You are on page 1of 19

Hassan Mohd Ghazali

Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung

pada peranan pentadbiran pengetua

Hassan Mohd Ghazali


UPSI

Pendahuluan

Kecemerlangan sesebuah sekolah itu akan dikur dari banyak aspek,

antaranya kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, pentadbiran, hubungkait

antara guru dan ibu bapa dan sikap dan disiplin guru. Sementara itu hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kualiti pendidikan di

tingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi

kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Terdapat anugerah diberi untuk aspek bukan akademi kepada peringkat

negeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’. ‘Johan

Pertandingan Landskap’ dan sebagainya. Untuk pencapaian akademik

pula, ada sekolah menerima ‘Sijil penghargaan UPSR’, Hadiah

Kecemerlangan Matematik UPSR’ dan sebagainya. Pada peringkat negeri

anugerah yang berprestij ialah Sekolah Harap Negeri dan pada peringkat

kebangsaan anugerah yang berpretij ialah Sekolah Harapan Negara dan

Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan. Keadaan ini mencerminkan

pihak kerajaan amat komited untuk mewujudkan institusi pendidikan

sekolah yang berkualiti dan cemerlang. Paling penting di sebalik

kecemerlangan itu ialah seorang ketua pentadbir yang bernama pengetua.

1
Hassan Mohd Ghazali

Ciri-ciri sekolah cemerlang

Sebelum mengupas ciri-ciri sekolah yang cemerlang, lihat dulu penyataan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencerminkan kepelbagaian

matlamat kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi penekanan kepada

usaha sekolah untuk mempamirkan kecemerlangan

“....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”.

Melihat persoalan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawa

kecemerlangan sesebuah sekolah dilihat dari sudut untuk melahirkan

manusia yang seimbang dari aspek itelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat untuk

menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,

pernanan yang dimaikan oleh pentadbir khususnya pengetua, menyusun

dan mengurus bagaimana caranya mencapai matlamat itu.

Banyak negara-negara di dunia seperti di Amerika Syarikat mengukur

keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’ iaitu pencapaian dalam ujian

piawaian mata pelajaran matematik dan bacaan. Di UK, pembolehubah

proses seperti kedatangan, kelakuan, kelakuan pelajar dan peningkatan

skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan dan

2
Hassan Mohd Ghazali

kecemerlangan.

Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspek

keberkesanan. Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan

sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan. Mengikut

beliau, keberkesanan sekolah di ukur berdasarkan kejayaannya

meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung

sehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang

menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah

yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan

dan cemerlang jika tidak memberi kesaksamaam peluang pendidikan.

Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah

yang cemerlang:

1. menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus pelajar

yang mencapai lebih daripada median kebangsaan,

2. analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu

telah meningkat dari semasa ke semasa,

3. skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan

4. pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang

pelajarnya.

Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan dan cemerlang

ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang

diharapkan jika di ambil kira latar belakang mereka.

3
Hassan Mohd Ghazali

Sergi ovanni (1987) juga mendefinisikan keberkesanan sekolah

cemerlang berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan

kriteria untuk mengukur kecemerlangan

1. peningkatan dalam skor ujian,

2. peningkatan dalam kehadiran,

3. pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja

rumah,

4. pertambahan peruntukan untuk Matematik, Bahasa Inggeris,

Sains dan Sejarah,

5. penglibatan komuniti dan ibu bapa,

6. penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum,

7. ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan

8. sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.

Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan cemerlanag sesebuah sekolah

bergantung kepada:

1. sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,

2. menggalakan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada

apa yang di jangkakan jika diambil latarbelakang dan kebolehan

asal mereka,

3. memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin

4
Hassan Mohd Ghazali

potensinya,

4. menggalakkan semua aspek perkembangan dan pencapaian

pelajar.

Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memberi

criteria untuk sekolah cemerlang yang dipanggil sebagi ‘Sekolah Harapan’

Tiap-tiap tahun Bahagian Sekolah KPM akan memilih sebuah sekolah

rendah dan sebuah sekolah menengah di bandar dan sebuah sekolah

rendah dan sebuah sekolah menengah di luar bandar sebagai Sekolah

Harapan Negara. Kriteria yang di gunakan adalah seperti berikut:

• matlamat sekol ah dan penyebarannya kepada warga sekolah

• ‘blue print’ sekolah

• budaya sekolah

• pencapaian akademik berasaskan peperiksaan

• kepemimpinan Guru Besar/Pengetua

• pencerapan pengajaran bilik darjah oleh Guru Besar/Pengetua

• jawatankuasa kurikulum sekolah

• pengurusan masa pembelajaran murid

• pengurusan kelab dan persatuan

• sokongan yang di berikan oleh PIBG

5
Hassan Mohd Ghazali

• program memupuk sikap yang positif di kalangan guru.

• hubungan antara guru dengan guru

• ganjaran kepada pelajar

• pengurusan kewangan

• strategi pengajaran yang di gunakan oleh guru dalam mengajar 3 M,

• kemahiran berfikir dan kemahiran belajar

• tindakan pemulihan bagi mengatasi masalah pelajar lemah

• kerjasama di kalangan guru

• kerjarumah yang di beri kepada pelajar

Berdasarkan criteria di atas dirumuskan bahawa kecemerlangan

sesebuah sekolah menurut KPM adalah seperti berikut:

1. mementingkan `outcome’ dari segi pencapaian akademik

dalam peperiksaan umum.

2. mementingkan `proses’ bagi mencapai kecemerlangan

akademik-kerja rumah, tindakan pemulihan, strategi

pengajaran guru.

3. mementingkan pengurusan dan pentadbi ran sekolah

4. mementingkan iklim - budaya sekolah, sikap yang positif

dikalangan guru, hubungan pengetua dengan guru,

6
Hassan Mohd Ghazali

kerjasama di kalangan guru dan displin sekolah.

5. mementingkan penglibatan ibu-bapa dalam PIBG

Peranan Pengetua terharap kecemerlangan Sekolah

Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung

kepada kepimpinan seseorang pengetua. Kerana dalam melayari bahtara

sesebuah organisasi, ketua sangat penting menentukan matlamat dan hala

tuju. Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana

kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Pengetua sebagai pemimpin

dan kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks.

Dalam pada itu, terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti

pemimpin politik, pemimpin organisasi, pemimpin pelajar dan lain–lain lagi.

Dalam konteks ini, pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang

diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang, bahawa pemimpin

mempunyai pengaruh, berwibawa, dan mempunyai kuasa sama ada jangka

pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini, maka

adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh

kedudukan. Seseorang yang dilantik sebagai pengetua, dijangka akan

memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan .

Oleh yang demikian dalam organisasi sekolah kedudukan pengetua

adalah yang paling penting. Oleh itu pengetua mempunyai kuasa, autoriti dan

tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari

7
Hassan Mohd Ghazali

kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan pengetua amat penting

dalam memastikan keberkesanan sekolah dan kecekapan pentadbiran.

Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan

dan tugas pengetua dalam mengendalikan sekolah masing-masing. Hasil

daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah efektif ini,

pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi

sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah.

Walau bagaimanapun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua-

dua peranan di atas malahan lebih daripada itu. Sebagai seorang pengurus

pendidikan, tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja

pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan

pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi

pengurusan seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan

mengawal, terutama sumber manusia, kurikulum, ko kurikulum,

perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan

tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, pemimpin,

pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'.

Beberapa kriteria pengetua yang dianggap baik atau ‘unggul’

antaranya ialah:

1. seorang yang mempunyai kesungguhan dalam tugas,

2. mempunyai visi ke arah mencapai matlamat serta,

3. berkemampuan tinggi dalam mencapai kemajuan akademik,

4. Berwawasan,

5. bercita-cita tinggi,

6. berusaha ke arah menepati hala tuju organisasi, serta

8
Hassan Mohd Ghazali

7. kental dalam menghadapi cabaran adalah antara keperluan kendiri.

