You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK


DALAM UPSR 2009

PENGENALAN
. Program ini adalah berterusan sehinggalah pelajar menduduiki UPSR. Dalam
menghadapi UPSR 2009 pelajar tahun 6 seharusnya boleh menguasai kemahiran asas ini
dengan sempurna bagi memastikan mereka boleh lulus dalam matematik. Sukatan
Pelajaran KBSR matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran yang melibatkan
operasi-operasi +, -, x dan ÷. Operasi-operasi itu merupakan asas kepada menguasai
kemahiran-kemahiran lain dalam matematik

OBJEKTIF
Tahun 2009 merupakan tahun kedua matematik diuji dalam Bahasa Inggeris atau
dengan kata lainnya PPSMI (Kohort 2). Berdasarkan pencapaian matematik sebanyak
50.81% pada tahun 2008 justeru itu adalah diharapkan pada tahun ini peratus kelulusan
dapat dianjakkan 10% menjadi 60%.
Program ini bertujuan untuk memperbanyakkan aktiviti matematik bagi pelajar
tahun 6 sebagai persediaan mereka menghadapi UPSR 2009.

MATLAMAT
Selain untuk mempertingkatkan peratusan pencapaian dalam matematik adalah
diharapkan ia dapat dijadikan program “serampang dua mata” bagi memperbanyakkan
kuantiti pelajar yang memperolehi kualiti gred yang baik terutamanya gred A dan B.
PENYELARAS PROGRAM
Program ini akan diselaraskan bersama oleh guru matematik tahun 6 yang terdiri
daripada :-
Guru Kelas di ajar
En. Mohd Kamarul Haffeez B. Jasni 6 Jasmine
En. Mohamad Azharudin B. Mat Sarip 6 Orchid
En. Farisan Ilahi Bin Abang 6 Ixora

Selain itu , guru matematik yang lain akan turut membantu bagi melicinkan lagi segala
aktiviti yang dirancang.

PERANCANGAN PROGRAM
Program 1:- Kelas Tambahan Matematik UPSR
Aktiviti
 Latih tubi dan bimbingan menjawab soalan objektif
 Latihan dan bimbingan menjawab kertas 2 dan cara untuk mendapat markah.

Jadual pelaksanaan
 Mulai Februari hingga Ogos 2008
 2 minggu sekali (Selasa)
 2 jam setiap sesi ( 1.20 pm – 3.20 pm)

Penunjuk kejayaan / strategi penilaian


 Ujian bulanan / topikal
 Ujian semester / progresif / pra UPSR
 Peningkatan pencapaian markah dan gred.

Program 2:- Bengkel Teknik menjawab Kertas UPSR.


Aktiviti
 Menjemput guru pakar dan guru pemeriksa UPSR.
 Ceramah motivasi
 Strategi menduduki peperiksaan.
Jadual pelaksanaan
 Dalam Semester 1 ( 2 kali )
 Dalam cuti semester 1
Penunjuk Kejayaan / strategi penilaian
 Peningkatan pencapaian dalam ujian PRA UPSR 1,2 & 3
 Kekemasan dan langkah kerja murid yang membawa markah buat mereka.

Program 3:- Ujian pendek, kuiz, permainan Matematik


Tempoh dan Kaedah perlaksanaan
1. Sepanjang tahun.
2. Semasa perhimpunan
3. Melalui papan notis matematik
4. Semasa proses P&P.

Pelaksana : Semua guru-guru Matematik Tahun 6


Kumpulan sasaran : Semua kelas Tahun 6
Pelaksanaan :
1. Perancangan oleh guru Matematik kelas-kelas masing-masing tentang jenis ujian
pendek, jenis kuiz , jenis permainan Matematik supaya sesuai dengan tahap
kebolehan pelajar dalam kelas tersebut supaya dapat menanamkan budaya
pembelajaran Matematik di kalangan pelajar
2. Perancangan tentang kesesuaian masa melaksanakan projek
3. Melaksanakan projek

Indikator kejayaan : Pelajar berminat belajar Matematik dan menunjukkan peningkatan


Prestasi
Program 4:- Pemulihan Tahun 6
Tarikh Pelaksanaan : Sepanjang tahun sehingga sebelum peperiksaan umum
Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar terpilih yang sangat lemah dalam Matematik
terutama dalam kemahiran operasi asas.
Pelaksana : Guru kelas yang terlibat.
Pelaksanaan :
i. Kelas pemulihan diuruskan oleh guru-guru mentor yang merancang program
kelas pemulihan ini secara teliti dan menyeluruh
ii. Kelas pemulihan diadakan untuk pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam
Matematik maka pelajar-pelajar tersebut perlu dikenalpastikan oleh guru
Matematik
iii. Pelajar yang terlibat diberi bimbingan yang berpatutan supaya mereka menjadi
lebih peka terhadap operasi asas dan kemahiran dalam Matematik.
Indikator kejayaan : Pelajar-pelajar dalam kelas pemulihan menunjukkan peningkatan
prestasi dan seterusnya lulus Matematik dalam peperiksaan umum.

Program 5 :- Sudut P & P Matematik dalam bilik darjah

Tarikh Perlaksanaan : Sepanjang sesi persekolahan 2008


Perlaksana : Semua guru mata pelajaran matematik bagi setiap kelas
Perlaksanaan :
i. Bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan murid diwujudkan dalm
bilik darjah.
ii. Nota dan rumus penting boleh dilekat dan ditampal.
iii. Guru mata pelajaran bagi semua kelas memainkan peranan dalam memastikan
sudut pembelajaran diwujudkan.
Indikator kejayaan :
i. Minat murid terhadap Matematik meningkat.
Murid merasa lebih berkeyakinan dan berdikari dalam pembelajaran

Program 6:- Amazing Mathematics Race


Tujuan : - Membangkitkan minat terhadap Matematik
Kumpulan sasaran : Murid tahun 6
Objektif : Pada akhir aktiviti, murid –murid akan dapat
Menerokai cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi
harian mereka..
Meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah yag mencabar.
Mengukuhkan kemahiran matematik.
Bermain sambil belajar.
Cara permainan :
1. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan satu tugasan.
3. Setiap kumpulan akan dikehendaki menyelesaikan 5 tugasan mengikut giliran mereka.
4. Kumpulan yang paling cepat dan menyelesaikan semua tugasan dengan betul akan
dikira sebagai pemenang.

ANGGARAN KOS
PROGRAM ANGGARAN KOS CATATAN
Kelas Tambahan Matematik RM 150 - fotostat bahan
UPSR
Bengkel Teknik menjawab RM 500 - bagi 3 kali sesi
Kertas UPSR. -saguhati penceramah
jemputan
-jamuan
Ujian pendek ,kuiz, RM 200 - penyediaan bahan
permainan Matematik - kos hadiah pemenang
Pemulihan Tahun 6 RM 50 - penyediaan bahan
Sudut P & P Matematik RM 50 - penyediaan BBM yang
dalam bilik darjah menarik dan bermanfaat
kepada pelajar
Amazing Mathematics Race RM 100 - penyediaan bahan
- hadiah para pemenang
Jumlah Kos RM 1050

PENUTUP
Semoga dengan adanya program ini maka para pelajar akan dapat memupuk
minat mereka terhadap matapelajaran matematik bagi tujuan kegunaan mereka dalam
kehidupan seharian secara amnya dan dalam UPSR secara khususnya.

You might also like