You are on page 1of 10

-1-

Sabah park
LOCAL COMMUNITY FORUM TSMP
( Forum Komuniti Tempatan Taman Marin Tun Sakaran, TMTS )

Our Ref : FKT / TMTS / SP ( 001 ) Tarikh : 15hb.Nov.2005


Your Ref :

FORUM KOMINITI TEMPATAN


FKT-TMTS
Laporan Dari Pengerusi.
FKT – TMTS : 15 Nov. 2005.
Mesyuarat PERTAMA.

Pendahuluan ,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi


Penghargaan di-atas kepercayaan tuan–tuan dan puan–puan untuk mengujudkan Forum
Kominiti Di Era baru selepas PENGWARTAAN dan seterusnya memilih saya memikul
tanggungjawab sebagai Pengerusi Pertama FKT – TMTS selepas Pengwartaan 8 buah
Pulau dibawah Taman Sabah yang dikenali sebagai Taman Marin Tun Sakaran ( TMTS )
atau Tun Sakaran Marin Park ( TSMP ) pada 22hb. Julai 2004.

Apa kita lakukan pada hari akan menjadi satu lipatan Sejarah TMTS, bertapa
prihatinnya mesyarkat tempatan terhadap masa depan mereka, kita telah menjadikan diri
kita sebahagian daripada mesyarakat Taman Marin Tun Sakaran yang akan
menentukan arah tujuh Taman ini 999 tahun akan datang, ini bererti pada tahun 3003
Komuniti ini telah melalui 15 hingga 20 generasi. Anak cucuk kita akan melihat sejarah nenek
moyang mereka terhadap kewujudan Taman Marin Tun Sakaran.

150 tahun dahulu Daerah Kawasan Taman ini dikenali sebagai Daerah
Mangi’indorah ( The Sulu Zone Tulisan James Warren ) moyang kita telah memelihara
kawasan ini daripada pencerobohan.

999 tahun akan datang kitalah yang akan menentukannya kearah mana hendak kita
tuju Warisan Nenek moyang kita .Kebijaksanaan kita memelihara Warisan ini bererti
kebahgagian anak cucuk kita pada masa akan datang.
Dalam bahasa Bajau Suluk Mangi’indora bererti Kawasan tidak Cantik atau
bahaya , tetapi hari ini kita telah membuat keputusan untuk mencantikannya dan

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -1-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-2-

menjadikannya sebagai Taman ( Park ) kawasan yang Cantik untuk 999 tahun akan
datang.Tahniah kepada Taman Sabah, Pihak Kerajaan dan Rakan rakan dalam komuniti
kerana telah membuat satu keputusan yang bijak.

Seperti mana ucapan sulung saya selepas Pengwujudan semula Forum Komuniti
Tempatan, FKT-TMTS tempoh hari bersama Ajk – Ajk yang terdiri dari beberapa peserta
Bengkel yang mejoritinya Waris Pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran, Jawatan ini bukanlah
satu kemuliaan dan kebanggaan bagi saya, tetapi ia lebih kepada Tanggung-jawab yang
harus dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan yang lain dalam FKT-TMTS.

Mesyuarat Pertama kita ini telah tertangguh sebanyak 3 kali, disebabkan beberapa
perkara yang tidak dapat di-elakan, Kita terpaksa menuggu jawapan rasmi dari PPHT
Semporna mengenai kedudukan WARIS – WARIS sah yang tersenarai di Pejabat tanah dan
ukur Semporna selepas PengWartaan dibuat , ini juga telah menyebabkan pihak Taman
Sabah 3 kali meluluskan Tempat dan Dewan kecil ini untuk kita bermesyurat dalam masa
sebulan.

LAPORAN 1.

Tindakan yang telah dilakukan selepas


Pengwujudan FKT – TMTS Sebulan lalu.

Bagi memenuhi janji tempoh hari untuk mengenal pasti WARIS SAH, pihak saya
telah bertindak 3 hari selepas dipilih Sebagai Pengerusi untuk menghubungi Peg. Daerah
Semporna Selaku PPHT dan Jabatan Tanah & Ukur Semporna untuk mendapatkan beberapa
maklumat waris, melalui Satu surat Bil Ruj:Fkt/TMTS/SP(001).Bertarikh:1hb.Okt.
2005.

