You are on page 1of 12

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi. Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening. (Al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya: Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Yang disebut al-Falaj, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah trend Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram. Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan sematamata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau illah diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361). Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik. Contohnya memakai pendapat gigi agar kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan: Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya, samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang. Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam). Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719). Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara, bahkan ia juga diperlukan. Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi : Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Marah Bainal Baiti Wal Mujtama: halaman 105) Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT : Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran:145) Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud : Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan m eperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya. (Bukhari dan Muslim) Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut, ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan. Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi, isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata. Ada pun semata-mata untuk kecantikan, menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Prinsip di atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.

Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai. Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuanperempuan baik (berzina) (Riwayat Bukhari dan Muslim). Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)


Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo? Jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH. Nabi bersabda :

Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan (Shahih Muslim #3966). Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

, ( ) , .
Meluaskan jarak gigi maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya. Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. Menurut Dr Rafaat Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan. Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara, bahkan ia juga diperlukan Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it., iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan. Rujukan Fatwa :1. url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-ArabicAsk_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711 2. url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-ArabicAsk_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176 Fatwa didalam Bahasa Inggeris :http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Hukum Memasang Braces


Posted by Belajar, Doa dan Amalanku Labels: Asas Islam
Soalan: Apa hukumnya memasang braces? Saya ada membaca artikel di dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan: Berhias yang diharamkan oleh Islam ialah meratakan dan mengikir gigi agar lebih cantik dan yang mengubah ciptaan Allah. Jawapan: Yang difahami dari permasalahan: Meratakan gigi dan mengikir gigi diharamkan oleh Islam jika bertujuan agar lebih cantik dan bermaksud mengubah ciptaan Allah. Memakai Braces Braces atau pendakap digunakan mengikat gigi untuk meratakan kedudukan barisan gigi. Biasanya jika gigi sudah terlalu rapat dan tidak ada ruang untuk mengalihkan kedudukan gigi, salah satu gigi akan dicabut untuk memberi ruang perataan. Proses seperti ini tidak berlaku pengikisan atau pengasahan gigi. Sebab atau 'illat meratakan gigi pada lazimnya kerana kedudukan gigi cacat atau ada tujuan perubatan lain. Tidak dinafikan dalam perataan ini ada unsur kecantikan, tetapi barisan kedudukan gigi yang lebih rata, diandaikan lebih bermanfaat kepada pemilik berbanding sebelum diratakan. Proses perataan kedudukan barisan gigi memerlukan alat yang disebut braces. Berdasarkan huraian ini adalah harus menggunakan braces. Mengikir atau Mengasah Gigi Mengikir gigi iaitu mengasah gigi supaya lebih pendek atau licin atau supaya lebih rata. Perbuatan ini adalah haram kerana Allah Taala melaknat dan mengutuk orang yang mengikir gigi termasuk orang yang diminta dikikirkan giginya. Di dalam hadis disebutkan: Maksudnya: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Termasuk perkara yang diharamkan mengenai gigi seperti juga halnya mengikir gigi bagi tujuan menjarangkannya. Ibnu Masud Radiallallahu anhu berkata: Maksudnya: Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam mengutuk perempuan -perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang minta dicabut bulu muka dan bulu kening, perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Hadis riwayat Abu Daud ath-Thayalisi) Maksud menjarangkan ialah membuat celah-celah kecil di antara barisan gigi hadapan. Penjarangan seperti ini biasanya dilakukan orang yang sudah lanjut umur supaya kelihatan muda dan cantik semula, kerana celah-celah kecil pada gigi hadapan ini adalah kejadian semula jadi pada anak-anak kecil. Jadi orang lanjut umur melakukannya supaya kelihatan belum tua. Di sinilah timbulnya unsur tujuan berhias menerusi penipuan dan pengubahan ciptaan Allah Taala. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau illat diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarh Shahh Muslim: 7/361) Mengikut Fatwa

Perkara mengasah gigi disenaraikan dalam urutan ke 13 sebagai haram oleh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dalam siri fatwa Mufti Kerajaan Bil. 58/86. Kemudian berkata: Maka harus bagi perempuan berbuat begitu kerana suami ada tujuan pada berhias isterinya dan ia telah izinkan. (FMK: 58/68, h.589) Sumber: Pejabat Mufti Brunei Darussalam

