RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 7

PENGENALAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK

7.0

SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi maklumat. Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan. Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting. Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Perdagangan elektronik memerlukan pengurusan rangkaian teknologi dan maklumat yang teliti . Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan, dan kos.

7.1

HASIL PEMBELAJARAN

7.1.1

Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi, ekonomi, organisasi dan pengguna. Mendefinasikan perdagangan elektronik dari perspektif yang berbeza Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi. Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik. Menghurai n bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat. Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

7.1.2 7.1.3

7.1.4

7.1.5

7.1.8

1

Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur juga telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 7. Perkembangan perkhidmatan yang meluas menyebabkan kerumitan mengkategorikan produk dan perkhidmatan dalam perdagangan elektronik. perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK Pengenalan Perdagangan Elektronik Intergrasi Perniagaan Peruncitan Teknologi dan Masyarakat Jenis-jenis Perniagaan Internet Produk Perkhidmatan 7.3 PENGENALAN Mendefinisikan “perdagangan elektronik” adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang “perdagangan”. 2 . Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas. DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK Berdasarkan kepada sumber yang berlainan.

Masyarakat. perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu sasaran pasaran melalui pengiklanan.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN  Dari perspektif ahli ekonomi. menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan perkhidmatan penghantaran. Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.  Dari perspektif teknologi. perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat. memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. di pihak mereka atau syarikat mereka. Dari perspektif pemasaran. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap keberkesanan perdagangan kepada perdagangan elektronik. Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran. Melihat „perdagangan‟ sebagai sistem di mana urusniaga adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangkaian kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh mereka yang terlibat dalam sistem tersebut. Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan. perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat. Di dalam pelan perniagaan tersebut. perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan mesin dan aliran kerja sesuatu perniagaan. produk. promosi dan publisiti. perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos.   Dari perspektif pegurusan. membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan 3 . kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Setiap transaksi memerlukan penerimaan dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima.

Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi alat komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Dalam perniagaan moden. Teknologi membantu memaklumkan produk baru kepada pelanggan dan kepada pengguna. sehingga mengumpul data pencapaian. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Pengunaannya adalah sangat meluas seperti. menilai dan menambahbaik. menilai dan mengawal. Peranan pengurus adalah untuk merancang. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian perkhidmatan. Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek yang lebih besar. Perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. melaksana. 4 . manakala peranan pemasar adalah menaksir. perkhidmatan komunikasi dan media. Melalui kerjasama. menangani projek dengan baik. melalui Web. Internet adalah seni bina baru.peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah sangat penting. Penggunaan internet. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan. mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar. bermula dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek. menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian.

firma tersebut dapat mengkaji peluang yang wujud mengikut kemampuan mereka. 5 . Kebiasaannya.3. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi dan rekaan baru .  Pengeluar berskala besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online dan meningkatkan skop pengedaran. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang dilawati atau bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di dalam atau luar negara. sistem ini digubah dalam tiga bahagian : Pengkalan data teknologi : Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials). doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. 7. Secara online.1 INTEGRASI PERNIAGAAN Proses perniagaan secara on-line dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak.  Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh dilawati secara fizikal.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN  Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan. Untuk menguruskannya secara lebih berkesan.  suatu perisian baru iaitu perisian bersepadu telah dibina. Perkongsian penggunaan laman web akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka. produk dan peralatan  Sistem perancangan : Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah  Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan. mengurangkan risiko dan kos .

atau duduk di atas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk mereka. Ia dapat menyepadukan kontraktor. pembekal dan pelanggan. merasa sesuatu bahan dan teksturnya serta kekuatannya . tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya. peruncitan secara maya mesti juga menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy). Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Virus dalam fail.2 PERUNCITAN Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :Rasa deria mengangkat sesuatu produk . Mengguna perisian anti-virus. Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga akan berkembang maju 7. mencubanya seperti pakaian . lampiran email yang merbahaya. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan. Dalam dunia nyata. pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai lagi isu keselamatan. adat-adat dan amalan-amalan yang membentuk kepercayaan.3. Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. dan 6 . urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsipprinsip asas daripada dunia nyata ke dalam dunia maya.

memuat turun dan memasang (install) perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Urusniaga yang diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang disimpan dalam pelayan. Sebarang persekitaran komersial dibina 7 . Maklumat peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption). Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian perisian. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh. penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. contohnhya sistem penyampaian digital. Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang sendiri perisian tersebut. Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik.sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah kes keselamatan yang boleh dipertimbangkan. Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan sesuatu sistem.3 MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI Dari sudut pandangan sosial. Urusniaga menjadi selamat sebab agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat ( company's agent delivery).3. Sterusnya agen akan mengesahkan urusniaga. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. 7.

penyelesaian. tidak ada pengawalan dari segi ketepatan. Sejak ianya dicipta Internet mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang didagangkan. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. integritii dan penggunaannya. Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. persepsi kita terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti. Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna. Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium pertukaran. Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik. reka bentuk. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. 8 .RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN berasaskan interaksi personal. Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :1 2 3 4 5 mengumpulkannya mengorganisasikannya memilihnya mensintesiskannya mengagihkannya (gather it) (organise it) (select it) (synthesize it) (distribute it) Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. dokumentasi) .

Di bawah mekanisma berhierarki.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku. TAMAT 9 .4 Jenis-jenis Perniagaan Internet Pasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal. pembeli membeli boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga. seorang pembeli tidak memilih daripada kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan Kekayaan baru ini adalah hasil cipataan perkhidmatan dari pembekal yang mula-mula dikenalpasti. berpegang kepada keperluan dan keinginan manusia. serta kos transaksi dikurangkan. pelanggan boleh membeli di sekitar mereka untuk mendapatkan kombinasi harga. hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual. rangkaian global digital. Ini adalah kerana firma tersebut memilih pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan mereka terikat dengan perjanjian. . transaksi lebih jelas dan menyediakan peluang untuk perniagaan baru. Pembeli tidak akan bersikap mengambil peluang perbezaan tawaran antara pembekal yang ada. Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang. Persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan. kualiti atau lain-lain keperluan yang terbaik. Apabila mekanisma pasaran dijalankan. kuantiti. Untuk mengekalkan kestabilan. dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran. mereka akan mencari cara baru untuk mengenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru ini. Perniagaan akan terus berorientasikan manusia. Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi. 7. Perdagangan elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisyen.3. jadual penghantaran dan sebagainya. bekalan mestilah dijamin dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap mengambil peluang. standard kualiti. Dalam persekitaran pasaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful