You are on page 1of 79

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN 1.1 OBJEKTIF / MATLAMAT 1.2 DEFINISI KONSEP 1.3 RUANG LINGKUP / SKOP PERBINCANGAN 1.4 KERANGKA PERBINCANGAN 1.5 KESIMPULAN BAB BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN 2.1 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN BERCETAK 2.2 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN ELEKTRONIK / DIGITAL 2.3 REFLEKSI TERHADAP TINJAUAN LITERATUR 2.4 KESIMPULAN BAB BAB 3 PERBINCANGAN ISU 3.0 PENGENALAN 3.1 DEFINISI 3.2 FONEM-FONEM BAHASA MELAYU 3.3 ARTIKULASI FONEM-FONEM BAHASA MELAYU 3.4 CARTA FONEM BAHASA MELAYU 3.5 KESIMPULAN BAB BAB 4 PENUTUP 4.0 PENGENALAN 4.1 REFLEKSI 4.2 KESIMPULAN
1

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

BAB 1: PENDAHULUAN
1.0

Pengenalan
Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia. Dalam folio ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih terperinci dan mendalam. Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi, fonetik dan fonemik. Disamping itu, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong bahasa melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam folio ini.

1.1

Matlamat Dan Objektif


Matlamat ataupun objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan yang baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana pernah menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika dahulu. Kajian yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan fonologi dan fonetik.
Tambahan lagi kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah penghasilan atau pembentukan bunyi-bunyi vokal dan juga konsonan. Ianya juga bertujuan untuk
2

melihat bentuk-bentuk vokal dan juga konsonan yang ada di dalam bahasa Melayu. Selain itu, matlamat kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang hal-hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu termasuklah cara sebutan, simbolsimbol yang digunakan bagi setiap vokal mahupun konsonan-konsonan. 1.2

Definisi Konsep
Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan definisi operasional. 1.2.1

Definisi Teoritikal
1.2.1.1 Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
3

1.2.1.2 Fonetik Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud penkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik.

1.2.2 Definisi Operasional


Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa saya mendapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri.
4

1.2.2.1 Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. 1.2.2.2 Fonetik

Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut

1.4

Ruang lingkup / skop perbincangan


Ruang lingkup atau skop perbincangan kali ini adalah untuk menghuraikan atau membuat kajian mengenai fonologi dalam bahasa Melayu. Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokal, konsonan dan diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang alat-alat artikulasi, daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi.
5

1.5

Kerangka perbincangan

1.6 Kesimpulan bab

Secara kesimpulannya, bab ini memberikan gambaran secara kasar dan pengenalan umum kepada pembaca berkenaan dengan fonologi, fonetik, fonemik beserta dengan cabang-cabangnya. Selain itu, penyediaan objektif kajian, definisi konsep dan ruang lingkup perbincangan dan kerangka perbincangan akan membantu perjalanan untuk menyiapkan bab-bab yang seterusnya kerana gambaran kasar telah disediakan. Dengan itu penghasilan kerja kursus ini dapat dijalankan dengan lancar.

BAB 2. TINJAUAN LITERATUR


2.0

Pengenalan
Dalam bab 2, kami akan menerangkan cara-cara atau kaedah untuk kami memperolehi maklumat-maklumat yang berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan. Dalam tugasan bahasa Melayu ini kami telah menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan kaedah yang pertama yang digunakan adalah melalui sumber-sumber bercetak. Antara sumber-sumber yang telah dirujuk adalah artikel-artikel yang berkaitan, buku-buku rujukan, dan jurnaljurnal. Sementara itu kaedah yang seterusnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang masih kurang lengkap adalah melalui media elektronik. Media elektronik yang digunakan adalah melalui internet.

