You are on page 1of 35

HAD DAN KESELANJARAN

1.1. HAD KANAN


Jika nilai f(x) menghampiri nombor l
1
apabila x menghampiri x
o
dari sebelah
kanan, maka ditulis
span style="mso-ignore:vglayout">
yang dibaca sebagai had f(x) apabila x menghampiri x
0
dari sebelah kanan
bersamaan dengan l
1
.
1.2 HAD KIRI
Jika nilai f(x) menghampiri nombor l
2
apabila x menghampiri x
0
dari sebelah
kiri, maka ditulis

yang dibaca sebagai had f(x) apabila x menghampiri x
0
dari sebelah kiri
bersamaan dengan l
2
.
1.3 HAD SUATU FUNGSI
Jika had dari sebelah kiri dan had dari sebelah kanan bagi f(x) mempunyai nilai
yang sama, iaitu

maka had wujud dan ditulis

Sebaliknya, apabila

maka had tak wujud.



1.4. 1.4 KES HAD TIDAK WUJUD
Terdapat juga kes di mana had suatu fungsi apabila

tidak dapat dipastikan. Jika had tidak ada , maka disebut had tidak wujud.
1.5. 1.5 HAD DI KETAKTERHINGGAAN
Had juga boleh digunakan untuk menggambarkan kelakuan sesuatu fungsi
apabila pembolehubah tak bersandar bergerak jauh dari asalan di sepanjang
paksi-x. Jika x dibiarkan menokok tanpa batas, x dikatakan menghampiri positif
ketakterhinggaan. Sebaliknya, jika x dibiarkan menyusut tanpa
batas, x dikatakan menghampiri negatif ketakterhinggaan.
Katakanlah had bagi f(x) apabila x menghampiri positif ketakterhinggaan ialah l,
dengan l suatu nombor nyata. Pernyataan ini boleh ditulis sebagai

Garis y = l merupakan garis asimptot mengufuk untuk f(x).
1.6. 1.6 SIFAT ASAS HAD
Misalkan a, k dan n ialah nombor-nombor nyata, maka


1.7 SIFAT-SIFAT HAD YANG LAIN
Misalkan had mewakili had-had

Jika had f(x) dan had g(x) kedua-duanya wujud, maka



1.8. 1.8 TAKRIF HAD SECARA FORMAL
Misalkan f(x) tertakrif untuk semua nilai x di dalam selang terbuka yang
mengandungi nombor a, kecuali mungkin f(x) tertakrif atau tidak tertakrif
pada a. Seterusnya

jika untuk setiap nombor c > 0, wujud suatu nombor o > 0 supaya untuk
semua x,

Dalam takrif tersebut, ungkapan 0 < | x - a | < o disebut pernyataan
toleransi o manakala ungkapan | f(x) - l | < c disebut pernyataan toleransi c.
1.9. 1.9 KESELANJARAN
Suatu fungsi f(x) dikatakan selanjar di titik x = a jika syarat berikut dipenuhi.
1. Fungsi f(x) tertakrif di x = a, iaitu f(a) wujud.
2. had f(x) wujud
3. had f(x) = f(a)
1.10. 1.10 KESELANJARAN DALAM SELANG
Andaikan f(x) tertakrif dalam [a, b]. Fungsi f(x) dikatakan selanjar dalam [a, b]
jika
f(x) selanjar dalam (a, b), dan







PEMBEZAAN
2.1 TAFSIRAN PEMBEZAAN SECARA GEOMETRI
Misalkan y = f(x) ialah suatu fungsi. Pembezaan atau terbitan fungsi f terhadap x,
ditandakan dengan f, ditakrifkan sebagai

dengan syarat had tersebut wujud.
Jika P(x
0
, y
0
) merupakan suatu titik pada lengkung y = f(x), maka kecerunan garis
tangen kepada titik di P ditakrifkan sebagai

dengan syarat had tersebut wujud
Pembezaan kaedah prinsip pertama
Langkah 1
Diberi y = f(x). Tuliskan ungkapan f(x + ox).
Langkah 2
Ringkaskan ungkapan f(x + ox) f(x).
Langkah 3
Permudahkan ungkapan

Langkah 4
Gunakan keputusan Langkah 3 untuk menghitung

Contoh


2.2 PEMBEZAAN FUNGSI ALJABAR MUDAH
Pembezaan Fungsi Malar
Jika y =c (c pemalar), untuk semua x, maka

Pembezaan Kuasa Integer Positif
Jika y = x
n
, dengan n ialah integer positif, maka untuk semua nilai
nyata x,

