P. 1
Seni Dalam Pendidikan WAJ3107

Seni Dalam Pendidikan WAJ3107

|Views: 364|Likes:
Published by Zul Bpp
Tugasan Seni dalam pendidikan
Ipg kampus Perlis.
Sebagai bahan rujukan.
Tugasan Seni dalam pendidikan
Ipg kampus Perlis.
Sebagai bahan rujukan.

More info:

Categories:Types, Presentations
Published by: Zul Bpp on Sep 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/03/2015

pdf

text

original

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

2

PENGHARGAAN

3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

4

REFLEKSI

8

1

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………. Nama penulis : Muhamad Zulhilmi Bin Rosli Tarikh : 17 September 2013

2

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi

kesyukuran

dipanjatkan

kehadrat

Ilahi

kerana

dengan

keizinanNya, tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah saya, En. Mohamad Sukri B. Osman yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang berguna sepanjang interaksi WAJ 3107 bersama beliau. Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya terjemahkan kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak yang yang maksima kepada saya juga kepada individu yang ingin menggunakan metid yang sama dalam menjadikan sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih menarik.

Sekian,Terima kasih.

3

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

BUTIRAN AM
Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Bidang Tajuk : Pendidikan Islam : 6 Azalea : 3 Jun 2012 : 09.00-9.30 : 40 Orang : Adab : Adab Kecintaan Kepada Negara

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat: Aras 1:Murid dapat menyatakan adab-adab kecintaan terhadap negara Aras 2 : Menyenaraikan kebaikan mencintai negara Aras 3 : Menjelaskan akibat tidak mencintai negara Kemahiran Berfikir : Murid dapat menyatakan adab yang betul dalam mencintai negara. Penerapan nilai Penggabung jalin Penerapan/rentas : Mendengar nasihat, bersungguh-sungguh,hormati guru. : Kemahiran melihat, mendengar dan menaakul : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Moral.

Bahan Bantu mengajar : Papan tulis,laptop,LCD,Kertas lukisan.

5

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

Langkah/Masa Isi Kandungan

Aktiviti P & P

Catatan

Pendahuluan ( 2 minit )

Doa :

- Guru memilih seorang

-Khusyu' dan tawaddu'

‫ اللهم افتح علينا حكمتك‬murid untuk mengetuai ‫ وانشر علينا من خزائن‬bacaan doa dan .‫ أرحم الراحمين‬,‫رحمتك‬
diaminkan oleh murid lain.

Set Induksi : ( 3 minit )

- Guru menayangkan video induksi bertujuan untuk meransang minat
*screenshot

Menggunakan strategi inkuiri.

murid.

Langkah 1 : ( 7 minit )

-Menyatakan adab kecintaan kepada negara: 1.menghormati undang-undang 2.mentaati pemerintah 3.mematuhi rukun negara.

- Guru menerangkan adab mencintai negara kepada murid. - Guru menerangkan secara ringkas mengapa perlu mencintai negara

Kemahiran mendengar

Langkah 2 : ( 8 minit )

Menyenaraikan kebaikan mencintai negara :

-Guru menayangkan paparan video yang mengandungi unsurunsur keamanan sebuah negara.

Kemahiran Berfikir dan Menulis

6

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

1.Negara berada dalam keadaan selamat. 2.Negara disanjung dimata dunia. 3.Rakyat dapat hidup dengan aman.

-Murid diminta untuk menyenaraikan kebaikan yang terdapat dalam video tersebut.
*screenshot

-Guru memanggil murid secara rawak untuk datang kehadapan dan menulis pada papan tulis.

Langkah 3 : (7 minit )

Menjelaskan akibat tidak mencintai negara: 1.Imej negara tercemar 2.Perpaduan kaum tergugat 3.Keselamatan negara tidk terjamin

-Guru menerangkan secara ringkas akibat jika tidak mencintai negara.

Kemahiran berfikir ,melakar,melukis.

-Murid diminta untuk menterjemahkan akibat tidak mencintai negara kedalam sebuah lukisan.
*Contoh

Penutup: ( 3 minit )

- Guru merumuskan hasil pembelajaran yang dapat dicapai. -Guru memberi soalan dan latihan pengukuhan.

7

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

REFLEKSI

8

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

REFLEKSI

Seni merupakan suatu bidang yang mempunyai skop yang sangat meluas. Hal ini kerana, seni dapat dinilai dalam pelbagai aspek. Muzik, karya seni penulisan, lukisan, arca,suara, lakonan antara contoh mudah bagi memberi gambaran awal kepada orang awam tentang apa itu seni. Menurut Herbert Read dalam karyannya The Meaning of Arts, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya,seni merupakan sesuatu yang sangat subjektif untuk digambarkan

Melalui subjek WAJ 3107, Seni Dalam Pendidikan, banyak perkara baru yang saya peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu elemen wajib yang perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlansung.

