You are on page 1of 12

SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2012 PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Semester 4 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. KOD

BMM3108

TARIKH: MASA :

November 2012 2 jam 30 minit

ANGKA GILIRAN: PUSAT :

ARAHAN KEPADA CALON 1. Buku soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3soalan esei Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B serta dua soalan dalam Bahagian C Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam buku soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.

2. 3.

4.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


BAHAGIAN A (20 markah) B (40 markah) 1a 1b 2a 2b NO. SOALAN /MARKAH 1-20 3a 3b 4a 4b JUMLAH

C (40 markah)

JUMLAH KESELURUHAN

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 12 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

No. Kod :

BMM3108 BAHAGIAN A ( 20 markah )

Jawab semua soalan. 1. Fonologi ialah bidang yang mengkaji A B C D pembentukan bunyi-bunyi bukan bahasa pembentukan ayat yang merangkumi jenis dan golongannya kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek lain yang berkaitan bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada dalam setiap bunyi bagi sesuatu bahasa

2.

Pilih ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. A B C D Fonetik Fonemik Akustik Sinkronik

3.

Cara untuk membunyikan vokal belakang sempit ialah bentuk bibir dibundarkan. Tunjukkan perkataan yang tergolong dalam vokal belakang sempit. A B C D obor ulat anak gelek

4.

Antara berikut yang manakah merupakan cara pengeluaran bunyi dalam bahasa Melayu I II III IV A B C D letupan hentian letusan sengauan

I, II dan III II, III dan IV I, II dan IV I, III dan IV

SULIT

No. Kod : 5.

BMM3108

Huruf Latin atau huruf Rumi mengandungi A B C D 26 huruf 27 huruf 25 huruf 24 huruf

6.

Tentukan jumlah fonem konsonan dalam Bahasa Melayu. A B C D 25 fonem 5 fonem 27 fonem 26 fonem

7.

Tunjukkan ejaan yang tepat bagi pola e taling e taling. A B C D lecih pensel pensil selekih

8. Dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara.

Suaikan cara mengeluarkan bunyi konsonan di atas dengan konsonan-konsonan di bawah ini. A B C D konsonan [n] konsonan [m] konsonan [b] konsonan [p]

9.

Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal yang dimaksudkan ialah A B C D vokal [a] vokal [e] vokal [o] vokal [u]

SULIT

No. Kod : 10.

BMM3108

Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paruparu dan tersekat di belakang rapatan pita suara. rapatan itu kemudian dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan daripada proses di atas ialah A B C D getaran letupan geseran hentian glotis

11.

Bunyi ini dimulai dengan vokal depan luas, kemudian digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadaan bibir daripada biasa kepada menjadi terhampar. A B C D [ oi ] [ ai ] [ au ] [ ae ]

12.

# Adik memakai baju abang # #Adik memakai baju # abang # Ayat di atas membawa dua makna yang berlainan jika dibaca dengan unsur suprasegmental yang berikut: I II III IV Jeda Tona Intonasi Tekanan

A B C D

I dan III II dan III II dan IV III dan IV

SULIT

No. Kod : 13.

BMM3108

Fonem konsonan letupan bersuara ialah A B C D [ p ] dan [ t ] [ g ] dan [ h ] [ b ] dan [ d ] [ p ] dan [ g ]

14.

Belakang lidah diangkat menghampiri lelangit lembut. Kemudian lidah dengan pantas digeluncurkan. Keadaan bibir dibundarkan. A B C D [w] [y] [u] [j]

15.

Yang manakah antara pasangan perkataan berikut merupakan pasangan minimal? A B C D [ apa ] dan [ap] [ padam ] dan [ padan ] [ agama ] dan [ ugama ] [ pala] dan [ peta ]

16.

Manakah antara perkataan berikut merupakan pasangan terkecil berkontras dengan perkataan [ pagi ]? A B C D [ bagi ] [ sapi ] [ mati ] [sawi ]

17. [ ip ] [ i:p ]

Unsur bahasa yang membezakan kedua-dua perkataan di atas dikenali sebagai A B C D jeda mora nada tekanan

SULIT

No. Kod : 18.

BMM3108

Ibu bapa orang itu meninggal dunia. Ibu, bapa orang itu meninggal dunia.

Bezakan unsur suprasegmental bagi makna kedua-dua ayat di atas? A B C D Fon Jeda Nada Intonasi

19.

Penyukuan sebutan yang tepat bagi perkataan /simpanan/ ialah A B C D [ sim.panan ] [ simpan.an ] [ sim.pan.an ] [ sim.pa.nan ]

20.