Pihak PPHT telah menjawab sebahagian dari maklumat yang kita kehendaki dalam
suratnya , Dos(L):16/05/16 bertarikh: 8hb.Nov.2005 Senarai WARIS SAH.

Setelah mengkaji dan melihat senarai yang dikeluarkan oleh PPHT Semporna, saya
mendapati perlunya Pengkotogerian kumpulan Waris bagi menyenangkan kita menyusun
program Waris secara telus dan teratur, untuk memastikan semua pihak berhak
mendapatkan Hak Warisan masing-masing.

Bagi maksud Waris Sah dalam FKT-TMTS , Pihak saya mencadangkan beberapa
kreteria yang harus di-ambil Perhatian. 3 Ketogori adalah dicadangkan bagi
memastikan Waris-waris Sah mendapat Haknya.

KUMPULAN 1

1. SENARAI WARIS BERGERAN – ( Waris Kumpulan Satu ).

Waris yang mempunyai Hak 100 % dalam FKT-TMTS selaras dengan


pengwartaan Taman Sabah N0. KPKAS : ( S ) 900 – 2 / 5 dan menjadi Waris
Kumpulan Pertama seperti mana yang telah dijamin Pengistiharan Taman
mengenai HAK dan KEISTIMEWAAN,Perkara 1.
Ini bererti kumpulan ini harus dimaklum atau dijemput menganggotai FKT –
TMTS.

KUMPULAN 2

2. SENARAI WARIS HAK ADAT SEKSYEN 15 / 16. YANG TELAH


MENGISI BORANG.
( Waris Kumpulan Dua ).
P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -2-
Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-3-

Mereka yang telah di-iktiraf sebagai penuntut Hak NCR yang mempunyai Hak Adat
dalam Seksyen 15 / 16 Ordinan Tanah Negeri Sabah sebelum PENGWARTAAN
dan berdaftar di Pejabat Tanah & Ukur Semporna , seperti mana yang telah dijamin
oleh Pengistiharan Taman mengenai HAK dan KEISTIMEWAAN, perkara N0. 2,
Walaubagaimanapun Waris Jenis ini Perlu melalui Proses Undang-Undang yang sedia
ada sebelum diterimah sebagai Waris Sah yang mempunyai Hak NCR dan berhak
Memiliki Geran dalam TMTS.
Isu ini harus dibincang secara terperinci bagi mengelakan mereka yang tidak
mempunyai Hak telah dimasukan dalam senarai ini dan mereka yang ber hak telah
tercicir.

KUMPULAN 3

3. KUMPULAN WARIS TERCICIR. ( Waris Kumpulan 3 ).

Kumpulan Waris ini belum berdaftar dan dikenal Pasti oleh Pihak Taman
Sabah ,Jabatan Tanah & Ukur, Kumpulan ini perlu melaporkan kedudukan Hak NCR
mereka kepada Pihak Jabatan Tanah atau Pihak berkuasa dan memaklumkan FKT-
TMTS kedudukan Hak mereka , Bagi mengelakan Kesulitan Hak NCR dan Pertindihan
Tuntutan dibawah seksyen 15 / 16.

PANDANGAN 1

PEMEGANG AMANAH TAMAN MARIN TUN SAKARAN.

Bagi maksud Pemegang Amanah Pulau,Pihak Dewan Undangan Negeri Sabah


ada memberikan Jamininan mengenainya dalam Perkara 4 ( Hak & Kesitimewaan ),
Oleh itu Perkara ini harus dibincang secara teliti sebelum diputuskan, Kerana
perkara ini melibatkan soal Perundangan dan perlu diputuskan melalui Peraturan dan
Undang-Undang bagi mengelakan perbelahan dikalangan Kominiti.

Bagi Pulau –Pulau yang memiliki Geran, Pemegang Amanah yang dilantik
mestilah terdiri dari mereka yang mempunyai Geran di atas Pulau atau Waris
KUMPULAN PERTAMA, ini adalah kerana Kedudukan mereka dalam Taman Marin
sudah diputuskan 100 %.

