You are on page 1of 33

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 1

---------------------------------------------------------------------------------------------

TAMADUN TINGKATAN 4

LATAR BELAKANG KERAJAAN KHALIFAH AR-RASYIDIN


1.1 Nyatakan kesinambungan kerajaan Khulafak AR-Rasyidin
Kerajaan khulafak Ar-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam
Madinah pimpinan Nabi Muhammad saw.

1.2 Terangkan maksud Khalifah


Khalifah bermaksud orang yang memegang jawatan ketua negara Islam

1.3 Terangkan maksud Khulafak Ar-Rasyidin


Khulafak Ar-Rasyidin bermaksud gelaran kepada empat orang sahabat yang
memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah saw

1.4 Nyatakan pusat pemerintahan kerajaan Ar-Rasyidin


Kerajaannya berpusat di Madinah

1.5 Nyatakan lama tempoh pemerintahan kerajaan khalafak ar-Rasyidin


Tempoh pemerintahannya selama lebih kurang 29 tahun iaitu bermula pada tahun
11 H hingga 41 H

1.3 Nyatakan nama-nama khalifah Ar-Rasyidin


Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Omar bin al-Khatab
Saidina Othman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib

LATAR BELAKANG KHALIFAH AR-RASYIDIN

2. KHALIFAH ABU BAKAR


2.1 Nyatakan latar belakang khalifah Abu Bakar
- Nama sebenar: Abdullah bin Abi Qahafah
- Lahir: 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
- Keturunan: Bani Tamim
- Orang pertama memeluk Islam
- Geralan: As-Siddiq kerana beliau mengakui kebenaran Rasulullah saw dalam
peristiwa Israk dan mikraj
- Bersama-sama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah dan bersama-sama di dalam
Gua Thur
- Lama memerintah: lebih kurang 2 tahun
- Wafat: 23 Jamadil Akhir 13 H
- Di makamkan berhampiran dengan makam Rasulullah saw
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 2
---------------------------------------------------------------------------------------------
2.2 Terangkan sifat peribadi khalifah Abu Bakar
- Seorang yang jujur dan amanah,
- mempunyai pekerti yang baik dan perangai yang terpuji
- Sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah saw
- Sangat setia kepada Rasulullah saw

2.4 Terangkan sumbangan dan jasa Khalifah Abu Bakar


- Menghapuskan golongan murtad,
- Menghapuskan gerakan Nabi-Nabi palsu
- Menghapuskan golongan yang tidak membayar zakat
- Membebaskan negeri-negari di bawah pengaruh Rom dan Farsi
- Mengumpul tulisan-tulisan al-Quran supaya tidak dipermainkan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab

3. KHALIFAH OMAR BIN AL-KHATTAB

3.1 Terangkan latar belakang khalifah Omar bin Al-Khattab


- Nama sebenar: Omar bin Al-Khattab bin Naufal
- Keturunan: Bani Adi iaitu salah satu suku kaum Qurisy
- Lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw
- Gelaran: Al-Faruq bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran
dan kebatilan
- Status dalam masyarakat: Berkedudukan yang baik dalam masyarakat Jahiliah
- Tarikh memeluk Islam: tahun ke 6 selepas kerusulan Nabi Muhammad saw
- Lama pemerintahannya: lebih kurang 10 tahun 6 bulan.
- Wafat: 23H berusia 63 tahun
- Dimakamkan berhampiran makam Rasulullah saw
- Sebelum memeluk Islam, orang Islam mengerjakan solat secara bersembunyi.
- Apabila memeluk Islam, orang Islam tidak lagi merasa takut dan mereka
bersolat secara terang-terangan di Baitullah.
- Pengislaman Saidina Omar membawa kepada perkembangan besar dalam
penyebaran Islam di Mekah

3.2 Terangkan sifat peribadi Khalifah Omar al-Khattab


- Seorang yang berani, - Semasa berhijrah ke Madinah beliau keluar secara
terang-terangan
- Tidak gentar menegakkan agama Islam
- Tegas dan berani dalam menegakkan kebenaran
- Seorang yang sangat taat kepada perintah Allah
- Berterus terang menyatakan buah fikiran dan pandangan
- Sangat mengambil berat hal ehwal rakyat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 3
---------------------------------------------------------------------------------------------

3.3 Nyatakan sumbangan dan jasa Khalifah Omar bin Al-Khattab


- Menyusun pentadbiran majlis Syura
- Menubuhkan beberapa jabatan melicinkan pentadbiran seperti Diwan Al-Jundi dan
Diwan Al-Kharaj
- Menyusun undang-undang tanah negara
- Mengistiharkan kelendar mengikut tahun hijrah
- Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut
- Membahagikan pentadbiran negara kepada beberapa wilayah

4. KHALIFAH OSMAN BIN AFFAN

4.1 Jelaskan latar belakang khalifah Osman bin Affan


- Lahir 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw
- Keturunan Bani Umaiyah iaitu salah seorang pembesar Qurisy yang terkemuka
- Gelaran: Zun-Nurain kerana telah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah saw
(Rukiyah dan Umi Kalsum)
- Wafat: 18 Zulhijjah tahun 35 H ketika umur 80 tahun dibunuh oleh pemberontak
ketika sedang membaca al-Quran

4.2 Terangkan sifat peribadi khalifah Osman bin Affan


- Akhlak mulia, lemah lembut,
- Hartawan, dermawan,.
- Bersemangat jihad yang tinggi dalam mengembangkan agama Islam
- Tegas dan bertanggungjawab
- Berfikiran kreatif

4.3 Nyatakan sumbangan dan jasa Khalifah Osman bin Affan


- Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
- Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu Mashaf dengan nama
Rasm Osmani”
- Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada
peluasan kuasa dan wilayah

5. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

5.1 Terangkan latar belakang khalifah Ali bin Abi Talib


- Nama: Ali bin Abi Talib bin Abd Mutallib bin Hashim
- Khalifah ke 4 dan terakhir pemerintahan khulafak Ar-Rasyidin
- Lahir: pada tahun ke 10 sebelum kerusulan Rasulullah saw
- Kanak-kanak pertama memeluk Islam
- Gelaran: Karamatullahu wajhahu bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya
atau maruahnya oleh Allah swt kerana tidak pernah menyembah berhala
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 4
---------------------------------------------------------------------------------------------

5.2 Terangkan sifat peribadi khalifah Ali bin Abi Talib


- Berani ,
- Tegas,
- Menguasai pelbagai ilmu dengan mendala

5.3 Nyatakan sumbangan dan jasa Khalifa Ali bin Abi Talib
- Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan yang tidak tenteram

6. CARA PERLANTIKAN KHULIFAH AR-RASYIDIN

6.1 Terangkan cara perlantikan Khalifah Abu Bakar


- Rasulullah tidak menetapkan pengganti selepas kewafatanya
- Berlakulah perselisihan pendapat di kalangan umat Islam untuk mencari
pengganti baginda sebagai khalifah
- Apabila Rasulullah saw wafat orang Ansar mengadakan perjumpaan melantik
pemimpin mereka di Saqipah Bani Saidah.
- Mereka mencadangkan Saad bin Abi Abadah daripada suku Khazraj, sebagai
khalifah.
- Bila berita itu tersebar, beberapa orang Muhajirin termasuk Abu Bakar As-Sidiq
dan Omar bin Al-Khattab datang ke tempat itu.
- Berlakulah berbincangan tentang perlantikan khalifah mengganti Rasulullah saw.
- Kedua-dua belah pihak, puak Ansar dan Muhajirin memberi ucapan masing-
masing.
- Bila kembali tenang, Abu Bakar memberi ucapan dan mencadangkan supaya
mereka melantik samada Omar atau Abu Ubaidah.
- Kedua-dua membantah, lantas Omar berjabat tangan dengan Abu Bakar dan
terus memberi baiah atau janji setia, kemudian diikuti oleh umat Islam yang lain.
- Mereka bersetuju supaya Abu Bakar dipilih sebagai khalifah memerintah
kerajaan Islam Madinah

6.2 Jelaskan cara perlantikan Khalifah Omar bin Al-Khattab


- Apabila Saidina Abu Bakar jatuh sakit dan merasa ajalnya akan sampai, beliau
merasa pepecahan akan berlaku dan melemahkan perpaduan umat Islam
selepas ketiadaannya.
- Untuk menyelamatkan keadaan tersebut beliau mengambil langkah untuk
menentukan khalifah selepasnya
- Saidina Abu Bakar berpendapat orang yang paling layak ialah Saidina Omar
- Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut.
- Mereka semua setuju dengan cadangan tersebut
- Osman bin Affan menulis wasiat tersebut di atas permintaan Saidina Abu Bakar
As-Sidiq dan diminta diperdengar dahulu kepadanya sebelum diumumkan
kepada orang ramai.
- Setelah diumumkan. Abu Bakar As-Sidiq bertanya kepada orang ramai tentang
persetujuan pelantikan tersebut, dan orang ramai menyatakan persetujuan
mereka.
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 5
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Setelah diumumkan para sahabat melakukan baiah dan diikuti oleh orang ramai

6.3 Terangkan cara perlantikan Khalifah Osman bin Affan


- Ketika khalifah Omar bn Al-Khattab dirawat kerana ditikam oleh Abu Lu’luk yang
beragama Majusi
- Beberapa sahabat datang menemui beliau dan mencadangkan supaya beliau
melantik penggantinya
- Pada mulanya beliau enggan berbuat demikian. Setelah didesak beliau bersetuju
dan mencalonkan seramai 6 orang sahabat terkemuka iaitu
Osman bin affan
Ali bin Abi Talib
Talhah bin Ubaidah
Az-Zubir bin Awwam
Saad bin Abi Waqas
Abd Rahman bin Auf
- Beliau melantik anaknya Abdullah bin Omar sebagai saksi dan layak memilih
tetapi bukan dipilih
- Setelah Omar bin Al-Khattab wafat, mesyuarat memilih khalifah dijalankan.
Talhah, Az-Zubir dan Saad menarik diri.
- Abd Rahman meminta dibenarkan menarik diri dan menjadi pemegang amanah
untuk perlantikan tersebut.
- Permintaan beliau dipersetujui
- Abd Rahman melaksanakan tugasnya dengan jujur iaitu menemui para sahabat
terkemuka dan orang ramai termasuk kaum wanita tentang siapakah yang paling
layak untuk dijadikan khalifah,
- Beliau bertanya kepada Osman dan Ali kesediaan mereka untuk menjadi
khalifah.
- Melalui jawapan Osman dan Ali serta pendapat sebahagian besar sahabat dan
orang ramai, maka Abd Rahman bin Auf mengistiharkan Osman bin Affan
sebagai khalifah menggantikan Omar bin Al-Khattab.