Contoh
2.3 KAEDAH PEMBEZAAN
Pembezaan Hasil Darab Fungsi Dengan Pemalar
Jika y = cu dengan u ialah suatu fungsi yang terbezakan terhadap x, dan c pemalar,
maka

Pembezaan Hasil Tambah Fungsi
Misalkan u dan v merupakan fungsi terbezakan terhadap x, dan y = u +v, maka

Pembezaan Hasil Darab Fungsi
Misalkan u dan v merupakan fungsi terbezakan terhadap x, dan y = uv, maka

Pembezaan Hasil Bahagi Fungsi
Misalkan u dan v = 0 merupakan fungsi terbezakan terhadap x, dan y = u/v, maka

Pembezaan Kuasa Sebarang Integer
Jika y = x
n
, dengan n ialah sebarang integer, maka

2.4 PETUA RANTAI
Jika g dibezakan pada titik x dan f boleh dibezakan pada titik g(x), maka hasil
gubahan f o g boleh dibezakan pada titik x. Dengan kata lain, jika y = f[g(x)] dan u
= g(x) maka

Contoh
2.5 PEMBEZAAN FUNGSI TRIGONOMETRI
Jika u = g(x) suatu fungsi terbezakan terhadap x, maka dengan menggunakan
petua rantai, diperolehi






Contoh

2.6 PEMBEZAAN FUNGSI LOGARITMA
Pada umumnya, jika u = u(x) ialah suatu fungsi terbezakan terhadap x, dan y =
log
a
u, maka dengan menggunakan petua rantai diperolehi

Seterusnya, apabila a = e diperolehi

2.7 PEMBEZAAN FUNGSI EKSPONEN
Jika y = a
x
, maka

Jika u = g(x) suatu fungsi terbezakan terhadap x dan y = au(x) apabila a = e, maka
dengan menggunakan petua rantai diperolehi


Contoh
2.8 PEMBEZAAN FUNGSI TERSIRAT
Jika y dan x ditakrifkan secara tersirat dan tak tersirat, maka

Jika u = g(x) suatu fungsi terbezakan terhadap x, maka

2.9 PEMBEZAAN FUNGSI BERPARAMETER
Pembezaan berparameter merupakan penggunaan petua rantai, iaitu

dan juga keputusan

Contoh
2.10 PEMBEZAAN FUNGSI HIPERBOLIK
Jika u suatu fungsi terhadap x, maka dengan menggunakan petua rantai
diperolehi











BAB 3 PENGGUNAAN PEMBEZAAN
3.1 NILAI HAMPIRAN DAN RALAT
Diberi
(3.
1)

Perhatikan bahawa tidak sekali-kali sama dengan f'(x), tetapi
apabila ox cukup kecil, nilai bagi merupakan penghampiran
bagi f'(x), dan ditulis sebagai


atau
(3.
2)
atau
(3.
3)

dengan of (x)= f (x+ox) - f (x)

Rumus (3.2) dan (3.3) boleh digunakan untuk mencari nilai hampiran f
(x+ox) dengan menggunakan nilai tepat f (x), f' (x) dan ox iaitu tokokan kecil f
(x) yang dihasilkan daripada tokokan kecil x.
Contoh
3.2 KADAR PERUBAHAN
Jika y suatu fungsi x, maka merupakan kadar perubahan y terhadap x. Sebagai
contoh jika r mewakili jejari dalam meter dan tmewakili masa dalam saat, r ialah
fungsi t, maka mewakili kadar perubahan jejari terhadap masa.

Nilai yang positif mewakili kadar perubahan menokok
bagi y terhadap x manakala nilai yang negatif mewakili kadar perubahan
menyusut bagi y terhadap x.

3.2.1 Kadar Perubahan Malar
Misalkan jejari r sm bagi sebuah bulatan pada masa t saat diberi oleh r = 12 - 2t,
dengan 0 s t s 6. Oleh itu kadar perubahan rterhadap t, = - 2 iaitu suatu nilai
malar. = - 2 ini dikenali juga sebagai kadar perubahan malar. Ini bermakna
untuk sebarang nilai t, 0 s t s 6, adalah tetap sama. Seterusnya untuk kadar
perubahan malar,


3.2.2 Kadar Perubahan Terkait
Jika udara diisikan ke dalam sebuah belon berbentuk sfera, jejari belon tersebut
akan menokok. Semakin udara diisi, semakin besarlah belon itu dan semakin
menokoklah jejarinya. Seterusnya isipadu belon V juga menokok. Jejari dan
isipadu belon ini menokok pada kadar yang tertentu dan kadar perubahan ini pada
masa t masing-masing ialah dan . Rumus isipadu sfera pula boleh ditulis
sebagai .

