You are on page 1of 2

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEFAHAMAN KONSEPTUAL MELALUI KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK Tajuk Topik Masa Objektif : Statistik

: Kesan saiz selang kelas terhadap ketepatan min : 8.50 pagi 10.10 pagi : Memahami dan mengguna konsep min bagi data terkumpul. Hasil Pembelajaran : 1. Membincangkan kesan saiz selang kelas terhadap ketepatan min bagi set data terkumpul yang tertentu. Kelas : 4 Harmorni Bilangan Murid : 24 orang Nama Guru : En. Mohd Syukri bin Ibrahim Kerangka Aktiviti : Fasa Aktiviti Set Induksi (5 minit) Cadangan Aktiviti Pelajar ditunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan beberapa ketinggian pemain bola keranjang. Pelajar diajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut. Soalan: 1. Cari min ketinggian bagi para pemain bola keranjang tersebut. Langkah 1 Setiap pelajar dikehendaki menimbang berat masing-masing dan ditulis di kertas sebak yang disediakan di hadapan kelas. Langkah 2 Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 perlu membina jadual kekerapan yang mempunyai saiz selang kelas 4 manakala kumpulan 2 dikehendaki membina jadual kekerapan yang mempunyai saiz selang 5. Pelajar perlu membina jadual kekerapan dalam kertas A4 yang diedarkan. Contoh: Berat Kekerapan, f Titik tengah, x fx Catatan Kemahiran Komunikasi Membuat Perkaitan BBM: Lampiran 1

BBM: Kertas Sebak Penimbang berat

Perkembangan (50 minit)

BBM: Kertas A4

Langkah 3 Pelajar diberi penerangan tentang definisi min dan diperkenalkan formula min bagi data terkumpul. Min data terkumpul,

Kemahiran komunikasi

Kemahiran komunikasi Kemahiran menyelesaikan masalah BBM: Lampiran 2 Menaakul

Langkah 4 Pelajar diminta mencari min data terkumpul berdasarkan jadual kekerapan yang mereka bina sebentar tadi dah menulis jawapan mereka di atas kertas sebak yang disediakan.

Langkah 5 Pelajar dikehandaki membuat perbandingan tentang jawapan bagi kumpulan 1 dan kumpulan 2. Mereka dikehendaki membincangkan tentang perbezaan jawapan yang diperoleh. Guru membuat kesimpulan bahawa ketepatan min yang dikira daripada jadual kekerapan terkumpul bergantung kepada saiz selang kelas. Semakin kecil selang kelas, semakin tepat nilai min yang akan diperoleh. Penilaian (15 minit) Pelajar diberikan satu soalan statistik (KBAT). Jawapan dibincangkan bersama dengan guru.

Kemahiran menyelesaikan masalah Membuat perkaitan BBM: Lampiran 3 Kemahiran komunikasi

Penutup (5 minit)

Guru membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini. 1. Min data terkumpul ialah jumlah hasil darab frekuensi dengan titik tengah dibahagikan dengan jumlah frekuensi. Min data terkumpul,

You might also like