P. 1
Sinopsis Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

Sinopsis Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

|Views: 18|Likes:
Published by JY John
erti sebuah [engorbanan
erti sebuah [engorbanan

More info:

Published by: JY John on Sep 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/18/2014

pdf

text

original

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011) Tajuk: Erti Sebuah Pengorbanan Penulis: Zaihanim bt.

Zainal Abidin Penerbit: KZ Berjaya Enterprise Bab 1: Kisah Seorang Kawan Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun. Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerja kursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan. Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannya tentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Iman telah menasihati Pei Wen. Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15 haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya. Kosa Kata / Makna: 1. Terik - amat sangat (panas matahari) 2. Berjemaah – beramai-ramai, bersama-sama 3. Menjenguk – melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala 4. Membelek-belek – memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa 5. Janggal – tidak sedap dilihat atau didengar, canggung 6. Muktamad – kepercayaan, tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tegas 7. Kecoh – tipu, heboh, bising, riuh 8. Berkenan – bersetuju di hati, berasa gembira 9. Tersengih – tersenyum dengan mulut terbuka sedikit 10. Keakraban – perhubungan atau pertalian yang sangat erat 11. Luntur – turun atau berubah warnanya, berubah, bertukar 12. Visi – tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam 13. Zuhur – waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb. sama panjang dengan kayu dsb. yang menjadi pengukurnya.
1

Melemparkan – membalingkan. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia. muncul 2 . Akhirnya. Menurut Pei Wen. Seorang pemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. melantingkan. termasuklah Adif Danial. Iman segera meninggalkan kelas. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. guru Perbama tentang tarikh pertandingan bersertakan tajuknya. Adif Danial dan Zulkarnain. Iman menangis di dalam tandas. Kosa Kata / Makna: 1. melontarkan 3. Berkobar-kobar – bernyala-nyala dengan hebatnya atau bergolak. Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah. Malangnya. ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. melalaikan. hari Sabtu minggu berikutnya. Melengah-lengahkan – mengabaikan. maruah sekolah di bahu Iman. Mujur muncul Zulkarnain. Cikgu Julia akan berbincang dengan Cikgu Osman. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Ai Ling mencadangkan nama Iman Zulaikha. Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen. guru bahasa Malaysia di sekolah itu. Menurut Pei Wen. akhirnya Iman bersetuju untuk berentap dengan Linda. menampakkan. Linda tidak bersetuju. Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen. Adif Danial dan Pei Wen.14. Menonjolkan – menjorokkan. bergelora dengan amat Bab 2: Pemilihan Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pagi itu. Pei Wen tidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Mara – bergerak ke muka. Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan. Sejak hari itu. semangat baharu menular ke dalam diri Iman. Maka berlakulah pertikaman lidah. Selepas menjamu selera di kantin. menyorongkan (ke muka). Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawankawannya. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi. Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka. maju 2. melambat-lambatkan 15. tampil ke hadapan. Jika bertembung. Linda ingin bertanding dengan Iman. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Adif. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain. Sebenarnya. Iman bersemuka dengan Linda. sebaik sahaja tiba di sekolah.

menguasai 20. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. dugaan akan mencabar kehidupan. ibu menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenah Linda. 9 pagi.4.15 pagi. Strategi – ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan 13. Mengesat – menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering 19. Menular – membiak atau menjangkit. Yang penting niat ikhlas. menghina 6. Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Iman Zulaikha. Mengekori – mengikuti atau menyertai dari belakang 18. Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. sependirian. ibu mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah ke pertandingan daerah. Kedua. terjerempak 15. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisi beberapa ekor ikan sungai kepada nenek. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya. kebolehan. Jika mengizinkan. merebak ke merata-rata tempat 21. Iman mendesak agar ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38 tahun. bertemu. gentis 12. seia sekata 9. Getus – getis. Menjeling – memandang dengan ekor mata. kekuatan dengan hebatnya untuk mencapai kemenangan 5. Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibu melalui e-mel. ayah akan berjumpa dengan Iman. Gelagat – tingkah laku. Berentap – beradu pengaruh. Ayah turut menyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman. Iman dikejutkan oleh kehadiran Pei Wen. dahulu-mendahului 10. Hipokrit – (orang yang) berpura-pura berperangai baik 17. Bertembung – berjumpa (dengan tidak sengaja). Sepakat – setuju. Maruah – kehormatan. Pertama. bersua. Menyiku – menyinggung dengan siku 8. Menggenggam – memegang dalam genggam. Ayah bertanyakan khabar. Mereka bersalaman dengan nenek Iman. mencemuh. Iman tidak ke sekolah. gerak-geri 14. Bersaing – atas-mengatasi. Zulkarnain dan Adif Danial. Bersemuka – berhadapan muka (dengan) 16. Namun. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat 11. Sejak meletakkan jawatan pensyarah. Sekolah sibuk dengan 3 . Menurut ibu. Iman muncul dan memohon kebenaran nenek untuk berlatih pidato di sekolah pada pukul 10. mengerling 7. Yusri (ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan perhotelan. Mengejek – mempersendakan orang. harga diri Bab 3: Ibu dan Ayah Sabtu.