Rumus ini menunjukkan terdapat kaitan antara jejari dengan isipadu. Seterusnya
pasti wujud kaitan antara kadar perubahan jejari terhadap masa, dengan kadar
perubahan isipadu terhadap masa . Masalah yang melibatkan kadar perubahan
beberapa kuantiti yang berkaitan ini dinamakan masalah kadar perubahan terkait.
Pada amnya masalah-masalah mengenai kadar perubahan yang melibatkan masa
sebagai satu pembolehubah boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah
pembezaan fungsi gubahan iaitu

Contoh
3.3 GERAKAN PADA SUATU GARIS LURUS
Apabila sebutir zarah bergerak maka kedudukannya akan berubah. Ini bererti zarah
beranjak dari kedudukan asal dan akan melibatkan jarak dan arah. Arah bagi
gerakan di sepanjang paksi-x positif ditandakan positif, manakala di sepanjang
paksi-x negatif ditandakan negaif. Oleh itu anjakan merupakan suatu kuantiti
vektor dengan jarak diukur dari suatu titik atau asalan. Ketika zarah bergerak di
sepanjang paksi-x, jika anjakan x ditentukan pada setiap ketika bagi masa t, maka
anjakan ini dapat dituliskan sebagai suatu fungsi yang boleh dibezakan terhadap
masa,
x = x(t) dengan t = 0

halaju, v bagi sebutir zarah ialah kadar perubahan anjakan x(t) terhadap masa, oleh
itu halaju merupakan terbitan pertama bagi anjakanterhadap masa t, iaitu


halaju seketika ialah halaju zarah pada sebarang ketika bagi masa, dan tanda
(positif atau negatif) bagi halaju ini menunjukkan arah untuk gerakan di sepanjang
suatu garis lurus. Gerakan ke kanan adalah positif dan ke kiri adalah negatif.

Apabila halaju bagi sebuah jasad yang bergerak dalam magnitud atau arah atau
kedua-duanya, jasad itu dikatakan memecut. Pecutan bagi sebutir zarah ialah kadar
perubahan halaju v terhadap masa t dan ditulis sebagai


oleh itu pecutan merupakan terbitan kedua bagi anjakan terhadap masa t, iaitu

Contoh
3.4 KECERUNAN LENGKUNG PADA SUATU TITIK
Kecerunan lengkung di sebarang titik ditakrifkan sebagai kecerunan garis tangen
pada lengkung di titik tersebut. Kecerunan garis tangen pada lengkung berubah dan
dan boleh diperoleh dengan menggantikan koordinat titik itu ke dalam dy/dx.

3.4.1 Persamaan Garis Tangen Pada Lengkung
Persamaan garis tangen pada suatu lengkung y = f (x) di sebarang titik P
ditakrifkan sebagai persamaan garis lurus PA yang hanya menyentuh lengkung di
titik P. Untuk mendapatkan persamaan garis tangen pada lengkung di titik P, perlu
dicari kecerunan bagi gairs tangen pada lengkung di titik tersebut.

3.4.2 Persamaan Garis Normal Pada Lengkung
persamaan garis normal pada suatu lengkung y = f(x) di sebarang titik P ditakrifkan
sebagai persamaan garis lurus PB yang berserenjang dengan persamaan garis
tangen PA. Jika kecerunan garis tangen pada lengkung y = f(x) ialah m, maka
kecerunan garis normal ialah .
Contoh
3.5 MAKSIMUM DAN MINIMUM
Andaikan y = f(x) ialah fungsi yang selanjar dan boleh dibezakan pada selang
terbuka
a < x < b
Jika f(x) > 0, maka y = f(x) menokok pada selang a < x < b
Jika f(x) < 0, maka y = f(x) meyusut pada selang a < x<b< i=""></b<>
Apabila suatu fungsi menokok pada suatu selang , maka garis tangen kepada graf
mempunyai kecerunan positif di mana-mana pada selang itu. Seterusnya, apabila
fungsi menyusut pada suatu selang, maka garis tangen kapada kepada graf
mempunyai kecerunan negatif di mana-mana pada selang itu. Terdapat
kemungkinan suatu fungsi menokok pada selang dalam domainnya dan menyusut
pada satu selang yang lain.
TAKRIF 3.1 (Titik Genting)
Titik [c , f(c) ] pada suatu fungsi f(x) dikatakan titik genting jiak
berlaku f(c) = 0 atau
f(c) tidak wujud.