Sementara Pulau –Pulau yang belum mempunyai Geran tanah ( P.Bohey


Dulang, P.Tatagan, P.Sibuan dan Bod Gaya ), tetapi mempunyai Hak NCR
dibawah Seksyen 15/16 Hak adat seperti yang di-laporkan Oleh PPHT Semporna ,
maka Perundingan dikalangan mereka harus menjadi keutamaan sebelum
Perlantikan.

Ajk Kecil Pulau yang terdiri dari Waris Pulau masing-masing harus ditubuhkan
bagi menyesaiakan Perkara ini. Satu minit mesyuarat haruslah dikemukakan untuk
pihak FKT-TMTS menapis dan seterus membuat cadangan kepada Pihak Kerajaan
khas Taman Sabah.

Walaubagaimanapun Pandangan ini harus dirujuk kepada pihak berkuasa,


Khasnya Taman Sabah kerana ia melibatkan Tafsiran Undang-Undang yang mungkin
memerlukan Pandangan Peguam Negeri SABAH atau Penguam Taman dan
seterusnya Pemegang Amanah Taman Sabah.

Pihak kita harus menentukan Senarai nama yang dihantar sebagai Pemegang
Amanah adalah mereka yang benar-benar WARIS SAH atau Waris NCR yang

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -3-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-4-

tersenarai dan mempunyai kedudukan yang seharusnya tidak boleh lagi dipersoalkan
oleh mana-mana pihak, Para waris di Pulau masing-masing.Penghantaran

Senarai Cadangan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya haruslah


disertakan dengan minit mesyuarat dari FKT-TMTS yang wujud selepas
PENGWARTAAN, 22hb. Julai 2004.

Sebarang cadangan mengenai Pemegang Amanah sebelum ini haruslah


dikembalikan kepada FKT-TMTS untuk menapisnya bagi memastikan Kesahian Waris
diteliti terlebih dahulu dan seterus mendapat sokongan FKT-TMTS.

CADANGAN & TINDAKAN 1

CADANGAN LOGO FKT – TMTS.

Bagi maksud Identiti, Pihak Taman Sabah, Projek DARWIN Pulau-Pulau


Semporna, WWF, MCS yang mempunyai Logo masing masing, Oleh yang
demikian Pihak Saya bersama AJK lain telah memutuskan supaya satu identiti harus
kita miliki, Logo dibawah ini adalah dicadangkan.

Kominiti 8 Pulan ( 8 Island Comunnity ) adalah logo yang kita


cadangkan secara rasmi bagi FKT – TMTS melambangkan perpaduan semua Waris 8
Pulau dalam Taman Marin.

Eight

Island

Community

Bentuk Logo DiCadangkan

CADANGAN & TINDAKAN 2

MENGENAL PASTI Tempat dan Nama


BERSEJARAH dan Bersifat TEMPATAN.

Salah satu tujuan Pengistiharan Taman Sabah terhadap TMTS tidak hanya
tertumpu kepada Pemeliharaan Ekologi,Biologi ,Geography
sehaja, tetapi ianya meliputi faktor – faktor Pemeliharaan Tempat tempat yang
bersejarah bagi faedah Generasi akan datang.

Pihak FKT – TMTS juga telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan


maklumat dari para Waris Pulau mengenai nama – nama asal bagi Kawasan Pulau ,
Reef dan tempat –tempat yang berlegenda dan bersejarah bagi memastikan
pengekelan nama untuk Generasi akan datang.

Oleh yang demikian FKT – TMTS telah mengorak satu langka kehadapan
untuk menjalankan kajian terhadap Penamaan Nama Nama tempat berasaskan
Faktor Sejarah dan Tempatan.

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -4-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-5-

Pada masa ini kami telah mengumpul hampir 80% nama nama tempatan
bagi Kampung dan Reef dalam TMTS, semua waris diminta untuk mengemukan
pendapat dan Laporan.

LAPORAN II

KEWUJUDAN FKT – TMTS.

Selaras dengan Kehendak Pelan Pengurusan Taman Pulau Pulau Semporna


Draf : 1 – 2001. Taman Sabah, yang telah ditubuhkan Selepas Pengwartaan
2004, FKT – TMTS haruslah ditubuhkan dan berterusan Sebagai Penghubung
diantara Pihak Taman, Pihak Kerajaan, Pihak Berkuasa dan dan Komuniti Tempatan ,
bagi memunuhi Pelan Pengurusan bersepadu Taman. Ms. 166. ( 11.1).