Ruparupanya nenek berasa cemburu akan Yusri. mengakui. Perbualan Iman dengan datuk disedari oleh nenek. Mengiakan – mengatakan ia. dia hanya akan tinggal bersama dengan ayah sekiranya ibunya turut bersama semula. mereka makan ikan bakar di sebuah restoran. Mereka ke kelas Tingkatan Satu Dinamik. Datuk dan nenek Iman dikejutkan oleh pertanyaan dan hasrat Yusri untuk membawa Iman tinggal bersama dengannya di bandar. datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. Hadir sebuah Proton Perdana di hadapan rumah. bersepah. Linda menyindir Iman lagi. jika Iman tinggal bersama dengan ayahnya. Sejak pulang dari Port Dickson. berserak 6. Iman terkejut. kumpulan Linda sedang berlatih di dalamnya. Menurut nenek. Menurut Iman. Tercegat – tertegak. membenarkan 5. Kata-kata Linda diterima baik oleh Iman. Rupa-rupanya. jengah 7. berlakulah usik-mengusik dan sindir-menyindir. Adif Danial bertanyakan skrip pidato. Iman sedar akan perubahan diri nenek. 4 . dia perlu mendapat keizinan ibu dan mahu ibunya tinggal bersama-sama. Yusri berbincang dengan nenek dan datuk Iman. Selepas berdarmawisata. Menimpa – menghempap. Mereka berbual panjang termasuklah hal pertandingan pidato. mengenai 2. Mencuka – menjadi masam seperti cuka (berkenaan wajah. Petang itu. Setiba di rumah. Nenek bimbang kalau-kalau Yusri membawa Iman tinggal di bandar bersama dengannya. Kosa Kata / Makna 1. maka akan sunyilah mereka berdua di kampung. Iman keriangan menyambut kedatangan ayahnya. muka) kerana marah. jatuh menindih (ke atas) sesuatu. Berkesempatan – ada kesempatan (peluang) untuk 4. berdiri tegak. Kemudian. Sempat juga Iman bercerita tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah.akitiviti kokurikulum. Terkedu – lentik ke belakang tubuhnya. Linda kurang senang melihat Iman bergaul rapat dengan Adif Danial. terkedik 8. Linda amat yakin bahawa Iman akan kalah dalam pertandingan pidato itu nanti. Malangnya. Menurut Iman. Corong – saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air 3. Iman menjelaskan bahawa skrip pidato sudah ditunjukkan dan mendapat persetujuan Cikgu Julia. Pertemuan Linda dengan Iman menghairankan temanteman Iman. menyetujui. ayahnya perlu berangkat ke Langkawi pada petang Jumaat sedangkan pertandingan Iman pada 9 pagi. Jenguk – lihat. hari Sabtu. tercancang 9. ayah. Maka. Berselerak – bersebar. ayah Iman. Iman.

