P. 1
bm fonetik

bm fonetik

4.67

|Views: 3,522|Likes:
Published by bahiyah71
kajian ringkas fonetik dialek murid
kajian ringkas fonetik dialek murid

More info:

Published by: bahiyah71 on Jul 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

NOR BAHIYAH BT MD.

RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

1.0

PENGENALAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bunyi sebutan dalam

sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Jangka masa kajian adalah selama tiga minggu. Dalam kajian ini saya telah memilih seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun sebagai responden kajian. Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam Woodsmall, 1988). dan manusia di sekelilingnya (Rice &

Bertutur melibatkan proses

merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk

mengeluarkan sesuatu bunyi bahasa yang bermakna dan difahami.Seorang kanak-kanak yang ingin bertutur perlulah melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat pertuturan yang disebut artikulator. Di dalam penguasaan kemahiran bertutur ini seorang ibu bapa perlulah memastikan kanak-kanak itu dapat bertutur dengan sebutan yang betul dari segi sebutan,intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat yang tepat. Ini bertujuan agar segala perkataan dan ayat yang dilahirkan itu tidak disalah tafsirkan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek. Beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti latihan penyebutan bunyi , kata dan ayat untuk mengenal pasti masalah yang timbul .Instrumen _______________________________________________________________________ 1 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti minat kanak-kanak terhadap kajian ini dan respon kanak-kanak ini terhadap pengujian ini.

1.1

Carta Vokal

Menurut Goay,T.C. (2008) , bunyi Vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Selain itu, semasa mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan suara. Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang seperti diperlihatkan dalam carta vokal di bawah:

1.2

Carta Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah Hassan (1980)

_______________________________________________________________________ 2 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

2.0

OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengetahui tahap penguasaan bunyi kanak-kanak tersebut. 2.2 Meningkatkan minat kanak-kanak dalam bertutur dalam bahasa melayu 2.3 Mengenal pasti masalah-masalah sebutan yang timbul 2.4 Membantu murid tersebut mengatasi masalah sebutan

tersebut 3.0 MASALAH YANG DIKAJI 3.1 Masalah yang dikaji. Masalah yang sering hadapi murid tersebut ialah bila menyebut perkataan yang mempunyai huruf /r/ dibunyikan /gh/, misalnya ‘geram’, ‘barang’ dan ‘orang’ disebut (gegham), (baghang) dan (oghang). 3.2 Kajian Literatur 3.2.1 2 orang tokoh barat 1) Kajian oleh Charles Read bertajuk Children’s Categorization of Speech Sounds in English membuat kajian tentang Fonologi Bahasa Inggeris. (Artikel penuh rujuk dalam CD) _______________________________________________________________________ 3 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

2) Kajian oleh Ineke Mennen bertajuk “Phonetic and Phonological Influences in Non-native Intonation” mengenai pengaruh fonetik dan fonologi dalam intonasi di kalangan bukan penduduk tempatan (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2.2 2 orang tokoh tempatan

1) Kajian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan bertajuk Kajian Pelaksanaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (artikel penuh rujuk dalam CD) 2) Kajian oleh Mohd Juraimi bin Ismail bertajuk” Masalah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Membawa Kepada Kegagalan Penguasaan : (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2 Punca-punca Masalah Kesimpulan dari kajian-kajian di atas masalah sebutan timbul kerana beberapa punca. Antaranya ialah 3.2.1 Pengaruh bahasa ibunda 3.2.2 Bahasa Pasar/basahan 3.2.3 Bahasa Dialek /Daerah 4.0 Metodologi Kajian 4.1. Latar belakang 4.1.1Nama sekolah: SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. 4.1.2 Darjah 4.1.3 Jantina 4.1.4.1 Bapa _______________________________________________________________________ 4 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU : 2 : Perempuan

4.1.4 Keluarga murid :

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Pekerjaan : Askar Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah 4.1.4.2 Ibu Pekerjaan : Suri rumah tangga Tempat Lahir : Sungai Bakap, Pulau Pinang. 4.1.5 Fizikal murid, Ketinggian : 1.3 meter Berat : 30 kg 4.1.6 Lain-lain yang menyokong kajian Pernah mengikut bapa berpindah dari: a) Alor Setar , Kedah - 1997 – 2003 b) Permatang Pauh – 2004 – 2005 c) Kuala Lumpur – 2006- 2007 d) Bagan Serai , Perak – 2008 hingga kini Bilangan adik beradik : Anak Tunggal Hobi 4.2 Kaedah kajian Temu bual Rakaman 1 Tarikh : 22 September 2008 Masa : 3.00 petang Tempat : Sekolah Rakaman 2 Tarikh : 24 September 2008 Masa : 3.00 petang : Membaca

_______________________________________________________________________ 5 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Tempat : Sekolah Rakaman 3 Tarikh : 4 Oktober 2008 Masa : 1.00 petang Tempat : Rumah Responden

4.3 Batasan Kajian Kajian ini hanya menyelidik perkara yang berkaitan dengan masalah penyebutan atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem terbatas kepada hanya seorang responden di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Perak. Maklumat kajian diperoleh dari temu bual dengan murid (sampel) tersebut. Tempoh masa untuk kajian ini terhad untuk tempoh kurang dari 2 bulan. 5.0 Hasil Kajian 5.1 Perkataan Kata kerja Bil. Ujaran Responden Kategori Perkataan Ujaran Bahasa Trankripsi Melayu Fonetik

1. Ngaju nama khas raju 2. Ghohani Nama khas rohani 3. sempeghit Nama am semperit 4. oghang nama am orang 5. banghang Nama am barang 6. Ghumah Nama am rumah _______________________________________________________________________ 6 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

7. 8. 9. 10 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19 20. 21. 22.

kendughi haghi ghaya Ghamai keghepek gegham maghah sughuh cughi benghitahu heghan haghap ghasa gogheng segegha Baghu

Nama am Nama am Nama am Nama am Nama am kata kerja kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata adjektif Kata adjektif

kenduri hari raya ramai kerepek geram marah suruh curi beritahu hairan herap rasa goreng segera baru

5.3 Punca masalah Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek bersalingfahaman antara satu sama lain (Chambers dan Trudgill, 1980) Ciri kesalingfahaman ini merupakan asas penting yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek kepada satu bahasa yang sama ataupun terdiri sebagai satu bahasa tersendiri. Newton (1972) pula menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek keturunannya. Terdapat berbagai-bagai punca responden tersebut menyebut perkataan begitu. Sebabnya: 5.3.1 Jenis kawasan kediaman murid _______________________________________________________________________ 7 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Murid yang tinggal di kawasan kediaman yang menyediakan mereka peluang berbahasa Melayu dengan sebutan yang kurang tepat.

5.3.2 Peranan ibu bapa di rumah Penggunaan bahasa Melayu di rumah membantu murid menguasai bahasa Melayu yang tepat.. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa murid tidak menggunakan bahasa Melayu yang baku Mereka sering kali bertutur dengan menggunakan dialek masing-masing. 5.3.3 Pengaruh Faktor Diri Murid ke Atas Sebutan Yang Betul Dalam Bahasa Melayu 6.7.1 Faktor diri murid meliputi kekerapan berbahasa Melayu yang tepat , sikap terhadap bahasa Melayu, minat berbahasa Melayu, pengaruh jiran, pergaulan dengan rakan yang berbahasa Melayu, dan minat membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

6.0

PEMBINAAN

MODUL

PENGAJARAN

UNTUK

MENGATASI

PERMASALAHAN SEBUTAN 6.1 Teori pembelajaran

Teori pembelajaran yang dipilih untuk mengajar permasalahan sebutan yang dihadapi oleh responden ialah Teori Pembelajaran Behaviourisme. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviors , pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri seseorang individu _______________________________________________________________________ 8 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respons) organisma. Berasaskan pelaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

6.2 Perkaitan antara teori dan kaedah Kaedah yang dipilih ialah kaedah latih tubi. Murid tersebut ditayangkan slaid power point sebagai bahan rangsangan (stimuli) . Dalam slaid turut disediakan ikon speaker. Ikon tersebut apabila diklik akan membunyikan perkataan yang sedang dipaparkan. Murid tersebut akan mengikut sebutan perkataan yang betul mengikut slaid tersebut. Murid mengikut sebutan tersebut adalah sebagai tindak balas (respons) . Apabila diulang berkali-kali, murid tersebut semakin faham dan fasih untuk menyebut perkataan yang mengandungi fonem / r / . Ini disebut sebagai pelaziman . Kaedah latih tubi ini bersesuaian dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. 6.3 Alat Bantu Mengajar