Secara umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu yang pertama seni visual, seni pergerakan, dan seni muzik. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai skop dan konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dan menerapkannya kedalam proses P&P, sudah pasti akan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kalangan murid.

9

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

Skop seni visual lebih kepada lukisan dan bermain dengan pelbagai variasi warna. Di zaman serba moden ini, bilik darjah papan hitam berkapur putih sudah tidak relevan untuk diamalkan secara kerap. Ia akan lebih membuatkan dunia murid seolah berada dalam dunia serba hitam putih. Oleh yang demikian, guru perlu bijak meransang murid dengan warna. Biarkan mereka bermain dengan warna kerana warna merupakan suatu eleman yang sangat indah jika kena pada caranya. Oleh kerana pensyarah saya merupakan seorang yang berpengalaman dalam seni visual, beliau secara tidak lansung telah banyak membuka minda saya tentang bagaimana untuk

mengintegrasikan seni visual kedalam subjek lain misalnya pendidikan islam yang mana jarang diterapkan unsur seni visual.

Seni pergerakan pula ialah sesi yang melibatkan penggunaan ruang dalam suatu aktiviti contohnya lakonan.Manakala seni muzik pula ialah seni yang berkaitan dengan bunyi dan irama. Jesteru,seperti yang telah saya nyatakan diatas, seorang guru yang bijak pasti mampu untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen ini secara lansung ataupun tidak. Contohnya, seorang guru meminta muridya melakukan sesi lakonan secara berkumpulan. Sebelum sesi lakonan diadakan, guru meminta pelajarnya menyediakan prop seperti topeng misalnya yang pastinya melibatkan elemen seni visual. Apabila sesi lakonan berlansung, guru memainkan muzik latar bertujuan membangkitkan suasana. Manakala pelajar yang berlakon pula secara tidak sedar mereka sudah pun bermain dengan elemen seni pergerakan. Jesteru, ketiga-tiga elemen ini saling berkait antara satu sama lain.

Melalui sudut pandang seorang guru pelatih, saya dapat melihat beberapa kepentingan seni dalam pendidikan yang mana saya merasakan sudut pandang ini juga dipersetujui oleh mereka yang berada dalam bidang yang sama. Pertama, seni dalam pendidikan mampu melahirkan seorang guru yang sentiasa berinovasi dan kreatif. Ini kerana, tidak semua guru dikurniakan bakat seni atau mudah dikatakan mereka tidak kreatif . Tidak kurang juga guru yang malas berfikir. Jesteru, dengan adanya elemen seni dalam pendidikan, ia akan membuatkan sesorang guru itu sentiasa berfikir bagaiman untuk menjadikan sesi P&P menarik dan mencapai objektif apatah lagi di

10

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

2013

zaman serba moden ini. Murid pada zaman sekarang terdedah dengan pelbagai perkara baru menjadikan mereka kadangkala lebih kreatif daripada seorang guru. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seorang guru untuk maju setapak kehadapan berbanding murid.

Selain itu, seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam mempelbagaikan lagi teknik,kaedah, serta strategi P&P. Untuk menyatakan bahawa kaedah tulis dan pandang atau „chalk and talk‟ tidak sesuai adalah tidak berapa tepat. Kaedah konvensional ini masih relevan untuk diamalkan. Bahkan Negara-negara maju seperti Jepun juga masih mengekalkan kaedah ini. Persoalannya ialah bagaimana seorang guru itu mampu untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P supaya murid tidak cepat bosan dan sebagainya. Seni dalam pendidikan adalah jalan mudah yang boleh diambil guru. Manfaatkan sebaik mungkin elemen-elemen yang terdapat dalam seni pendidikan. Kesudahannya, ia bukan sahaj dapat menghasilkan atmosfera bilik darjah yang harmoni bahkan turut membantu guru dalam mencapai objektif yang dikehendaki.

Tuntasnya, subjek Seni Dalam Pendidikan telah banyak membantu meluaskan sudut pandang saya dalam dunia pendidikan. Berharap supaya apa yang diterapkan sepanjang interaksi kuliah mahupun diluar interaksi dapat saya aplikasikan di sekolah kelak supaya dapat melhirkan pelajar yang luas dimensi pemikiran dan kebolehannya sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) – „Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu’ .Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah WAJ 3107 En. Mohamad Sukri B. Osman atas ilmu yang dicurahkan.

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->