Iman dan Pei Wen tiba di sekolah. jemu. diselimuti 13. Linda dapat menyampaikan pidatonya dengan lancar. Adif Danial tidak kelihatan. Termenung – dalam keadaan bermenung (berfikir panjang) 16. mereka boleh bersahabat dengan syarat Iman menarik diri sebagai wakil sekolah dalam pertandingan pidato daerah. Banyak murid hadir untuk memberikan sokongan. menggelikan hati. tersentuh 14. giliran Iman pula. Menantu – isteri atau suami kepada anak sendiri 19. Anehnya. mengemukakan. Tersentuh – tertarik dengan kuat. menggelemburkan 11. E-mel ibu 5 .geram 10. Menurut Linda. Bagi Iman. Sepuluh minit kemudian. mengatakan. Kejayaan Iman disambut oleh rakan-rakan dan ayahnya. Mengutarakan – melahirkan apa yang tersemat di hati. Iman muncul juara pidato dan mewakili sekolah di peringkat daerah. tersedar 18. Iman mengurungkan diri di dalam bilik. Iman duduk di sebelah Pei Wen dan Zulkarnain. menyatakan Bab 4: Pertandingan Sejak awal pagi lagi. dibungkusi. Mentua – ibu bapa. tampil Cikgu Julia membaca syarat pertandingan. Akhirnya. jenaka 17. terpiuh. salam tangan tidak disambut oleh Arial Danial. Peserta pertama. Kemudian. Bosan – sudah tidak suka lagi. Diselubungi – ditutup litup dengan selubung. Cikgu Julia mengucapkan tahniah kepada Iman sambil mengingatkan bahawa pertandingan pada bulan yang berikutnya lebih bermakna. terjamah. Selepas ucapan Guru Penasihat Bahasa Malaysia. Dia memalingkan wajahnya dan meminta diri dengan tiba-tiba. Iman kehairanan. Penasihat Linda. Norazlinda Borhan. Adif Danial suka akan Iman. Keresahan Iman dapat ditangani dengan kehadiran Adif Danial. Iman memperkenalkan ayahnya kepada rakan-rakan. Iman menghadap komputernya. Tempoh tiga hari diberikan kepada Iman. Arial Danial kelihatan serius dan mendiamkan diri. Linda sedang berbincang dengan rakan-rakan. Linda kelihatan sedih dan cuba mengelakkan diri daripada Iman. Iman kekeliruan tentang Adif. Linda berbakat. Iman mendekati Linda dan cuba memujuk Linda. Tersinggung – terkena. Cikgu Azwaliza turut kelihatan. Sebaik pulang dari rumah. Iman perlu berusaha dengan sungguh-sungguh. Mengerutkan – mengedutkan. permintaan Linda dan tajuk perbualan dengan ayahnya pada malam hari. Iman terpandang akan ayahnya. Kononnya. ibu atau bapa kepada isteri atau suami 15. tiba giliran Linda. Lucu – membuat orang ketawa. boyak 12. Iman ingin tahu akan sebab Linda begitu marah akan dirinya. bernas dan bersemangat. Ayahnya muncul untuk memberikan dorongan semangat.

Hujah – pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian 2. cantik. Dibalasnya e-mel ibu sambil bertanyakan sama ada ibu merindui ayah. elok. Iman bertanyakan hasrat ayah untuk membina keluarga yang runtuh semula. pertandingan dll) 5. Sinis – cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dll) orang 6. kuat-kuat. Menguntum – sebagai kuntum. Yusri tahu benar akan hasrat dan niat hati anak gadisnya setiap kali mereka berjumpa. Keliru – salah (menganggap atau membuat kesimpulan). dll) pada sesuatu supaya teguh atau selesa 6 . hairan. Alangkah kecil dunia ini. Iman mendengar penjelasan daripada ayahnya tentang takdir perpisahan dan mengumumkan pengganti ibunya. Restoran di tepi sebuah tasik.dibaca olehnya. kalah (dlm permainan. Ceria kembali Iman. Selepas menghantar Iman ke rumah mentuanya. Yang penting. molek 9. mulai berkembang (menjelma). Iman mengalihkan pandangannya ke tengah tasik seolaholah dia kini keseorangan.) 4. Telatah – gerak-geri. Yusri bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Air mata menanti masa untuk gugur. sesat (tanggapan) 11. Mengurung – menahan atau memasukkan ke dalam penjara dll. membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja 10. Kata ayah. khilaf. Mereka sekeluarga sedondon memakai pakaian berwarna ungu. dada. Iman dilanda kekecewaan. Cuba dikisahkan oleh Iman kenangan sambutan Hari Raya Adilfitri dua tahun yang lalu. Hati Iman bergetar. masa 7. Kagum – berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yang luar biasa). ikatan dll. Hasrat – keinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu 14. Rancak – bagus. Iman memandang tepat ke wajah nenek. Wanita yang kematian suami itu bernama Sofia. mereka perlu membina hidup baharu. Bersandar – meletakkan belakang (bahu. Kosa Kata / Makna: 1. Sedondon – sama warna atau corak 12. Iman makan malam bersama ayahnya. Iman meluahkan kasih sayang kepada ibu dan ayahnya. Malam. Ayah memberitahu Iman bahawa kenangan itu sudah berlalu. Iman memeluk neneknya erat-erat. tidak longgar (genggaman. baik. Erat – kemas. menjadi kuntum 8. tingkah laku. Indah ketika itu. Tewas – menderita kekalahan. Dirinya terkejut dan terpaku seketika. Hasrat untuk menyatukan ibu dan ayahnya tidak kesampaian. Dia bakal menerima seorang ibu tiri seperti Pei Wen. Tempoh – waktu. Arial Danial ialah anak tunggal Sofia. takjub 3. kenalan lama ayah Iman. ketat. Nenek dan datuk menunggu cucu kesayangan mereka di muka pintu. kelakuan 13.