6.4 Nyatakan cara perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib


- Selepas pembunuhan Saidina Osman negara berada dalam keadaan kurang
stabil
- Puak-puak pemberontakan meminta Saidina Ali mengambil alih kepimpinan
negara menggantikan Osman
- Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima tetapi apabila melihat keadaan
semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut
- Orang ramai datang memberi baiah kepadanya kecuali beberapa puak di
kalangan keluarga Umaiyah termasuk Muawiyah bin Abi Sufian, Gabenor Syam
ketika itu.

6.5 Terangkan cara-cara perlantikan khulafak Ar-Rasyidin


- majlis Syura - baiah
- wasiat yang kemudiannya dipersetujui oleh majlis syura
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 6
---------------------------------------------------------------------------------------------
6.6 Terangkan cara perlantikan pegawai kerajaan
- Melalui mesyuarat ketua-ketua jabatan berdasarkan prestasi khidmat mereka
- Mendapat surat tawaran perlantikan

6.7 Terangkan cara perlantikan ketua kelas


- Mesyuarat dengan pelajar-pelajar kelas tersebut
- Perlantikan dari guru kelas dan persetujuan pelajar pelajar kelas tersebut

7. CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

7.1 Nyatakan ciri ciri kepemimpinan khulafak Ar-Rasyidin


- Sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah saw
- Golongan yang terpilih
- Berilmu
- Bijaksana
- Amanah
- Adil
- Berani
- Tawadduk
- Ikhlas
- Tegas
- Kehidupan mereka amat sederhana -
- Bersifat terbuka
- Dermawan -

7.2 Huraikan ciri kepemimpinan khulafak Ar-Rasyidin


Dapat menyelesaikan masalah yang timbul pada zamannya dengan bijaksana
Saidina Abu Bakar telah berusaha menghapuskan orang-orang murtad yang
membawa negara Islam Madinah berada dalam keadaan yang aman dan kuat

Melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah


- masa memimpin negara, mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh
amanah
- Mereka tidak menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi
- Mereka memperketatkan undang-undang berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah
- Rakyat dilayan dengan sama rata

Pejuang yang berani


- Osman bin Affan bersetuju menjadi wakil Rasulullah saw dalam perundingan
dengan kaum Musyrikin Mekah semasa perjanjian Hudaibiah
- Saidina Ali bin Abi Talib sanggup tidur ditempat tidur Rasulullah saw semasa
baginda keluar berhijrah ke Madinah’

Tawadduk
- mereka tidak menggunakan pengawal peribadi
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 7
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Kehidupan mereka amat sederhana
- Mereka lebih mengutamakan akhirat daripada dunia –
- Mereka mengutama menegakkan agama Islam mengatasi kepentingan peribadi

Bersifat terbuka
- Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan
- Khalifah bersedia menerima pendapat rakyat jika pendapat itu bersumberkan al-
Quran dan Hadis

Dermawan
- mereka banyak memberi sumbangan harta dan kekayaan untuk menegakkan
agama Islam

Tegas
- Khalifah Abu Bakar bersifat tegas memerangi golongan murtad
- Khalifah Omar memecat pegawai yang didapati kurang cekap
- Khalifah Osman tidak tunduk dengan golongan pemberontakan yang mahu beliau
meletakkan jawatannya
- Khalifah Ali bin Abi Talib tidak terpengaruh dengan golongan Khawarij yang
mendesak beliau supaya membatalkan Majlis Tahkim.

Adil
- rakyat dilayan sama rata tanpa mengira status

7.3 Nyatakan ciri-ciri kepemimpinan khulafak Ar-Rasyidin dari segi pentadbiran, ekonomi,
sosial, ilmu pengetahuan, kesihatan. Kebajikan, keadilan dan kehakiman
7.3.1 Segi pentadbiran
7.3.1.1 Ciri-ciri kepimimpinan dalam bidang pentadbiran
- Berusaha mengekalkan daulah Islamiah yang telah ditadbir oleh Nabi
Mohammad saw.
- Berusaha mengujudkan pentadbiran yang bersih daripada segala bentuk
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang terkeluar daripada garis
panduan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan As-Sunnah
- Melaksanakan keputusan berdasarkan syura bukan pendapat individu.
- Pemimpin dilantik mestilah yang boleh memberi contoh teladan kepada rakyat
jelata

7.3.1.2 Peranan Khalifah dalam bidang pentadbiran supaya kerajaan Islam dalam
keadaan kukuh, mantap dan kuat,
- Menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan negara
- Melantik Qadi
- Menubuhkan majlis syura
- Mewujudkan jawatan baru iaitu gabenor atau wali yang menjadi wakil khalifah
mentadbir wilayah yang dibuka
Menubuhkan beberapa jabatan yang dikenali sebagai Ad-Diwan
7.3.1.3 Nyatakan sumber-sumber pentadbiran negara
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 8
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Al-Quran
- As-Sunnah
- Ijmak
Qiyas
7.3.2 Segi ekonomi
7.3.2.1 Ciri kepemimpinan dalam bidang ekonomi
- Sistem ekonomi berlandaskan kepada al-Quran dan As-Sunnah
- Sistem ekonomi bertujuan untuk memiliki harta secara halal
- Harta kekayaan negara diagih –agihkan kepada semua golongan manusia

7.3.2.1 Peranan Khalifah Ar-Rasyidin (Saidina Omar) dalam bidang ekonomi


- Mengemaskinikan pengurusan Baitul Mal
- Menubuhkan Jabatan Diwanul Al-Kharaj
- Memperkenalkan undang-undang tanah negara bagi memastikan tidak
ada tanah individu yang terbiar
- Membina taliair dan ampangan dilakukan bagi kemudahan pertanian
- Menggalakkan perniagaan di dalam negara dan ke luar negara
- Khalifah juga memberi perhatian dalam bidang pembuatan, perindusterian dan
perkilangan seperti membuat tepung, pembinaan, pertukangan dan
kerjatangan

Hasil atau sumber kewangan negara


- Zakat iaitu harta yang dipungut daripada orang orang Islam bagi harta
tertentu mengikut kadar tertentu dan syarat tertentu
- Kharaj iaitu cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik bukan Islam yang
mengerjakan tanah kepunyaan orang Islam hasil yang diperolehi daripada
peperangan. Berdasarkan keluasan tanah atau emngikut kadar hasil yang
diperolehi atau bayaran berdasarkan pajak tahunan
- Jizyah iaitu cukai tahunan yang dikenakan kepada orang lelaki bukan
beragama Islam
- Ghanimah ialah harta rampasan yang diperolehi daripada orang bukan Islam
melalui peperangan
- Fi’ ialah harta rampasan dari orang bukan Islam bukan melalui peperangan
seperti harta orang murtad dan kafir harbi yang ditinggalkan

Kebajikan –
- Sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada beragama Islam atau tidak
beragama Islam
- Saidina Omar telah memansukhkan cukai jizyah kepada orang tua berbangsa
Yahudi kerana kemiskinannya
- Saidina Omar telah melantik pegawai khas bagi menyiasat ketua-ketua wilayah
supaya sentiasa tidak membebankan rakyat.

Segi sosial
- Semua golongan masyarakat diberi hak dan kebebasan dalam negara.
- Orang bukan Islam menganut agama mereka tanpa sebarang sekatan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 9
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Rakyat diberi hak untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat atau
menyampaikan kritikan sesama mereka atau terhadap pemerintah

Dari segi ilmu pengetahuan


- Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting pada zaman Khulafak Ar-
Rasyidin
- Kuttab didirikan di sekitar masjid oleh golongan kaya khusus untuk tujuan
belajar membaca, menulis, menghafaz al-Quran untuk golongan kanak-kanak
- Guru dilantik daripada kalangan mereka yang berkeupayaan mengajar al-
Quran, menulis, membaca dan mengajar bidang bidang tertentu seperti sirah,
seni lukis dan syair syair indah
- Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab memberi pendidikan kepada
kanak-kanak ditempat mereka. Sikap ini lahir untuk memenuhi dan
melaksanakan tanggungjawab agama.