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

Kemusykilan mengenai rawatan gigi.. Adakah umat Islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yangmengikir gigi dan yang minta dikikir giginya. (Riwayat Thabarani)

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat. Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, iaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut al-Falaj, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah trend Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar style mereka kepada merapatkan gigi menggunakan braces yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Manakala jika ia dilakukan bagi inidividu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus. Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita juga dapat mengetahui mengenai hukum pembedahan kecantikan(plastic surgery) seperti yang terkenal sekarang yang hanya bertujuan memenuhi kepuasan diri serta nafsu dengan meniru budaya Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai orang yang mengorbankan wang beribu-ribu ringgit untuk mengubah bentuk hidung, payudara, kulit dan lain-lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah S.W.T tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat show dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud,


perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik. Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan. (Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ).

Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain. Nabi S.A.W bersabda :

Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :( ) , , . Meluaskan jarak gigi maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadith di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. Menurut Dr Rafaat Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan. Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara, bahkan ia juga diperlukan Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it., iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

SUMBER Rujukan Fatwa :1. url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-ArabicAsk_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711 2. url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-ArabicAsk_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176 Fatwa didalam Bahasa Inggeris :1. http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd 2. http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N 3. http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/hukum-memakai-pendakap-gigi-braces/#comment-314 p/s: Yang mane gigi rase dah cantik tu..tak perlulah nak ubah yer..takut jatuh dalam kategori mengubah ketentuan ALLAH S.W.T..

rawatan pergigian dan hukumnya dalam islam

mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada saudara2 saya. saya juga terpanggil untuk menjawab kemusykilan pesakit2 saya yg saban hari datang bertanyakan perkara berkaitan topik ini, terutama semasa kita dalam bulan mulia ini. saya akan cuba meng-clarifykan persoalan2 ini, tetapi kalau boleh jangan lah menganggap saya sebagai seorang yang expert dan arif tentang hukum agama kerana saya sekadar saudara biasa yang masih memerlukan banyak panduan. soalan 1: apakah hukum memakai braces/pendakap gigi? Memakai pendakap gigi dibolehkan kerana ia bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah. Mengubah ciptaan Allah adalah apabila seseorang itu mengubah sesuatu yang sememangnya normal. Pendakap gigi dipakai untuk membetulkan gigi yang bentuknya kurang normal, maka ia dibolehkan. soalan 2: apa pula hukum membuat implant/bridge/crown? oleh kerana ia mengcover gigi kita, bukankah air wudhuk tidak akan dapat melalui gigi tersebut? Islam membenarkan kaedah crowning dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi. soalan 3: bolehkah kita mendapatkan rawatan gigi dalam bulan ramadhan? tidakkah terbatal puasa kita? (soalan favourite pesakit). list ini saya ambil dari terjemahan buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz AzZindani yang mempublish Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Benda-benda Yang

Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan. (terima kasih PERMAYA) perkara yang TIDAK membatalkan puasa dalam perubatan adalah seperti: 1. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum. 2. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum. 3. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien. saya harap ini dapat membantu mengurangkan kemusykilan saudara2 saya supaya boleh mendapatkan rawatan gigi dengan lapang hati, terutama dalam bulan ramadhan ini. namun mungkin harus saya nyatakan di sini sekiranya kita masih was-was, contohnya kita takut tertelan air semasa scaling, maka eloklah delay rawatan scaling itu sehingga selepas waktu berbuka. maklumat yang saya gunakan pada post ini saya dapat dari: - website MUIS (majlis ugama islam singapura) - website Unit Penterjemahan & Penyelidikan PERMAYA (persatuan pelajar Malaysia Yaman) - zaharuddin.net mohon betulkan saya sekiranya ada maklumat yang saya dapat disini adalah salah. Selamat Berpuasa Dan Menyambut Aidilfitri. :)

Posted by DrA at 7:09 PM Labels: dental treatment, rawatan gigi dalam islam, wearing braces

You might also like