_______________________________________________________________________ 9 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Guru mengajar dengan menggunakan Perisian Power Point. Alat Bantu Mengajar tersebut disimpan di dalam CD yang dilampirkan. 6.4 Rancangan pengajaran yang lengkap Masa Tahun Mata Pelajaran Tema Tajuk : 9.00-10.00 pagi :2 : Bahasa Melayu : Haiwan : Rama-rama Biru

Kemahiran ; Fokus Utama (FU): 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1

i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan (FS): 1.2 Membaca dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila Aras 1 _______________________________________________________________________ 10 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

iii. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai Perkataan yang perlu ditegaskan: Perkataan yang mengandungi fonem / r / Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i) ii) Menyebut sekurang-kurangnya 5 perkataan dengan fonem / r / dengan tepat. Dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan berkaitan dengan cerita yang diberi dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada Murid: Murid-murid pernah melihat rama-rama di sekitar kawasan mereka . Nilai-nilai Murni : Menghargai, bersungguh-sungguh. Alat Bantu Mengajar : Perisian “Power Point” KBKK : Menjana idea, menyesuaikan dan melabelkan. Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN - Guru meminta murid -Menyanyi bersama murid menyanyi mengikut slaid dan bersoal jawab tentang “Power Set Induksi dipaparkan Point” yang rama-rama.

9.00 – 9.05 - Memperkenalkan tajuk - Memperkenalkan tajuk _______________________________________________________________________ 11 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pagi (5 minit)

pada hari ini; “Rama-rama Biru”

pada hari ini iaitu “Ramarama Biru”. - Murid diminta mengeja dan menyebut tajuk yang dipaparkan dalam perisian “Power Point”

-

Guru

memaparkan - Guru membaca cerita Berdasarkan Point” yang sebaris demi sebaris dan Teori murid guru. mengikut bacaan Pembelajaran Behaviourisme, membetulkan guru menggunakan kaedah latih-tubi untuk menyebut perkataan ayat fonem boleh menyebutnya dengan tepat / dan r / dengan

“Power

disediakan. (Rujuk CD) Langkah 2 9.05pagi (10 minit) 9.15

Guru

sebutan murid.

sehingga murid

Langkah 3 9.15 – 9.30 pagi

Latih-tubi

perkataan -Guru tersebut

meminta berulang murid

murid Kaedah kali dapat

dengan fonem /r/.

menyebut sehingga

perkataan Latih- tubi.

_______________________________________________________________________ 12 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

(15 minit)

Dari Tidur Ramarama Ruru Riri

Rindu Terbang Mencari Menari Riang gembira

menyebutnya betul dan tepat.

dengan

Langkah 4 9.30 9.45pagi (15 minit)

- Bersoal jawab tentang – cerita yang dibaca. Soalan: i) Apakah warna Riri? kaki? iii) Bagaimana ramarama bergerak? iv) Siapakah yang Riri rindu? v) Apakah warna Ruru? vi) Apakah yang sedang Ruru lakukan? vii)Mengapakah gembira? - Melabelkan gambar rama-rama. i) mata ii) kaki iii) kepak mereka

Guru

bersoal murid

jawab tentang

dengan

cerita yang telah dibaca untuk menguji ingatan dan

ii) Rama- ada berapa kefahaman murid.

Guru

mengedarkan kerja yang gambar

lembaran rama-rama.

mengandungi

- Murid-murid dikehendaki

Langkah 4 iv) sesungut melabelkan bahagian _______________________________________________________________________ 13 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

yang 9.45 9.55pagi (10 minit)

mempunyai

petak

kosong. - Setelah siap melabelkan, Pengintegrasian: murid-murid hendaklah Seni Visual mewarnakan Rama-rama Biru sesuai dengan tajuk cerita.

-Guru Penutup 9.55 – 10.00 pagi (5 minit) induksi

meminta tadi

murid -. Guru meminta murid sambil induksi tadi sambil murid perkataan

menyanyi lagu dalam set menyanyi lagu dalam set memastikan menyebut dengan dengan tepat fonem / murid memastikan perkataan menyebut r tepat murid murid Guru tersebut tersebut memberi kepada sambil dapat penghargaan

/ dengan fonem / r / dengan

memberi galakan supaya menuturkan fonem / r / dengan tempat sepanjang masa.