2.1

Tinjauan Literatur (bahan bercetak )


2.1.1 Buku Fonetik dan Fonologi. Buku Fonetik dan Fonologi karangan Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar adalah bahan rujukan saya yang pertama. Merujuk kepada penulis buku ini , fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat
7

komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Seterusnya, fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar. Fonetik akustik pula ialah kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi. Selain daripada itu buku ini juga menerangkan maksud-maksud bidang fonologi dan bahagiannya dengan lengkap. Selain itu, terdapat juga penjelasan mengenai alat-alat artikulasi, bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan cara-cara menghasilkannya, serta gambarajah yang lengkap. 2.1.2 Fonologi, Bahasa Melayu STPM Hasil daripada penulisan Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Buku bahasa Melayu STPM ini menerangkan dalam Bab 11 bahawa, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyibunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa manakala fonetik akustik pula mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa. Fonetik artikulasi pula mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi. Buku ini juga menjelaskan tentang alat-alat ujaran, vokal, konsonan dan diftong serta cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa Melayu. 2.1.3 Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1
8

Buku Bahasa Melayu Kertas 1 ini merupakan buku rujukan STPM hasil karangaan Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad. Buku ini menerangkan tentang fonologi dan cabang-cabangnya. Menurut buku ini, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, yakni bunyi yang digunakan dalam komunikasi. Menurut buku ini lagi, fonologi dibahagikan kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Dalam pengajian fonetik ini ada tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa, iaitu penyebutan, pendengaran dan sifat bunyi. Fonemik pula bidang fonologi yang menganalisis sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Buku ini juga ada menjelaskan maksud istilah yang digunakan, alat-alat artikulasi, dan cara-cara menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong dengan gambarnya sekali. 2.2

Tinjauan Literatur (bahan elektronik )


2.2.1 Fonetik http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik

Secara keseluruhannya, bahan yang saya dapati di laman web ini dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam penghasilan folio ini. Dalam artikel ini, definisi-definisi tentang fonetik diterangkan secara umum, serta terdapat juga sejarah ringkas tentang permulaan pengkajian ilmu fonetik di dunia ini. Terdapat juga sedikit penerangan tentang cabangcabang utama bagi fonetik, yakni fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Selain itu, penerangan secara ringkas juga diberikan tentang fonetik forensik, iaitu kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan) bagi tujuan forensik (perundangan). 2.2.2 Bunyi Bahasa Melayu
9

- http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

Secara rumusannya, artikel yang saya dapati pada laman web ini memberikan definisi-definisi umum berkenaan tentang fonologi, fonetik, fonem, alofon dan juga suku kata dalam bahasa Malaysia. Selain itu, bahan ini juga dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam menghasilkan folio ini dengan lebih baik, kerana dengan adanya bahan tambahan yang dapat memperkukuhkan folio ini. Tambahan pula, artikel ini juga memberikan contoh-contoh yang mudah difahami oleh semua pihak, khusunya kepada manusia yang baru belajar tentang bahasa. Bahan ini menjadi sumber rujukan yang kedua saya bagi menyiapkan folio ini selepas literatur bahan-bahan bercetak seperti buku-buku dan sebagainya. 2.2

Refleksi
Melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap bahan tinjaun literatur yang telah diperolehi, saya dapati bahawa fonologi merangkumi satu bidang yang agak meluas yang juga terdiri daripada beberapa cabang dari segi fonetik dan fonemik. Seterusnya fonetik dan fonemik mempunyai subtopiknya masing-masing. Sebelum ini saya masih keliru dengan fonologi dan fonetik tetapi setelah merujuk bahan-bahan yang berkenaan dengan fonologi dan fonetik ini saya dapat membezakan antara kedua-duanya. Maklumat mengenai fonologi, fonetik,dan fonemik yang saya perolehi daripada bahan bercetak amat berguna dan banyak membantu sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Segala maklumat-maklumat yang diperlukan terdapat dalam bahan ini termasuklah penerangan-penerangan yang berguna.
10

