You are on page 1of 12

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Mohammad Zohir Ahmad

zohir@usm.my

Nordin Abdul Razak

norazak@usm.my

Pendahuluan

Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar
dan

juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Sekolah
pula

menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan
dengan

alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar penting bagi

meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar

membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan

memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu cara untuk menjalankan


pendidikan

alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam


pengajaran

di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara

rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam
Sekitar

merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah buku


berkenaan

diterbitkan pada tahun 2005. Namun sejauh mana ia dilaksanakan masih boleh

diperdebatkan. Dalam hal ini, Hotinli (2004) menegaskan, walaupun isu-isu alam
sekitar

yang perlu diajar telah disenaraikan mengikut mata pelajaran melalui ketetapan
yang
dibuat oleh Kementerian Pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung
kepada

kesedaran dan minat guru secara individu. Guru sepatutnya menggunakan buku ini
sebagai

panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan


dengan

pendidikan alam sekitar. Guru juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang
ada

untuk menyemai, memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar melalui


aktiviti di

sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Dalam hal ini, komitmen guru
adalah

sangat penting.

Komitmen Guru

Mengajar merupakan pekerjaaan yang kompleks dan menuntut penglibatan guru


bukan saja

dari segi tenaga dan pemikiran malah juga perasaannya (Day, 2004). Tanpa
perasaan komitmen

yang tinggi terhadap bidang tugasnya, guru akan berhadapan dengan beban tugas
yang

semakin banyak dan mencabar (Nias, 1996). Hal ini kerana pada masa yang sama
guru juga

memerlukan komitmen peribadi dan keluarga. Justeru, guru perlu bijak untuk
menguruskan

antara komitmen peribadi di rumah dan komitmen terhadap pengajaran di sekolah.

Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum memerlukan semua mata pelajaran


terlibat

dan menyumbang kepada Pendidikan Alam Sekitar. Pengajaran Pendidikan Alam


Sekitar

berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang sensitif
dan

memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar
dan
berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam
sekitar.

Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata

DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Lestari

75

pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan

juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang akan

diperkenalkan pada tahun 2005 (Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain


daripada

pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara
tidak

formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam


Semula

Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz,


Kempen

Kitar Semula, ceramah dan lawatan.

Dalam menjayakan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum, pihak sekolah


memerlukan

guru yang tinggi kualiti dan komitmennya untuk menyediakan dan melaksanakan
tugasan

utama mendidik generasi masa hadapan. Pendidikan alam sekitar yang berkualiti
sukar

untuk dicapai tanpa usaha yang ikhlas daripada guru yang dedikasi dan komited.
Hanya

guru yang komited sahaja dapat menyemai dan memelihara nilai dan membantu
pelajar

untuk menghidupkan nilai (Maheshwari, 2005). Pentingnya komitmen bagi


seseorang guru

adalah kerana komitmen merupakan kekuatan dalaman yang datang dari guru
sendiri yang

memerlukan tanggungjawab yang besar, kepelbagaian dan cabaran dalam kerjaya


mereka
dan juga tekanan luaran yang datang daripada gerakan pembaharuan yang
mahukan standard

dan kebertanggungjawaban guru yang tinggi (Park, 2005).

Louis (1998) menjelaskan empat jenis komitmen guru:

· Komitmen kepada sekolah sebagai satu unit sosial. Guru yang mempunyai

komitmen ini bertanggungjawab terhadap sekolah dan profesionnya dan

sedia secara sukarela dengan kerja-kerja tambahan yang akan membantu

peningkatan iklim dan peranan sekolah

· Komitmen kepada matlamat akademik sekolah. Guru yang mempunyai

komitmen ini memperuntukkan banyak masa dalam kerja-kerja akademik

seperti perancangan pengajaran, aktiviti bilik darjah dan sentiasa berfikir

tentang cara untuk meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar

· Komitmen kepada pelajar sebagai individu yang unik. Guru yang mempunyai

komitmen ini akan bermotivasi untuk berurusan dengan penyelesaian

masalah pelajar, dan lebih sensitif dan sedar tentang perkembangan pelajar

sebagai seorang remaja

· Komitmen kepada pengetahuan yang diperlukan untuk pengajaran berkesan.

Guru jenis akan sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan dan

pengetahuan baru dan terkini dan menggabungkan idea-idea baru dalam

bilik darjah dan kurikulum.