Perlu diketahui bahawa jika f (x) ialah fungsi kuadratik atau peringkat lebih
tinggi, maka ada kemungkinan terdapat lebih daripada satu nilai genting.
UJIAN TERBITAN PERTAMA
Misalkan y = f(x) merupakan lengkung yang diberi.
1. f(x) = 0 atau tidak wujud, x ialah titik genting.
2. titik genting ialah titik maksimum jika f(x) berubah tanda dari
pada positif kepada negatif ketika x menokok melalui titik genting.
Bentuk lengkung adalah cembung.
3. titik genting ialah titik minimum jika f(x) berubah tanda daripada
negatif kepada positif ketika x menyusut melalui titik genting. Bentuk
lengkung adalah cekung.

TAKRIF 3.2 (Nilai Maksimum-Minimum Mutlak)
Nilai Maksimum mutlak bagi suatu fungsi ialah titik di mana nilai terbesar
bagi fungsi dicapai untuk seruluh domain fungsi tersebut. Sebaliknya nilai
minimum mutlak bagi suatu fungsi ialah titik di mana nilai terkecil bagi
fungsi dicapai untuk seluruh domain fungsi tersebut.
UJIAN TERBITAN KEDUA
Katakan lengkung y = f(x) mempunyai nilai genting di x = x
0
.
1. jika f(x
0
) < 0, graf berbentuk cembung dan f(x) mempunyai nilai
maksimum di x = x
0
.
2. jika f(x
0
) > 0, graf berbentuk cekung dan f(x) mempunyai nilai
minimum di x = x
0
.
3. jika f(x
0
) = 0, atau tidak wujud, ujian terbitan kedua gagal dan
ujian terbitan pertama mesti digunakan untk menentukan sifat graf di x =
x
0
.

TAKRIF 3.4 (Titik Lengkok Balas)
Titik yang memisahkan bahagian cembung dengan bahagian cekung bagi
suatu lengkung selanjar disebut titik lengkok balas.

TEOREM 3.1 (Titik Lengkok Balas Dan Perubahan Tanda f (x
0
) )
Misalkan suatu lengkung ditakrifkan sebagai y = f(x). Jika f(x
0
) = 0
atau f(x
0
) tidak wujud dan jika terbitan f(x)berubah tanda ketika
melalui x = x
0
, maka titik (x
0
, f(x
0
)) pada lengkung merupakan titik
lengkok balas.
Contoh
3.5.1 Nilai Maksimum Dan Minimum Dalam Suatu Selang
Didapati bahawa f(x) mempunyai nilai maksimum setempat dan nilai minimum
setempat masing-masing di P dan Q iaitu nilai maksimum atau minimum di
kejiranan titik-titik berkenaan sahaja. Ketika x menyusut dari P, nilai f(x) akan
menjadi lebih kecil daripada nilai di Q. Sebaliknya ketika x menokokdari Q,
nilai f(x) menjadi semakin besar daripada nilai di P. Tanpa mengetahui bentuk
keseluruhan graf, kedudukan titik maksimum atau minimum mutlak tidak dapat
ditentukan. Namun begitu dengan menghadkan domain boleh ditentukan titik
maksimum ataupun minimum mutlak tersebut.

3.5.2 Penggunaan Maksimum Dan Minimum Mutlak
Teori maksimum dan minimum boleh digunakan dalam menentukan penyelesaian
bagi masalah dalam geometri, mekanik , fizik, industri, kejuruteraan, dan
sebagainya.

3.6 PETUA LHOSPITAL
Daripada teorem had diketahui bahawa

dengan syarat . Jika

maka teorem had tidak boleh digunakan. Akan tetapi, had mungkin wujud bagi kes
ini. Oleh itu akan dipertimbangkan kes-kes yang had wujud.
Bentuk-bentuk tak tentu yang mungkin bagi ialah
a) , apabila dan
b) , apabila i) dan
ii) dan

Had bagi bentuk-bentuk tak tentu inilah yang akan dikaji dalam bahagian ini.
Pengiraan had akan dilakukan dengan penggunaan Petua LHospital. Petua ini
telah ditemukan oleh John Bernoulli untuk mengira had-had bagi pecahan yang
mempunyai penyebut dan pembilang yang menghampiri sifar. Namun demikian,
orang yang pertama memperkenalkan petua itu dalam sebuah buku kalkulus ialah
seorang ahli matematik Perancis, Guillaume Francois Antoine De LHospital.
TAKRIF 3.5 (Petau LHospital)
Andaikan f(x) dan g(x) ialah fungsi yang boleh dibezakan dalam selang
(a,b) yang mengandungi c kecuali (mungkin) pada titik c sendiri.
Jika mempunyai bentuk tak tentu atau pada c dan
jika g(x) = 0 untuk x = 0, maka

