You are on page 1of 6

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


“MINGGU JUALAN BUKU TERPAKAI”

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan dari
Pengarah IPBA, untuk mengadakan program Minggu Jualan Buku Terpakai di IPBA.
1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos
untuk mengadakan program ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menanamkan semangat cinta terhadap ilmu.


2.2 Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar IPBA.
2.3 Memanfaatkan buku-buku yang tidak digunakan untuk dijual kepada pembaca yang
lain.
2.4 Membuka minda pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan idea terhadap bahan-
bahan bacaan yang dijual.
2.5 Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan buku dengan harga lebih
murah berbanding harga biasa.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM

Maklumat tentang seminar ini adalah seperti berikut:

Tajuk Program : Minggu Jualan Buku Terpakai.


Tarikh Cadangan : 21-23 Julai 2008
Hari : Isnin - Rabu
Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat Cadangan : Foyer IPBA

4.0 PENYERTAAN

Program ini terbuka kepada semua pensyarah, pelajar dan staf IPBA.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Program ini dijalankan oleh Exco Akademik serentak dengan Program Minggu
Kesenian Islam dengan kerjasama Exco Kerohanian & Pembentukan Sahsiah.
5.2 Mengadakan perbincangan dengan salah satu pembekal buku terpakai di Amcorp
Mall untuk mengadakan jualan buku tersebut.
5.3 Mengeluarkan notis bagi memberitahu pensyarah dan staf IPBA untuk membawa dan
memberi buku terpakai yang ingin mereka jual kepada exco MPP yang berkenaan
5.4 Masa jualan dari jam 10.00 pg hingga 2.00 ptg adalah untuk jualan buku terpakai
daripada pembekal luar. Manakala jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg adalah untuk jualan
buku terpakai yang didapati daripada pelajar, pensyarah dan staf IPBA.
5.5 Harga bagi buku yang disumbangkan ditetapkan 50 – 70% daripada harga asal.
5.6 Bagi penjagaan gerai jualan buku, penjaga gerai tersebut terdiri daripada biro-biro
bagi exco-exco yang terlibat.
5.7 Bagi buku-buku sumbangan yang tidak dapat dijual, akan diberi kepada perpustakaan
IPBA untuk dijadikan koleksi tambahan.

6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Struktur jawatankuasa bagi melaksanakan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi perbelanjaan ini adalah seperti dalam Lampiran 2.

8.0 PENUTUP
Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat
mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan dan seterusnya kami
dapat merealisasikan program ini dengan jayanya.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..………………………
(Taiebah Mohamad Sagir) (En Azizi b. Ahmad)
Exco Akademik , MPP IPBA Pensyarah Penasihat.

Disokong oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1
STRUKTUR JAWATANKUASA,
PROGRAM HARI KECEMERLANGAN IPBA.

PENAUNG
Dr. Mohd. Sofi b. Ali
(Pengarah IPBA)

Jabatan
Hal Ehwal Pelajar,
IPBA.

Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) IPBA.

Ahli Jawatankuasa Exco Ahli Jawatankuasa Exco


Kerohanian & Akademik, MPP IPBA.
Pembentukan Sahsiah,
MPP IPBA

LAMPIRAN 2
Anggaran perbelanjaan untuk program Hari Kecemerlangan IPBA.

Perkara Anggaran perbelanjaan

- Makanan dan minuman Seorang = RM4


penjaga gerai 10 orang = RM40 (sehari)
(Kuih & air mineral)
3 hari = 40 X 3
= RM 120

JUMLAH KESELURUHAN RM120

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..……………………

(Taiebah Mohamad Sagir) (En. Azizi b. Ahmad)
Exco Akademik, MPP IPBA Pensyarah Penasihat Exco Akademik, MPP IPBA

Disokong oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Disahkan oleh,

……………………………
(Dr.Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah Ins. Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa.
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM
MINGGU JUALAN
BUKU TERPAKAI

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA

You might also like