Professional Documents
Culture Documents
KERJA KURSUS
TINGKATAN : 3 CERDAS
ANGKA GILIRAN :
……………………………….
(TANDATANGAN GURU)
Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 1
SENARAI KANDUNGAN
1 Aspek 1 : Tajuk 1
3 Aspek 3 : Penghargaan 3
4 Aspek 4 : Pendahuluan 4
9 Aspek 9 : Rumusan 20
10 Aspek 10 : Lampiran 21 – 40
11 Aspek 11 : Rujukan 41
PENGHARGAAN
kasih kepada Pengetua SMK Jitra, Tuan Abu Seman Bin Sareh Md Isa, kerana memberi
kebenaran untuk menjalankan kajian Geografi Tempatan. Saya juga ingin mengucapkan kepada
Guru Geografi saya, Puan Azharina Bt Ahmad atas tunjuk ajar yang beliau berikan kepada saya
untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Affandi
Bin Abdul Rahim @ Yusof dan Puan Aziyen Bt Mansor kerana memberi sumbangan dari segi
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, NurNisa Amirah Bt Mohd Zaini, Nur Hidayah Bt
Hashim dan Anissa Anis Afiqah Bt Abdullah kerana bekerjasama dengan saya dalam mengumpul
maklumat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden saya, Puan
Noraini Bt Mustapa dan Abdul Aziz Bin Mansor atas kerjasama mereka memberi maklumat
kepada saya.
PENDAHULUAN
murid tingakatan 3 Cerdas telah memilih tajuk ‘petempatan dan perkembangan di Jitra dan
Saya memilih kawasan Jitra kerana saya tinggal di sini dan ini memudahkan saya
memahami petempatan kajian. Dengan memilih kawasan ini juga, saya dapat menjimatkan kos
perbelanjaan dan tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam untuk pergi ke kawasan kajian.
Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Jepun. Saya memilih
Tokyo, Jepun kerana terdapat banyak maklumat yang boleh didapati dengan berbagai sumber dan
rujukan.
Saya telah menjalankan kajian ini bersama beberapa orang rakan sekelas. Kami telah
bekerjasama bagi memperoleh, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis
Saya menyiapkan kerja kursus ini selama dua bulan. Tiga minggu saya bersama rakan
mengumpul maklumat dan tiga minggu lagi saya mendokumentasikan kajian saya. Selebihnya
OBJEKTIF KAJIAN
Saya amat berbangga dan bersyukur dengan segala kelengkapan yang ada di Pekan Jitra ini.
KAWASAN KAJIAN
bandingannya iaitu Tokyo, Jepun sebagai kawasan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya
tinggal di kawasan ini dan ia merupakan kawasan yang sesuai dan sedang membangun sesuai
Pekan Jitra terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Jitra
berhampiran dengan sempadan Kedah – Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Rata – rata
penduduknya boleh bertutur dalam bahasa Siam,malahan ada yang berkuturunan Siam, terutama
Pekan Jitra hampir dengan Lebuhraya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan
iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur. Jarak Pekan
Jitra dengan pekan yang terdekat iaitu Bandar Darulaman ialah 12 km.
Bersama ini saya sertakan peta daerah Kubang Pasu, peta Tokyo,Jepun dan peta kawasan
kajian.
pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:
• Pemerhatian
Saya telah memerhati tentang persekitaran dan perkembangan tempat kajian dan
membuat sedikit sebanyak catatan yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam kerja
kursus ini. Melalui pemerhatian ini, saya telah menangkap gambar kawasan kajian.
• Internet
Saya telah mengkaji tentang petempatan dan perkembangan negara bandingan iaitu
Tokyo, Jepun melalui internet. Kaedah internet juga membolehkan saya mendapat
maklumat yang lebih terperinci tentang Pekan Jitra. Saya telah melayari laman web
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo, http://ms.wikipedia.org/wiki/jitra dan
http://www.tokyo.com.
http://www.tokyo.com.
• Temu bual
Saya telah menemu ramah responden saya iaitu Puan Noraini Bt Mustapha, berumur 41
tahun yang tinggal di No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra dan Abdul Aziz Bin Mansor
yang berumur 49 tahun dan tinggal di No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah. Saya
telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kawasan kajian iaitu Pekan Jitra.
