You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU 4

Masalah Menurut Mok Soon Sang (2011), Pembelajaran Koperatif merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara bekerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid akan berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Strategi Pembelajaran Koperatif ini merupakan satu bentuk strategi pembelajaran yang efektif bagi memastikan penglibatan murid secara optimum dapat dilakukan.

Sepanjang berada di ini pada minggu Keempat ini bagi menjalani Praktikum Fasa 2, saya telah berupaya mengenalpasti satu masalah yang sering berlaku di dalam kelas khususnya ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran koperatif. Saya telah mengenalpasti bahawa apabila sesuatu aktiviti bercorak berkumpulan diadakan di dalam kelas, di dalam sesebuah kumpulan, tidak semua murid akan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti tersebut.

Analisis Masalah Setelah menganalisis masalah berkaitan penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan ini secara terperinci, saya telah mengesan punca mengapa berlakunya masalah ini. Melalui pemerhatian dan analisis yang dilakukan, masalah ini berlaku disebabkan setiap murid tidak ditekankan dan dijelaskan kepada mereka berhubung peranan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Sebagai contoh, dalam pembelajaran mata pelajaran Sains, apabila murid diberikan tugasan untuk membuat peta minda dalam kad manila secara berkumpulan, hanya sebilangan murid yang akan gigih berbincang dan membina peta minda sementara sebilangan kecil yang lain akan hanya memerhati dan bercakap-cakap dengan rakan mereka. Oleh itu, setiap murid seharusnya disedarkan tentang tugasan mereka dalam aktiviti tersebut.

Cadangan Bagi mengatasi masalah ini, saya ingin mencadangkan supaya setiap murid dijelaskan secara terperinci tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, apabila melakukan aktiviti lakonan di dalam bilik darjah, setiap murid akan dijelaskan peranan mereka dalam aktiviti lakonan tersebut. Begitu juga dalam aktiviti membuat peta minda dalam kertas mahjung/kertas sebak. Setiap murid akan dibahagikan tugas supaya setiap daripada mereka akan jelas dengan aktiviti yang dilakukan dan tidak bersikap tidak mengendahkan dalam pengelolaan aktiviti tersebut.

Tempoh masa tindakan susulan Tempoh masa yang saya anggarkan untuk menyelesaikan isu ini ialah seminggu dan berharap agar masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Tindakan susulan Bagi mengatasi masalah ini, saya telah berbincang dengan guru pembimbing, iaitu Encik Ariffin tentang masalah ini. Saya juga telah mengajukan cadangan penambahbaikan berhubung masalah ini dengan beliau. Hasil perbincangan kami,

beliau telah mencadangkan supaya sebelum sesuatu aktiviti dilakukan, pastikan penerangan yang jelas dan tepat diberikan kepada semua murid. Di samping itu, selain penerangan yang ringkas, padat dan terperinci, saya juga hendaklah memastikan setiap murid mengetahui peranan atau tugas mereka dalam sesuatu aktiviti.

Ini bagi mengelakkan hanya segelintir murid sahaja yang melakukan tugas dalam kumpulan manakala yang lain tidak melakukan apa-apa. Sebagai guru, saya juga hendaklah memantau aktiviti setiap kumpulan secara berkala dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid dalam melakukan tugasan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan :. Nama : . Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :. Nama : .. Tarikh : .

You might also like