dengan syarat
wujud atau






BAB 4 KAMIRAN
4.1 ANTI KAMIRAN PEMBEZAAN DAN KAMIRAN TAK TENTU
Proses untuk mendapat semula fungsi daripada pekali pembezaannya merupakan
songsangan bagi operasi pembezaan. Proses ini disebut sebagai proses mencari
anti pembezaan. Dengan perkataan lain, jika dapat dicari suatu fungsi F(x) dengan
pekali pembezaannya ialah f(x) iaitu F(x) = f(x), maka F(x) dikatakan suatu anti
pembezaan bagi f(x).
Takrif 4.1 (Anti Pembezaan)
Fungsi F(x) dikatakan suatu anti pembezaan bagi suatu fungsi f(x) jika
F(x) = f(x)
Untuk setiap x dalam domain f.

Teorem 4.1 (Kewujudan Anti Pembezaan)
Jika F(x) = f(x)pada setiap titik dalam sebarang selang [a , b], maka setiap
anti pembezaan G bagi f dalam [a , b] adalah berbentuk
G(x) = F(x) + C,
Dengan C pemalar sembarangan untuk semua x e [a , b].
Daripada Teorem 4.1 jelas bahawa proses mendapatkan anti pembezaan tidak
akan menghasilkan fungsi yang unik. Sebaliknya akan terhasil satu set fungsi-
fungsi yang berbeza pada nilai pemalarnya. Proses mendapatkan anti pembezaan
ini biasanya dissebut sebagaipengamiran.
Takrif 4.2 (Kamiran Tak tentu)
Set semua anti pembezaan bagi fungsi f(x) dinamakan kamiran tak
tentu bagi f terhadap x, dilambang sebagai

simbol merupakan tatatanda kamiran, f(x) disebut fungsi
yang dikamir dan x ialah pembolehubah kamiran.
Daripada Teorem 4.1 dan Takrif 4.2, jika F(x) = f(x) untuk semua x, maka
(4.1)
Pemalar C disebut pemalar kamiran dan persamaan (4.1) dibaca sebagai kamiran
tak tentu bagi f terhadap x ialah F(x) + C. Daripada penjelasan yang di atas, dapat
dibuat kesimpulan bahawa setiap rumus pembezaan

adalah setara dengan suatu rumus kamiran

Contoh
4.2 ALJABAR KAMIRAN TAK TENTU
Teorem 4.2 (sifat Asas Kamiran Tak Tentu)
a)Pemalar k boleh dikeluarkan daripada tanda kamiran, iaitu

b) Kamiran hasil tambah (dan hasil tolak) bersamaan dengan hasil
tambah (atau hasil tolak) kamiran, iaitu

4.3 TEOREM ASAS KALKUKLUS KAMIRAN
Teorem 4.3 (Teorem Asas Kalkulus)
Jika suatu fungsi f(x) adalah selanjar di dalam selang [a,b], maka

dengan F(x) ialah sebarang fungsi sehingga f(x) = f(x) untuk
semua x e [a,b].

Untuk menyelesaikan kamiran tentu, boleh juga diselesaikan kamiran tak
tentu terlebih dahulu. Setelah jawapan diperoleh, masukkan pula had-
had kamiran yang diberi.
Teorem 4.4 (Sifat Asas Kamiran Tentu)
Jika f(x) dan g(x) ialah fungsi selanjar di dalam selang [a,b], maka
a) , jika f(a) wujud
b)
c)
d)
e) , dengan acb
f)
Contoh
4.4 KAEDAH PENGAMIRAN
4.4.1 Kamiran Dengan Kaedah Gantian
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang perlu dicuba dalam proses
menyelesaikan sesuatu kamiran. Tujuan kaedah ini ialah untukmenukar ungkapan
yang dikamir kepada suatu ungkapan dalam bentuk kamiran asas.

Andaikan u ialah suatu fungsi boleh beza terhadap x, maka
(4.5)
Untuk menentusahkan rumus ini, misalkan F merupakan suatu anti pembezaan
bagi f, supaya

atau bentuk yang setara,
(4.6)
Oleh kerana u merupakan suatu fungsi yang boleh beza terhadap x, dengan petua
rantai diperoleh

atau bentuk yang setara,
(4.7)
Rumus (4.5) diperoleh daripada (4.6) dan (4.7). Pada umumnya kamiran yang
ingin diselesaikan adalah bentuk