Oleh yang demikian Kewujudan Forum ini lebih kepada Pelaksanaan dasar,
Cadangan dasar , Pandangan dasar , Pindaan serta pengurusan bersepadu yang
telah ditetapkan oleh Pihak Taman dan Persetujuan mesyarakat Setempat atau FKT-
TMTS.

Forum ini tidak hanya menumpuhkan kepada Tuntutan tanah atau hak NCR
sehaja, tetapi kita akan teruskan kepada Pelaksanaan Pengurusan Bersepadu Dasar –
Dasar utama Taman –Taman Sabah untuk melaksanakan nya.

Pengwujudan Ajk –Ajk Kecil dalam FKT-TMTS adalah menjadi rangka kepada
Perlaksanaan Pengurusan Bersepadu dasar bagi kita melaksanakan dasar-dasar
Pembangunan dan Pemeliharaan dalam Taman Marin Tun Sakaran.

Jawatankuasa kecil – Perikanan , marikultur, Guna Tanah, Pembangunan


Pelancongan, Warisan dan Budaya, Pendidikan dan Kesedaran harus diwujudkan
dengan segera. Inisiatif ini harus diambil oleh Pihak FKT-TMTS bagi mencadang
matlamat dan dasar Taman Marin Tun Sakaran.

CADANGAN & TINDAKAN 3

JAWATANKUASA TUNTUTAN

Walau Bagaimanapun saya mencadangkan supaya satu AJK kecil yang di-
Panggil JAWATAN KUASA TUNTUTAN harus diwujudkan seiringan bagi
menyelasaikan masalah-masalah yang timbul Dikalangan Waris –Waris dalam
Kumpulan 2 dan 3 Seperti diatas dan boleh berkerja-sama dengan Kumpulan-
Kumpulan tututan di Pulau masing-masing.

Bagi maksud diatas FKT-TMTS hendaklah mengambil peranan aktif bagi


memastikan dan mengelakan kumpulan-kumpulan tertentu mengambil kesempatan
untuk kepentingan peribadi serta mebelakangkan kepentingan para waris Sah.

Komuniti Wujud Sebelum PENGWARTAAN

1. AJK SEBANGKAT Reef Island ( SRI ) ketua Salleh Hj. Salleh.

2. WARIS GUPURANI Bersaudara yang diketuai Ismail Gupurani.

3. AJK Tuntutan Sebangkat dibawah Tetuan ANSARI & Co. diketuan Oleh
Hj.Asmaharun Hj.Abdul Rahman@Im. Misuari.

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -5-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-6-

4. Kumpulan KONTRA Komuniti Tempatan Sebelum 2004 Diketua Oleh En.


Mariatim.

5. Jawatankuasa Tuntutan Pulau-Pulau ( JTPP ) – Setiausha Elmin Hj.


Kastom.

6. Komuniti Tempatan diaktifkan 13hb. Ogos 2001 – Pengenrusi Sementara


En. Malaya Otoh Lanjang.

7. Komuniti Tempatan 18hb. Sept. 2001 – Diketuai oleh Dato Eranza Dato
Seribu.

8. WSMP ( Waris Sebangkat Marine Park ) yang telah didaftarkan oleh


beberapa Waris Pulau Sebangkat bagi tujuan aktiviti Komesial dan yang
bertanggunjawab merangka Dasar dan HAK KEISTIMEWAAN 8 PULAU dalam
Pendegaran Awam ” Public Hearing 2002.

9. Kumpulan Pendemontrasi Cadangan PENGWARTAAN.

Semua Ajk Komuniti ini telah bergerak sebelum Peng-WARTAAN Taman


yang bertujuan menuntut Hak Masing-masing, dan bertindak secara berkumpulan
tanpa mempunyai satu payung atau penyatuan, akibatnya ada diantara WARIS
SAH tercicir dari Peneyenaraian Seksyen 15 dan 16.