Jika guru memiliki keempat-keempat jenis komitmen ini, maka penerapan dan
pengekalan

pendidikan alam sekitar (dan mungkin inovasi kurikulum yang lain juga) menjadi
lebih

mudah dan bermakna. Guru akan sentiasa sukarela untuk menerapkan pendidikan
alam

sekitar dan berusaha meningkatkan pengetahuan isi kandungan tentang alam


sekitar dan

juga pengetahuan pedagogi bagi menyampaikan kandungan tersebut kepada


pelajar.
Rungutan seperti “bebanan kerja”, “tidak cukup masa” atau pelbagai alasan lain
yang

boleh mencacatkan pelaksanaan dan pengekalan pendidikan alam sekitar di


sekolahsekolah

boleh diminimumkan.

Pendidikan Lestari DP. Jilid 7, Bil. 2/2007

76

Berdasarkan buku ‘Environmental Education: Teacher Resource Handbook, A


Practical

Guide for K-12 Environmental Education’ yang diedit oleh Richard J. Wilkes (1997),

guru merupakan kunci kepada kejayaan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar. Guru
perlu

memiliki pengetahuan, kemahiran kognitif dan atribut afektif seperti kepekaan


terhadap

alam sekitar dan lokus kawalan dalaman yang diharapkan dapat membentuk
pelajar.

Malah Wilke (1985) sebelumnya menegaskan bahawa kunci kepada kejayaan


pendidikan

alam sekitar ialah guru di bilik darjah. Menurutnya jika guru tidak mempunyai
pengetahuan,

kemahiran atau komitmen untuk ‘environmentalize their curriculum’ adalah sukar

bagi seseorang guru itu untuk menghasilkan pelajar yang berliterasi alam sekitar.
Untuk

itu, guru perlu memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kefahaman


tentang

konsep-konsep alam sekitar (Zak, 2005), kesedaran yang mendalam tentang


masalah,

pengawalan dan pendidikan alam sekitar serta keupayaan berfikiran kreatif dan

menyampaikan pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar (Than, 2001). Jika guru


hendak

memandu pelajar dalam meneroka konsep-konsep alam sekitar, mereka mesti


mempunyai
kefahaman yang baik tentang konsep-konsep tersebut. Guru perlu berpengetahuan
tinggi

tentang alam sekitar bagi membolehkannya menyampaikan pelajaran dengan baik.


Kunz

dalam Krantz (2002) menyatakan bahawa guru yang mempunyai pengetahuan


yang

mendalam tentang konsep-konsep alam sekitar mempunyai sikap yang positif


terhadap

pengajaran Pendidikan Alam Sekitar. Justeru semua yang dibincangkan ini tidak
akan

menjadi masalah jika guru mempunyai tahap komitmen yang tinggi.

Environment Education Curriculum Support Paper yang diterbitkan oleh Department

of Education & Training, Australian Capital Territory, (1997) menegaskan bahawa


bagi

menjadi guru berkesan guru seharusnya bertindak sebagai pemula (initiator),


perunding

dan fasilitator serta sebagai pelajar. Sebagai pemula, guru seharusnya


menyediakan

cabaran pembelajaran yang kaya dan pelbagai yang relevan dan dapat mencapai
matlamat,

aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dan menyediakan pembelajaran


melalui

pengalaman, iklim pembelajaran yang terbuka, menyokong/membantu dan

menyeronokkan, program yang membawa pelajar kepada alam sekitar semula jadi
dan

ciptaan, menjadi model tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Sebagai perunding dan fasilitator pula, guru seharusnya menyediakan peluang


untuk

pembelajaran individu dan koperatif, pelbagai pendekatan (ransangan, inkuiri),


penyelesaian

masalah isu-isu utama secara yang inovatif dan kreatif, dan menggalakkan
pembelajaran

inisiatif dan bebas. Manakala sebagai pelajar, guru berkongsi cabaran pembelajaran
dengan pelajar, terbuka kepada pendekatan dan idea baru, dan terlibat secara aktif
dalam

perkembangan profesional.

Sikap dan pengetahuan guru tentang konsep-konsep alam sekitar mempengaruhi


secara

langsung keyakinan dan kesediaan guru untuk mengajar subjek. Kajian oleh Lee Chi
Kin

(1996) ke atas guru-guru di Hong Kong mendapati sebilangan guru kurang cekap
dalam

mengajar Pendidikan Alam Sekitar kerana mereka kurang pengetahuan dan


kemahiran

yang diperlukan. Skanavis (dalam Skanavis & Sarri 2002) mendapati hanya
sebilangan

kecil pendidik betul-betul tahu apakah Pendidikan Alam Sekitar dan bagaimana
hendak

dilaksanakan dalam bilik darjah formal. Malah Manning, Esler, & Baird (dalam
Skanavis

& Sarri 2002) menyatakan bahawa guru yang jelas mempunyai sikap yang negatif
terhadap

konsep alam sekitar didapati menunjukkan kurang yakin apabila mengajar konsep-
konsep

tersebut.

DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Lestari

77

Kajian Samuel (1993) pula mendapati bahawa sungguhpun kesedaran tentang alam
sekitar

wujud dalam kalangan guru sekolah yang dikaji, namun pengetahuan tentang alam
sekitar

belum mencukupi. Mengikut Samuel lagi, ramai guru sedar tentang isu yang
‘wellpublicized’

walaupun mereka tidak tahu dengan mendalam tentangnya. Kebanyakannya

hanya tahu melalui media. Ramai guru tidak sedar kekurangan pengetahuan
mereka dan
tidak minta kepada latihan.

Bagaimana guru boleh memberi komitmen terhadap pendidikan alam

sekitar?

Berdasarkan sorotan bahan-bahan di atas, guru perlulah:

1. Berfikiran positif terhadap idea penerapan pendidikan alam sekitar

merentas kurikulum

Guru sepatutnya sentiasa berfikiran positif terhadap semua inovasi dalam

kurikulum yang berkaitan. Penerapan pendidikan alam sekitar tidak dianggap

sebagai satu bebanan baru kepada kurikulum yang sedia ada. Sebaliknya guru

cuba untuk mendalami perkara tersebut dan meletakkan kepentingan

perkhidmatan, organisasi, pelajar dan negara sebagai perkara utama dalam tugas

sebagai seorang guru.

Jika dikaitkan dengan sikap, sikap yang positif akan menghasilkan tindakan yang

positif manakala sikap yang negatif akan menghasilkan tindakan yang negatif.

Sikap guru yang positif terhadap alam sekitar akan menjelmakan tingkah laku

yang positif yang berkaitan dengan alam sekitar dan ini dijelmakan dalam

pengajaran (melalui aksi dan tutur kata) di bilik darjah. Dalam kata lain, sikap

boleh mempengaruhi bagaimana manusia berfikir dan kemudiannya bertindak

(Watson, 2002).

Jika dikaitkan dengan efikasi iaitu keyakinan individu terhadap kemampuan diri

bagi mencapai sesuatu perlakuan yang khusus dan memain peranan yang

berpengaruh dalam menentu percubaan melakukan sesuatu tugas, usaha ke

arah menjalankan tugas dan kegigihan seseorang dalam menghadapi kesukaran

(Bandura, 1997), guru yang berefikasi tinggi lebih mudah untuk menerima idea

baru dan cuba untuk melaksanakan teknik dan kaedah pengajaran yang baru

(Guskey, 1988). Tugasan baru yang diberikan dilihat sebagai cabaran yang boleh

diatasi dan seterusnya menguasai.

2. Meningkatkan pengetahuan tentang kurikulum, istilah, konsep, isu-isu


dan masalah alam sekitar

Sebagai seorang guru pengetahuan isi kandungan adalah penting dan

pembelajaran pelajar bergantung kepada apa yang guru tahu (Acheson, 2003).

Pengetahuan isi kandungan dan kurikulum mempengaruhi kedalaman dan

penjelasan isi serta limitasi kandungan yang hendak disampaikan. Guru perlu

cekap tentang isi kandungan yang hendak disampaikan (pengetahuan isi

kandungan) dan lingkungan sukatan pelajaran yang ditetapkan mengikut tingkatan

(pengetahuan tentang kurikulum). Guru perlu meluangkan sedikit masa untuk

memahami kandungan pendidikan alam sekitar. Dalam hal ini guru perlu merujuk

Pendidikan Lestari DP. Jilid 7, Bil. 2/2007

78

kepada Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Di

samping itu guru perlu mendalami istilah, konsep, isu-isu, masalah atau perkara

perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh,

guru perlu menguasai konsep-konsep seperti penyahutanan dan ekosistem; serta

isu-isu seperti penipisan lapisan ozon dan pemanasan global. Jika guru sendiri

kurang pengetahuan tentang konsep-konsep dan isu-isu berkenaan, guru akan

menghadapi masalah semasa membincangkan isu-isu berkenaan. Ada

kemungkinan berlaku miskonsepsi pada guru dan juga guru cuba meringkaskan

perbincangan bagi mengelak daripada pelbagai soalan daripada pelajar.

Kemudahan teknologi terkini memudahkan tugas guru untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan.

3. Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan tentang pedagogi pengajaran

Pengetahuan isi kandungan dan kurikulum sahaja tidak mencukupi. Guru juga

perlu tahu pengetahuan pedagogi kerana mempengaruhi pendekatan dan kaedah

pengajaran serta pemilihan dan penyediaan sumber pengajaran. Guru perlu tahu

cara sesuatu topik, masalah atau isu diolah dan disampaikan kepada pelajar

yang terdiri daripada pelbagai minat dan keupayaan. Termasuk dalam kategori
ini ialah bentuk persembahan, analogi, ilustrasi, contoh, penjelasan dan

demonstrasi. Contohnya guru perlu tahu cara yang terbaik untuk menyampaikan

pelajaran yang berkaitan dengan kejadian empat musim dan impaknya kepada

manusia. Sumber yang relevan dan mencukupi penting bagi memastikan

keberkesanan pengajaran.

4. Membuat perancangan

Guru perlu merancang untuk menerapkan pendidikan alam sekitar dalam

pengajaran walaupun mungkin melibatkan jangka masa yang singkat dua atau

tiga minit. Hal ini perlu bagi memastikan guru tahu waktu dan kedalaman isi

yang sesuai, supaya tidak menjadi penerapan yang meleret-leret. Perancangan

juga melibatkan kaedah dan bahan bantu pengajaran yang berkaitan serta aspek

pentaksiran. Penerapan secara spontan boleh dilakukan tetapi dibimbangi akan

mempengaruhi jangka masa pengajaran dan tergelincir daripada matlamat awal

lebih-lebih lagi apabila melibatkan cerita tentang pengalaman peribadi guru.

Semasa mengajar guru boleh menyelitkan hal-hal yang berkaitan dengan alam

sekitar jika ada ruang pada topik atau tajuk tertentu yang sedang dibincangkan.

Namun yang penting di sini ialah guru perlu faham ruang lingkup pendidikan

alam sekitar bagi memudahkan penerapan semasa pengajaran.

Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar perlu mengambil kira tiga bidang yang

berkait rapat dan penting berikut (Palmer & Neal, 1994):

i. pendidikan tentang alam sekitar

ii. pendidikan untuk alam sekitar

iii. pendidikan melalui/dalam alam sekitar

Pendidikan untuk alam sekitar berkait dengan nilai penjagaan, sikap dan tindakan

yang positif untuk alam sekitar melalui tanggungjawab dan empati personal (Reid,

2002). Penekanan perlu dibuat kepada tindakan yang berbentuk penyelesaian

DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Lestari

79
masalah yang boleh dilakukan oleh pelajar. Pada masa yang sama, pelajar perlu

didedahkan dengan pemikiran yang kritis dan kecekapan tindakan terhadap alam

sekitar. Kecekapan bertindak memerlukan pelajar terlibat sebagai peserta yang

aktif dalam semua aspek pengalaman Pendidikan Alam Sekitar (Ministry of

Education, New Zealand — 2004 Vol.2).

5. Melibatkan diri dengan program dan projek yang berkaitan dengan

pendidikan alam sekitar

Guru-guru perlu meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam sebarang program

atau projek yang ada kaitan dengan pendidikan alam sekitar di sekolah seperti

Minggu Alam Sekitar, Projek Kitar Semula, pembinaan dan penyeliaan stesenstesen

alam sekitar, lawatan, dan perkhemahan. Projek dan program seperti ini

boleh dan perlu melibatkan semua guru bukan hanya khusus kepada guru-guru

mata pelajaran yang ada kaitan secara langsung dengan alam sekitar seperti

Geografi dan Sains khususnya Biologi. Guru-guru bahasa misalnya boleh

melibatkan diri dalam aktiviti seperti perbahasan, pameran, forum atau

pertandingan menulis esei yang berkaitan dengan alam sekitar.

Penutup

Kesimpulannya guru perlu bijak dalam menguruskan kepentingan peribadi dan


komitmen

terhadap kerjayanya. Guru perlu berfikiran terbuka dan bersedia untuk


meningkatkan

profesionalisme melalui ceramah, bengkel, seminar atau kursus kursus yang


berkaitan.

Guru juga boleh meningkatkan kemampuan diri melalui akses kendiri. Yang penting
ialah

kesediaan guru untuk melakukannya. Bak kata pepatah “Hendak seribu daya tak
hendak

seribu dalih”. Kejayaan penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum sekolah

amat bergantung kepada komitmen guru sebagai pelaksana. Sikap dan tindak
tanduk
guru seterusnya akan memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Matlamat akhir

pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku
yang

bertanggungjawab terhadap alam sekitar mudah tercapai jika guru mengambil

tanggungjawab untuk mendidik dengan serius.

You might also like