You are on page 1of 22

IMPROVISASI TEATER

NOTA IMPROVISASI

Konsep Improvisasi

Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menjelaskan;

In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.

Bagi Way, dalam konteks pendidikan, drama boleh dibangunkan melalui aktiviti

improvisasi berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada idea asli oleh pelajar dan guru ataupun kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Ruth Beall Heining( 1993 : 184 ) pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang, sebagaimana yang dijelaskan;

This means that it is created sponteneusly, as the students respond to the dramatic situations they involved. Improvisation is one way to achieve a more natural delivery of dialogue than recitation 0f memories script.

Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan lebih bersahaja. Melalui improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan untuk menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah pantomin dan permainan teater.

Pensyarah di Jabatan Australia Selatan pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang terhasil melalui proses yang tidak formal, yang dilakukan secara berkumpulan.

Aktiviti ini biasanya dilaksanakan berdasarkan sesuatu idea, tema, atau rangka plot. Latihan begini dapat membina sensitiviti dan imiginasi kanak-kanak yang tinggi. Mereka boleh dibimbing untuk memahami isu semasa atau isu sosial, perwatakan, skrip dan pandangan orang lain secara terbuka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencari penyelesaian masalah serta membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu konflik. Aktiviti sedemikian akan dapat melatih kanak-kanak ke arah menghasilkan suatu pementasan yang lengkap.

David A. Male ( 1973 : 30 ) pula menjelaskan bahawa selain berkait rapat dengan latihan verbal, improvisasi juga melibatkan aktiviti pergerakkan sebagaimana huraiannya;

improvisation has both physical and vocal aspects which should not be thought of apart, but for convenience are discussed separately. Improvisation is response in physical and

verbal terms initiated by desire to achive an action, express some thought or idea or indicate a mood.

.. improvisation may be thought of as expression in term of invention, exploration and experimentation. In all three cases there is free unfettered approach which is restlessly inquisitive, never content with the first solution , but constantly devising deeper and more searching possibilities.

Berdasarkan semua pendapat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu ransangan yang disediakan oleh pembimbing ( guru atau fasilitator yang mengendalikan aktiviti). Improvisasi juga merupakan satu teknik drama yang menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan secara terkawal dan mewujudkan pemikiran yang bercapah terhadap kemungkinankemungkinan yang boleh berlaku dalam realiti kehidupan mereka.

Improvisasi dan Kreativiti

Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah: - Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar - Berdasarkan props ( peralatan/ objek ) - Improvisasi berdasarkan dialog - Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan - Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu - Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

i- Permainan Bebas ( Free Play ) - Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah - Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. - Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. - Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) - Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan ) - Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain. - Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. - Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. - Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) - Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. - Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.) - Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. - Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanakkanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play )

- Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. - Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. - Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti : i- nama penuh watak ii- umur iii- latar belakang keluarga iv- pekerjaan v- sikap dan tingkah laku vi- hobi atau minat vii- keadaan kesihatan dan viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan

- untuk itu juga mereka digalakkan untuk; i- menulis diskripsi watak ii- melukis potret iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) - Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanakkanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan. - Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru. - Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi. - Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini. - Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik. - Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu. - Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut. - Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut.

Pengurusan Produksi

Struktur Organisasi

Pengurus Produksi Pengarah Produksi Pengurus Pentas Pereka Bentuk Latar Pereka Bentuk Cahaya

Penata Rias Penata Bunyi Pereka Props Pereka Bentuk Kostum / Busana Pengurus Artis / Kebajikan Petugas lokasi (Runner) Petugas Pentas / Krew

Peranan dan Tanggungjawab

Pengurus Produksi (Production Manager)

Pengarah produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik sebuah produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk penonton tanpa komponen teknikal dan business. Oleh itu koordinasi elemen-elemen itu sangatlah mustahak dan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengkoordinasikannya ialah pengurus. Pengurus bertanggungjawab dalam aspek-aspek business. Antara tugasnya ialah:

-mencari wang untuk membiayai produksi -berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi (client) -mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan. (jika ada) -mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi. -menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu) -menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi -membuat promosi (jika perlu) -menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi. -membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi.

Pengarah Produksi

Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku mewujudkan peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Maka itu seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya.

Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas pengarah ialah:

Skrip: -Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis. -Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan -Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.

Konsep Persembahan: -Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi. -Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku serta petugaspetugas lain. -Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk melaksanakan realiti konsep persembahan. -Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan.

Lakonan/Pelakuan: -Memahami watak-watak (peranan-peranan) fizikal, psikologi, mental -Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan. -Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih) -Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta penggarap pada sebuah

persembahan. -Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas. -Menyediakan jadual latihan.

Teknikal: -Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya, tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih. -Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi. -Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan perkara tersebut. -Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.