Keadilan
- Khalifah Omar tidak memilih pangkat dan kedudukan dalam menguatkuasakan
undang-undang
- Beliau pernah menarik balik tanah-tanah milik sahabat beliau berdasarkan
Qanun Tanah Negara.
- Beliau memansukhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin

Kehakiman
- Al-Quran dan As-Sunnah adalah perlembagaan negara dan sumber
perundangan

7.4 Terangkan kesan-kesan positif daripada kepemimpinan khulafak Ar-Rasyidin


- Dari segi Pemimpin negara merupakan ketua negara yang mendaulatkan
corak syariat Islam dan bersih daripada penyelewengan
kepimpinan
- Dari segi sifat pemimpn negara hendaklah dipilih daripada mereka yang
pemimpin berakhlak serta berwawasan memajukan negara – bertujuan
memberi contoh teladan kepada umat
- Dari segi Pertahanan negara diberi keutamaan bagi memastikan negara
pertahanan bebas daripada serangan luar
- Dari segi dasar ekonomi negara digubal secara adil bagi mewujudkan
ekonomi kestabilan rakyat dan menghapuskan sebarang bentuk
penekanan dan penindasan
- Segi Ilmu Ilmu pengetahuan diberi perhatian yang penting samada ilmu akli
pengetahuan mahupun nakli

- Dari sosial - kebajikan rakyat diberi keutamaan terutama golongan fakir dan
miskin – rakyat boleh menegur dan memberi pandangan dalam
pentadbiran
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 10
---------------------------------------------------------------------------------------------

7.5 Perkara yang perlu kita contohi daripada pemerintahan dan kepeminpinan keempat
khalifah Ar-Rasyidin
- Kehidupan mereka berpandukan akidah yang benar dan bersih daripada amalan
khurafat dan bid’ah
- Mereka sanggup menerima ancaman dan dugaan demi menyelamatkan agama
- Cara hidup mereka berdasarkan syariat Islam. Kepatuhan kepada syariat
melahirkan individu yang kuat beribadat dan sentiasa berjihad dengan
menyumbangkan harta kekayaan dan nyawa demi mendapatkan keredaan Allah
- Mereka adalah golongan yang merealisasikan tuntutan al-Quran melalui
perkataan dan perbuatan. Mereka merupakan Qudwatun Hasanah.
- Ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam kehidupan. Mereka merupakan
tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai ilmu.
- Mereka melaksanakan keputusan berdasarkan syura bukan pendapat individu
- Mereka lebih mementing perpaduan daripada menjaga kabilah sendiri
- Ekonomi dibangunkan bertujuan untuk memjukan negara dan peluasan dakwah
- Golongan miskin sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin
- Penyebaran dakwah dilakukan oleh individu dan kerajaan. Mereka sanggup
merentasi daratan dan mengharungi lautan semata-mata ingin melepaskan
manusia daripada belengu syirik dan kekufuran

7.6 Terangkan akibat membelakangkan kepimpinan khulafak Ar-Rasyidin


- Negara Islam selepas khulafak Ar-Rasyidin dipimpin oleh khalifah secara
warisan
- Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan khalifah Osman bin Affan dan Ali
bin Abi Talib, negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama
sendiri
- Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam
- Timbul perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunah dan Syiah yang memberi
kesan sehing hari ini

8. SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN AR-RASYIDIN

8.1 Terangkan pengertian Pentadbiran

8.2 Nyatakan struktur organisasi pentadbiran dan fungsinya


Khalifah
Majlis Syura

8.3 Fungsi Khalifah


− Melaksanakan hukum syarak dalam pemerintahan secara mutlak
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 11
---------------------------------------------------------------------------------------------

− Mengawal kesejahteraan dan keamanan negara supaya sentiasa berada di


dalam stabil dan hamoni
− Sentiasa memelihara kesucian agama Islam melalui penyebaran dakwah
− Mengawal keselamatan negara daripada ancaman musuh sama ada dar
dalam atau dari luar negara
− Mengurus dan mengagih harta kekayaan negara kepada yang berhak
menerimanya dengan adil dan saksama
− Bertanggungjawab memungut dan mengumpul sumber kewangan negara
Bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai yang akan memegang jawatan
tertinggi dalam pentadbiran negara
8.4 Terangkan fokus pemerintahan Kerajaan khulafak Ar-Rasyidin

8.5 Dasar Pentadbiran Kerajaan Khulafak Ar-Rasyidin


- Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-Quran dan Al-Hadis
- Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli
Majlis Syura
- Khalifah merupakan ketua negara
- Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang
- Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
- Peminpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan
memajukan negara
- Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah swt dan
Rasulnya
- Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin
-
8.6 Nyatakan perubahan-perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Kerajaan Ar-
Rasyidin
- Menubuhkan majlis syura
- Mewujudkan jawatan baru iaitu gebenor atau wali yang menjadi wakil khalifah
mentadbir wilayah yang dibuka
- Menubuhkan beberapa jabatan yang dikenali sebagai Ad-Diwan

8.7 Terangkan kebaikan cara perlantikan khalifah dan pegawai dalam sistem
pentadbiran
- Tidak berlaku penyelewengan dalam perlantikan khalifah dan pegawai
- Untuk mengujud perpaduan umat Islam

8.8 Jelaskan keistimewaan sistem pentadbiran zaman khalifah ar-Rasyidin


- Perjalanan pentadbiran berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah dalam semua
perkara termasuk politik, sosial dan ekonomi
- Setiap urusan pentadbiran negara berdasarkan syariat Allah swt
- Pentadbiran negara dijalan mengikut keputusan masjlis Syura
- Pemimpin yang hendak dilantik mestilah yang boleh memberi contoh teladan
kepada rakyat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 12
---------------------------------------------------------------------------------------------
8.9 Jelaskan penentangan rakyat terhadap tindakan dasar pentadbiran khalifah yang
membawa pembunuhan
- Timbul perpecahan umat Islam
- Keadaan negara menjadi kacau bilau
- Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri

9 PENUBUHAN JABATAN
9.1 Nyatakan Jenis-jenis Ad-Diwan
- Ad-Diwan Al-Jund
- Ad-Diwan Al-Kharaj

Ad-Diwan Al-Jund
9.2 Terangkan tujuan penubuhan Ad-Diwan Al-Jund
- Untuk mengendalikan urusan berhubung dengan ketenteraan

9.3 Jelaskan bidang tugas Ad-Diwan Al-Jund


- Mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan
- Mengambil data tentang bilangan tentera
- Membayar gaji anggota tetap
- Mengurus kebajikan tentera

Ad-Diwanul Kharaj
9.4 Terangkan tujuan penubuhan Ad-Diwan Al-Kharaj
- Bertanggungjawab memungut hasil negara

9.5 Jelaskan bidang tugas Ad-Diwan Al-Kharaj


- Para pemungut cukai menemui pembayar cukai dikawasan kawasan yang jauh
untuk memudahkan mereka membayar cukai

10 SISTEM MEMBUAT KEPUTUSAN

10.1 MAJLIS SYURA


Terangkan maksud Majlis Syura
- Suatu majlis yang dianggotai oleh ahlil Al-hallu wal Aqdu iaitu golongan yang
bijak menghurai dan membuat keputusan dalam suatu perkara.

10.2 Ahli majlis Syura


Enam orang
Iaitu
Khalifah
Ulama
Ketua Puak Muhajirin
Ketua Puak Ansar
Panglima tentera
Panglima tentera tertinggi
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 13
---------------------------------------------------------------------------------------------

10.3 Terangkah kepentingan majlis syura dalam pemerintahan Islam


- Untuk membuat dasar pentadbiran negara
- Untuk menyelesaikan masalah

10.4 Terangkan fungsi atau tujuan majlis syura pada zaman Rasulullah saw
- Amat terhad kerana sebarang sebarang keputusan dibuat berdasarkan wahyu
kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat

10.5 Terangkan fungsi atau tujuan majlis syura pada zaman khulafak Ar-Rasyidin
- Untuk membincang hal-hal berkaitan dengan politik
- Untuk membuat keputusan yang adil
- Untuk mendengar pelbagai pendapat
- Untuk memahami kehendak-kehendak syariat yang jelas
- Untuk mengelakkan daripada membuat keputusan yang tidak tepat
- Untuk menjalinkan hubungan silaturahim serta perpaduan sesama Islam

Polisi pentadbiran khalifah Ar-Rasyidin


10.6 Nyatakan polisi pentadbiran Khalifah Abu bakar
- Memerangi golongan murtad
- Menghapus nabi palsu dan pengaruhnya
- Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
- Menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghasan
yang telah membunuh utusan Nabi
- Melantik khalifah sebagai penggantinya untuk menghindarkan perselisihan
faham umat Islam apabila beliau meninggal dunia

10.7 Terangkan polisi khalifah Omar al-Khattab


- Mengadakan pembaharuan dalam sistem pentadbiran tanah. Tanah yang
diperolehi melalui peperangan dibeli dan dimiliki tetapi ia menjadi harta negara
- Sahabat tidak dibenarkan meninggal kota Madinah kecuali mendapat keizinan
khalifah

10.8 Terangkan polisi khalifah Osman bin Affan


- Membuka peluang kepada orang Islam yang ingin berjihad untuk menyebarkan
ajaran Islam
- Para sahabat telah dibenarkan keluar atau meninggalkan kota Madinah
- Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
- Ramai gabenor yang dilantik daripada kalangan Bani Umaiyah tetapi
berdasarkan kelayakan mereka
- Beliau menetapkan bahawa al-Quran hendaklah dibaca dalam Lahjah Quraisy

10.9 Terangkan polisi khalifah Ali bin Abi Talib


- Belisu memecat pegawai pegawai kerajaan yang berketurunan Umaiyah
termasuk Muawiyah bin Abi Sufian (Gebenor di Syam) dan ditukarkan dengan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 14
---------------------------------------------------------------------------------------------
pegawai-pegawai baru
- Beliau meneruskan Majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan
Khawarij