- Sangat menyedihkan ada KES Waris yang hanya mewarisi tanah di


atas pulau seluas 4’ kaki x 6’ kaki atau ringkasnya Kuburan sehaja wal
hal Waris berkenaan adalah Waris SAH . Inilah yang berlaku jika satu
satu Forum atau Kumpulan bergerak secara berasingan tanpa
Pemusatan -

Oleh yang demikian FKT-TMTS ( Forum Komuniti Tempatan ) yang


diwujudkan selepas era Pengwartaaan - 2004 adalah FKT yang akan
mewakili semua Waris –Waris yang berdaftar dengan Jabatan Tanah Ukur
serta Taman Sabah berserta dengan Waris Waris Kumpulan Satu yang di
Wakili oleh Semua Pulau-Pulau yang telah di Wartakan dan lebih melambangkan
PENYATUAN atau PERWAKILAN keseluruhan Pulau dibawah Payung dan
LOGO, 8 ( Eight Island Communuty ).

Sebarang Permohonan yang dibuat oleh kumpulan Jawatankuasa dan


Komuniti sebelum Pengistiharan harus dipusatkan bagi kepada FKT-TMTS yang
telah diwujudkan selepas Peng WARTAAN bagi mengelakan pertindihan tuntutan
dan Cadangan.

CADANGAN & TINDAKAN 4

FORUM , KUMPULAN , AJK & PESERTA BENGKEL YANG


DITUBUHKAN SEBELUM PENGWARTAAN 2004.

Bagi Kes Forum Komuniti tempatan yang telah wujud sebelum


PENGWARTANAAN 2004 Taman Marin Tun Sakaran dibawah Taman Sabah.
Kita mencadangkan Forum berkenaan supaya diserapkan kedalam FKT-
TMTS yang telah diwujudkan Selepas Pengwartaan Taman yang mewakili Ke semua
Pulau – Pulau 8 buah pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran, kerana forum ini lebih

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -6-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-7-

melambangkan Penyertaan Penuh waris – waris Pulau dalam Taman Marin Tun
Sakaran, bagi menyenangkan pihak FKT-TMTS menyalurkan tuntutan mereka kepada
pihak berkenaan.

LAPORAN III

SENARAI WARIS TMTS.

Mengikut Rekod yang telah saya terima dari PPHT semeporna terdapat 36
Geran Tanah yang berdaftar sebagai Waris Bergeran dalam TMTS.

1. Pulau Sebangkat 2 Geran


2. Pulau Mantabuan 1 Geran
3. Pulau Maiga 5 Geran
4. Pulau Selakan 28 Geran

JUMLAH 36 Geran Berdaftar.

Lebih Kurang 272 orang sebagai Waris yang menuntut dalam Seksyen 15 /
16 ordinan tanah NCR yang telah mengisi borang Jab.Tana & Ukur Semporna selepas
Pemeriksaan dibuat.

1. Pulau Sebangkat 75 Tuntutan NCR


2. Pulau Mantabuan 0 Tuntutan NCR ( Tiada )
3. Pulau Maiga 4 Tuntutan NCR
4. Pulau Selakan 0 Tuntutan NCR ( Tiada ).
5. Pulau Sibuan 10 Tuntutan NCR
6. Pulau Bohey Dulang 96 Tuntutan NCR
7. Pulau Tatagan 30 Tuntutan NCR
8. Bod Gaya 54 Tuntutan NCR

Jumlah 269 Tuntutan N.C.R

3 orang yang telah membuat akuan Bersumpah dihadapan Majistrate mengenai Hak
mereka.

1. Pulau Bohey Dulang 3 ( Akuan Bersumpah 1960 ).


* Lampiran Waris Bergeran dan Data disertakan

Oleh yang Demikian FKT–TMTS yang diwujudkan hendaklah wakili 100 %


waris – waris yang berdaftar dan di-iktiraf oleh Pihak Kerajaan, Tidak akan timbul lagi
soal dakwaan kesahian waris SAH dalam FKT-TMTS, kerana Pihak kami akan
bertindak menapis WARIS SAH dalam FKT-TMTS berdasarkan laporan yang
diterima dari pihak berkuasa KERAJAAN dan Taman Sabah dari masa kesemasa.

Walaubagaimanapun angka angka ini akan dikemaskinikan dari masa


kesemasa mengikut laporan pihak berkuasa dan Taman Sabah.

CADANGAN & TINDAKAN 5

PEMAGARAN KUBURAN DI-SETIAP PULAU.

