluh darah atau lebih tepatnya menyerang jantung dan urat-urat darah. Beberapa contoh penyakit jantung seperti jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada (biasa disebut "angina") dan penyakit jantung rematik.Penyakit jantung koroner merupakan penyakit jantung yang penderitanya paling banyak. Penyakit ini menyerang pembuluh darah dan dapat menyebabkan serangan jantung. Serangan jantung disebabkan oleh pembuluh arteri yang tersumbat sehingga menghambat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung. Stroke disebabkan oleh kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak yang terkadang menyebabkan pendarahan di otak. Namun, tidak semua penyakit jantung disebabkan oleh terserangnya pembuluh darah. Berikut ini beberapa gangguan lain pada jantung, yaitu:Abnormal Heart Rhythms Normalnya jantung berdetak 60-100 kali setiap menit (atau sekitar 100 ribu kali setiap harinya). Jantung yang bedetak tidak normal biasanya disebut arryhytmia (sering juga disebut dengan dysrhythmia). Jantung yang berdetak terlalu lambat (dibawah 60 kali per menit) disebut bradyarrhythmias. Sedangkan yang berdetak di atas 100 per minit disebut dengan tachyarrhytmias. Heart Failure atau gagal jantung merupakan pemyakit jantung yang paling menakutkan. Bukan berarti jantung tidak dapat bekerja sama sekali, hanya saja jantung tidak berdetak sebagaimana mestinya. Heart Valve Disease Rusaknya katup jantung. Katup jantung terdapat pada setiap bilik jantung (jantung kita memiliki empat buah bilik) yang berfungsi mengatur aliran darah searah menuju jantung. Congenitas Heart DiseaseAtau biasa disebut dengan kelainan pada jantung. Menyerang 8-10 anak dari setiap 1000 kelahiran. Gejala awal biasanya terdeteksi saat kelahiran atau pada masa kanak-kanak. Cardiomyopathies menyerang pada otot jantung itu sendiri. Mereka yang terserang penyakit ini biasanya mengalamai pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal dan atau bahkan menjadi kaku. Hal itu menyebabkan jantung memompa darah secara t idak normal (menjadi lebih lemah). Tanpa penanganan yang baik, cardiomyopathies akan menyebabkan penyakit yang lebih buruk seperti gagal jantung atau menyebabkan jantung berdetak tidak normal. Pericarditis adalah radang yang mengelilingi lapisan jantung. Kondisi ini jarang terjadi dan biasanya disebabkan oleh infeksi. Ada banyak faktor yang menyebabkan kerentanan terhadap penyakit jantung. Faktor utama adalah gaya hidup yang menyebabkan seolah-olah kita membangun penyakit tersebut di dalam tubuh. Tapi ada beberapa faktor yang memang tidak dapat diubah, seperti bertambahnya umur dan juga faktor keturunan.

Jenis-jenis penyakit jantung: 1. Penyakit injap jantung Jantung mempunyai empat injap. Injap-injap tersebut boleh menjadi sempit atau bocor. Injap jantung merupakan bahagian yang sering dirosakkan oleh penyakit 'thematik fever'. 2. Penyakit jantung kongenital Ia berlaku semasa kelahiran. Dinding jantung yang tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan jantung berlubang. 3. Penyakit otot-otot jantung Apabila otot jantung rosak, fungsi jantung sebagai pam akan tergendala. Penyakit yang sering merosakkan otot jantung ialah darah tinggi, serangan virus dan sesetengah tidak diketahui puncanya. 4. Gangguan degupan jantung Jantung mempunyai pendawaian semulajadi, berdenyut mengikut rentak (timer) yang menerima rangsangan terus dari sistem saraf dan hormon di dalam darah. Kelainan pada sistem pendawaian, kerosakan rentak atau otot-otot jantung menyebabkan jantung berdenyut terlalu laju atau perlahan (aritmia). 5. Penyakit jantung koronari Ia berlaku apabila pembuluh koronari yang membawa darah ke jantung yang licin dan tidak mempunyai apa-apa lapisan ini menjadi tebal dan sempit. Penyempitan ini berlaku kerana lemak atau kolestrol di dalam darah melekat pada d inding pembuluh tersebut. Ia menyukarkan perjalanan darah daripada mengalir ke otot-otot jantung. Implikasinya berlaku 'ischemia' di mana jantung kekurangan oksigen dan tenaga untuk bekerja dan mengakibatkan seseorang itu berasa sakit dada. Jika ia berlaku secara tiba-tiba maka bekalan darah ke jantung akan terputus. Ia dikenali segabai 'heart attack' dan pesakit akan mati secara tiba-tiba.

Rujukan: 1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KECACATANJANTUNG.pdf 2. http://artikelorganik.blogspot.com/2008/07/jenis-jenis-penyakit-jantung.html

Tugasan 5: Kira Kadar nadi latihan anda untuk 80%

Formula Karvonen KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR] KNL (kadar nadi latihan) KNR (kadar nadi rehat) % intensiti latihan (60% hingga 75%) KNM (kadar nadi maksimim) (KNM= 220-umur)

Pengiraan: Umur: 21 KNR: 75 denyutan seminit Intensiti latihan: 80% =75+80/100 [(220-21)-75] =75+4/5 [199-75] =75+4/5 [124] =75+99 = 174 denyutan seminit untuk intensiti latihan 80%.

Rujukan: 1. http://infopendidikanjasmani.blogspot.com/2010/05/kadar-nadi.html 2. http://www.dph.gov.my/cdc/downloads/guidelines/ihu/Senaman%20Untuk%20Bakal %20Jemaah%20Haji.pdf

You might also like