• Soal selidik
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saya telah membuat soal selidik di
kawasan kajian. Saya telah menggunakan borang soal selidik seperti dalam lampiran
Jenis petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ialah petempatan bandar. Ini kerana Pekan
Jitra kini makin giat menjalankan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi utama di Pekan Jitra
Pola petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ini ialah berpusat dan berjajar. Bangunan
yang dibina di Pekan Jitra kebanyakannya di sekitar persimpangan jalan yang menyebabkan pola
berpusat dan dibina di sepanjang tepi jalan serta dibina rapat-rapat yang terjadinya pola bejajar.
pembandaran Tokyo, Jepun ialah kerana Tokyo dikenali sebagai pusat perniagaan dan ekonomi
Pola petempatan di Tokyo, Jepun pula ialah berpusat dan berkelompok. Pola petempatan
di Tokyo, Jepun dipengaruhi oleh pembinaan pesat bangunan yang menyebabkan petempatan
tersebut berpusat di tengah kota. Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di Tokyo, Jepun juga
Nilai dan unsur patriotisme yang saya dapat sepanjang menjalankan kajian tentang jenis
dan pola petempatan ialah saya berasa selesa dengan sistem petempatan di Pekan Jitra yang
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jitra. Antara faktor
yang mempengaruhi Pekan Jitra ialah bentuk muka bumi. Permukaan bentuk muka bumi yang
terdapat di Pekan Jitra ialah bertanah pamah sesuai untuk pembangunan dan perkembangan
petempatan. Hampir seluruh bangunan di Pekan Jitra dibina di kawasan permukaan rata. Faktor
ini juga membuatkan Pekan Jitra maju sebagai kawasan pertanian kerana penanaman padi pesat
dijalankan di sini. Antara kawasan pembangunan yang sedang membangun ialah Pekan Jitra 1
14%
25% Rumah Teres 1 Tingkat
Rumah Teres 2 Tingkat
15%
Rumah Bekembar 1 Tingka t
Rumah Bekembar 2 Tingka t
22%
Rumah Banglo
24%
ekonomi dan perniagaan. Faktor inilah yang menyebabkan Pekan Jitra berkembang pesat
sehingga menjadi sebuah pekan yang dikenali ramai. Perniagaan yang dijalankan di sini
kebanyakan terdiri daripada perniagaan perkhidmatan, restoran dan barangan. Contohnya seperti
Tokyo,Jepun. Antaranya sama seperti faktor yang mempengaruhi pekan Jitra iaitu bentuk muka
bumi. Bentuk muka bumi yang mempengaruhi Tokyo ialah bertanah rata namun kedudukannya
berada dibahagian lingkaran aktif gempa bumi. Maka bangunan pencakar langit jauh lebih
sedikit jika dibandingkan dengan bandar lain kerana peraturan pembinaan gempa bumi.
Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi Tokyo,Jepun ialah kemajuan ekonomi yang
berasaskan perindustrian. Tokyo juga dikenali sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa
utama yang menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan
seperti Lebuhraya Tokyo yang dibina bagi memudahkan aliran eksport dan import.
Nilai yang saya dapat ketika menjalankan kajian tentang faktor petempatan ialah
timbulnya semangat daya saing dalam diri saya untuk bersaing dengan kemajuan Tokyo, Jepun.
Saya berharap agar suatu hari nanti Pekan Jitra dapat berkembang maju sepertimana yang
Pekan Jitra iaitu petempatan bandar mempunyai pelbagai fungsi kepada penduduknya.
Salah satu fungsi yang berguna pada penduduk ialah pekan Jitra terkenal dengan kegiatan
pertanian padi. Terdapat banyak sawah yang diusahakan oleh para penduduk di sini. Padi yang
dikeluarkan juga merupakan padi yang amat berkualiti. Kebanyakan orang yang datang ke Jitra
dapat melihat keindahan padi di merata tempat. Oleh kerana padi banyak dikeluarkan dan
dimajukan oleh penduduk di sini, kilang-kilang beras dibina di beberapa kawasan. Antaranya
terdapat kilang beras di Tanjung Pauh dan terdapat juga di kawasan perumahan Taman Suria 2.
Selain itu, Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pendidikan yang maju. Banyak
sekolah dan institusi tinggi dibina dikawasan ini. Kemajuan pendidikan di Pekan Jitra dapat
dibuktikan apabila terdapatnya beberapa buah sekolah yang dianugerahkan ‘Sekolah Primier
Daerah’ (SMK Jitra) dan ‘Cluster School’ (SMK Jitra, SMK Bandar Darulaman, SK Bandar
Darulaman dan SK Ahmad Tajuddin). MRSM Kubang Pasu juga dibina disini. Antara institusi
tinggi yang terdapat di kawasan ini ialah POLIMAS, IPDA, Kolej Komunitin dan Universiti
Utara Malaysia.
