You are on page 1of 15

GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB 1.

Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan bahawa objektif-objektif tersebut tercapai. 2. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan. 3. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak. 4. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 5. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang. 6. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan mengambil berat terhadap kehadiran ahli. 7. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan. 8. Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan. 9. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar. 10. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah. 11. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 12. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan dikemaskinikan. 13. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.

14. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki. 15. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran. 16. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki. 17. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tugas-Tugas Setiausaha PPDa 1. Menyediakan carta Organisasi Jawantakuasa PPDa Di Sekolah 2. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di sekolah Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah: 3. Melaksanakan dan menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah dan jabatan 4. Membuat pemantauan dan menyediakan laporan Rancangan Aktiviti PPDa 5. Membuat laporan bulanan borang ADIUB dan dihantar ke unit PPDa PPD Melaka Tengah 6. Mengemaskini sudut PPDa. Tugas Naib Setiausaha PPDa 1. Membantu SU PPDa menjalankan aktiviti/ program peringkat sekolah dan jabatan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 1. Merancang dan mengajar antara 6 hingga 8 waktu seminggu 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah. 3. 4. 5. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum Sekolah. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P 6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 7. Merancang,melaksanakan dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS. 8. Merancang dan mengurus program PSS 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber 10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN, PKG, Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatandan program PSS 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS 12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat J/K induk, J/K Kerja PSS 13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori dan peralatan PSS 15. Mempromosi dan menjadi ahli persatuan perpustakaan / PSS negeri 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS khasnya laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan Oktober setiap tahun 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa

SETIAUSAHA SUKAN 1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual MSSD, MSSWP, dan MSSM. 2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan 3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah. 5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan. 6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh badanbadan sukan yang lain. 7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan buku stok. 8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan 9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh pihak sekolah mengikut keutamaannya. 10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu. 11. Menyediakan laporan sukan tahunan. 12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah. 13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah. 14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS 1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal. 3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang dikemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan. 7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 8. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan. 9. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. 10. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan. OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah. 2. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan. 3. Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia. 4. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar. 5. Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah. 6. Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi'ah Islamiah di sekolah SENARAI TUGAS 1. Bertanggungjawab ke atas perancangan, perjalanan dan kemajuan P.Islam. 2. Memastikan semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang kemas kini. 3. Mengadakan dan menyimpan fail-fail Pendidikan Islam. 4. Memastikan semua guru Pendidikan Islam membina soalan-soalan peperiksaan dalaman mengikut format yang ditentukan. 5. Memastikan semua GPI menyediakan rancangan tahunan dan harian. 6. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam. 7. Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Tugas Setiausaha Peperiksaan 1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 2. Menyediakan jadual pembina soalan. 3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan. 4. Memastikan keselamatan. 5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 6. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan. 7. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 8. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan. 9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar.

Senarai tugas Ketua Panitia Kajian Tempatan 1. Menghadiri mesyuarat kurikulum dan mesyuarat lain. 2. Menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat panitia. 3. Ketua panitia mempengerusikan mesyuarat psnitia mata pelajaran. 4. Memastikan semua guru ada Sukatan Pelajaran atau Rancangan PengajaraTahunan. 5. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan. 6. Menyediakan fail-fail dengan lengkap dan kemaskini. 7. Menguruskan analisis selepas setiap peperiksaan. 8. Menyediakan carta organisasi panitia Kajian Tempatan. 9. Membeli bahan dan peralatan untuk kegunaan Kajian Tempatan. 10. Mengumpulkan dan menyusun laporan tentang aktiviti luar dan dalam sekolah. 11. Mencari wakil-wakil sekolah sebelum menyertai pertandingan. 12. Memantau guru-guru yang mengajar Kajian Tempatan. 13. Menyediakan pelan tindakan tahunan. 14. Menyedia Budget PCG. 15. Menyelaras aktiviti atau pertandingan yang berkaitan dengan Kajian Tempatan di sekolah. 16. Mencadangkan aktiviti membuat portfolio yang sesuai untuk murid. 17. Menyediakan hasil kerja murid-murid di dalam kelas.. 18. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dari masa ke semasa. 19. Mengumpul dan menyusun hasil kerja murid yang baik untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.

