You are on page 1of 6

Perubahan semantik

SINOPSIS
Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

Pengembangan makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut saudara.

Penyempitan makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

You might also like