Melalui media elektronik ataupun vahan digital pula, saya hanya memperoleh sedikit maklumat maklumat. Bahan-bahan yang saya perolehi daripada sumber elektronik ini hanya menerang kan secara ringkas mengenai fonologi dan fonetik seperti maksud fonologi dan fonetiknya sahaja. Secara keseluruhannya mengenai tinjauan literatur ini, saya masih kurang dari segi mendapatkan maklumat melalui bahan elektronik ataupun digital. Ini mungkin kerana saya masih kurang mendalami tinjauan berasaskan bahan elektronik seperti internet. Disamping itu saya mengharapkan saya akan dapat belajar

2.3

Kesimpulan bab
Kesimpulan daripada bab ini adalah tinjauan literatur merupakan satu proses yang amat penting untuk menyiapkan apa-apa sahaja jenis tugasan sebagai contoh terdekat ialah kerja kursus bahasa Melayu ini. Kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dimana sahaja, sebagai contohnya pusat sumber. Melalui pusat sumber kita boleh mendapat bahan-bahan rujukan daripada buku. Selain itu, di zaman yang serba moden ini kita juga boleh mendapatkan maklumat dengan hujung jari sahaja iaitu internet. Salah satu kelebihan pusat sumber kini ialah kemudahan internet yang memudahkan saya untuk mengakses ke laman-laman web ilmiah yang berkaitan. Di samping itu, bab ini, bab ini akan memudahkan saya untuk menyiapkan proses-proses yang seterusnya dalam kerja kursus ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan diperoses lagi untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
11

penting yang diperlukan. Oleh yang demikian, tinjauan literatur ini merupakan suatu proses yang penting.

BAB 3 : PERBINCANGAN ISU 3.0 Pengenalan


Dalam bab ini kita akan memfokuskan kepada tajuk utama kerja kursus kita iaitu kajian tetang fonologi, fonetik, fonemik, dan fonem-fonem dalam bahasa melayu dengan mendalam lagi.
Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui maksud fonologi, fonemik dan fonemik melalui bab ini. Definisi-definisi ini telah dipetik daripada ahli-ahli linguistik tempatan dan antarabangsa. Melalui definisi tersebut, kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang fonnologi, fonetik dan fonemik.

Di samping itu, cara-cara penghasilan fonem-fonem seperti fonem vokal, fonem konsonan dan juga fonem diftong dalam bahasa Melayu. Untuk lebih memahami dan cara penghasilan dengan lebih tepat gambarajah-gambarajah disertakan sekali bagi setiap fonem.

3.1

Definisi
3.1.1 Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna
12

dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds. Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu kira-kira berbunyi, Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendifinisikan fonologi itu sendiri. Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua, yakni fonetik dan juga fonemik.

3.1.2 Fonetik
Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).
13

Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: Pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik. Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alatalat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai fonetik artikulasi.

14

Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula, deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan. Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi, dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut, bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.

3.1.3 Fonemik
Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa.

3.2 Fonem-fonem bahasa Melayu


3.2.1 Vokal
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paruparu keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
15

sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu: 1i Vokal hadapan 2 3 Vokal tengah Vokal belakang Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri

daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
16

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: 1 Hampar 2 Separuh hampar 3 Bundar 4 Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa

menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

17

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa

3.2.2 Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa

melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). satu konsonan hentian glotis. ( ? ) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
18

dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
satu konsonan getaran bersuara ( r ). satu konsonan sisian bersuara ( I ).

empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

3.2.3 Diftong
Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah
19

merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.

Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.