11 PENYEBARAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

11.1 Nyatakan perkembangan dan penyebaran agama Islam di zaman ar-Rasyidin

11.2 Terangkan faktor-faktor penyebaran Islam zaman Ar-Rasyidin


- Tugas menjalankan dakwah telah menjadi kewajiban yang dituntut kepada seluruh umat
Islam
- Pemintaan atau pelawaan dari penduduk tempatan yang inginkan pembaharuan di
tempat mereka
- Untuk melepaskan dari belengu penindasan penjajah

11.3 Jelaskan cara penyebaran Islam di zaman Khulafak Ar-Rasyidin


- Melalui pendidikan di masjid,
- Kegiatan para cendikiawan dan para alim ulama yang dilakukan oleh Imam Syafie, Imam
Maliki, Imam Ghazali
- Melalui wakil wilayah yang telah ditakluki

11.4 Sebutkan kawasan-kawasan yang dapat ditakluki oleh tentera Islam di zanan Khulafak Ar-
Rasyidin
- Iraq,
- Syiria
- Pakistan
- Baitul Maqakdis
- Palastin
- Mesir
- Kufah
- Afrika Utara seperti Libya
- Turkistan
- Cyprus

Pentadbiran wilayah
11.5 Nyatakan perubahan yang dilakukan oleh khulafak Ar-Rasyidin terhadap wilayah
taklukannya
- Mewujudkan jawatan Gebenor atau wali
- Memperkenalkan jawatan-jawatan baru dalam pentadbiran

11.6 Jelaskan jawatan-jawatan baru yang telah diperkenalkan olah khalifah dalam usaha-usaha
untuk memastikan kerajaan berada dalam keadaan mantap
- Katibul Ad-Diwan wak Insyak (Ketua setiausaha)
- Shahibul Katib (Setiausaha)
- Shahibul Kharaj (Pegawai pemungut cukai)
- Shahibul Ahdas (Pegawai Polis)
- Shahibul Baitul Mal (Pegawai Perbendaharaan Negara)
- Qadhi Al-Qadha (Ketua Hakim)
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 15
---------------------------------------------------------------------------------------------

11.7 Jelaskan prosedur yang dilakukan oleh khalifah sebelum dihantar pegawai untuk mentadbir
di wilayah
- Sebelum dihantar untuk bertugas di wilayah, pegawai-pegawai dilantik diberi surat
perintah daripada khalifah- surat tersebut mengandungi tugas-tugas pegawai dan
kuasa mereka
- Harta mereka diperiksa bagi mencegah melakukan perkara perkara penyalahgunaan
kuasa
- Setiap tahun pada musim haji, pegawai pegawa kerajaan diminta hadir ke Mekah untuk
memberi laporan berhubung pentadbiran wilayah
- Rakyat diberi hak menyuarakan aduan kepada khalifah tentang pentadbiran wali dan
pegawai kerajaan yang lain
- Khalifah akan membuat penyiasatan setiap aduan dan akan mengambil tindakan yang
sewajarnya
- Pegawai kerajaan diberi jagi tetap mulai zaman khalifah Omar bin al-Khattab

11.8 Jelaskan kesan perubahan-perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh khulafak Ar-
Rasyidin terhadap wilayahnya
- Kerajaan berada dalam keadaan mantap
- Wilayah baru dibuka ditadbir dengan berkesan dan adil
- Penyalahgunaan kuasa dapat dicegah
- Pegawai-pegawai mengetahui bidang tugas masing-masing
- Pegawai-pegawai menjalankan tugas dengan berkesan

11.9 Nyatakan contoh amalan khulafak Ar-Rasyidin dalam penyebaran dakwah


- Menerangkan dengan lemah lembut
- Berbincang dengan penuh hikmah
- Menunjuk teladan yang baik

2 Kerajaan Bani Umaiyah


Latar belakang Umaiyah
2.1 - Nama Umaiyah diambil bersempena dengan nama moyang khalifah pertama
kerajaan Bani Umaiyah iaitu Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah
- Umaiyah – seorang daripada pembesar dan hartawan Quraisy yang dihormati
pada zaman Jahiliah

2.2 Latar belakang Muawiyah


Memeluk agama Islam: - bersama keluarganya semasa pembukaan Kota Mekah
- Jurutulis Rasulullah saw semasa di Madinah
- Menjadi Gebenor di Syam semasa pemerintahan Khalifah Omar sehingga
pemerintahan Khalifah Ali.
- Tindakan Khalifah Ali memecat beliau daripada menjadi jawatan Gebenor di Syam
menyebabkan beliau menentang

Kesan pemecatan jawatab Muawiyah sebagai gebenor di Syam


- Berlaku peperangan Siffin dan Majlis Tahkim.
- Muncul puak Khawarij yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 16
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Pembunuh khalifah Ali bin Abi Talib
- Umat Islam berpecah belah selepas kemangkatan Saidina Ali.
- Pendiduk Kufah dan golongan Syiah melantik Hasan bin Ali menjadi Khalifah

2.2 Syarat-syarat penyerahan jawatan Khalifah daripada Saidina Ali kepada Muawiah
- Muawiyah mestilah memerintah berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah
- Beliau hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi
Muhammad saw
- Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat menerusi mesyuarat
atau majlis syura.
- Beliau hendaklah menjalankan pentadbiran secara adil

2.3 Terangkan peringkat-peringkat pemerintahan Kerajaan Umaiyah.


Zaman kelahiran kerajaan Umaiyah
Bermula dengan pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian 40 – 60 H dan berakhir
dengan zaman pemerintahan Muawiyah bin Yazid (64H) berpusat di Damsyik.
Zaman kemajuan Bani Umaiyah
Bermula dengan Abdul Malik bin Marwan hingga zaman Maarwan bin Muhammad.
Berpusat di Damsyik ( 65 – 132H)
Zaman kejatuhan
Abd Rahman Ad-Dakhil hingga zaman pemerintahan Hisyam 399 – berpusat di
Cardova Andalus (Sepanyol)

3 Terangkan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Tamaddun Islam


3.1 Sumbangan kepada perkembangan ketenteraan
- Mengemaskini angkatan tenteranya dengan meniru corak gerakan tentera Farsi.
- Menubuhkan angkatan perang yang teratur dan dilengkapi dengan peralatan
yang moden dan canggih.
- Angkatan tentera terdiri daripada angkatan berkuda, pasukan berkenderaan dan
tentera yang berjalan kaki
- Mereka dilatih berperang pada musim panas dan musim sejuk sebagai
persediaan untuk menghadapi tentera Rom di Eropah.
- Menyusun dengan teratur angkatan tentera laut yang berjumlah 1700 kapal
perang
- Membina pengkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia.
- Pelabuhan di Syria dan Iskandariah di Mesir dimajukan untuk dijadikan sebagai
pengkalan perang
- Zaman pemerintahan Abd Malik bin Maarwan, rakyat diwajibkan menjadi tentera
- Khalifah Abd Malik menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai Diwan Al-
Jund yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus hal ewal
ketenteraan.
- Kekuatan tentera pada zaman Umaiyah telah memberi kesan kepada perluasan
negara dan dakwah Islam
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 17
---------------------------------------------------------------------------------------------

3.2 Corak angkatan tentera kerajaan Bani Umaiyah meniru corak gerakan tentera Farsi
seperti berikut:
- Pasukan yang menjadi teras diletakkan ditengah-tengah dikenali sebagai Kalbu
Al-Jais
- Sayap kanan dikenali sebagai Al-Maimanah
- Sayap kiri dikeani sebagai al-Maisarah
- Pasukan hadapan dikenali sebagai al-Muqaddimah
- Pasukan bariisan belakang dikenali sebagai Saqatul al-Jais

3.3 Tokoh-tokoh tentera yang memberi khidmat cemerlang ialah:


- Mohammad bin al-Qasim – membuka wilayah-wilayah Sind di India
- Tariq bin Ziyad – membuka Andalus
- Qutaibah al-Bukhaili – membuka negeri negeri “Ma Wari An-nahri
- Musa bin Nasir - membuka Afrika Utara
- Muslamah bin Abd Malik berjaya memusnanahkan kubu-kubu rom.

