You are on page 1of 11

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010)

Teras 1: Membina Negara Bangsa


Pembinaan Negara Bangsa penting bagi mewujud identiti nasional
PEMBINAAN Negara Bangsa menerusi pendidikan dalam tempoh Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 akan memfokuskan kepada empat
perkara, termasuk memperkasa bahasa kebangsaan. Menurut PIPP, tiga lagi
ialah memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional; memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa; serta persefahaman jelas
terhadap pendekatan Islam Hadhari. Strategi yang dilaksanakan bertujuan
menggerakkan gelombang baru Gerakan Memperkasa Bahasa Kebangsaan;
memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara; menyelaraskan peranan semua
pihak yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan,
pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan; serta mewujudkan Bulan Bahasa
dan Sastera Negara. Strategi pelaksanaan untuk memantapkan perpaduan
negara dan integrasi nasional adalah menerusi usaha meningkatkan tahap
kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan.
Ia juga bertujuan meningkatkan patriotisme menerusi aktiviti kokurikulum seperti
Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan Kempen Cintakan Warisan
Bangsa dan Negara, serta menanam semangat hormat menghormati dan peka
terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu kefahaman yang
menyeluruh diberi mengenai pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan
dan integrasi nasional, manakala aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (Rimup) dipergiatkan. Dalam usaha memupuk kecintaan seni,
warisan dan budaya bangsa, strategi yang dilaksanakan adalah membina
kurikulum kesenian, membina Sekolah Seni, meningkatkan kerjasama dengan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta membudayakan tulisan
Jawi. Strategi yang dilaksanakan untuk memupuk persefahaman yang jelas
terhadap pendekatan Islam Hadhari adalah dengan mempelbagaikan aktiviti
membimbing pelaksanaan Islam Hadhari menerusi seminar, ceramah, kursus
dan penerbitan bacaan.
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang
dihasratkan tercapai memerlukan usaha gigih dan kerjasama erat daripada
semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara,
patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan
beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami
dan diamalkan sepenuhnya.

Teras 2: Membangunkan Modal Insan


Membestari semua sekolah menjelang 2010
KEMENTERIAN Pelajaran menetapkan 2010 sebagai sasaran kepada usaha
membestarikan sekolah di seluruh negara, dengan matlamat utama
menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan mencukupi seperti
perisian dan pelbagai bahan digital lengkap dalam nisbah lebih selesa bagi
kegunaan guru dan pelajar.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang
disediakan kementerian, cabaran utama itu adalah menyelaras semua inisiatif
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan produktiviti,
kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan, agar dapat dilaksanakan
secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran. Selari dengan
matlamat ini, kementerian menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
akan bertindak aktif menjadikan 88 sekolah di bawah projek rintis Sekolah
Bestari sebagai penanda aras kepada program pelaksanaan projek terbabit.
Selain itu, semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat
Pengkomputeran Kementerian (JMPK) akan diselaraskan, manakala setiap
perisian kursus yang sudah dihasilkan, bakal dinilai semula oleh juruaudit penilai.
Ia antara lain bertujuan untuk mengkaji semula setiap inisiatifnya dari aspek
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pentadbiran serta pengurusan,
sambil pada masa sama, mencadangkan pelan baru strategik ICT.
Menerusi program ini juga, pelajar dan guru bakal menikmati faedah berganda
apabila kementerian turut memberi keutamaan kepada usaha memastikan setiap
infrastruktur, perkakasan dan aplikasi pengurusan ditingkatkan. Menjelang 2010,
Kementerian Pelajaran mensasarkan untuk menyediakan 3,000 pusat akses,
mengecilkan nisbah satu komputer bagi dua guru dan 20 pelajar, selain satu
kemudahan televisyen dan video cakera digital (DVD) bagi setiap sekolah
seluruh negara, dengan peningkatan 100 peratus terhadap kadar penggunaan
program DVD dan TV Pendidikan (TVP). Selaras matlamat itu, penyediaan
perisian lengkap juga turut sama dipertingkat dengan tambahan berperingkat-
peringkat membabitkan pelbagai bahan digital mengikut tahap dan mata
pelajaran, sehingga penghasilan dan penggunaannya mencapai tahap optimum
100 peratus berdasarkan tahun sasaran. Pada masa sama, program latihan dan
bimbingan ICT kepada pentadbir sekolah, guru serta pelajar juga akan
dimantapkan, menerusi pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan latihan
membabitkan asas penggunaan komputer, penggunaan komputer untuk R&D,
penggunaan perisian khusus dan penggunaan TVP dalam R&D, selain
menggalakkan sebarang perkongsian pintar dengan pihak luar KPM. Dalam
proses membestarikan sekolah, kementerian membekalkan sejumlah 5,809
komputer, 261 unit pelayan, 1,494 judul perisian kursus, 243 judul perisian
khusus berasaskan web dan 33 aplikasi sistem pengurusan menerusi projek
rintis Sekolah Bestari. FAKTA: Lima strategi sekolah bebas dadah

• Program Peningkatan Kesedaran seperti mesej jauhi dadah dan Program


Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam KBSM.

