You are on page 1of 1

Pantun

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi a. Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak. e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus. g. Mudah dicipta secara spontan h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu Nota : perlu kemukakan contoh dalam menjawab soalan.

Ciri-ciri kelebihan pantun


a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya. c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll. b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain. c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis. d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

You might also like