3.4 Perbandingan corak ketenteraan kerajaan Umaiyah dengan Khufafak Ar-Rasyidin


Khufafak Ar-Rasyidin kerajaan Umaiyah
Cara pemilihan tentera adalah sukarela Pada awalnya sukarela kemudian ia
menjadi sebagai kerahan tenaga
kepada rakyat Arab yang memenuhi
syarat
Jenis tentera ialah tentera darat dan laut Jenis tentera ialah tentera darat dan
laut
Perlantikan panglima tentera tiada Mengutamakan orang-orang Arab
keutamaan pada sesuatu bangsa

Latihan ketenteraan umum Dilatih berperang khas dimusim


panas dan musim sejuk
Tujuan untuk menyebar dakwah Tujuan untuk menyebar dakwah
Mempertahankan negara daripada kuasa Mempertahankan negara daripada
kuasa asing dan peluasan kuasa untuk kuasa kuasa asing dan peluasan
menjadi kusa terkuat di dunia kuasa untuk menjadi kusa terkuat di
dunia
4. Perkembangan Pendidikan
4.1 Perkembangan Pendidikan dan ilmu pengetahuian
- Khalifah mengambil berat dan menggalakkan perkembangan pendidikan dan
ilmu pengetahuan
- Khalifah sendiri adalah ulamak yang alim dalam berbagai ilmu pengetahuaan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 18
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar dan bahasa rasmi Kerajaan Bani
Umaiyah
- Lahir ramai tokoh-tokoh umalak dakan bidang al-Quran, Hadis dan
perundangan seperti Imam Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malik di Madinah
Kota Basrah menjadi terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu
- Sasterawan mendapat tempat di istana khalifah sepertiAl-Faruq, Jarir Amru bin
Abi Rabiah dan Jamil Al-Azri
- Lahir kegiatan penulisan dan pembukuan’
- Perpustakaan dibina
- Wujud disiplin ilmu yang dikenali sebagai At-Tadwin
-
4.2 Pusat penyebaran ilmu pengetahuan
- Masjid
- Istana khalifah

4.3 Bidang ilmu nakli


- Ilmu tafsr
- IlmuTauhid
- Ilmu Al-Quran

34.4 Bidang-bidang ilmu akli


- Ilmu Mantik
- Ilmu Hisab
- Ilmu Sejarah
- Ilmu Geografi

4.5 Tokoh-tokoh ilmuan


- Khalil bin Ahmad
- Sibawih dalam bidang ilmu bahasa Arab
- Abu Al-Aswak Ad-Diwali memperkenalkan tanda bunyi baris atas, bawah dan
hadapan, Tujuan diperkenalkan untuk membantu membaca al-Quran dengan
betul

4.6 Kesan perkembangan pendidikan zaman Umaiyah kepada bangsa Eropah


- Kota Cardova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
- Al-Hakam telah menubuhkan sebuah perpustakaan besar dan menjadikan
tempat rujukan para sarhaba
- Terdapat baberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di
Andalus
- Ramai pelajar di Eropah datang belajar di Andalus
- Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang
-
4.7 Tokoh ilmuwan di Andalus
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 19
---------------------------------------------------------------------------------------------

- Ibnu Hazim dan Ibnu Zaid dalam bidang Muzik


- Ibnu Sina, Ar-Razi dan Ibnu Az-Zahrawi dalam ilmu bidang perubatan
- Ibnu Rusyd, Ibnu Bajah dan al-Farabi dalam bidang Falsafah

5 Perkembangan Ekonomi
5.1 Cara kerajaan Umaiayah mengukuh dan meningkatkan ekonomi negara dan rakyat
- Membina saliran air bagi mengairi kawasan pertanian
- Membangunkan sektor pertanian dengan cara membuat penyelidikan pertanian
bagi menjamin pengeluaran yang lebih baik dan bermutu
- Membina jalan rayan dan pelabuhan bagi kemudahan persinggahan kapal
- Kapal perang khas dibina untuk mengawal kautan dan membanteras lanun yang
merompak barang dagangan dan mengganggu kapal-kapal
- Perusahan kraftangan dijalankan seperti membuat kawah kaabah, permaidani,
sutera dan tenunan bulu.
Mengemaskini baitul mal bagi mematapkan lagi kewangan negara
5.2 Kemantapan kewangan negara zaman Khalifah Al-Walid dikatakan boleh
membiayai negara selama 15 tahun

5.3 Hasil atau sumber negara


- Kharaj iaitu cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik samada Islam atau
bukan Islam. Kharaj Masaha dan Wazifah ialah cukau tanah dibayar mengikut
keluasan tanah. Kharaj Maqasamah ialah cukai tanah yang diambil
berdasarkan jumlah hasil tanaman, Pengurusnya ialah kerajaan, Kharaj Ihtizam
atau Ikta’ adalah cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yang diurus oleh
tuan tanah.
- Jizyah iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi (orang bukan Islam
yang tinggal dinegara Islam atau atau negara bukan Islam yang meminta
perlindungan dengan negara Islam
- Zakat ialah kadar harta tetentu yang dikeluarkan oleh orang Islam denga syarak
tertentu
- Usyur ialah cukai yang dikenakan sepuluh peratus daripada hasil pertanian
yang diperolehi daripada tuan-tuan tanah
- Fi’ ialah harta rampasan dari orang kafir harbitanpa peperangan seperti harta
irang murtad dan kafir harbi yang ditinggalkan
- Ghanimah ialah harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui
peperangan

6. Zaman kegemilangan Kerajaan Umaiyah


6.1 Faktor kegemilangan
- Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah mentadbir dan mengurus negara
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 20
---------------------------------------------------------------------------------------------

- Penguasaan ilmu pengetahuan kerana khelifah dan rakyat mencintai ilmu


pengetahuan
- Ekonomi stabil kerana kerajaan Umaiyah mempunyai sumber ekonomi yang
mantap
- Kekuatan tentera yang mempunyai semangat untuk mempertahankan negara
disampng berdakwah
- Perhubungan baik antara kerajaan dan rakyat dengan cara menyediakan
keperluan asas yang baik kepada rakyat
Semangat jihad yang tinggi untuk membuktikan Islam sebagai agama penyelamat
umat manusia
6.2 Kegemilangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
- Khalifah Umaiyah yang ke 8 dari 14 orang khalifah Umaiyah
- Keturunan Omar bin al-Khattab dari sebelah ibunya
- Beliau dianggapkan sebagai khalifah ar-Rasyidin ke 5 bagi sesetengah ahlh
sejarah kerana sifatl sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan
dengan pemerintahan Khulafak Ar-Rasyidin
- Sifat peribadi; :uhur, tawadduk dan menyayangi rakyat
- Beliau banyak mendirikan masjid dan memberi tumpuan kepada kebajikan
rakyat
- Beliau telah memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan
pentadbiran berjalan dengan lancar.
- Beliau telah menghapuskan cukai jizyah daripada golongan mualii
- Beliau melaksanakan hukuman dengan seadil-adilnya
- Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan digantik dengan
kerajaan Islam
- Keadaan ekonomi negara berada di dalam tahap yang paling tinggi. Kewangan
negara melebihi keperluan; Rakyat senang dan aman dan dapat menumpukan
dalam bidang pendidikan
- Beliau khalifah yang pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah saw
ditulis dan dibukukan
- Pada zaman pemerintahannya telah lahir tokoh dalam bidang ilmu Hadis iaitu
Ibnu Az-Zubir dan Zahad Az-Zahr, Ibnu Jarid dalam bidan tafsir dan al-Quran,
Hasan al-Basri dan wasil bin Atak dalam bidan Usuluddin
-
7. Zaman kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
7.1 Faktor kejatuhan
- Sikap beberapa orang pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
- Kemewahan hidup menyebabkan khalifah lalai melaksanakan tanggungjawab
kepada rakyatnya
- Lahir semangat kekabilahan dan pilih kasih yang diamalkan pada zaman jahiliah
- Kepincangan pemimpin kerajaan Bani Umaiyah telah melahirkan sikap tidak
puas hati di kalangan rakyat. Mereka telah berpaling tadah dan menyokong
gerakan Abbasiyah
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 21
---------------------------------------------------------------------------------------------

-
Peranan generasi akan datang
- Menaikkan martabat diri dan agama Islam
- Menghidupkan semangat jihad
- Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan
tuntutan kehidupan hari ini dan akan datang
- Hendaklah bersatu padu bagi mengujudkan keaman negara
- Sentiasa mengamalkan semangat juang yang tinggi dalam usaha membangukan
agama, bangsa dan negara
- Hendaklah menangkis segala serangan dari musuh

TOKOH-TOKOH ISLAM

1 IMAM ABU HANIFAH R.A


1.1 Riwayat hidup
- Nama: Nukman bin Thabit r.a.
- Lahir: di Kufah – 80 H – 699 H
- Keturunan: Farsi
- Ayahnya: Peniaga kain
- Gelaran: Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah
- Dibesarkan: di Kota Kufah dengan kehidupan senang dan mewah
- Pendedahan: sejak kecil beliau sudah terdidik dalam urusan perniagaan
Mendapat kemudahan untuk menuntut ilmu
- Amalan: Berpegang teguh dengan hukum Allah
- Meninggal dunia: Rejab – 150H – 676 M – umur 70T

1.2 Sifat peribadi


- Akhlah mulia
- Pemurah dan ikhlas,
- Berani ,
- Suka memberi nasihat,
- Rajin berusaha dan bercita cita tinggi
- Sering bangun malam mengerjakan solat

1.3 Pendidikan

- Berpeluang menuntut ilmu sejak kecil hingga ke peringat tinggi


- Belajar pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang Islam (seorang Ilmuwan)
- Seorang ahli peniaga
- Penglibatan dalam perniagaan dan kemantapan ilmu membolehkan beliau
mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam dan mempraktikkannya,
- Cuba meperluaskan perlaksanaan hukum hukum Islam dalam setiap bidang kehidupan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 22
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Beliau berguru dengan beberapa orang ulamak yang hidup sezaman dengannya.
- Guru Ilmu Fekah yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya ialah Imam Hamad
bin Abi Sulaiman selama 18 tahun
- Berguru dengan ulamak Al-Tabiin.
- Telah menemui dengan beberapa orang sahabat Rasulullah saw Anas bin Malik,
Abdullah bin Abi Aufa, Abdullah bin al-Hasan. Zaid bin Ali, Abdullah bin Al Haris Al-
Mukqal bin Yasar r.a
- Antara muridnya yang masyhur : Abu Yusof, Yaakub bin Ibrahim al-Ansari al-Kufi, Zafir
al-Hazil bin Qais al-Kufi, Muhamamd bin As-syibani dan al-Hasan bin Ziyad al-Luklui
al- Kufi r.a.