Oleh kerana hampir semua pulau mempuyai Kawasan Perkuburan Islam Masing –
masing, selaras dengan Peruntukan Warta Kerajaan seperti mana yang telah dijamin oleh

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -7-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-8-

Pengistiharan Taman mengenai HAK dan KEISTIMEWAAN , Perkara N0. 3, Pihak FKT –
TMTS telah memohon supaya perkara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin di Pulau
masing –masing.
Pihak FKT – TMTS juga telah menbangkitkan perkara ini dalam Bengkel
Forum Komuniti Tempatan bulan Sept. 2005 yang lalu, kepada Pihak Taman Sabah dan
Pengurusan Projek Darwin.

Walaubagaimanapun kita belum lagi menerima Jawapan dari Pihak kerajaan


atau Taman Sabah mengenai perkara diatas.

CADANGAN & TINDAKAN 6

PELAN PENGEZONAN REEF PULAU BAGI MAKSUD


PENGELUARAN PERMIT.

Pihak FKT – TMTS telah merangka satu Pelan Penzonan Reef Bagi Pulau – Pulau
yang telibat dalam aktivi ekonomi dan Komesial , Perkara ini telah dikemukakan kepada
Taman Sabah untuk Perhatian dan Tindakan dalam bengkel bulan Jun dan Setember 2005.

LAPORAN IV

CADANGAN & TINDAKAN 7

INDUSRI RUMPAIR LAUT


APS (Azeehad Perambulator Sistem).

Pelan pengezonan bagi Industri Rumpair laut diletakan dalam Zon kegunaan
umum Taman Sabah, walaubagaimanapun terdapat 2 pulau yang tidak mempunyai
ZON KEGUNAAN UMUM iaiutu Pulau Sibuan dan Pulau Mantabuan yang telah
diletakan dalam Zon Pemelihanaan dan Zon Santuary.

Bagi memastikan kedua – dua waris Pulau ini tidak ketinggalan dalam
Industri Rumpair laut atau aktiviti Ekonomi pihak FKT-TMTS telah mencadangkan
satu kawasan diberikan kepada mereka sebagai kawasan Zon Umum bagi kedua-dua
Pulau iaitu Kawasan “ Tabbah Kuyah , Sellang Sipungkau / Southern Rim Reef “
dibahagian Selatan atau Kawasan Tabbah SIRAMBA / Churh Reef “ dibahagian
UTARA, Taman marin Tun Sakaran iaitu N 04’ 35” dan E 118’ 45” Atau
N 04’ 41” dan E 118’ 39”.

Pihak saya telah berbincang dengan Jabatan Perikanan Negeri bagi


melaksanakan satu Program membantu para waris dengan mengujudkan satu
Cadangan yang dipanggil SKIM KECIL PENGKULTUR RUMPAIR LAUT yang
berkonsepkan Perladangan “Azeehad Perambulator Sistem” atau APS
Sistem ini menyerupai sistem Perladangan SLDB dan FELDA didaratan sementara
sistem diperkenalkan adalah bagi Pengkulturan dikawasan Laut.

Bagi maksud perkara diatas FKT–TMTS harus membincangkannya secara


terinci sebelum Draf akhir cadangan dapat dikemukakan kepada pihak Taman Sabah
dan Kementerian Perikanan.Walaubagaimanapun rangka asas bagi SKIM ini telah
dikemukakan pada Bengkel kedua bulan September 2005 lalu.

PROJEK DARWIN PULAU-PULAU SEMPORNA.

Kita semua sedia maklum Projek Pulau-Pulau Semporna yang dibuat pada
1998 – 2001 dibawah Pelan Projek SIP telah dilaksanakan, namun kita belum

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -8-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
-9-

mengetahui secara terperinci sejauh mana keberkesenan Projek tersebut dan apakah
faedah yang telah diperolehi oleh Para Waris 8 buah Pulau.

Projek DARWIN Dilancarkan Kerjasama Taman Sabah dan WWF, bermula


2005 hingga 2008 dibawah Dr. Elizebert Wood. Adalah diharapkan projek kali ini
mendatangkan faedah kepada semua waris Pulau berkenaan.