Giliran Iman pula berbual dengan Adif. sampainya Redup – berawan (langit). Datuk menasihati Iman agar menerima keputusan ayahnya. Nenek berasa kesal kerana merahsiakan hal ayah Iman. tibanya. Adif Danial anak Sofia. Tiada sesiapa yang mengerti perasaan yang bersarang di jiwanya. tidak terang (cuaca). Muncul Iman memberikan salam. Zulkarnain menegur Iman. 19. Pak Su Razlan baru sahaja menamatkan pengajian universitinya di New Zealand. Datuk dan nenek Iman sedang membaca surat Razlan. guru Matematik di sisinya. Iman ditegur oleh Zulkarnain. Adif tidak memberikan peluang kepada Iman untuk memberikan penjelasan. berpijak. Adif terus beredar ke tingkat atas tanpa mempedulikan Iman dan Zulkarnain. muncul seorang lelaki sebaya usia datuk Iman. menyentuh sedikit. 18. Iman didenda berdiri di luar kelas. Iman pun menceritakan hal perkahwinan ayahnya dengan Sofia. 7. 20. Adif masih belum tiba di sekolah lagi. berjejak. Iman dan Zulkarnain tercegat di hadapan sebuah banglo. Nenek memberitahu Iman bahawa ayahnya menelefon dan memohon maaf daripada Iman. Kolam mata Iman digenangi air. Iman ditegur oleh Cikgu David kerana mengelamun di dalam kelas. dll) 16. Sempat Iman meminta izin nenek untuk ke rumah Adif. 17. anak bongsu datuk. Nenek memahami kedudukan Iman. Mereka dijemput masuk. ibu kepada Adif Danial. mencolek (sambal. Ruparupanya lelaki tua itu datuk Adif Danial. Rehat. Pak Su Razlan akan pulang tidak lama lagi. Iman ingin tahu sama ada Adif masih memarahinya. Zulkarnain bertanyakan khabar Adif. tidak panas terik Bertapak – mempunyai tapak. kicap Menyeka – menyapu supaya bersih atau kering Kesampaian – ketibaan. Muncul Adif Danial dari tingkat atas. mendung. Cikgu David. Iman tidak pergi ke kantin. Datuk dan nenek gembira. Zulkarnain bersalaman dengan lelaki itu sambil mendapat kepastian sama ada rumah itu rumah Adif Danial. Zulkarnain ingin mendengar masalah yang dihadapi oleh Iman.30 pagi. Dia masih belum bersedia untuk membicarakan hal antara Iman dengan dirinya. ada tapaknya. Sikap Adif ditegur oleh datuknya. Adif menyuruh mereka balik. Zulkarnain kegelisahan. Mencecah – kena (sedikit) pada. Alasan malas diberikan oleh Iman lebih-lebih lagi ketidakhadiran Adif dan Pei Wen. Iman serba salah. Adif masih tidak boleh menerima bahawa ayah Iman akan berkahwin dengan ibunya. Menurut 7 . Selepas salam dibalas. melangkah Bendung – haling Bab 5: Kawanku. Mereka bercadang ke rumah Adif pada petang itu. Adif Isnin.15. Yang jelas. Murid-murid lain sudah mengisi tempat duduk masing-masing. Tengah hari.

