P. 1
Penurunan Al Quran 1

Penurunan Al Quran 1

|Views: 15|Likes:
Published by ummiabhar
al quran
al quran

More info:

Published by: ummiabhar on Sep 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2014

pdf

text

original

PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN) Oleh: Abuyusoef Hashim Othman al-Maranji

PENGENALAN Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifatsifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempattempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul. PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ ( ‫ )نزل‬membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul alQuran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan alQuran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (alBaqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain. CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN ‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir). Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz. Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku.”Kadangkadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku. Penurunan kepada Jibril a. Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas. Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas. ‫نل ى‬ َ‫ع‬ َ ‫و‬ ْ ‫أ ه‬ َ ‫ضنا‬ ً‫رضي ى‬ َِ ‫نم‬ َ ‫كنا‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م ه‬ َ‫و‬ َ ‫ه‬ ُ‫م‬ ْ ‫ص ه‬ ُ ‫ي‬ َ ‫نل‬ ْ ‫ف ه‬ َ‫ر‬ َ‫ه‬ ْ ‫َش ه‬ ّ‫م ال ِذ‬ ُ‫ك‬ ُ ‫َن‬ ْ ‫مه‬ ِ ‫د‬ َ‫ه‬ ِ‫ش‬ َ ْ ‫منه‬ َ‫ف‬ َ‫ن‬ ِ ‫قنا‬ َ‫ر‬ ْ ‫ف ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫وا ه‬ َ ‫د ى‬ َ‫ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫ن ا ه‬ َ‫م‬ ِ ‫ت‬ ٍ ‫َننا م‬ َ‫ي‬ ّ‫باَن‬ َ‫و‬ َ ‫س‬ ِ ‫َننا‬ ّ‫لنلِذ‬ ِ ‫د ى‬ ً‫ه ى‬ ُ ‫ن‬ ُ ‫رنآ‬ ْ ‫ق ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫ه ا ه‬ ِ ‫في‬ ِ‫ل‬ َ‫ز‬ ِ‫ن‬ ْ ‫أ ه‬ ُ ‫ذ ي‬ ِ‫ل‬ ّ‫ن اِذ‬ َ ‫ضنا‬ َ ‫م‬ َ‫ر‬ َ ‫ر‬ ُ‫ه‬ ْ ‫ش ه‬ َ . Allah SWT berfirman.” PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus. Melalui Jibril a.a.w. Dan kali ketiga.Harith bin Hisham.a. dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia. Rasulullah menjawab.w. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. kali kedua.s.s. bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya. ‫فوظ‬ ُ‫ح‬ ْ ‫م ه‬ َ ‫ح‬ ٍ ‫و م‬ ْ ‫ل ه‬ َ ‫ف ي‬ ِ ‫ن مجيد‬ ٌ ‫رنآ‬ ْ ‫ق ه‬ ُ‫و‬ َ‫ه‬ ُ ‫ل‬ ْ ‫ب ه‬ َ. iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke alLauh al-Mahfuz. seorang sahabat Rasulullah s. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Dalam tempoh 20 malam. hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s. Dan berperingkat.” (al-Buruj:21-22) 2. (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. 1. bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepadaKu merupai lelaki. Hakim Dan al-Nasa’i. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini. Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT.

” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘‫ ’الذكر‬dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.” (ad-Dukhan:3) Firman Allah SWT. al-Muharram. ia juga diturunkan pada bulan Syawwal. Oleh itu. Dhu al-Qaedah. Dhu al-Hijjah. Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari. “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”.َ ‫رو‬ ‫ن‬ ُ‫ك‬ ُ ‫َش‬ ْ ‫ت ه‬ َ‫م‬ ْ ‫ك ه‬ ُ ‫نل‬ ّ‫عِذ‬ َ‫ل‬ َ‫و‬ َ ‫م‬ ْ ‫ك ه‬ ُ ‫دا‬ َ‫ه‬ َ ‫منا‬ َ ‫نل ى‬ َ‫ع‬ َ ‫َلل‬ َ ‫روا ا‬ ّ‫ِذ‬ ُ ‫ِب‬ ّ‫ك اَن‬ َ‫ت‬ ُ‫ل‬ ِ‫و‬ َ ‫ة‬ َ‫د‬ ّ‫ع ِذ‬ ِ‫ل‬ ْ ‫نلوا ا ه‬ ُ‫م‬ ِ‫ك‬ ْ ‫ت ه‬ ُ‫ل‬ ِ‫و‬ َ ‫ر‬ َ‫س‬ ْ ‫ع ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫م ا ه‬ ُ‫ك‬ ُ‫ب‬ ِ‫د‬ ُ ‫رضي‬ ِ ‫ضي‬ ُ ‫وال‬ َ ‫ر‬ َ‫س‬ ْ ‫ي ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫م ا ه‬ ُ‫ك‬ ُ‫ب‬ ِ ‫َلل‬ ُ‫دا‬ ّ‫ِذ‬ ُ ‫رضي‬ ِ ‫ضي‬ ُ‫ر‬ َ‫خ‬ َ‫أ‬ ُ‫م‬ ٍ ‫ضينا م‬ ّ‫أِذ‬ َ‫ن‬ ْ ‫م ه‬ ِ ‫ة‬ ٌ ‫د‬ ّ‫ع ِذ‬ ِ‫ف‬ َ‫ر‬ ٍ ‫ف م‬ َ‫س‬ َ “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran. dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”.” (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT.w. (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” . kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain.” (al-Qadr:1) Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka. menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s. sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya). Safar dan Rabi’ al-Awwal.a. ِ‫د‬ ‫ر‬ ْ ‫ق ه‬ َ‫ل‬ ْ ‫ة ا ه‬ ِ ‫نل‬ َ‫ي‬ ْ ‫ل ه‬ َ ‫ف ي‬ ِ‫ه‬ ُ ‫َننا‬ َ‫ل‬ ْ ‫ز ه‬ َ‫ن‬ ْ ‫أ ه‬ َ ‫ننا‬ ّ‫إِذ‬ ِ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. َ ‫رضي‬ ‫ن‬ ِ‫ذ‬ ِ ‫َن‬ ْ ‫مه‬ ُ ‫َننا‬ ّ‫كِذ‬ ُ ‫ننا‬ ّ‫إ ِذ‬ ِ‫ة‬ ٍ ‫ك م‬ َ‫ر‬ َ ‫ِبنا‬ َ‫م‬ ُ ‫ة‬ ٍ ‫نل م‬ َ‫ي‬ ْ ‫ل ه‬ َ ‫ف ي‬ ِ‫ه‬ ُ ‫َننا‬ َ‫ل‬ ْ ‫ز ه‬ َ‫ن‬ ْ ‫أ ه‬ َ ‫ننا‬ ّ‫إ ِذ‬ ِ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.

dalam masa 20 malam. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun. Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan.s. Baghawi. tidak dinafikan. Allah SWT berfirman. merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan.w. Razi dan Ibn Kathir. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah. (dalam masa 20 malam). Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah. Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian. Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat.w. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf. fuqaha. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Para ulama.a.a. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s. ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari. dan terus turun dalam masa 23 tahun. surah al-Baqarah dan ayat 1. iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s. Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur.w.a.” Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah.a. Jibril a. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini.3. َ ‫مو‬ ‫ن‬ ُ‫ح‬ َ‫ر‬ ْ ‫ت ه‬ ُ‫م‬ ْ ‫ك ه‬ ُ ‫نل‬ ّ‫عِذ‬ َ‫ل‬ َ ‫توا‬ ُ‫ص‬ ِ ‫ن‬ ْ ‫أ ه‬ َ‫و‬ َ ‫ه‬ ُ‫ل‬ َ ‫عوا‬ ُ‫م‬ ِ‫ت‬ َ‫س‬ ْ ‫فنا ه‬ َ‫ن‬ ُ ‫رنآ‬ ْ ‫ق ه‬ ُ‫ل‬ ْ ‫ئ ا ه‬ َ ‫ر‬ ِ‫ق‬ ُ ‫ذا‬ َ‫إ‬ ِ‫و‬ َ . Mengikut pendapat ini. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas. mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. ayat 204. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s. surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut.w. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz. ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s. maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya). Ubayy bin Ka’ab.w. oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s. ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya.a.w.” Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas.a.“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan. Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud. Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul. supaya kamu beroleh rahmat. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->