Penutup

Sekali lagi saya mengucapkan Syabas dan Taniah diatas Kejayaan Komuniti
INI berjaya mengwujudkan FORUM KOMUNITI TEMPATAN yang dikenali sebagai
FKT – TMTS bagi Kepentingan Keseluruhan Waris Pulau – Pulau di 8 buah
Pulau dan seterusnya dapat bergerak dalam satu kumpulan yang lebih besar dan
Langkap, dimana KeSemua pulau-pulau dan Waris setiap Pulau telibat dalam
Pengwujudannya tempoh hari yang disaksikan Pihak Taman Sabah , MCS, WWF ,
Projek Darwin dan hampir 95 % Waris Sah.

Adalah menjadi harapan saya forum ini akan terus aktif dan bergerak
seiringan dengan badan NGO lain dan terus berkerjasama dengan pihak Taman
Sabah.

Dibawah Kepimpinan dan Pasukan yang ada dengan berbekalkan


Pengalaman memimpin NGO , Saya Sebagai Pengerusi Kelab Usahan Muda Semporna
( KUMS ) selama 9 tahun, akan terus berbakti kepada forum Komuniti ini untuk
memastikan Para waris mendapat menafaat dari Pengujudan Taman ini.

Kita tidak inigin melihat kominiti sebagai alat oleh mereka yang hanya
mengambil kesempatan untuk kepentingan dan agenda peribadi kumpulan masing-
masing yang hanya ingin menjadi ketua atau menyelaras tetapi tidak berkerja kearah
kepentingan Waris-Waris Pulau.
Kita tidak mahu Taman Marin Tun Sakaran ini dipenuhi oleh KUMPULAN
seperti dalam Peribahasa Tempatan mesyarakat FKT – TMTS.

“ KUHAPUH DAPUNA BATU , TIBOK MAG TAUH !!! TAUH !!! “

Ingin menjadi Pemengang Amanah tetapi tidak amanah, oleh ITU Pastikan
semua Pemegang Amanah tidak mempunyai KES PECAH AMANAH.

Kepada Setiausaha FKT-TMTS, yang telah dipilih oleh Ajk Forum Komuniti
TMTS, berbekalkan Pengalaman Beliau yang Juga sebagai Pemimpin NGO,
Persatuan Nelayan Kawasan Semporna ( PNK ) selama 12 tahun Memimpin,
saya yakin Pasukan Kepimpinan FKT – TMTS kali ini akan lebih menyerlah dan
berkesan untuk menjayakan misinya.Walaubagaimanapun saya mencadangkan
semua Pengerusi-pengerusi FKT–TMTS Pulau masing masing akan dilantik secara
automatic sebagai Pen. Setiausaha dalam FKT-TMTS.

Rakan Rakan dalam Ajk FKT–TMTS serta Pasukan dan Gandingan Ajk lama
dan Ajk Baru akan terus berkerjasama bersama untuk maju kehadapan.

Ucapan terima kasih saya juga kepada Ketua dan Wakil Jabatan Jabatan
yang hadir dalam mesyuarat Pertama dengan harapan kerjasama dan sokongan dari
pihak tuan –tuan amat diharapkan bagi menjayakan misi dan Visi FKT – TMTS pada
masa akan datang.

Kepada Pihak Taman Sabah , Setinggi –tinggi perhagaan Dari saya bagi Pihak
FKT-TMTS kerana kerjasama dan komitmen yang telah diberikan, pihak kami akan

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA -9-


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com
- 10 -

terus memberikan kerjasama selaras dengan kehendak dan keputusan bedua belah
pihak.

Kami akan mengambil sikap Sebarang perbezaan Pendapat diantara FKT-


TMTS dan Taman atau Pihak berkuasa , adalah satu proses mencari satu titk
Pertemuan dan Penyelesaian, sikap ini akan terus tanamkan kepada semua waris
Pulau yang terlibat bagi memastikan Kejayaan Taman Marin Tun Sakaran.

Sekian

SELAMAT BERMESYUARAT

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh ( ADK ).


Pengerusi FKT – TMTS.

P.0.BOX 235 , 91308 – SEMPORNA, SABAH MALAYSIA - 10 -


Tel-019 – 808 8282 (Chairman) ,012–8103991 ( Secretary) Or Sabah Park Tel 089–786349, Fax:089 -782015
Email :sanihjsalleh@yahoo.com

You might also like