Senarai tugas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 1. Mengemakini stor PJ setiap masa. 2. Merekod dan mengatur alat-alat PJ. 3. Sentiasa menjaga kebersihan stor PJ. 4. Merancang dan mengadakan latihan-latihan untuk menyertai semua pertandingan permainan dan sukan antara sekolah. 5. Menghadiri mesyuarat kurikulum dan mesyuarat-mesyuarat lain. 6. Menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat panitia. 7. Mempengerusikan mesyuarat panitia masa pelajaran. 8. Membuat semakan buku latihan pelajar. 9. Mempastikan setiap ahli mempunyai Sukatan Pelajaran Huraian Sukatana Pelajaran. 10. Rancangan pengajaran Tahunan Takwin dan aktiviti panitia. 11. Mempastikan soalan-soalan peperiksaaan siap lebih awal dan menyelaras soalansoalan ujian. 12. Memastikan fail-fail panitia lengkap dan kemaskini. 13. Menaip analisis selepas setiap ujian. 14. Meyemak kertas ujian sebelum dicetak. 15. Meyediakan carta organisasi panitia PJ dan PK. 16. Mengumpul dan menyusun laporan tentang aktiviti luar dan dalam sekolah panitia PJ dan PK. 17. Memberi khusus dalaman selepas menghadiri kursus. 18. Menyediakan laporan selepas khusus dalaman. 19. Menyedia pelan tindakan tahunan. 20. Mengumpul Maklumat jadual waktu mengajar semua guru PJ dan PK. 21. Memastikan maklumat diri guru PJ dan PK dikemaskini.

SENARAI TUGAS GURU PENGAWAS 1. Membantu guru besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. 2. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3. Mengawasi ahli lembaga sekolah 4. Menjadi penyelaras di antara guru dan guru besar di dalam hal disiplin muridmurid. 5. Menjalankan hukuman disiplin sekirannya diwakili guru besar. 6. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin. 7. Membantu guru besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru. 8. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. 9. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling. 10. Berusaha menanam semangat patut dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru besar. 12. Mengadakan kempen kebersihan dan kempen hormat guru. 13. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih. 14. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat/urusanurusan lain.

BIDANG TUGAS RMT 1. Menentukan murid-murid yang layak mendapat RMT dan PSS 2. Memastikan bekalan RMT mencukupi dan mematuhi menu yang ditetapkan 3. Memastikan bekalan susu PSS dalam keadaan sempurna guna. 4. Memastikan kualiti dan kuantiti makanan RMT dan yang dijual di kantin menepati kadar yang ditetapkan 5. Membuat laporan kawalan mutu makanan RMT, PSS dan Kantin 6. Mengemaskini sistem rekod berkaitan dengan RMT, PSS dan kantin. 7. Menyediakan buku laporan KAWALAN MUTU MAKANAN dan jadual tugas harian guru pengawas RM 8. Memastikan kebersihan kantin dan persekitarannya. 9. Memastikan semua pekerja memakai apron, penutup kepala & sarung tangan semasa bertugas. 10. Melaporkan kepada Guru Besar dengan segera jika berlaku kes keracunan makanan. 11. Menetapkan peraturan kantin dan memastikan tanda harga dipamerkan oleh pengusaha kantin. 12. Memastikan pengusaha dan pekerja kantin telah menjalani rawatan / suntikan dari pihak kesihatan. 13. Memastikan makanan mencukupi , kuantiti dan kualitinya menepati harga yang dipamerkan. 14. Kerja-kerja rekod/dokumentasi.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS PERMAINAN 1. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat (dalam dan luar musim). 2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan. 3. Mengurus pemilihan ahli kelab dan persatuan mewakili sekolah. 4. Mengawal dan menilai setiap unit dalam sukan dan permainan supaya mencapai matlamat yang ditetapkan. 5. Melapor dan merekod pencapaian dari semasa ke semasa. 6. Mengambil langkah-langkah keselamatan pada setiap masa.

SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN 1. Bertindak sebagai setausaha JK Program Pemulihan Khas serta AJK Kurikulum Sekolah 2. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah 3. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid tahap satu. 4. Membantu guru-guru asas dalam perkara mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan samada di kelas biasa atau kelas khas; - merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan; - mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan; - mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan. 5. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibubapa/doktor/ pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai murid. 6. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodkannya. 7. Merancang dan melaksanankan program pemulihan khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

You might also like