Akhirnya.datuk Adif. bertikai 16. Terpinga-pinga – tercengang-cengang kehairanan 14. Kosa Kata / Makna: 1. hilir mudik 9. Iman menceritakan peristiwa itu kepada Pei Wen sekembalinya dia daripada cuti dua hari. Iman berjanji akan ke rumah Pei Wen petang nanti. Berkecamuk – menjadi hebat (peperangan. perasaan dll). Bekas suaminya kerap datang untuk meminta wang daripada ibu tirinya. Ziarah – lawatan. bertaki. Membeliak – terbuka besar-besar (mata). Ternganga – terbuka lebar-lebar (mulut dll). Tidak semena-mena. Kena-mengena – ada sangkut pautnya (hubungannya. Iman dan Pei Wen pergi ke sebuah kedai buku berdekatan dengan sekolah. Jodoh – pasangan hidup (laki-laki atau perempuan) 12. Tiba-tiba mereka ternampak akan Linda dan Adif di kedai buku yang berhampiran dengan restoran tersebut. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat 3. Setelah memesan dua mangkuk ais kacang. berangan-angan. menghebat. Pei Wen memuji semangat Iman ketika mengharungi masalah. sibuk benar. meramalkan (nasib dll) 2. Sejak ditengking oleh Adif Danial. Selepas Iman membeli tiga buah buku Matematik dan Bahasa Inggeris. Menggelabah – berada dalam keadaan tidak tentu arah. Pei Wen mengajak Iman makan ais kacang di sebuah restoran yang berdekatan. menjeling 8. Melamun – memikirkan sesuatu. perjuangan dll). Dulu Adif tinggal bersama dengan ibunya. suara yang tinggi dan keras (suara orang marah) 15. berkhayal 5. berbalah. Tengking – bunyi yang nyaring dan keras (bunyi ringkik kuda). timbul pula perasaan cemburu di hati Iman. Menelaah – mengkaji semula (mengulang) pelajaran. Lelaki misteri yang sering datang berjumpa dengan ibu tirinya ialah bekas suaminya. meneliti. bercekcok. Sofia (menantu datuk Adif) di Kuala Lumpur. terbelalak 10. Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala). tengking 7. Bersimpang-siur – bergerak ke sana ke mari. dia ingin balik dan bersekolah di kampung. Petang itu. sikap cucunya berubah sejak dua tiga hari. lelaki itu telah diberkas oleh polis kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. kaitannya. berasa resah gelisah 6. Bentak – herdik. Barangkali. Adif marah benar apabila Sofia ingin berkahwin lagi. Pei Wen memberitahu Iman bahawa ibu tirinya (mak cik) sudah banyak berubah dan bersalah selepas bertengkar dengan ayahnya. Bertengkar – berbantah. terbuka luas 8 . kacau-bilau 4. Tiada sapaan dan senyuman lagi. dll) 11. Iman tidak berani berbual dengan Adif lagi. kunjungan 13. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran. Menantunya memberitahukan hal perselisihan Adif dengan Sofia.

Linda menolak Iman. dia perlu menghadapi peperiksaan seminggu lagi dan pertandingan pidato minggu yang berikutnya. Wajahnya berubah. Iman terserempak dengan Adif Danial dan Linda. Yang jelas. tersungkur di anak tangga yang terakhir dan terguling-guling sebelum jatuh terduduk. Ibu? Iman berasa bimbang kerana sudah beberapa hari e-mel ibu tidak kesampaian. Iman tidak mempedulikan permintaan Linda. Menuding – menunjuk ke sesuatu arah (dgn jari telunjuk. Pak Su Razlan ditegur oleh nenek sebelum dicelah oleh datuk. Iman bertekad untuk mengetepikan semua masalah yang berlaku. Iman menceritakan hal ibu dan bapanya satu persatu. Ibu Iman juga belajar di universiti yang sama. Iman menjelaskan pendiriannya bahawa dia tetap akan bertanding. Iman ingin berjumpa dengan Cikgu Julia biarpun diajak oleh Pei Wen untuk pulang bersama. Kaki Iman terpelecok. Perubahan ini menimbulkan ketidaksenangan Pak Su Razlan. Mak Cik Sofia dan 9 . Perbuatan itu terlihat oleh Mohana dan Adif Danial. Linda segera beredar dari situ. dia sempat berjumpa dengan ibu Iman sebanyak tiga kali dan bersembang beberapa minit sahaja dek kesibukan. Iman pandai membahagikan masa. Iman terdiam. Keputusan itu menaikkan kemarahan Linda. Iman dapat berjumpa dengan Cikgu Julia. Emel Iman pula tidak berbalas. lulusan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari universiti di New Zealand. Iman meminta pandangan Cikgu Julia tentang ibunya. Kemudian. Pei Wen cukup marah akan perbuatan Linda dan berasa bimbang akan tindakan Linda seterusnya. Menurut Cikgu Julia. Petang itu. tongkat dll) menuduh Bab 6: Kenapakah. Menyelinap – bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri). Biarlah ayahnya sendiri memberitahukan hal Mak Cik Sofia kepada ibu. Iman meluahkan keresahan kerana e-melnya tidak berbalas. Akhirnya. Iman bermohon agar hal itu juga tidak diberitahukan kepada Zulkarnain dan Adif Danial. Iman ke bilik guru. Yang penting. senario kehidupan ayah dan ibunya sudah ditentukan oleh takdir waima ayahnya akan berkahwin dengan ibu Adif Danial. Iman telah berpakat dengan Pei Wen untuk merahsiakan hal tersebut. Pak Su Razlan tersenyum sinis lalu memberitahu Iman bahawa ibunya berhubungan mesra dengan seorang lelaki Inggeris.17. Selepas berkemas. menyorok. Senyuman Iman tidak berbalas juga. Keesokan hari. Nenek Iman terkejut benar tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Pertandingan pidato daerah akan bermula selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ketika bertembung dengan Linda. menyusup 18. Menurut Pak Su Razlan. rumah datuk dan nenek dikunjungi Pak Su Razlan. yakni antara pelajaran dan pertandingan. selepas mata pelajaran Matematik. Mujur Mohana memapah Iman ke biik guru. hasrat Iman untuk menyatukan ayah dan ibunya semula musnah kini. tengah hari.