• Program Pendidikan Pencegahan Awalan kepada murid berisiko melalui


Program Gerak Bersepadu (Progress), Minggu Anti Dadah, Program Intelek
Asuhan Rohani dan ujian air kencing.
• Program Intervensi dan Pemulihan sahsiah kepada murid yang terbabit dengan
dadah di sekolah menengah melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) dan
Kaunseling PPDa.

• Program Perkembangan Kemanusiaan seperti Skim Lencana Anti Dadah


(SLAD), seminar PPDa, Kursus PPDa dan Program Keibubapaan.

• Penerbitan dan publisiti seperti Karnival Seni PPDa.

Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan


Prasarana ditambah bagi tingkat kecemerlangan pelajar
LAPAN fokus akan diberi tumpuan bagi memperkasakan sekolah kebangsaan
(SK), sekali gus meningkatkan kecemerlangan sekolah berkenaan dalam tempoh
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Fokus itu ialah
peluasan program prasekolah, pemantapan kepemimpinan pengetua atau guru
besar dan kualiti guru, pengukuhan budaya sekolah, pemantapan kurikulum.
Seterusnya, pemantapan kegiatan kokurikulum dan sukan, penambahbaikan
sistem sokongan dan peningkatan prestasi akademik, serta meningkatkan kualiti
prasarana dan prestasi. Di bawah peluasan program prasekolah, Kementerian
Pelajaran akan menambahkan bilangan kelas prasekolah sebanyak 2,626
dengan hampir 80 peratus daripadanya terletak di sekolah luar bandar dan
menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kerajaan turut memastikan
murid berkeperluan khas menyertai program prasekolah dengan mewujudkan
100 kelas prasekolah pendidikan khas. Malah, guru prasekolah terlatih dan
pembantu pengurusan murid untuk semua prasekolah turut disediakan. Kerajaan
juga akan memantapkan kepemimpinan pengetua atau guru besar dan kualiti
guru dengan menyediakan latihan mencukupi, manakala kriteria pemilihan calon
guru besar atau pengetua lebih mantap.
Dalam usaha meningkatkan kualiti guru, setiap calon perlu memiliki watak
pendidik dan mengajar di sekolah mengikut opsyen selain memastikan mereka
mendapat latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
Fokus pengukuhan budaya sekolah juga penting bagi mewujudkan SK yang
berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. Sehubungan itu,
Kementerian Pelajaran berusaha membangunkan iklim sekolah yang kondusif
selain meminimumkan masalah disiplin dengan pewujudan Jawatankuasa
Bertindak di peringkat sekolah, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran
negeri dan Kementerian Pelajaran. Kerajaan turut memastikan aspek kurikulum
dimantapkan dengan memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M
(membaca, mengira dan menulis) selain memperluaskan program j-QAF. Bahasa
Cina dan Tamil di SK akan ditawarkan di sekolah terpilih selain memperkenalkan
program untuk pelajar berkeperluan khas dan meningkatkan akses serta pilihan
program pada peringkat menengah. Fokus terhadap penambahbaikan kegiatan
kokurikulum dan sukan dilakukan bagi menarik penyertaan pelajar dengan
menambahbaik Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) dan
membudayakan sukan. Sistem sokongan akan ditambah baik dengan
memantapkan pemuafakatan warga sekolah, keluarga dan komuniti. Selain itu
bilangan jawatan pembantu guru ditambah. Prestasi akademik SK juga akan
dimantapkan melalui program intervensi dan memastikan semua pelajar
mendapat peluang bersekolah. Selain itu, kementerian akan menyediakan
infrastruktur dan kemudahan asas mencukupi serta berkualiti termasuk
melengkapkan prasarana SK, mengubah suai dan menaiktaraf sekolah lama dan
kurang selamat, menambah bilangan bilik darjah.
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang
MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah
antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan
yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP)
2006-2010.
Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang
merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar
bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM),
merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan
program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, lebih
banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan
elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang
bertujuan memperluas dan mewujudkan norma baru untuk guru adalah antara
tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus seterusnya meningkatkan
kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi
pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar
kurang upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan.
Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu,
menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak
Gempur. Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui
pelan tindakan penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran
vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Selain itu, usaha membuka kelas
khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti autisme dan cacat adalah
antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan program
pendidikan pelajar kurang upaya.
Seterusnya, strategi penyediaan pendidikan kepada pelajar mengikut keperluan
pula akan dilaksanakan dengan mewujudkan Sekolah Seni, selain merintis
program khusus untuk pelajar pintar dan berbakat. Dalam usaha merapatkan
jurang pendidikan, PIPP akan meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut
opsyen di kawasan pedalaman. Sehubungan itu, kementerian mewajibkan guru
baru berkhidmat di kawasan pedalaman, selain menambah baik insentif khusus
kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan asurans
kepada guru yang berkhidmat di luar bandar serta rumah guru dan kemudahan
asas sempurna. Fokus terakhir ialah menambah baik sistem pengagihan
bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti. Bagi
tujuan itu, kementerian akan memantapkan Sistem Maklumat Murid, memantau
pelaksanaan program bantuan, menilai impak program secara berkala,
mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) dan mengukuhkan
kerjasama sektor awam dan swasta.

Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan


KERAJAAN akan mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41 serta
menyediakan laluan cepat untuk DG berasaskan merit dan prestasi tahun ini,
sebagai komitmen memartabatkan profesion keguruan yang menjadi teras
kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Menerusi pelaksanaan dasar baru laluan cepat, bermakna peluang peningkatan
kerjaya berkenaan bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama.
Langkah itu ialah antara 14 pelan tindakan fokus memantapkan kerjaya guru
digariskan dalam strategi pelaksanaan penambahan perjawatan dan peluasan
naik pangkat untuk pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) di
Kementerian Pelajaran, jabatan pelajaran negeri (JPN) serta pejabat pelajaran
daerah (PPD)/gabungan (PPG). Memantapkan kerjaya guru dikenal pasti
sebagai satu daripada lima fokus utama bagi mencapai matlamat dan dasar
teras memartabatkan profesion
keguruan yang membabitkan 10 strategi pelaksanaan dengan 49 pelan tindakan.
Empat lagi fokus ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru
membabitkan satu strategi pelaksanaan dan tiga pelan tindakan, serta
memantapkan latihan perguruan (empat strategi pelaksanaan dan 18 pelan
tindakan). Seterusnya, fokus menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan
guru (dua strategi pelaksanaan dan sembilan pelan tindakan), serta
memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia (satu strategi
pelaksanaan dan empat pelan tindakan). Pelan tindakan lain dalam strategi
pelaksanaan sama di bawah fokus memantapkan kerjaya guru itu ialah dasar
baru mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada PPP di kementerian dan JPN.
Di samping itu, menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan
KUP (khas untuk penyandang) pegawai di kementerian dan JPN memegang
jawatan hakiki (dalam tempoh dua tahun). Seterusnya, mewujudkan dasar lebih
jelas bagi program pensiswazahan serta menyediakan unjuran jangka panjang
bagi program sarjana dan doktor falsafah (PhD). Sebagai peningkatan pula,
konsep Pengetua Cemerlang Jusa C serta Guru Cemerlang Gred Khas C institut
pendidikan guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi diperluaskan, selain menetapkan
sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada
Gred DG44. Selain itu, mempertingkatkan kuota Guru Cemerlang PPP Lepasan
Diploma (PPPLD) Gred DGA32 serta menambah gred kenaikan pangkatGuru
Cemerlang PPPLD sehingga ke Gred DGA34. Di samping mewujudkan pelan
pembangunan staf, guru cemerlang dan staf sokongan, pelan tindakan lain ialah
menambah baik norma perjawatan guru, elaun kepada guru tugas khas serta
mengkaji cuti rehat dan juga waktu bekerja guru. Menerusi strategi pelaksanaan
penambahbaikan perjawatan guru di bawah fokus sama pula, pelan tindakan
digariskan ialah menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat Pengetua
Cemerlang dari Gred DG48 hingga Gred Jusa C dan Guru Cemerlang dari Gred
DG44 hingga Gred Khas C.
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
BAGI melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran
mewujudkan penanda aras dan pendekatan piawaian bersesuaian ciri dan
keperluan kluster institusi sedia ada.
Mengikut Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,
pendekatan itu bertujuan membangunkan institusi yang mampu
menjadi model untuk dicontohi oleh kelompok sama, sekali gus
dijadikan ‘showcase’ pada peringkat antarabangsa. Ia sebagai bukti
kepada keupayaan sistem pendidikan negara sejajar usaha ke arah
menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Pelajar yang
lahir daripada institusi yang cemerlang, diharap mempunyai
kecemerlangan akademik dan kokurikulum demi masa depan mereka.
Ia melahirkan insan berkemahiran dan berkeperibadian mulia serta
memiliki daya kepemimpinan tinggi, selain semangat kerja
berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global
dan berdaya saing. Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9), kementerian memberi tumpuan kepada kelompok
membabitkan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah
pendidikan khas disamping institusi di luar seliaan seperti sekolah
antarabangsa, sekolah swasta, kolej Matrikulasi dan institusi
pendidikan guru (IPG). Dalam kelompok berbeza ini, kementerian
menyedari wujud perbezaan di kalangan institusi. Wujud sekolah yang
mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang seperti
kepemimpinan yang tinggi, pencapaian akademik cemerlang,
infrastruktur lengkap dan tradisi kukuh berbanding sekolah lain dalam
kelompok yang sama. Kementerian Pelajaran juga akan mengenal pasti
sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang cemerlang untuk
dipromosikan bagi meningkatkan daya saing pendidikan negara di
rantau Asia.

You might also like