You are on page 1of 17

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

PENGENALAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni boleh didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang padu itu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan muzik sebagai unsur atau elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain itu, muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

1.0

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Berdasarkan seni dalam pendidikan, teori yang boleh untuk dijadikan rujukan adalah teori artistik yang diasas oleh Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan seni kanak-kanak

kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus

imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanakkanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakanrakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua

keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma, lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.

Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat

penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. Teori perkembangan artistik menjelaskan bahawa penggunaan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana ianya turut selari dengan perkembangan semulajadi kanak-kanak di mana setiap peringkat menjelaskan kebolehan seni yang sepatutnya dikuasai oleh kanak-kanak. Setiap kebolehan di peringkat yang digariskan boleh dijadikan panduan kepada guru dalam merancang sesi pengajaran yang menarik dalam menyelit unsur-unsur seni di dalamnya. Kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijadikan antara elemen yang ditekankan di dalam kelas.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

2.0

KEPERLUAN SENI KEPADA KANAK-KANAK

Penglibatan kanak-kanak di dalam seni di peringkat permulaan proses pembelajaran berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya keperluan pengajaran seni kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek seperti berikut:

(a)

Aspek Kognitif Pengajaran aktiviti berseni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan

murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat apa jua keputusan yang diperlukan. Sebagai contoh, dalam menghasilkan satu hasil kerja berseni memerlukan murid berfikir di luar kotak. Melalui pengajaran seperti ini, murid dapat melatih minda mereka di samping memberi kesan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul kelak.

(b)

Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

melibakan seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor). Ianya dapat melatih murid dari segi motor kasar dan motor halus. Selain itu, koordinasi tangan serta mata juga dapat dilatih. Keperluan

koordinasi antara anggota tubuh ini penting dalam membentuk perkembangan murid yang lebih positif yang melibatkan kemahiran lebih tinggi dan lebih penting di masa akan datang. Melalui koordinasi antara anggota badan murid, mereka akan menyedari kewujudan dan kegunaan setiap anggota badan yang berfungsi dalam kehidupan.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

(c)

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pengajaran melibatkan seni mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti seperti ini menggalakkan

eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam menghasilkan sesebuah karya yang berkualiti dan baik. (d) Aspek Persepsi Melalui akiviti yang melibatkan seni, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Ia menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Murid akan menjadi lebih peka dengan apa yang ada di sekeliling mereka kerana pembinaan konsep sedang berlaku dan murid lebih teliti dengan apa yang terjadi. (e) Aspek Sosial dan Emosi Aktiviti seni memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seperti ini memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-

menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Melalui pengajaran seperti ini juga membantu murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid yang lain.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

3.0

KEBERKESANAN PERKAITAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, penggunaan seni dalam pendidikan membolehkan murid mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan murid untuk lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni dalam pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni dalam pendidikan juga dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran pendidikan seni dan visual dengan mata pelajaran lain. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat menjadi medium dalam membentuk kebolehan bagi menangani perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam era kini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya, dari segi muzik yang kita suka dan jenis muzik yang kita sedang dengar. Muzik yang rancak dan bersemangat dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara. Apabila kita mendengar lagu yang rancak rentaknya, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari dan memperolehi semangat dalam menjalankan apa sahaja yang diperlukan pada hari tersebut.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

Melalui pembelajaran berkait dengan seni, ianya mampu mengembangkan lagi pengetahuan yang ada berkaitan dengan emosi atau tingkah laku yang ada pada seorang murid. Sebagai contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid untuk melukis serta bermain dengan warna. Pemilihan corak atau lukisan serta warna yang dipilih membolehkan guru meneka dan membuat perkaitan dengan emosi atau pencapaiannya pada hari tersebut. Melalui hasil kerja yang dilakukan, guru mungkin dapat mengambil sebarang tindakan bagi membantu murid dalam masalah yang dihadapinya. Masalah-masalah yang timbul boleh

menyebabkannya terbantut dalam menjalani perkembangan kognitif atau dari aspekaspek yang lain secara normal. Namun begitu, bukan setiap perkaitan tingkah laku boleh dilihat melalui penggunaan warna atau pemilihan muzik malah perlu dilihat kepada kesesuaian waktu. Integrasi antara mata pelajaran yang lain bersama-sama dengan kemahiran seni sebenarnya mampu melengkapkan penggunaan otak secara sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, jika berlakunya proses pembelajaran matematik dan mempunyai perkaitan dengan seni mampu mewujudkan suasana yang lebih aktif dan menyeronokkan. Murid tidak cenderung untuk berasa bosan dan output yang diterima adalah lebih baik kerana murid tidak tertekan menjalani proses pembelajaran. Dengan suasana dan persekitaran yang sebegitu, ianya mampu memberi peluang kepada murid meneroka dengan lebih luas dan mengembangkan lagi potensi yang ada pada murid. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Seni menggalakkan pembelajaran seumur hidup terutamanya apabila murid begitu minat dengan apa yang diajarkan kepada mereka. Melalui pengintegrasian mata pelajaran seperti ini murid akan meneruskan pembelajaran secara sendiri berdasarkan kreativiti semulajadi. Seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.

10

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

4.0

SENI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai-nilai yang diperoleh melalui proses pembelajaran dengan baik.

1. Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan bidang ini: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan

memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Inin akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami denagn

11

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boelh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 2. Membuat Corak dan Rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannay menjadi satu rekaan lain. corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil tearipada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak Terancang Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Renjisan dan Percikan Corak Terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi Bidang ini membolehkan mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

12

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

3. Membentuk dan membuat binaan Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid ddapat memahami dengan lebih jelas bial mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan , alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca Timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilkaukan dalm pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

13

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

4. Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid

diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestik Alat permainan Perhiaan (ornamen) Batik tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakna sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembauatn serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

14

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

5.0

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan kerana keindahan dan kehalusannya. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tarian dan seni lakonan. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang diselitkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

15

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi di mana dari situ merupakan antara satu medium dalam menyampaikan apa yang dirasakan oleh seseorang. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan tersebut. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan dan pelajaran dengan menumpukan tertentu kepada dengan

perkembangan

pengetahuan

peningkatan

kemahiran

menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid

untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

16

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105)

RUJUKAN

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. ( 2000 ). Kuala Lumpur : AG Grafik. Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI. Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Abdul Shukor Hashim et.al (2011 ) Perkembangan Seni kanak-kanak, Selangor, Meteor Sdn Bhd. http:// www.sabah.edu.my/itma128/ Kreativiti& Estetika .html http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html Perkembangan Seni Kanak-kanak ( HBAE 1203) Open University Malaysia Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

17

You might also like