Daripada rumus (4.5) kamiran ini dapat diungkap dalam bentuk

Dengan pilihan yang tepat u=g(x), kamiran di sebelah kanan lebih mudah untuk
diolah berbanding dengan kamiran asal. Jika tidak kamiran akan menjadi rumit.
Langkah-langkah kaedah gantian
Langkah 1
Buat pilihan untuk u, andaikan u = g(x)
Langkah 2
Dapatkan
Langkah 3
Lakukan gantian u = g(x), du=g(x)dx.
Pada peringkat ini, keseluruhan kamiran mestilah dalam sebutan u, iaitu
tiada lagi sebutan x. jika langkah ini tidak dapat dilakukan, buat pilihan
yang lain untuk u.
Langkah 4
Selesaikan kamiran yang diperoleh.
Langkah 5
Gantikan semula u dengan g(x),supaya jawapan terakhir dalam
sebutan x.
Contoh
4.4.2 Kaedah Bahagian Demi Bahagian
Kamiran bahagian demi bahagian merupakan suatu kaedah untuk
mempermudahkan kamiran yang melibatkan pendaraban fungsi-fungsi aljabar
dan transeden misalnya

kamiran bahagian demi bahagian diperoleh daripada rumus pembezaan hasil
darab

Apabila dikamirkan terhadap x diperoleh

dan seterusnya

atau ringkasnya


4.4.3 Kamiran dengan kaedah pecahan separa
Seperti yang telah diketahui, polinomial nisbah adalah bentuk yang rumit dan
mungkin juga sukar untuk dikamirkan. Tetapi, polinomial ini mungkin menjadi
lebih mudah dikamirkan jika dapat ditulis sebagai hasil tambah beberapa
polinomial nisbah yang mudah, iaitu dengan menggunakan kaedah pecahan
separa.

4.5 KAMIRAN FUNGSI TRIGONOMETRI
4.5.1 Kuasa Ganjil bagi sin x dan kos x
Untuk nilai n = 1,2,3,...... Dengan gantian u = kos x, diperoleh
=
=
=
=
bentuk yang mudah dikamirkan.

Begitu juga dengan gantian u = sin x, diperoleh
=
=
=
=
bentuk yang mudah dikamirkan.

4.5.2 Kuasa Genap bagi sin x dan kos x
Identiti bersama dengan
gantian tertentu digunakan untuk menyelesaikan masalah kamiran yang
melibatkan fungsi trigonometri kos x dan sin x dengan kuasa genap, iaitu

=
dan juga

=

4.5.5 Kuasa Genap atau Ganjil bagi tan x dan kot x
Identiti digunakan untuk
menyelesaikan kamiran yang melibatkan fungsi trigonometri tanx dan kot x, iaitu


dan juga


Dengan identiti tersebut, diperoleh


Seterusnya, dengan gantian u = tan x kamiran menjadi


Dengan cara yang sama, dengan gantian u = kot x diperoleh




4.5.7 Kuasa Genap bagi sek x dan kosek x
Identiti berserta dengan
piawai digunakan untuk
menyelesaikan masalah ungkapan sek x dan kosek x


Dengan gantian u = tan x, diperoleh

bentuk yang mudah dikamirkan.
Begitu juga



Dengan gantian u = kot x, diperoleh

bentuk yang mudah dikamirkan.

4.6 KAMIRAN FUNGSI HIPERBOLIK
Kamiran fungsi hiperbolik akan dirujuk kepada jadual 4.2. Manakala kamiran bagi
fungsi hiperbolik yang lebih rumit akan diselesaikan kaedah pengamiran yang
telah dibincangkan sebelum ini. Untuk menyelesaikan masalah kamiran bagi
fungsi hiperbolik , identiti-identiti fungsi hiperbolik akan digunakan.

4.7 KAMIRAN FUNGSI TAK NISBAH
Kebanyakan fungsi tak nisbah boleh dikamirkan dengan menggunakan kaedah
yang telah dibincangkan sebelum ini. Bagaimanapun, perbincangan ini tidak
memberikan sebarang kaedah yang umum. Selain daripada itu, tidak ada satu
cara yang komprehensif untuk menyelesaikan kamiran tersebut.

4.7.1 Kamiran Melibatkan
Dalam bahagian ini akan dibincangkan kaedah untuk mengamirkan suatu
ungkapan aljabar yang hanya mengandungi satu ungkapan tak nisbah
berbentuk . Pada amnya, ungkapan ini boleh dikamirkan dengan
menggunakan gantian .