Pagi itu datuk dan nenek Iman menjamu Adif Danial dan Zulkarnain makan buah rambutan dan cempedak. turun untuk mengambil sesuatu 4. mencelakakan. Kosa Kata / Makna: 1. Terguling-guling – berguling-guling (dgn tidak sengaja). kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang 3. berpusing berbalik-balik 7. Fikiran Iman tenang dan positif kembali selepas berbual-bual dengan Cikgu Julia. tertinggal (dgn tidak sengaja). Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala) 13. Meluap-luap – bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan. Berkecamuk – menjadi hebat. terbelakang 2. Fikirannya bertambah lapang. lereng bukit dll). terjerempak 5. berkobar-kobar. Zulkarnain dan Iman. Zulkarnain dan Adif Danial! Adif Danial ingin memohon maaf daripada Iman. Album gambar dibelek satu persatu. Tampak – tidak terlindung. enggan bergaul) 12. Mengkhianati – berbaut khianat kepada. menurut Cikgu Julia. Gambar keluarga Iman tetap akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Iman perlu bersabar. bersua. Ketinggalan – yang tinggal baki. berterus terang dan berkorban. Kata nenek kawan lelaki Iman sedang mencarinya. Bertembung – berjumpa (dgn tidak sengaja). Ibunya sanggup membatalkan perkahwinan sekiranya hasrat tersebut diingini Adif. termasuk tindakan kasar Linda terhadap Iman.kesahihan hubungan ibunya dengan lelaki Inggeris yang barangkali merupakan teman sekolej. memperdaya. terkejut bercampur pelik sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga 11. berleter 9. Merajuk – menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap. Yang jelas. Tercengang – berasa kehairan-hairanan. Iman dan Adif Danial sama-sama mengaku kesalahan tentang kisah ibu dan ayah masingmasing. 10 . Tiba-tiba. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran. Adif Danial merindui saat-saat bersama dengan Pei Wen. Papah – berpegang atau berpaut pd bahu orang dll. sisa. kelihatan 16. Mencebikkan – menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah. benci dsb). berapi-api 6. Beriringan – berjalan dll bersama-sama. semangat dsb). ibu Adif tidak akan berkahwin dengan ayah Iman. bertemu. Malah. Ibu Adif Danial memahami kehendaknya anak lelakinya. Yang penting. Bebel – mengomel. Iman dikejutkan oleh panggilan nenek. Amanah – sesuatu yang dipercayakan kepada orang. enggan bekerjasama. kelebihan. Menuruni – turun melalui (tangga. menghina 10. Sebenarnya. berturut-turut 15. Hati Iman bertambah lega sekarang. membelot terhadap 14. dapat dilihat. 8. Adif Danial cukup kagum akan ketabahan Iman menghadapi masalah tersebut lebih-lebih lagi Pei Wen dan Zulkarnain telah menceritakan segala-galanya.