Segala keriteria di atas adalah berhubungkait penentu kepada

penghasilan sekolah cemerlang. Melalui keunggulan pengetua yang

mempunyai kriteria di atas dapat menguruskan sekolah seperti diharapkan

oleh Kementerian, guru-guru, staf sokongan dan Ibu bapa yang mengantar

anaknya di sekolah.

Dalam penentuan pengetua yang berkesan sebagai perancang dan

pentadbir beberapa ciri khas yang perlu dimiliki oleh pengetua antaranya:

1. Ciri-ciri Kepimpinan; iaitu mempunyai personaliti kepimpinan yang

boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina iklim

dan persekitaran sekolah yang kondusif.

2. Personaliti yang mulia dan dihormati dengan perwatakan mesra

dan mempunyai ketegasan yang bertempat

3. Kapasiti minda yang tinggi iaitu berilmu dan intelek

4. Kemahiran berkomunikasi dengan baik

5. Mempunyai Visi, Misi dan objektif yang jelas

6. Menepati fokus pentadibiran iaitu ‘the classroom view’ dan ‘the

school-wide view’.

9
Hassan Mohd Ghazali

TANGGUNGJAWAB
PENGETUA

Kurikulum Pentadbiran Hal Ehwal


Murid
Mengajar Pengurusan staf
J/k Kurikulum Sekolah Pendaftaran murid
Perancangan sekolah
Panitia mata pelajaran Peraturan sekolah Disiplin
Jadual Waktu Kelas/Makmal/ Kemudahan fizikal Kebajikan(biasiswa/bantuan
PSS/Bengkel makanan/pakaian
Pengurusan pejabat
Pemeriksaan Buku Rekod Pengurusan kewangan Skim pinjaman buku teks
Mengajar Maklumat/Data/Inventori Kesihatan
Analisis keputusan Keselamatan
Iklim Pendidikan dan
peperiksaan Persekolahan Bimbingan dan kaunserling
Pencerapan dan penyeliaan Program kecemerlangan
P&P
Penyemakan Kerja Latihan
Murid
Kelas pemulihan/bimbingan
Pusat Sumber Sekolah

Kokurikulum Hubungan
Luar

Persatuan/Kelab/Badan
PIBG
Beruniform
Jabatan
Sukan
Jurujual
Permainan
Agensi Kerajaan

Rajah: Tugas dan tanggungjawab pengetua disekolah

10
Hassan Mohd Ghazali

Berhubung dengan pentadbiran sesebuah sekolah, maka gaya

kepimpinan seseorang pengetua juga menjadi penentu kecemerlang sekolah

Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu:

1. gaya kepimpinan Demokratik,

2. gaya kepimpinan Autokratik, dan

3. gaya kepimpinan Laissez-faire .

Gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetua dalam

mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan

pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-

guru dan kakitangan. Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi

mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat

menggerakkannya, supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu penggerak

adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi.

Mengikut gaya kepimpinan seperti ini, mereka yang akan terlibat dalam

perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada

perubahan itu, diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan.

Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat

dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada

perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua

pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan, dan membuat

keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu. Cara ini boleh menimbulkan

semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu

program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka.

11
Hassan Mohd Ghazali

Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan

inovasi yang hendak dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang

bijaksana, beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan

sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian, kepimpinan merupakan

tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu

program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi

itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah

bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan

semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam

menyelesaikan masalah secara bersama-sama.

Paling penting pengetua adalah sebagai pemimpin di sekolah haruslah

melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa

perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di

sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama

dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru, pelajar, dan staf

sekolah . Dengan cara demikian, inovasi dapat dilaksanakan, idea-idea baru

dapat dikemukakan oleh pemimpin, matlamat sekolah dan matlamat

pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan, keberkesanan

pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi.

Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan

dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf.

Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di

samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada

seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya kepimpinan paling efektif

12
Hassan Mohd Ghazali

akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang

paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan

dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas.

Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih

banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini

akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat

menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira

serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan .

Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas

kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran

sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood`

pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi

kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada

pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah .

Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang

difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa

takut atau rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan pengetua sendiri.

Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan

atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa

kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Di dalam organisasi sekolah ,

keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia

bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar

serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan wujud prestasi, tanpa

kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses

pembelajaran. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang

13
Hassan Mohd Ghazali

membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain

adalah kepimpinan pengetuanya.

Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai, seseorang

pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketerampilan

seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan

peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan

kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi

strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.

Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan ,

dan penyelarasan . Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini

pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya

pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia

dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan

stafnya. Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan

bersama .

Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan peranan sebagai

penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan

sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan. Ini termasuklah aktiviti

seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara

rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga

mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya. Kepimpinan seperti

ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan

pelajar

14
Hassan Mohd Ghazali

Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini ,

pengetua memainkan peranan sebagai “high priest” . Kepimpinan budaya ini

sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Pengetua yang

menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari

,mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang

dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini

termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya

sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau

penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini

sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di

samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian

setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap

pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra.

Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-

ciri humaniratin atau “modestly effective” . Fokus utama pengetua bercirikan

demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila

membuat keputusan, pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang

bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat

keputusan bersama. Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai .

Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat

keputusan yang melibatkan aspek iklim . Jika sesuatu keputusan yang akan

diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta

keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian

penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat

keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan

15
Hassan Mohd Ghazali

meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat

jangka pendek digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf

, agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga

menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan

mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di

sekolah dan di bilik darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula

pada matlamat faktor , konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau

bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini

banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya .

Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut dan

pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional .

Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas

matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan strategi

yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan

kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan

antara sekolah serta dengan komuniti.

Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan

sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana

pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan

perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan

dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan

suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat

berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi

melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di

16
Hassan Mohd Ghazali

sekolah. Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea – idea yang

dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati apabila segala idea

yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan pendididikan di

sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik

pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar .

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah

kepada kita bahawa untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan

terutama untuk mencapai matlamat sekolah cemerlang, pengetua perlu

mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran

dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam

masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang berwibawa dan

berkesan. Oleh yang demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta

kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul

seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber

kewangan dan sebagainya.

Pentadbir pendidikan seperti pengetua perlu mengikuti pelbagai

kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini sesuai

dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Sekolah yang berjaya

dan cemerlang memerlukan semangat kerja berpasukan harus diutamakan.

Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal

atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada

keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada

tercapainya matlamat sekolah cemerlang.

17
Hassan Mohd Ghazali

Paling penting sebagai pengetua harus mengharungi dasar-dasar yang

diutarakan oleh KPM antara paling penting ialah ‘Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-2010’. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan

berlandaskan teras utama berikut:-

• Akses kepada pendidikan

• Ekuiti dalam pendidikan

• Kualiti dalam pendidikan

• Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan

dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan.

Antaranya:

• Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan

insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(JERI).

• Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.

• Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang

hayat.

• Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan

bertaraf dunia.

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

• Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat

antarabangsa.

Segala dasar dan matlamat yang ditentukan oleh KPM akan menjadi factor

18
Hassan Mohd Ghazali

penggerak kepada kecemerlangan sekolah melalui kepimpinan pengetua.

Bibliografi

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep

Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Bahagian Sekolah Sekolah KPM. (2007). Memperkasa Kepimpinan

Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: KPM

Campell, Roald F. (1997). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Kuala

Lumpur: Aslina Sdn Bhd.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

James A.F. Stoner, Charles Wankel. (1989). Pengurusan (Edisi Ketiga).

Petaling Jaya: Aniza Publishing Sdn Bhd

Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di

Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Logmans Malaysia Sdn Bhd.

Razali Mat Zin. (1991). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur:

Utusan Melayu.

19

You might also like