4.7.2 Kamiran Melibatkan
Pada amnya dengan menulis ungkapan dalam bentuk lengkap kuasa
dua, iaitu ungkapan boleh ditukarkan kepada satu bentuk berikut

Kita akan pertimbangkan terlebih dahulu kamiran dengan yang berbentuk

Perhatikan bahawa apabila ungkapan yang dikamir mengandungi salah satu
daripada bentuk ini, punca kuasa dua boleh dihapuskan dengan menggunakan
identiti-identiti trigonometri dan gantian yang berikut
Ungkapan Gantian



















BAB 5 PENGGUNGAAN KAMIRAN
5.1 TAFSIRAN GEOMETRI KAMIRAN TENTU
Takrif 5.1 (Had Suatu Hasil Tambah)
Misalkan f(x) suatu fungsi yang tertakrif di dalam selang [a,b]. Selang ini
dibahagikan kepada n subselang yang sama lebar, . Setiap subselang
ini ditandakan sebagai [ ]
dengan berserta dan .
Andaikan dan jika

wujud, maka had ini ditandakan sebagai

dan disebut Kamiran tentu bagi f(x) dari a ke b. Nilai a disebut had
bawah kamiran manakala b disebut sebagai had atas kamiran.
Contoh
5.2 LUAS SUATU RANTAU
5.2.1 Luas Suatu Rantau Di Bawah Graf
seperti yang telah diketahui, memberikan luas rantau yang dibatasi oleh
lengkung y = f(x) dengan paksi x berserta x = adan x = b. Jika rantau yang
diabatasi oleh lengkung y = f(x) dengan paksi x beserta garis-garis x = a dan x =
b. Rantau ini terletak di sebelah atas paksi x. Luas rantau ini diberi oleh

Jika rantau yang dibatasi oleh lengkung y =g(x) dengan paksi-x beserta garis-
garis x = a dan x = b. Rantau ini terletak di sebelah bawah paksi-x. Dalam kes ini,
kamiran tentu mempunyai nilai negatif. Oleh kerana luas merupakan
kuantiti yang positif, maka luas rantau itu diulis sebagai

Dengan menggunakan hujah yang sama, luas yang dibatasi oleh lengkung x =
u(x) dngan paksi-y beserta garis-garis y = c dan y = ddapat ditentukan. Luas rantau
diberi oleh


5.2.2 Luas Suatu Rantau ntara Dua Lengkung
Takrif 5.2 (Luas Antara Dua Lengkung)
Jika f(x) dan g(x) adalah selanjar dalam [a,b] dan g(x) f(x) untuk
semua x dalam [a,b], maka luas rantau yang dibatasi oleh lengkung-
lengkung y = f(x) dan y = g(x) beserta garis-garis x = a dan x = b diberi
oleh

Takrif 5.3 (Luas Pada Paksi- y Antara Dua Lengkung)
Jika u(y) dan v(y) adalah selanjar dalam [c,d] dan v(y) u(y) untuk
semua y dalam [c,d], maka luas ranta yang dibatasi oleh x = u(y), x = v(y),
y = c dan y =d diberikan oleh

Contoh
5.3 ISIPADU BONGKAH KISARAN
Takrif 5.4 (Isipadu Bongkah Kisaran Pada Paksi-x)
Misalkan f(x) ialah fungsi tak negatif dan selanjar pada [a,b] dikisarkan
360 pada paksi-x maka isipadu bongkah ialah

Takrif 5.5 (Isipadu Bongkah Kisaran Pada Paksi-y)
Misalkan u(y) ialah fungsi tak negatif dan selanjar pada[c,d] dikisarkan
360 pada paksi-y maka isipadu bongkah ialah


Takrif 5.6(Isipadu Bongkah Kisaran Pada Paksi-x Antara Dua
lengkung)
Misalkan f(x) dan g(x) ialah fungsi tak negatif dan selanjar dalam [a,b]
dan g(x) f(x) untuk semua x dalam [a,b], maka isipadu bongkah yang
dibatasi oleh lengkung-lengkung y = f(x) dan y = g(x), x =a dan x = b,
dikisarkan 360 pada paksi-x diberi oleh


Takrif 5.7(Isipadu Bongkah Kisaran Pada Paksi-y Antara Dua
lengkung)
Misalkan u(y) dan v(y) ialah fungsi tak negatif dan selanjar dalam [c,d]
dan u(y) v(y) untuk semua y dalam [c,d], maka isipadu bongkah yang
dibatasi oleh lengkung-lengkung x = u(y) dan x = v(y), y =c dan y = d,
dikisarkan 360 pada paksi-y diberi oleh

















BAB 6 PEMBEZAAN DAN KAMIRAN LANJUTAN
6.1 Pembezaan Dan Kamiran Fungsi Trigonometri Songsang
Dalam bahagian ini kita akan terbitkan rumus-rumus pembezaan bagi fungsi-
fungsi sin
-1
x,
tan
-1
x dan sek
-1
x, manakala rumus pembezaan tiga fungsi yang lain boleh diperoleh
daripada pembezaan tiga identiti berikut.