1.4 Sumbangan kepada Tamadun Islam


- Kebanyakkan masa digunakan untuk mengajar di masjid
- Berfikiran secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fekah
- Ulamak pertama yang pertama menyusun Kitab fekah mengikut bab dan fasal dengan
baik dan tersusun
- Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum mengikut mertabat hadis
- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah tertentu
- Beliau amat teliti terhadap hadis, Oleh itu beliau hanya menerima hadis sohih dan kuat
sanadnya
- Antara buku-buku yang dihasilnya
- Al-Fikhu al-Akbar
- Kitab al-Faraid
- Beliau telah membawa aliran Mazhab Hanafi

1.5 Pengaruh Mazhab Abu Hanifah


- Aliran mazhabnya dikenali dengan aliran Mazhab Hanafi
- Sejak muncul ia telah tersebar di negara-negara Islam
- Kuat berpengaruh ke Iraq.
- Adalah mazhab rasmi kerajaan Osmaniah
- Berpengaruh juga di negara yang menjadi bekas jajahan takluk kerajaaan Osmaniah
di Mesir, Syria, Lubnan dan Bosnia
- Di Turki hanya berpengaruh khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat
- Murid beliau yang terkenal sebagai tokoh ulamak telah menyebarkan ilmu mengikut
aliran pendapatnya melalui kuliah dan penulisan khusus dalam bidang fekah dan
perundangan Islam
- Kitab penulisannya menjadi bahan rujukan dan kajian di perpustakaan besar di dunia

1.6 Ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah


- Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 kali sebatan
- Di penjara kerana menolak jawatan juru tulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyah
- Di penjara kerana menolak jawatan Hakim di Baghdad
- Meninggal dunia dalam penjara
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 23
---------------------------------------------------------------------------------------------
1.7 Kaedah yang digunakan oleh beliau dalam menentukan hukum (ikut susunan)

- Al-Quran
- As-Sunnah
- Al-Ijmak
- Al-Qias
- Al-Ihtihsan
- Al-Uruf

2, IMAM MALIK R.A


2.1 Riwayat hidup
- Nama: Malik bin Anas bin Malik bin Amar al-Haris
- Lahir: di Madinah 93H = 713M
- Datuknya yang pertama : Malik bin Amar adalah golongan ulamak Tabiin yang
terkemuka.
- Moyangnya iaitu Amar seorang sahabat yang terkemuka dan pernah berperang
bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw kecuali dalam peperangan Badar
- Pendedahan: sejak kecil telah dididik menghormati ibu bapa, orang dewasa, dan guru
- Tubuh badan: berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik dan bersih
- Meninggal dunia: 179H = 798M umur 86T
Di Perkuburan Baqi’

2.2 Sifat peribadi


- Mempunyai pandangan yang bernas
- Mempunyai pendirian yang teguh , bijaksana, cerdas dan kuat ingatan
- Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
- Beliau banyak membantu orang yang memerlukan hajat
- Tidak suka mencela orang lain orang lain,
- Tawadduk, dan tidak pernah menunggang kuda kerana menghormati bumi yang di
dalamnuya terdapat jasad rasulullah saw

2.3 Pendidikan
- Seorang yang banyak mendampingi ulamak Madinah sejak kecil
- Ingatannya sangat kuat sehingga dapat menghafaz al-Quran dan Hasi Rasulullah saw
sejak kecil
- Beliau seorang Imam dalam ilmu hadis dan riwayat-riwayatnya amat dipercayai
- Beliau tekun mencari ilmu sehingga berjaya mencapai tahap keilmuan yang tinggi
- Beliau mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti Hadis, feqah, dan lain-lain daripada
beberapa guru
- Menurut ahli sejarah, beliau telah berguru dengan 900 orang guru yang terdiri daripada
kalangan tabiin dan Tabi’ al-Tabiin
- Guru yang pertama ialah Imam Abd Rahman bin Hamzah (seorang ulamak besar di
Madinah ketika itu)
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 24
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Beliau pernah mempelajari ilmu Hadis daripada Ibnu Syahab al-Zahri
- Mempelajari ilmu Ar-Rakyu daripada Rabi’ah bin Abd Rahman yang dikenali sebagai
Rabiatul Rahyi

2.4 Imam Malik sebagai guru


- Kesungguhan beliau mempelajari ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang yang
mempunyai tahap keilmuan yang tiada tandingannya pada waktu itu
- Beliau telah menjadi guru sejak umur 17 tahun
- Majlis pengajiannya menjadi masyhur dengan bertambah bilangan pelajar
- Walaupun usia muda beliau boleh mengajar dengan baik
- Az-Zahri dan Rabiah telah mengiktiraf kebolehan Imam Malik sebagai seorang guru
yang baik
- Gurunya sendiri iaitu Muhammad Muslim Az-Zahri tertarik dengan kebolehan
mengajarnya dan telah menghadiri majlis ilmunya
- Pelajar-pelajarnya bukan sahaja penduduk Madinah malah dari negeri-negeri yang
jauh. Mereka belajar dengan penuh minat dan tekun kemudian bila kembali ke negeri
masing-masing membawa ilmu yang dipelajari untuk disebarkan kepada penduduk
setempat
- Ilmu yang dimiliki oleh imam Malik telah menyebabkan orang ramai mengikut pendapat
beliau terutama dalam masalah feqah; sehingga muncul Mazhab Maliki
- Mazhab Maliki berkembang luas hingga ke seluruh dunia terutamanya di Hijaz,
Maghribi dan Andalus
- Mazhab ini menjadi ikutan hingga ke hari ini
- Majlis ilmunya dilakukan di Masjid An-Nabawi di Madinah
- Beliau menyampaikan ilmu bersungguh-sungguh untuk memberi kefahaman dan
penjelasan kepada pelajar-pelajarnya
- Beliau sering berjaga malam untuk mencari jawapan bagi masalah-masalah yang
dikemukakan.

2.5 Penghormatan Imam Malik kepada hadis


- Beliau dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan ilmu fekah
- Kebanyakan ulamak hadis mengaku bahawa hadis-hadis yang paling sohih adalah
hadis yang diriwayat oleh imam Malik daripada daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar,
begitu juga hadis yang diriwayatkan beliau daripada Az-zahri
- Apabila beliau ditanya berhubung dengan ilmu fekah beliau terus keluar biliknya serta
memberi fatwa atau jawapan.
- Bila ditanya soalan berhubung dengan hadis beliiau tidak terus keluar sehingga beliau
mandi dan memakai pakaian yang bersih, bau-bauan dan serban. Beliau melakukan
sedemikian semata-mata bertujuan menghormati dan membesarkan hadis Rasululullah
saw
- Imam Malik berpegang teguh dengan hadis Rasulullah saw
- Beliau berpendapat bahawa hadis-hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh
umat manusia.
- Dalam majlis ilmu beliau selalu menunjukkan kepada makam Rasulullah saw serta
berkata bahawa sesiapa yang mengambil atau meninggalkan perkataannya,
kesemuanya adalah pemilik kepada makam ini.

2.6 Sumbangan Imam Malik


- Antara hasil karyanya ialah kitab Al-Muattak
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 25
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Beliau telah melahirkan aliran mazhab Maliki
- Kitab Al-Muattak menjadi sumber rujukan terutama dalam kajian yang berkaitan
dengan lmu tafsir, hadis dan fekah. Ada ulamak meletakkan Kitab Al-Muatak sebagai
sumber rujukan utama selepas al-Quran dan Al-Hadis
- Aliran fikiran mazhab Maliki tersebar luas di beberapa buah negara seperti Maghribi,
Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Bahrin , Kuwait, Mesir dan lain-lain.
- Imam Malik adalah seorang ahli Ijtihad yang terkenal dan terkemuka.
2.7 Nasihat Imam Malik
- Jangan belajar ilmu dengan empat golongan manusia, iaitu orang yang buruk akhlak,
menurut hawa nafsu, mendustakan hadis dan suka beramal dengan fadhail sedangkan
tidak berilmu

2.8 Prinsip Imam Malik


- Orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang
datang mencarinya

2.9 Imam As-Syafie memuji Imam Malik


- Katanya: tidak ada d imuka bumi ini (zaman ini) sebuah kitab yang paling tepat selain
kitab al-Muattak

2.10 Ketegasan Imam Malik


- Menentang pendapat gabenor yang bertentangan dengan fatwanya
- Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam
- Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang meninggikan suara ketika
bermuzakarah dalam majlis ilmu
- Berpegang dengan prinsip murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan
- Menolak untuk dijadikan kitab “Al-Muattak sebagai sumber rasmi perundangan negara.