Pengurus Pentas (Stage Manager)

Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung antara tenaga produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan lancar.

Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas. Segala tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar masuk pelaku serta props yang digunakan pada hari pementasan adalah bawah pengawasannya.

PERLAKSANAAN

Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman berkenaan dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang menganjurkan pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan:

Tenaga Kerja Pengurusan Pentas Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga produksi seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus pentas, pengurus props, set, lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.

Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas i. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja ii. Merancang pementasan iii. Persiapan pementasan

Persiapan Latihan Pementasan i. Menentukan masa latihan ii. Memahami Skrip iii. Props dan peralatan iv. Set dan kostum v. Tempat latihan vi. Keperluan semasa latihan vii. Persiapan tempat latihan viii. Mengenal pasti ruang lakon ix. Menentukan garis panduan set

Semasa Latihan Pementasan ii. Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi iii. Tugas harian iv. Pengendalian ruang latihan v. Catatan latihan vi. Jadual latihan vii. Pembisik skrip viii. Blocking techniques ix. Naskah

Tugas Di Luar Ruang Latihan I Pengurusan produksi

ii. Belanjawan produksi iii. Mesyuarat produksi iv. Penjadualan produksi

Ke Arah Pementasan I Latihan langsung ii. Senarai lengkap keperluan iii. Pelan lantai iv. Pemindahan lokasi v. Pengangkutan

Mengenal Pentas I Bekalan pentas sedia ada ii. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING) iii. Peralatan asas pertukangan iv. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada v. Aspek teknikal pentas vi. Kesihatan dan keselamatan atas pentas

Mingggu Pementasan I Masuk ke ruang pementasan sebenar ii. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan iii. Pembinaan set / Penentuan props iv. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi v. Raptai kostum / Latihan teknikal vi. Tentu ruang pembisik skrip vii. Senarai semak viii. Hormat tamat (Curtain Calls) ix. Semasa persembahan

Selesai Pementasan

i. Pemulangan barang/Kebersihan pentas

ii. Penstoran barang iii. Post mortem/Laporan

Pereka Bentuk Latar (Setting Designer)

Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk latar. Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa dan status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka Bentuk Latar perlu mengetahui tentang set dari peringkat ilusi membawa ke realiti.

Keperluan keperluan tertentu di dalam hiasan latar: -Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya menjadi tempelan semata mata. -Set harus kukuh dan mudah pindah. -Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak terjejas. -Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable). -Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali. -Tidak membahayakan pelaku dan pekerja dengan melihat pada ciri-ciri keselamatan yang sempurna.

Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi. Bertanggungjawab dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari masa ke semasa. Pereka Bentuk Cahaya (Lighting Designer)

Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas. Pereka bentuk cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari pelakon dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan. Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap sesuatu yang digambarkan berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini

cahaya perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang pereka cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja yang dapat mencapai maksud.

Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi dan bertanggungjawab dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari semasa ke semasa.

Pereka Bentuk Kostum / Busana (Costume Designer)

Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang dipakai oleh pelaku di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta atau menentukan apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set dan pencahayaan agar tidak bercanggah dengan kemahuan pementasan/persembahan. Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi keselesaan kepada para pelaku (si pemakai). Pengurusannya memerlukan penelitian dan perapian kerana melibatkan urusan bahan seni dan kreatif. Selain itu, pengendali terhadap mesin dan teknikal juga perlu dititikberatkan.

Penata Rias (Make-Up)

Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap pelaku. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan dan perlulah berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak yang dibawa oleh pelaku dalam persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari segi pencampuran warna akan mencacatkan watak dan perwatakan sekali gus keseluruhan mood persembahan.

Penata Bunyi (Audio)

Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam

persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta kemahuan pengarah persembahan.

Pereka dan Pengurusan Props

Props adalah barang atau peralatan yang dibawa/digunakan oleh pelaku. Pereka props bertugas menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap pelaku seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam persembahan. Props hendaklah berfungsi untuk memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu yang asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props juga membantu pelakon mendapatkan mood berlakon dan sekali gus memberi business kepada aksinya.

PERLAKSANAAN

Kepentingan Pengurusan Props Menyentuh kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan prop.

Tenaga Kerja Pengurusan Props Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga yang menguruskan props seperti props master, props designer, props man, props crew dan props supplies.