Dalam perbincangan seterusnya kita memerlukan identiti berikut.


6.1.1 Pembezaan y = sin
-1
x

6.1.2 Pembezaan y = tan
-1
x

6.1.3 Pembezaan y = sek
-1
x

6.1.4 Pembezaan y = kos
-1
x, y = kot
-1
x dan y = kosek
-1
x


Pada amnya jika u(x) ialah fungsi dalam x maka diperoleh,

6.1.5 Kamiran Melibatkan Fungsi Trigonometri Songsang
Pembezaan Pengamiran

Contoh
6.2 Pembezaan Dan Kamiran Fungsi Hiperbolik Songsang


Dalam bahagian ini kita akan terbitkan rumus-rumus pembezaan bagi fungsi-fungsi
sinh
-1
x, kosh
-1
x dan tanh
-1
x, manakala rumus pembezaan tiga fungsi yang lain
boleh diperoleh daripada pembezaan tiga identiti berikut.

6.2.1 Pembezaan y = sinh
-1
x



6.2.2 Pembezaan y = kosh
-1
x


6.2.3 Pembezaan y = tanh
-1
x



6.2.4 Pembezaan y = koth
-1
x, y = sekh
-1
x dan y = kosekh
-1
x


Pada amnya jika u(x) ialah fungsi dalam x maka diperoleh,

Contoh
6.3 Penggunaan kamiran lanjutan.
6.3.1 Panjang Lengkung
( i ) Bentuk koordinat Cartesan


( ii ) Bentuk parameter


BAB 7 PERSAMAAN PEMBEZAAN BIASA
7.1 Konsep Asas
Takrif 7.1 ( Persamaan Pembezaan Biasa )
Misalkan x ialah pembolehubah tak bersandar dan y pula merupakan
fungsi terhadap x, maka persamaan yang melibatkan sekurang-kurangnya
satu daripada pekali pembezaan.
7.2 Pembentukan Persamaan Pembezaan
Takrif 7.2 ( Peringkat )
Peringkat persamaan pembezaan ialah peringkat pekali pembezaan
tertinggi yang wujud dalam persamaan pembezaan tersebut.
7.3 Persamaan Boleh Pisah
Takrif 7.3 ( Persamaan boleh Pisah )
Persamaan ( 7.1 ) dinamakan boleh pisah jika persamaan itu dapat ditulis
sebagai

7.4 Persamaan Homogen
Takrif 7.4 ( Fungsi homogen )
Fungsi f(x,y) dinamakan fungsi homogen berdarjah n jika

untuk setiap bilai nyata .
7.5 Persamaan Linear
Takrif 7.5 ( Persamaan Homogen )
Persamaan ( 7.1 ) iaitu

dinamakan persamaan homogen jika f( x,y ) merupakan fungsi homogen
dengan darjah 0.


BAB 8 KAMIRAN TAK WAJAR
8.1 HAD KAMIRAN TAK TERHINGGA
Takrif 8.1 (Kamiran Tak Wajar Jenis I )
1. Jika f(x) selanjar dalam selang [a, ) maka

2. Jika f(x) selanjar dalam selang (-,b] maka

3. Jika f(x) selanjar dalam selang (-,) maka

dengan c sebarang nombor nyata.
Dalam dua kes yang pertama, kamiran tak wajar dikatakan menumpu jika
had wujud. Sebaliknya, jika had takk wujud kamiran tak wajar dikatakan
mencapah. Dalam kes ketiga kamiran di sebelah kiri dikatakan mencapah
jika salah satu atau kedua-dua kamiran tak wajar di sebelah kanan
mencapah.

8.2 Had Kamiran Tak Terhingga

Takrif 8.2 (Kamiran Tak Wajar Jenis II)
1. Jika f(x) selanjar di dalam selang [a,b) dan mempunyai
ketakselanjaran tak terhingga di b, maka

2. Jika f(x) selanjar dalam selang (a,b] dan mempunyai ketakselanjaran
tak terhingga di a maka

3. Jika f(x) selanjar dalam selang [a,b], kecuali di suatu titikk c dalam
(a,b) dan f(x) mempunyai ketakselanjaran tak terhingga di c, maka

dengan c sebarang nombor nyata.
Dalam dua kes yang pertama, kamiran tak wajar dikatakan menumpu
jika had wujud. Sebaliknya, jika had tak wujud kamiran tak wajar
dikatakan mencapah. Dalam kes ketiga kamiran di sebelah kiri
dikatakan mencapah jika salah satu atau kedua-dua kamiran tak wajar
di sebelah kanan mencapah.

You might also like