2000
1500
500
0
2005 2006 2007 2008
Tahun
Begitu juga fungsi yang terdapat pada negara bandingannya iaitu Tokyo,Jepun. Selain
pertanian. Pertanian di Tokyo mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor yang
dilindungi. Antara pertanian yang giat dijalankan di Tokyo ialah pertanian beras. Tokyo juga
sedang menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedap dan berkualiti tinggi namun
sangat mahal.
sebagai pusat pendidikan yang terbesar diserantau Asia Timur. Pusat pendidikan yang disediakan
di Tokyo amat maju dari segi kemudahan ICT yang berteknologi tinggi.
Selepas saya mengkaji fungsi yang terdapat di Pekan Jitra serta negara bandingannya
Tokyo,Jepun, saya amat berbangga kerana fungsi Pekan Jitra boleh dikatakan setaraf dengan
MASALAH PETEMPATAN
Walaupun Pekan Jitra merupakan pekan yang kecil, namun terdapat juga beberapa
masalah yang menimpa penduduk di sini. Perkembangan petempatan Pekan Jitra menyebabkan
berlakunya kesesakan lalu lintas di beberapa buah jalan. Faktor yang menyebabkan kesesakan
lalu lintas mungkin disebabkan sistem pembangunan mahupun pertambahan penduduk di Pekan
Jitra. Selain itu, sistem lalu lintas di Pekan Jitra yang tidak cekap juga menyebabkan kesesakan
terutamanya pada waktu puncak iaitu awal pagi ketika pekerja ke pejabat seperti di depan jalan
raya berdekatan POLIMAS dan IPDA dan waktu petang ketika pulang kerja terutama di Jalan
Masalah lain yang menimpa penduduk di Pekan Jitra juga penduduk dunia kini iaitu
pemanasan global. Faktor yang menyebabkan masalah ini mungkin disebabkan penebangan
hutan yang cukup berleluasa di kawasan ini. Ini disebabkan banyak kawasan perumahan dibina
mungkin kerana pertambahan penduduk yang mendadak di kawasan ini. Contoh yang ketara kita
dapat lihat ialah seperti di Taman Cermai dan Taman Pulasan yang dibina pada dasarnya dahulu
global yang semakin ke kemuncak dan timbul masalah-masalah lain yang bakal menimpa
namun negara bandingan tersebut tetap berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa.
Antara masalah yang sedang menimpa bandar Tokyo, Jepun ialah pencemaran udara yang
mencapai tahap yang tertinggi. Faktor yang menyebabkan pencemaran udara mungkin
disebabkan banyak kenderaan dan kilang yang mengeluarkan gas-gas yang merbahaya seperti
karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan oksida nitrogen. Gas-gas tersebut boleh
Selain daripada masalah pencemaran udara, Tokyo juga sedang berhadapan dengan
masalah penduduk yang berlebihan. Masalah penduduk berlebihan ini makin merumitkan
kerajaan Jepun. Ini kerana pertambahan pendatang asing yang berhijrah ke Tokyo semakin
tinggal. Disebabkan masalah ini, terdapat masalah-masalah lain yang timbul iaitu seperti
pembinaan rumah di atas tanah kerajaan dan milik persendirian lalu mewujudkan kawasan
setinggan. Masalah ini mungkin disebabkan penduduk yang berpendapatan rendah tidak mampu
terjebak dengan masalah-masalah yang berlaku. Saya amat bersyukur kerana masalah yang
dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra tidak seteruk yang dihadapi oleh penduduk Tokyo,Jepun.
Sikap keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang berlaku di Pekan Jitra telah
menemukan langkah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil
oleh kerajaan dan penduduk di sini ialah melebarkan jalan raya. Melebarkan jalan raya telah
dijalanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Ini kerana jalan raya yang lebar dapat
menampung jumlah kenderaan yang banyak walaupun pada waktu puncak. Contoh pelebaran
jalan raya yang dilakukan ialah Jalan Jitra – Alor Setar. Jalan raya di Pekan Jitra juga telah dinaik
taraf supaya pengguna jalan rayua dapat menggunakannya dengan selesa dan dapat
mengelakkan kemalangan.
global ialah kerajaan telah memperkenalkan kaedah ‘Green Belt’. Kawasan Pekan Jitra juga
telah ditanam dengan pelbagai pokok.langkah ini bertujuan untuk penghijauan pekan dan untuk
mengurangkan pemanasan yang dihadapi. Selain itu, kerajaan juga telah menyarankan
pemeliharaan hutan dilakukan seperti di Universiti Utara Malaysia dan IPDA yang mengekalkan
juga giat dijalankan untuk menyedarkan penduduk Jitra betapa pentingnya hutan.