3. IMAM AS-SYAFEI R.A


3.1 Riwayat hidup
- Nama sebenar: Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Osman bin Syafik bin As-syaib.
- Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah Nabi Mohammad saw pada
datuknya Abd Manaf.
- Lahir: di Gazwah, daerah Asqalan, Palastin pada tahun 150 H = 767 M
- Ibu bapanya berasal dari Mekah Mukarramah. Bapanya meninggal dunia ketika
mereka menziarahi Palastin dah masa itu Imam Syafei dalam kandungan ibunya
- Setelah berusia 2 tahun mereka kembali ke Mekah dan menetap di Syaab al-Khaif
- Ibunya bernama Fatimah bt Abdullah bt Hasan bin Ali bin Abu Talib
- Meninggal dunia: 29 Rejab 204 = 820M di Mesir
- Gelaran As-syafie kerana sempena nama datuhnya iaitu Syafi’ bin ‘As-Saaib

3.2 Sifat peribadi


Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 26
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Kuat ingatan
- Terang hati
- Rajin
- Mempunyai peribadi yang sangat tinggi

3.3 Pendidikan
- Ketika berumur 5 tahun telah membaca al-Quran
- Ketika berusia 9 tahun telah dapat menghafaz keseluruhan al-Quran
- Kemiskinan keluarganya tidak menjejaskan pengajiaannya malah lebih giat
meneruskan cita-citanya mempelajari ilmu pengetahuan.
- Beliau sentiasa berada di samping gurunya semasa gurunya mengajar dan memberi
syarahan
- Beliau mempunyai ingatan yang kuat dan berkebolehan yang tinggi, dapat mengikuti
dan menghafaz kesemua pelajaran yang diajar
- Apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urursan, beliau diamanahkan
mengambil tempat gurunya untuk mengajar murud-murid menghafaz dan juga
mengajar mata pelajaran lain.
- Beliau mendalami lmu al-Quran, ilmu hadis dan selok belok bahasa arab daripada
pelbagai puak dan kabilah
- Beliau dapat menguasai semua lahjah bahasa dan kebudayaan Arab, mahir dalam
bidang penulisan dan mempu menggubah syair syair dan sajak sajak yang amat indah
- Di Mekah beliau belajar hadis daripada Suiah bin Unainah, Muslim bin Khalid az-Zanji,
Said bin Salam Al-Qadah, Daud bin Abd Rahman Al-Atar dan Abd Majid bin Abd Aziz
dan beliau mempelajari ilmu Al-Quran melalui Ismail bvin Qastantin
- Di Madinah beliau belajar daripada beberapa orang tokoh ulamak hadis yang masyhur
antaranya Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami, Muhammad bin Said
bin Abi Fazil dan Abdullah bin Nafik As-Sanik, Beliau dapat menghafaz Kitab
Al_Muattak karangan Imam Malik ketika berusia 10 tahun sedangkan waktu itu beliau
belum lagi berguru dengan Imam Malik
- Beliau juga mengambara ke Iraq. Farsi, Palastin dan Yaman untuk menuntuk ilmu
- Selain mengembara beliau juga telah mengajar ilmu hadis yang terdapat dalam Kitab
Al-Muattakl

3.4 Kata-kata hikmat Imam Syafie


- Setiap kali bertambah ilmuku maka bertambah kejahilanku
- Perut yang kenyang akan memberatkan badan, membekukan hati, dan menumpulkan
fikiran

3.5 Gelaran Imam Syafei


- Digelar bapa usul feqah kerana beliau orang yang pertama menulis buku di bidang
tersebut iaitu Ar-Risalah

3.6 Disiplin pembahagian masa


- Menulis ilmu 1.3
- Beribadat 1/3
- Beristirahat 1/3
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 27
---------------------------------------------------------------------------------------------
3.7 Sumbangan

- Mengasaskan kaedah-kaeah tertentu dalam mensabian hukum seperti menggunakan


hadis yang soheh untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya
- Beliau tidak menerima kaedah Istihsan
- Beliau mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum
- Beliau berijtihad mengikut tempat dan suasana. Ini terbukti dengan lahirnya Qaul
Qadim di Baghdad dan Qaul Jadid di Mesir
- Beliau berhujah dengan golongan anti hadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab
“Ar-Risalah”
Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat

IMAM AHMAD HAMBALI


4.1 Riwayat hidup
- Nama sebenar: Ahmad bin Muhammad bin Hambal yang berakhir nasabnya kepada
Nazar bin Ma’ad bin Adnan.
- Lahir: di Bandar Baghdad, Iraq, pada bulan Rabiul Awal tahun 164H = 780M.
- Salalilahnya bertemu dengan keturunan Rasulullah saw iaitu Mazan bin Ma’ad bin
Adnan
- Ibnu Hambal termasyhur dengan nama datuknya kerana datuknya lebih masyhur dari
ayahnya.
- Ayahnya meninggal dunia semasa beliau masih kecil
- Ibunya bernama Sofiah binti Abd Malik Asy-Syaibani dari Kabilah Amar. Abd Malik
adalah seorang yang terkenal dan masyhur dalam kabilah Bani Amar
- Kehidupannya: seorang miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain dan
membawa barang barang dijalan untuk menyara hidup
- Meninggal dunia: pada 231 H = 855M di Babhdad ketika berusia 77 tahun. Jenazahnya
disemadikan di Baghdad

4.2 Sifat peribadi


- Beliau mementingkan pendapatan halal. Beliau tidak menerima hadiah atau pemberian
tanpa membuat kerja.
- Beliau seoarnag yang mementingkan kebersihan dan kekemasan.
- Wana putih adalah kesukaannya
- Beliau adalah seorang yang pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran
- Beliau tidak sombong atau bongkak. Apabila beliau mengasihi beliau mengasihi kerana
Allah.
- Beliau bergaul dengan fakir miskin dan selalu memberi bantuan Beliau kurang
bersahabat dengan orang-orang besar dan lebih-lebih lagi orang yang mengejar
kemewahan dan darjat.
- Beliau juga tidak takut kepada celaan atau dibenci orang.
- Beliau seorang yang bertakwa dan baik hati,
- Beliau kurang makan dan minum
- Beliau banyak melakukan ibadat. Anaknya pernah berkata”Ayahku mengerjakan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 28
---------------------------------------------------------------------------------------------
sembahyang pada setiap hari hingga 300 rakaat.. Setelah beliau dijatuhi hukuman
lemahlah tubuhnya” Beliau hanya mengerjakan solat 150 rakaat sahaja.. Pada waktu
itu umurnya sudah hampir 80 tahun. Beliau juga akan membaca satu pertujuh al-Quran
pada tiap-tiap hari. Selain daripada itu beliau juga beliau khatam al-Quran pada tiap-
tiap tujuh malam sekali iaitu dibaca dalam solat malam

4.3 Pendidikan
- Sejak kecil lagi beliau berminat dengan ilmu dan rajin belajar. Ke mana sahaja beliau
pergi beliau akan membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu berfaedah
- Sejak kecil lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan mempelajari Bahasa Arab
- Beliau gigih menuntut ilmu dan kerana minat menuntut ilmu beliau ingin keluar
sebelum terbit fajar tetapi ibunya melarang dan menyuruh keluar selepas terbit fajar.
- Beliau pecinta ilmu dan sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan untuk mencari ilmu
- Beliau telah pergi mengembara ke beberapa buah negara untuk menambahkan ilmu
pengetahuan seperti ke Kufah, Basrah, Syam, dan Yaman.

- Guru beliau yang masyhur ialah Imam Asy-Syafie, Sufyan bin Ayinah, Yahya bin Said
a-Qatan
- Beliau terkenal di kalangan imam-imam mujtahid yang bijak dalam masalah-masalah
fekah.
- Beliau berminat dan cederung kepada ilmu hadis berbanding fekah.

4.4 Sumbangan
- Beliau menghasilkan banyak karya dalam bidang hadis dan perundangan Islam.dan
telah menjadi bahan rujukan dan kajian sehingga ke hari ini
- Beliau pendukung mazhab Hambali dan antara pengikut dan murid-muridnya yang
menyebarkan mazhabnya ialah Abu Bakar bin Hani’, Al-Qasim al-Kharqi, Mufik Ad-din,
bin Qadamah, Syamsuddin bin Qadamatul al-Muqaddisi dan Taqayuddin Ahmad bin
Taimiah
- Pengikut mazhab Hambali terdapat di Mesir, Iraq, Syria, Hijaz dan Najd.

4.5 Karya beliau


- Karya beliau ialah
- Al-Masnad (mengandungi 40 ribu hadis
- Tafsir al-Quran
- An-Nasikh Wal-Mansukh
- Al-Muqaddam wal-Muakhkhir
- Jawabatal- Quran
- At-Tarikh
- Al-Manasik Al-Kabir
- Al-Manasik Al-Soghir
- Al-illah dan As-solah

4.6 Kehebatan beliau


- Imam Ahmad Hambali digelar Al-Hakim kerana menghafaz lebih daripada 700 ribu
hadis serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu hadis
- Kata imam As-Syafie “ Aku tidak tinggalkan saorang yang lebih baik, lebih alim dan
lebih tahu hukum fekah selain daripada Ahmad bin Hambal
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 29
---------------------------------------------------------------------------------------------
4.7 Maklumat tentang Imam Ahmad Hambali
- Beliau adalah murid Imam as-Syafie dan guru kepada Imam Bukhari dan Muslim
dalam bidang ilmu hadis

4.8 Cara Imam Ahmad Hambali mengisbatkan hukum

- Beliau sangat bergegang teguh dkepada hadis sehingga beliau tidak menggunakan
hadis dhaif dalam mensabitkan hukum feqah
- Beliau seorang yang berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah
halal dan haram samada segi matannya atau sanadnya.

5, IMAM AL.-BUKHARI R.A.