menceraikan. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun berlalu. Diari itu ditinggalkan oleh Iman di dalam beg sebelum memasuki perpustakaan. Iman mengadakan perbincangan berkumpulan bersama-sama Pei Wen. kenyataan 19. Nenek menepuk-nepuk bahu cucunya. Air mata mengalir dari kolam matanya. Petang itu. Iman ke kelas untuk mencari diarinya.perasaan dll) 17. diari itu tiada di dalam kelas. Iman meluahkan perasaannya melalui e-mel. Iman dan Pei Wen ingin bertemu dan berbincang dengan Cikgu Julia. Iman telah membuat persediaan yang rapi. Rupa-rupanya. Hampa. Pei Wen pula ke perpustakaan untuk tujuan yang sama. Nenek tahu benar akan perangai ibu Iman. Gagal juga Pei Wen mencari diari tersebut di perpustakaan. Iman memberikan tumpuan pada pertandingan pidato daerah. Iman menangis teresak-esak kerana bersalah menuduh ibunya. diari ungu tidak kelihatan. Tiba-tiba datuk. nenek dan Iman dikejutkan dengan panggilan Ruhaida. Esok. Almarhum 20. Iman mahu mengungguli pencapaian akademik Tingkatan Satu Dinamik. Kemudian. Zulkarnain dan Adif Danial. 11 . Arwah – roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia. memisahkan. Sudah genap sepuluh hari Iman tidak berutus e-mel dengan ibunya. Di rumah. Mereka bantu-membantu. 20 Mei 2006. Solehah – taat dan patuh kpd perintah Allah (perempuan) 18. Barangkali. Hakikat – sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran. Allahyarham. memencilkan Bab 7: Usaha dan Cabaran Peperiksaan menjelang tiba. Menyisihkan – mengasingkan. ibunya telah menemui pengganti ayah. Teks disediakan oleh Iman dan disemak oleh Cikgu Julia. Iman mahir dalam pelajaran Matematik. Iman juga mahu menyerahkan teks itu untuk disimpan oleh Cikgu Julia agar lebih selamat. Iman tertunduk. Iman akan berlatih bersama-sama Pei Wen. Teks itu disisipkan di dalam diari yang berwarna ungu. Para peserta juga diminta menyediakan satu teks salinan asal berkaitan tajuk yang dipersembahkan. semangat. Kini. Iman berasa terlalu berdosa. ibu Iman dari New Zealand. Malangnya. Ungu. pertandingan pidato akan dijalankan. Panik. mencari pengganti suami bukan mudah dan menasihati Iman agar tidak berprasangka terhadap ibu Iman sendiri. Kata nenek. Iman berlatih di hadapan datuk dan nenek. warna kegemaran keluarga Iman. ibu Iman terlantar di hospital selama sepuluh hari kerana kemalangan jalan raya. Zulkarnain dan Adif Danial selepas sekolah. Sempat Iman berbual-bual dengan nenek. Iman bagaikan mahu menangis. Malangnya. Dapatlah nenek mendengar dan berkongsi luahan rasa Iman.

menggigil (kerana ketakutan. ibu Iman turut mendoakan kejayaan Iman. berayun-ayun. Iman tidur awal. tetap. Memudaratkan – mendatangkan mudarat. stabil Bab 8: Pengorbanan Kejayaan Iman muncul johan pidato daerah menjadi buah mulut murid-murid dan guru-guru. bergoncang-goncang 8. datuk dan nenek akan pergi bersama-sama. tidak berubah-ubah. 12 . menayang 4. Adif Danial dan Ai Ling turut hadir memberikan perangsang. Cikgu Julia. Sebuah teks baharu perlu disediakan oleh Iman. Setiap sekolah menghantar enam orang wakil. Menghirup – menyedut dan menelan benda cair. membahayakan. Gementar – gentar. Malam itu. Enam buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. Menatang – membawa sesuatu di atas tapak tangan.15 pagi. nenek dan rakan-rakan. Disisipkan – diselitkan 12. Pei Wen menjadi peneman dan pendorong utama Iman. Ramai murid hadir di majlis itu. Teks pidato dihafal. berpisah 11. Yang lebih berbangga. Iman memberikan tumpuan kepada persembahannya nanti. berjauh. Kosa Kata / Makna: 1. terabai. Esok. merugikan 5. menating. Berenggang – berantara. Solat hajat ditunaikan. terbiar 9. Iman tidak mengaku kalah. Iman meneruskan latihan. Teresak-esak – tersedu-sedu (menangis) 10. Terlantar – terletak di.Iman dan Pei Wen terpaksa berjumpa dengan Cikgu Julia semula. Berprasangka – sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya 7. Sesungguhnya. Zulkarnain. menghisap. Zulkarnain dan Adif Danial turut memberikan kata-kata semangat. Ayah Iman turut hadir. Terhinggut-hinggut – bergoyang-goyang. Iman peserta kedua terakhir. deman dll) 14. Maka bertambah semangatlah Iman. Mantap – tabah hati. tetap hati (fikiran). Terlopong – ternganga (mulut) 6. tetap setia. menyedut 3. meneguk. Dalam e-mel. Yang penting. Iman menerima ucapan tahniah daripada datuk. Perkongsian – syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga 2. 8. Hubungan Iman dan ayahnya kembali bertaut. Asyik – menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang) 13.