Pengurusan Props I Menubuhkan satu pasukan tenagakerja ii Menentukan bengkel dan kategori props Iii Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props, trim props, set dressing, hand props, personal props

Persiapan Props Untuk Pementasan I Memahami Skrip ii. Menentukan props mengikut skrip iii. Merancang penggunaan props yang berkaitan iv. Menyediakan props v. Props, set, kostum dan pencahayaan

Semasa Latihan Pementasan I Keperluan props percubaan ii. Pengendalian props diruang latihan

Ke Arah Pementasan I Latihan langsung mengendalikan props ii. Senarai lengkap keperluan props iii. Plan lantai iv. Pemindahan lokasi v. Pengangkutan props

Prop dan Pementasan I Masuk ke ruang pementasan sebenar ii. Penyesuaian dan penetapan ruang prop iii. Raptai Props iv. Latihan Teknikal v. Senarai Semak vi. Sessi Fotografi vii. Malam pembukaan viii. Semasa persembahan ix. Sistem ganti (understudies) x. Keselamatan props xi. Malam akhir

Selesai Pementasan I Malam akhir ii. Pemulangan barang iii. Kebersihan props iv. Penstoran props v. Post Mortem vi. Laporan

Pengurus Artis

Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah ditetapkan. Sekiranya pelaku tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan bertugas untuk mendapatkan (mencari) pelaku tersebut untuk berada di tempat yang sepatutnya. Pengurus artis bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengarah sama ada semua pelaku dalam produksi sudah sampai ataupun belum di lokasi supaya dapat latihan dimulakan.

Petugas Lokasi (Runner)

Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan ada pada masa yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya tidak, maka tugas runner untuk pergi mendapatkannya.

Petugas Pentas / Krew

Mereka ialah petugas-petugas am yang bertugas untuk membantu dalam kerja-kerja produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas.

DICATAT OLEH PYIANJ DI 4:54 PTG TIADA ULASAN: PAUTAN PADA CATATAN INI

IMPROVISASI TEATER
NOTA IMPROVISASI

Konsep Improvisasi

Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong,

Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menjelaskan;

In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.

Bagi Way, dalam konteks pendidikan, drama boleh dibangunkan melalui aktiviti improvisasi berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada idea asli oleh pelajar dan guru ataupun kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Ruth Beall Heining( 1993 : 184 ) pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang, sebagaimana yang dijelaskan;

This means that it is created sponteneusly, as the students respond to the dramatic situations they involved. Improvisation is one way to achieve a more natural delivery of dialogue than recitation 0f memories script.

Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan lebih bersahaja. Melalui improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan untuk menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah pantomin dan permainan teater.

Pensyarah di Jabatan Australia Selatan pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang terhasil melalui proses yang tidak formal, yang dilakukan secara berkumpulan.

Aktiviti ini biasanya dilaksanakan berdasarkan sesuatu idea, tema, atau rangka plot. Latihan begini dapat membina sensitiviti dan imiginasi kanak-kanak yang tinggi. Mereka boleh dibimbing untuk memahami isu semasa atau isu sosial, perwatakan, skrip dan pandangan orang lain secara terbuka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencari penyelesaian masalah serta membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu konflik. Aktiviti sedemikian akan dapat melatih kanak-kanak ke arah menghasilkan suatu pementasan yang lengkap.

David A. Male ( 1973 : 30 ) pula menjelaskan bahawa selain berkait rapat dengan latihan verbal, improvisasi juga melibatkan aktiviti pergerakkan sebagaimana huraiannya;

improvisation has both physical and vocal aspects which should not be thought of apart, but for convenience are discussed separately. Improvisation is response in physical and verbal terms initiated by desire to achive an action, express some thought or idea or indicate a mood.

.. improvisation may be thought of as expression in term of invention, exploration and experimentation. In all three cases there is free unfettered approach which is restlessly inquisitive, never content with the first solution , but constantly devising deeper and more searching possibilities.

Berdasarkan semua pendapat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu ransangan yang disediakan oleh pembimbing ( guru atau fasilitator yang mengendalikan aktiviti). Improvisasi juga merupakan satu teknik drama yang menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan secara terkawal dan mewujudkan pemikiran yang bercapah terhadap kemungkinankemungkinan yang boleh berlaku dalam realiti kehidupan mereka.

Improvisasi dan Kreativiti

Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah: - Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar - Berdasarkan props ( peralatan/ objek ) - Improvisasi berdasarkan dialog - Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan - Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu - Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

i- Permainan Bebas ( Free Play ) - Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah - Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. - Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. - Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) - Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan ) - Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain. - Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. - Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. - Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) - Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. - Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.) - Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. - Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanakkanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play ) - Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. - Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. - Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti : i- nama penuh watak

ii- umur iii- latar belakang keluarga iv- pekerjaan v- sikap dan tingkah laku vi- hobi atau minat vii- keadaan kesihatan dan viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan

- untuk itu juga mereka digalakkan untuk; i- menulis diskripsi watak ii- melukis potret iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) - Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanakkanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan. - Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru. - Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi. - Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk

menghasilkan aktiviti improvisasi ini. - Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik. - Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu. - Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut. - Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut.

You might also like