5. 1 Riwayat hidup
- Nama sebenar: Abu Abdullah Muhammad bin Ismailm bin Imbrahim bin al-Mughirah bin
Bardazabah al-Jaafar Al-Bukhari
- Lahir: Hari Jumaat 13 Syawal 194H = 8q0 M
- Bapanya: meninggal dunia semasa beliau masih dalam kandungan ibunya. Banya
seorang yang soleh
- Pada masa kecilnya: tekena penyakit mata sihingga beliau buta. Ibunya telah bemimpi
Nabi Ibrahim as menerangkan bahawa penyakit anaknya itu akan sembuh disebabkan
doa daripada ibunya yang solehah
- Meninggal dunia: 256 H = 870 M ketika berusia 62 tahun

5.2 Pendidikan
- Masa kecil: mendapat pendidikan dari ibunya sendiri
- Beliau seorang yang sangat tekun dan gigih mencari ilmu dan sangat menghormati
hadis
- Ketika berumur 11 tahun beliau telah membetulkan kesilapan gurunya mengajar hadis
- Ketika berumur 11 tahun telah menghafaz al-Quran
- Ketika berumur 16 tahun beliau telah menghafaz kitab kitab yang ditulis oleh Ibnu
Mubarak dan Waki’.
- Umur 18 tahun – telah mula menulis kitab mengenai Hadis daripada para sahabat dan
perawi perawi hadis. Beliau telah berjumpa guru, ulamak dan perawi-perawi hadis
seramai seribu orang.
- Beliau telah merantau selama 16 tahun untuk menuntut ilmu pengetahuan. Beliau
terus merantau dan berulang alik ke Baghdad, Mesir, Syam dan lain negeri.
- Beliau telah mencatat hadis daripada gurunya melebihi seribu orang
- Menghafaz sebanyak seratus ribu hadis sohih, dua ratus ribu hadis yang tidak sohih
- Beliau mengarang kitab al-Jamik As-Sohih yang di kenali sebagai Sohih al-Bukhari.
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 30
---------------------------------------------------------------------------------------------
5.3 Sumbangan
- Yang yang besar ialah Kitab Sohih al-Bukhari (kitab al-Jamik As-Sohih)
- Kitab At-Tarikh al-Kabir
- Kitab At-Tarikh As-Saghir
- Kitab At-Tarikh Al-Ausat
- At-Tafsir al-Kabir
- Al-Adab al-Mufrad
- Kitab al-Wahdan
- Kitab al-Mabsut
- Kitab al-Hibah
- Kitab al-Kanni
- Kitab al-Pawaid

5.4 Keistimewaan Kitab Sohih Al-Bukhari


- Diakui oleh ulamak Islam seluruhnya
- Ia adalah kumpulan hadis sohih Rasulullah saw yang dipercayai
- Beliau amat berhati-hati dan bersungguh-sungguh memeriksa semua perawi hadis
rasul saw.
- Keutamaan perawi hadis berdasarkan kejujuran, ingatan (Dhabit), sanadnya (perawi)
seseorang demi seorang sehingga sampai kepada sahabat dan Rasulullah saw.
- Kitab ini mendapat pengiktirafan seluruh masyarakat Islam
- Kitab ini dipelajari, dibaca, dihafaz dan dikaji oleh pencinta hadis untuk dijadikan
panduan hidup

5.5 Di antara ulamak yang menghurai hadis yang terkandung dalam sohih al-Bukhari ialah
- Al-Khatabi Abu Sulaiman dalam kitabnya Aklam As-Sunan
- Mohammad bin Bahadir bin Ali dalam kitabnya Al-Tanqihu lialfaz al-Jamik al-Sohih
- Sayuti Abd Rahman bin Abi Bakar dalam kitabnya
- Ibnu Hajar
- Al-Aini Mahmud bin Ahmad
- Al-Karmani

5.6 Cara Penyusunan Kitab Sohih Al-Bukhari


- Kitab ini disusun setelah beliau benar-benar mendalami bidang hadis
- Telah memuatkan 600,000 hadis
- Pengumpulan dilakukan selama 16 tahun dengan kerja keras dan bersungguh-
sungguh.
- Sebelum memasukkan hadis beliau berwuduk, dan bersembahyang dua rakaat
memohon taufik dan hidayah dari Allah swt

5.7 Pengaruh Imam Bukhari


- Beliau seorang Mujtahid dan ijtihadnya tidak cenderung kepada mana-mana mazhab
Feqah.
- Kesan pengaruh karyanya dapat diterima di seluruh dunia
- Hadis hadis yang terdapat dalam kitab sohih al-Bukhari adalah hadis hadis soho yang
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 31
---------------------------------------------------------------------------------------------
boleh dijadikan hujah.

5.6 Rahsia peribadi Imam Bukhari


- Beliau menulis kitab pada waktu malam
- Beliau tidak ahu makan makanan yang lazat
- Beliau sentiasa menutup aib orang lain

5.7 Gelaran Imam Bukhari

-Imam Bukhari di kalangan sebagai Amirul Mukminin di kalangan ahli hadis seperti Omar
al-Khattab dan di kalangan sahabatnya

5.8 Imam Bukhari mensyaratkan hadis sohih kepada beberapa syarat perawi
- Mempunyai ingatan dan akal yang kuat
- Perawi orang Islam
- Bersifat Thiqah
- Sanadnya bersambung terus kepada Rasulallah saw

5.9 Usaha gigih mengumpul hadis


- Sentiasa memohon pertolongan dan petunjuk Allah
- Kuat beribadat
- Rajin menghafaz
- Menghindari makanan haram dan syubhah
- Sanggup mengemb ara dan bersusah payah mencari ilmu

6 IMAM AL-GHAZALI R.A.


6.2 Riwayat hidup
- Nama sebenar ialah Abu Hamad Muhamad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali At-
Tusi
- Lahir 450 H = 1068M
- Gelaran : Al-Ghazali bersempena dengan nama kampung tempat kelahirannya
bernama Ghazalah yang terletak dipinggir bandar Thus dalam wilayah Khurasan di
Farsi (Iran)
- Beliau adalah salah seorang tokoh pemikir Islam yang teragung dan dikenali ramai.
- Beliau memberi sumbangan yang amat besar terhadap pembaharuan pemikiran dan
pembangunan mental
- Karya beliau diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
- Bapanya: seorang miskin yang soleh, bekerja sebagai pemintal bulu kambing yang
disebut al-Ghazal. Ayahnya sangat menyukai ilmu agama dan sering mendampingi
para ahli sufi. beliau meninggal semasa al-Imam al-Ghazali masih kecil .
- Meninggal dunia pada hari Isnin 505M 1111M di Thusi diperkuburan Thairan

6.2 Sifat peribadi


Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 32
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Seorang bijaksana, kuat ingatan, berpengang teguh kepadap syariah Allah,
- Tekun belajar serta bijak berhujah;.
- Beliau membenci kepura-puraan,kemegahan, kepalsuan dan sifat mazmumah yang
lain.
- Beliau kuat beribadat, warak, zuhud dan tidak menyukai kemewahan.
- Imam Ghazali digelar Hujahtul Islam kerana kecekapan, kemashyuran dan
kekuatannya membela agama Islam .

6.3 Pendidikan
- Telah belajar menulis, menghafaz al-Quran, Ilmu Nahu, bahasa Arab, dan juga ilmu
fekah.dari sahabat bapanya seorang guru Tasauf di Thus.
- Beliau belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam al-Malik di Thus.
- Kemudian melanjutkan pelajarannya dari Thus ke Jarjan dan seterusnya ke Naisabur.
Di sana beliau belajar dengan Abu Al-Maala, Dhiauddin al-Juwaini yang terkenal
dengan gelaran Imam al-Harmaini. Melalui Imam Al-Harmaini beliau belajar pelbagai
bidang ilmu fekah, ilmu Kalam dan ilmu falsafah

- Kemudian beliau mendalami dan menguasai ilmu Usul mengikut aliran al-Asyairah
- Di Naisabur beliau mempelajari teori dan amali Tasauf daripada ulamak fekah dan
ketua ahli Sufi iaitu al-Faramdi.
- Beliau juga telah belajar tasauf daripada Abu Bakar al-warak dan Abu Bakar al-Thusi

6.4 Penglibatan dalam bidang pendidikan


- Beliau telah dijemput oleh Nizam al-Malik Perdana Menteri Khalifah Abbasiyah di
Baghdad untuk memberi pengajaran dan sebagai penasihat agung.
- Beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Nizamiah di Baghdad
- (kemasyhuran beliau dalam penguasaan serta kecekapan dalam berpidato telah
menarik perhatian para pelajar, ulamak dan ahli politik menghadiri kelas pengajarannya

6.5 Sumbangan
- Sebagai Penasihat agong Perdana Menteri Nizam Al-Malik
- Menjadi tenaga pengajar Kanan di Universiti Nizamiah Baghdad dan Naisabur
- Mendukung fahaman al-Asyairah atau dikenali sebagai mazhab ahli Sunnah wal
Jamaah
- Menolak fahaman ahli Falsafah yang meresap dalam ilmu Kalam
- Pelopor kepada golongna Sufi
- Menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu termasuk bidang falsafah,
Mantik, Tasauf, Akhlak, Kenegaraan dan Siasah
- Antara hasil karyanya ialah:
- Ihya Ulumuddin’
- Al-Munqiz minal Dalal
- Tahafatul falsafah
- Al-Wajiz

6.6 Nama lain Imam Ghazali


- Beliau digelar dengan Abu Hamad kerana salah seorang anak beliau bernama Hamad
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tamadun (sukatan baru) 33
---------------------------------------------------------------------------------------------

6.7 Kata-kata hikmat Imam Ghazali


- Semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu
- Semua orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang berilmu, beramal dan
ikhlas
- Ilmu tanpa amal adalah sesat
- Beramal tanpa ilmu satu yang sia-sia
- Kehidupan yang utama dan kebahagiaan ialah makrifatullah, beribadat dan bercinta
kepadanya. itulah metlamat yang sebenar
-

You might also like