Hubungkaitkan perkataan yang betul dari segi ejaan dan sebutan bagi Jadual 1

Jadual 1 Ejaan A B C D automatik auditorium generasi nasionalisme [ o.to.ma.tik ] [au.di.to.rium ] [ je.ne.ra.si ] [ na.sio.nal.isme ] Sebutan

SULIT

No. Kod :

BMM3108

Angka Giliran : _________________________ BAHAGIAN B ( 40 markah )

Jawab semua soalan. 1. a Huraikan limacontoh cara bagaimana bunyi vokal depan sempit dihasilkan. i _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ iv _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ v _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ [ 5 markah]

SULIT

No. Kod : b

BMM3108

Angka Giliran : _________________________

Tentukan kedudukan alat pertuturan berikut dalam menghasilkan bunyi diftong [oi] i. Bibir _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. Belakang lidah _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii. Depan lidah _______________________________________________________ _______________________________________________________ iv. Anak tekak dan lelangit lembut _______________________________________________________ _______________________________________________________ v. Pita suara _______________________________________________________ _______________________________________________________ [ 5 markah]

SULIT

No. Kod : 2.

BMM3108

Angka Giliran : _________________________

Transkripsi fonetik bertujuan memberikan nilai bunyi sebutan baku yang betul pada konsonan, vokal dan diftong bahasa Melayu. a Transkripsikan perkataan di bawah berdasarkan sebutan baku bahasa Melayu. i pangkal _______________________________________________________ ii kotak _______________________________________________________ iii borong _______________________________________________________ iv pakai _______________________________________________________ v nyanyi _______________________________________________________ [ 5 markah]

Cerakin perkataan di bawah berdasarkan penyukuan sebutan baku bahasa Melayu. i belaian _______________________________________________________ ii makanan _______________________________________________________

iii

menarik _______________________________________________________

iv

keutamaan _______________________________________________________

sebutan _______________________________________________________ [ 5 markah]

SULIT

No. Kod : 3.

BMM3108

Angka Giliran : _________________________

Fonem-fonem konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu berasal daripada kata-kata pinjaman yang bunyinya disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan bervariasi bebas dengan fonem-fonem asli. a Tuliskan lima kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu. i ii iii iv v _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ [ 5 markah]

Sebutan kata pinjaman dalam bahasa Arab tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati dan cara sebutan menurut bunyi asal dalam sumber. Perincikan dalam bentuk transkripsi cara sebutan perkataan berikut:

Kata pinjaman syukur mikraj zalim nikmat maaf

Sebutan bahasa Melayu

[ 5 markah]

10

SULIT

No. Kod : 4. a

BMM3108

Angka Giliran : _________________________

Tunjukkan semula ayat-ayat berikut dalam bentuk transkripsi fonetik. i Adik sedang menyanyi. _______________________________________________________

ii

Abang membeli seikat pisang. _______________________________________________________ [ 5 markah]

Transkripsikan simpulan bahasa di bawah dengan menggunakan bahasa Melayu baku. i hangat-hangat tahi ayam _______________________________________________________

ii

suam-suam kuku _______________________________________________________ [ 5 markah]

11

SULIT

No. Kod :

BMM3108

Angka Giliran : _________________________ BAHAGIAN C ( 40 markah )

Jawab dua soalan sahaja. Soalan 1 Linguistik deskriptif menghuraikan struktur dan sistem bahasa. Antara tumpuan kajian bidang ini termasuklah aspek fonetik dan fonologi. Perincikan denganlimacontoh konsep yang berkaitan dengan fonetik dan fonologi serta dua bidang kajian yang terdapat didalamnya. ( 20 markah) Soalan 2 Bahasa Melayu baku lisan yang lazim ialah variasi yang digunakan oleh penyampai berita radio dan televisyen, syarahan, khutbah Jumaat dan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bahasa Melayu baku tulisan ialah bahasa yang digunakan dalam tulisan formal seperti memorandum, surat rasmi, karya ilmiah, cerita alam ghaib dan rencana yang berwibawa dalam akhbar.

Tafsirkan petikan di atas dengan menggunakan lambang-lambang fonetik mengikut sebutan baku bahasa Melayu. ( 20 markah ) Soalan 3 Tujuan utama sebutan baku adalah untuk keseragaman dan kesatuan dalam pengujaran kata bahasa Melayu. Penggunaan sebutan ini melibatkan penggunaan kata dasar dan kata terbitan. Berikan empat alasan sejauh manakah sebutan baku dapat digunakan dengan berkesan dalam situasi formal sama ada di sekolah mahupun di jabatan-jabatan kerajaan. Kemukakan dengan contoh empat bentuk kata terbitan jenis imbuhan (20markah)

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2012 12 SULIT

You might also like