6.5 Proses

Uji

kaji

atau

Eksperimen

mengikut

Rancangan

Pengajaran _______________________________________________________________________ 14 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Rakaman dibuat untuk membuktikan murid tersebut dapat menuturkan perkataan yang mempunyai fonem / r / dapat disebut dengan tepat. Ia turut dilampirkan dalam CD.

6.6 Refleksi Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas responden yang dikaji, jelas sekali responden tersebut mula menyedari yang dia selaku menuturkan fonem / r / dengan sebutan yang salah. Setelah aktiviti latih tubi mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, responden dapat mengatasi masalah sebutannya. Secara kesimpulan, !00% objektif yang disasarkan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas berjaya malah keputusan yang dicapai melebihi dari objektif kerana responden tersebut dapat menyebut semua perkataan dengan fonem / r / dengan tepat.

7.0

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH

Berdasarkan kepada dapatan utama kajian ini, berikut disenaraikan cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan permasalahan sebutan fonem dan perkaitan di kalangan murid: 7.1 Pihak sekolah dan guru bahasa Melayu perlu diberi kemahiran

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pengajaran dan _______________________________________________________________________ 15 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan selain daripada kaedah latih tubi yang digunakan secara meluas di sekolah 7.2 Latihan praperkhidmatan atau program latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu menitikberatkan pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Manakala guru bahasa Melayu yang bukan beropsyen bahasa Melayu perlu diberi latihan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 7.3 Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan bahasa Melayu, iaitu bukan sahaja terhad dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan semasa berinteraksi dengan guru Melayu, tetapi juga perlu digalakkan dalam berkomunikasi dengan guru bukan Melayu, masyarakat luar dan mengeratkan perpaduan antara kaum. Pihak pengurusan sekolah perlu memikirkan cara meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan bagi menjayakan pelaksanaan bahasa Melayu. 7.4 Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk murid menguasai bahasa Melayu seperti menyediakan sudut bercerita bagi bahasa Melayu, dan bahan bacaan secara audio bahasa Melayu yang menarik di perpustakaan atau pusat sumber. Bagi guru bahasa Melayu di luar bandar, bahan bantu mengajar di sekolah perlu disediakan dengan bahan yang terkini. 7.5 Pihak ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang mengadakan tindakan

susulan di rumah bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu anak

_______________________________________________________________________ 16 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

mereka iaitu dengan menggalakkan anak mereka berbual dengan mengguna bahasa Melayu baku. 7.6 Pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan kepada peningkatan penguasaan fonetik bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan mereka dalam bahasa Melayu.

8.0

PENUTUP

Kajian ini telah mengenal pasti faktor persekitaran , peranan ibu bapa dan faktor murid sendiri yang mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah. Faktor ini didapati berkait rapat di antara satu sama lain dalam mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah . Sebahagian daripada faktor ini dikenal pasti mempunyai pengaruh ke atas peningkatan pelaksanaan bahasa Melayu dan sebahagiannya lagi menjadi penghalang kepada permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu .Sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini ialah untuk menangani faktor yang menghalang kebolehan murid tersebut mengatasi permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu Oleh itu langkah yang berkesan dengan berpandukan cadangan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua _______________________________________________________________________ 17 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pihak yang bertanggungjawab sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia , sekolah , ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhan amnya.

7.0 BIBLIOGRAFI Abdullllah Hassan,, (1980).. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.. K..L..::Fajar Bakttii.. Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Azman Wan Chiik, (1987).. Editted:Isu-Isu Dallam Pengukuran Dan Penilaian Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: DBP. _______________________________________________________________________ 18 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Chambers, J.k. dan P. Tungill (1980) Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Chambers, J.k. dan P. Tungill 980 Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Goay,T.C (2008) Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor.Longman Koh Boh Boon..(1989).. Analisis Kadar Penguasaan Bakal Guru Bahasa Malaysia dalam Penggunaan Kata Kerja,, Kata Sifat Adverba dan Kata Nama,, Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia''.. Kuala Lumpur:: DBP. Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Ramiinah Sabran..(1983).. `Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu Dii Kalangan Guru Pelatih,,'' M.Ed.. Thesiis,, Facullty of Educattiion, Uniiversiitty of Mallaya.. Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________ 19 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

LAMPIRAN

_______________________________________________________________________ 20 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->