You are on page 1of 11

TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budaya serumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnya perbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsepkonsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhir perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri. Hasil Pembelajaran: 1. Mentakrifkan konsep budaya. 2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan. 3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan. 4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat. 5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik. WAJ3106 Hubungan Etnik 1

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini


Konsep Budaya Budaya Kebendaan Budaya Bukan Kebendaan

Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya (ii) Konsep Perpaduan dan Integrasi Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.
Ciri-ciri Budaya Asimilasi Segregasi Konsep Perpaduan dan Integerasi Amalgamasi Akomodasi Akulturasi

WAJ3106 Hubungan Etnik 2

Tajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya; dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dan konsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini. Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan dan integrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan. Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajuk yang seterusnya. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab 2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujuk kepada: 2.3 Konsep Budaya (hlm. 13) 2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15) 2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18) Aktiviti Berdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat 20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. WAJ3106 Hubungan Etnik 3

WAJ3106 Hubungan Etnik Peringatan Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian; (i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam portfolio. (ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio. (iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari. SELAMAT MAJU JAYA. 4

TAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU


Sinopsis Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermula dengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India. Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnya disentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan masyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, dan politik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakat pluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankan kepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahaman pelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktiviti pengukuhan disediakan. Hasil Pembelajaran: 1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. 2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat pluralistik. 3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan barat. 4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan. WAJ3106 Hubungan Etnik 5

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu (ii) Zaman Pluraliti Tajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan Masyarakat Pluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan Zaman Pluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagian ini. Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik sebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagai budaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi lagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujud dalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahui dan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Ia merupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajar tajuk-tajuk yang seterusnya.
Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu Zaman Pluraliti - Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan

WAJ3106 Hubungan Etnik 6

Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendaki merujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26. Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29. 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka (hlm. 26-27) 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah. (hlm. 27-29) Aktiviti Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. WAJ3106 Hubungan Etnik 7

TAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Sinopsis Perbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepada Perancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentang pengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincangan seterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumi agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar Wawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktiviti latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar. Hasil Pembelajaran: 1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan hubungan etnik di Malaysia. 2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan dalam konteks hubungan kaum. WAJ3106 Hubungan Etnik 8

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Draf Pembangunan Rancangan 1950 - 1955 Malaya Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960 Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965 Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970 Rancangan *Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975 Pembangunan *Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980 Lima Tahun *Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985 *Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990 Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000 Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010 * Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990 9

Membasmi Kemiskinan Agihan Kekayaan negara Isu-isu Utama Ekonomi Dasar Wawasan Negara Dasar Pembangunan Negara Menyusun Semula Masyarakat Dasar Ekonomi Baru

Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun (ii) Isu-isu Utama Ekonomi Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan. Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia; Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi; Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua subtajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberi tumpuan dalam bahagian ini. WAJ3106 Hubungan Etnik 10

You might also like