Dalam kesibukan murid-murid menyemak keputusan. kedua dan ketiga di dalam kelas. Ibu Iman Zulaikha. Iman tertunduk malu. Iman Zulaikha dan Haris Fadzillah menduduki tempat pertama. Selesai berdoa. Diari ungu dikeluarkan daripada sampul surat. Tiba-tiba muncul ayah Iman mengemukakan cadangan kepada Iman. Dia menangis sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan. ibu Adif Danial. Rupa-rupanya. Pada keseluruhannya. datuk dan nenek dikurniai lima orang anak. Pei Wen mencebikkan bibir. Linda tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Shaharudin. Keputusan telah diumumkan. Iman sedia memaafkan Linda seandaInya dia sedia berubah. Cikgu Julia amat berpuas hati dengan prestasi murid-muridnya. Zulkarnain. Baju itu pernah dipakai semasa menyambut Hari Raya Adilfitri bersama-sama dengan ayah dan ibunya dua tahun yang lalu. Cikgu Shaharudin terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. Kedengaran tepukan dan ucapan tahniah. Cikgu Julia tidak lupa mengingatkan murid-muridnya agar mengulang kaji pelajaran pada musim cuti. Iman tersentak. Yang penting. Linda mendakap Iman dengan erat. Kelas Tingkatan Satu Dinamik riuh-rendah. Malam itu. Sempat juga Iman berbual-bual dengan Mak Cik Sofia. Anak-anak dan cucu-cucu dijemput hadir. Keadaan ini dijadikan modal untuk Zulkarnain untuk mengusik Adif Danial dan Iman. Walaupun 13 . Zulkarnain sempat berlawak jenaka melibatkan Pei Wen. anak yang kedua. Hari terakhir sebelum sekolah mula bercuti selama dua minggu. Zulkarnain dan Pei Wen mendapat tempat keenam dan kelapan. Sebenarnya. Dia beristighfar sambil merenung wajah Linda.Jumaat. Adif Danial. Bahu Linda terhinggut-hinggut. Tetamu wanita pula berada di ruang dapur. Rumah datuk dan nenek kembali sunyi. Pada hari itu. anak murid kesayangan Cikgu Julia. Terkejut Iman. Pei Wen dan keluarganya. Adif Danial dan ibunya. Iman amat memerlukan ayah dan ibu di sisi Iman. Linda mengaku. Cikgu Julia akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. hidangan pun diangkat ke ruang tamu. Akhirnya. Para tetamu lelaki mengambil tempat di ruang tamu rumah datuk. Linda dan Iman Zulaikha dipanggil ke depan kelas. Adif Danial pula akan bertukar ke Kuala Lumpur. Iman duduk di anjung rumah sambil menghirup udara malam. Ayah Iman ingin bercuti bersama dengan Iman ke New Zealand. Datuk mengetuai bacaan tahlil dan zikir dalam majlis tersebut. Cikgu Julia serta beberapa rakan sekelasnya turut hadir. guru disiplin sekolah itu. Iman memakai baju kurung berwarna ungu. Datuk dan nenek Iman mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato peringkat daerah dan Peperiksaan Pertengahan Tahun barubaru ini. Salah seorang murid dari kelas Tingkatan Satu Anggerik telah membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil diari Iman seperti yang telah dirancang oleh Linda. Zulkarnain menaruh hati pada Pei Wen. muncul Cikgu Shaharudin.

Berkorban – (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yang disembah). Menjenguk – melihat. memandang dgn sungguh-sungguh 16. Semester – satu daripada dua sesi pengajian dlm. mengunjungi. bercantum. Menatap – memerhatikan dgn teliti. memperkatakan. Tersipu-sipu – malu sekali. Bersyukur Iman kepada Tuhan kerana memakbulkan doanya selama ini. terperanjat 9. diziarahi 7. pergi (ke tempat lain) 8. 13. Mengukir – membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores. kolej. Kaget – terkejut. menengok 10. Doa Iman. Kepekatan – perihal atau keadaan pekat 14 .malam gelap pekat. bertemu. Sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti. segera 12. sekolah dsb) 4. Yusri ingin membina ikatan kekeluargaan yang runtuh selama ini semula. Prestasi – hasil yang telah diperoleh. Beralih – bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Menaruh – meletakkan. Kosa Kata / Makna: 1. berkatup rapat-rapat. berhubungan (dgn). Bertaut – menjadi rapat. memperkenankan 15. membentuk (senyuman). Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn. membubuh. Iman dapat melihat ada sinar yang terang menantinya di hujung sana. lekas. memperlihatkan. menampakkan (senyum) 14. berpaut. membincangkan. menyampaikan (maksud). pencapaian 6. Tidak menggerakkan kepala) 11. doa. bertalian (dgn) 3. menoreh dll). Air mata kesyukuran membasahi pipi Iman Zulaikha. Didatangi – dikunjungi. Iman mengangguk dan mendakap ayahnya erat-erat. Ayah Iman Zulaikha. menambah 5. dilawati. biarlah kasih sayang ibu dan ayah kukuh selama-lamanya. (dgn) pantas. menempatkan. Membicarakan – mempercakapkan. Memakbulkan – menerima (permintaan. mengabulkan. menanggung penderitaan untuk keselamatan (kebahagiaan. kepentingan) orang dll. mengadili 2. dll).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->