Begitu juga dengan masalah yang dihadapi di Tokyo,Jepun. Kerajaan Jepun sedang
mencari instiatif untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil ialah
memasang dan meninggikan cerombong asap dan kilang yang membebaskan gas merbahaya
akan didenda. Kempen tentang pencemaran udara juga giat dijalankan di sekitar metropolitan
Tokyo, Jepun.
yang dihadapi oleh Tokyo,Jepun ialah kerajaan dan pihak swasta telah memperbanyakkan
pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri yang mampun dimiliki oleh penduduk bandar
Tokyo yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan juga telah menempatkan semula
Tokyo juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Kawalan
Saya amat terharu dengan keprihatinan kerajaan yang begitu sensitif dengan masalah
yang dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra. Saya juga berharap agar penduduk Pekan Jitra sentiasa
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan sepanjang dua bulan menyiapkan kerja
kursus ini menunjukkan bahawa Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan yang sedang
berkembang maju. Pemilihan Pekan Jitra dalam menjalankan kerja kursus ini amat bersesuaian
kerana memenuhi segala objektif yang diinginkan dalam kerja kursus ini.
Selepas saya mengkaji segala latar belakang dan objektif-objektif mengenai Pekan Jitra
ini, saya dapat membuat beberapa kesimpulan mengenai kawasan ini. Apa yang boleh saya
rumuskan, Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan bandar yang sedang membangun kerana
adanya kegiatan ekonomi yang giat dijalankan. Pola petempatan yang terdapat di Jitra
merupakan petempatan berpusat dan berjajar yang dipengaruhi oleh sebab tertentu.
Perkembangan Pekan Jitra juga disebabkan bentuk muka bumi yang bertanah pamah
sesuai untuk pembangunan dan kegiatan ekonomi yang giat dijalankan seperti perniagaan.
Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pertanian padi yang semakin maju diusahakan oleh
penduduk tempatan dan Pekan Jitra juga merupakan pusat pendidikan yang semakin membangun
Namun, disebalik faktor dan fungsi perkembangan Pekan Jitra, terdapat juga beberapa
masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk
Pekan Jitra ialah kesesakan lalu lintas dan pemanasan global. Namun kerajaan telah mengambil
langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti penghijauan bandar dan pelebaran jalan.
Oleh itu, saya amat bersyukur dan berasa amat selesa tinggal di Pekan Jitra kerana
mempunyai kemudahan yang selengkapnya. Walaupun kemudahan Pekan Jitra tidak semaju
Tokyo, Jepun namun saya amat berbangga dengan kawasan tempat tinggal saya ini.
Umur : 41 Tahun
Alamat:
Alamat: No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Responden :Ya, Pekan Jitra kini lebih membangun dan bertambah maju berbanding dahulu.
Pelajar : Pada dasarnya sebelum Pekan Jitra dimajukan, Pekan Jitra membangun sebagai
kawasan apa?
Responden : Pekan Jitra dahulu merupakan kawasan pokok getah dan juga merupakan tempat
Responden : Orang yang bertanggungjawab membangunkan Pekan Jitra ini ialah Tun Hussein
Onn dimana beliau ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia serta Dato’
Osman Ishak.
Pelajar : Sebelum Pekan Jitra membangun, nama Pekan Jitra dikenali sebagai?
Responden : Nama pekan ini tidak berubah. Sama seperti sekarang iaitu Pekan Jitra.
Umur : 49 Tahun
Alamat:
Alamat: No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Responden : Pekan ini merupakan pekan kecil yang sedang membangun maju untuk
Responden : Apa yang saya lihat sejak saya menetap disini, Pekan Jitra banyak mengalami
Pelajar : Selama encik tinggal di Pekan Jitra ini, apakah masalah yang paling besar
Responden : Masalah yang paling serius pernah dihadapi ialah kejadian banjir yang berlaku
Pelajar : Jika encik menjadi pegawai kerajaan, apakah langkah yang encik akan ambil
makin berleluasa di Pekan Jitra. Orang yang menebang hutan ini langsung tidak
Bahagian A
Umur : 23 Tahun
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Pekerjaan : Pelajar
Bahagian B
Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:
1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?
Ya
Ya
Tidak
Ya
Sendiri
Bahagian A
Umur : 38 tahun
Jantina : Perempuan
Bangsa : India
Bahagian B
Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:
1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?
Ya
Ya
Ya
Ya
Sewa
Bahagian A
Umur : 56 Tahun
Jantina :Lelaki
Bangsa : Cina
Pekerjaan : Guru
Bahagian B
Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:
1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?
Ya
Ya
Ya
Tidak
Sewa
Bahagian A
Umur : 19 Tahun
Jantina : Perempuan
Bangsa : Siam
Pekerjaan : Pelajar
Bahagian B
Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:
1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?
Ya
Ya
Ya
Ya
Sendiri
Bahagian A
Umur : 55 Tahun
Jantina : Lelaki
Bangsa : India
Bahagian B
Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:
1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Sewa