3.3

Artikulasi Fonem-Fonem Bahasa Melayu Artikulasi Fonem Vokal


3.3.1.1 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]
Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras

3.3.1

tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat

sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: awalan [ijab] pertengahan [minum] akhir an [beli]
20

[insan][kilang]

[cari]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]. 3.3.1.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: awalan [ekor] [enak] pertengahan [kekok] [belok] akhir an [kole] [taug e]

21

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. 3.3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ] Bunyi vokal // dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [sok] [kk] [sor] [nak] [blok] [ol-ol]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ]. 3.3.1.4 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut,

hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian
22

rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh: akhir awalan pertengahan an [angsa] [alis] [rapi] [palam] [lupa] [kena ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. 3.3.1.5 Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ] Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh: awalan [ungka] [ulam] pertengahan [tuba] [pucat] akhir an [batu] [kelu]

23

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. 3.3.1.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:

awalan [orang] [onar]

pertengahan [roket] [pocong]

akhira n [milo] [kerom o]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. 3.3.1.7 Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ]
Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk menghasilkan vokal // ini, belakang lidah
24

hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal / /. Sebagai contoh: akhir awalan pertengahan an [pidat [leh] [b leh] ] [tomat [pera] [pr ton] ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah [ ].

3.3.1.8 Vokal Tengah [ ] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi // akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh: awalan pertengahan [mak] [blah] [mas] [clah]
25

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [].

3.3.2

Artikulasi Fonem Konsonan


3.3.2.1 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan [batu]

pertengahan [lumba] [kelab]

akhir an

[balu]

[labu]

[maktab]

26

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. 3.3.2.2 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [palu] [pedang] pertengahan [sampah] [sepah] akhir an [malap] [kejap ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 3.3.2.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
27

awalan [datuk] [diari]

pertengahan [sedut] [saderi]

akhir an [salad ] [nomad]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d]. 3.3.2.4 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [tebu] [tabur] [satu] [ketum] pertengahan [selat] [pelat] akhir an

28

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]. 3.3.2.5 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [gajah] [gelap] pertengahan [megah] [sergah] akhir an [beg] [jag]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. 3.3.2.6 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].
29

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [kalau] [kari] [bek al] [cekal] pertengahan [selak] [elak] akhir an

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. 3.3.2.7 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [jambu] pertengahan [laju] akhir an [kolaj]
30

[jambang] [baju][mesej]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. 3.3.2.8 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan [atan] [ka [uba] a]

pertengahan [bea] [kla]

akhir an [ma ]

31

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. 3.3.2.9 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan [rotan] [rancang] pertengahan [kerap] [perap] akhir an [pakar] [cak ar]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]. 3.3.2.10Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran

32

[mantan] [maki] [amal]

[semak]

[sela m] [suram]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].

3.3.2.11 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan [naga] [niaga] pertengahan [benam] [enam] [ikan] [lokan ] akhir an

33

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigigusi bersuara [n]. 3.3.2.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]. Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan

[nawa] [nasi]

[senap] [guna]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n]. 3.3.2.13 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara []. Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak

dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran
34

[ilu] [basal] [aa]

[sena]

[seal] [rena]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara [].

3.3.2.14 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [feri] pertengahan [safari] akhir an [mual af]

[fasa]

[kafi r]

[alaf]

35

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].

3.3.2.15 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [van][larva] [violin] [kanvas] pertengahan

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
36

3.3.2.16 Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara []. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: akhir an [wari] [keri ]

awalan [abit] [elasa] [in in]

pertengahan

[pean]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara []. 3.3.2.17 Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan [zikir] [zaman]

pertengahan [nazak] [azimat]

akhi ran [lafaz] [haf az]


37

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].

3.3.2.18 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x ]. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai contoh: awalan [xianat] [xamis] pertengahan [maxluk] [axbar] akhir an [tarix] [mari x]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x].
38

Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang disalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh: awalan [sama] [silap] [asa p] pertengahan [nasi] [tulus] akhir an [kipas ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. 3.3.2.20 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh: awalan [hantu] [haram] pertengahan [mahir] [dahan] akhir an [sirih] [mada h]
39

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. 3.3.2.21 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan [lapar] [lima] [bali k] [bila ] pertengahan [cekal] [pukul] akhir an

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. 3.3.2.22 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah

lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh:
40

awalan [wakil] [wilayah]

pertengahan [bawal] [tawakal] [straw]

akhir an

[takra w]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].

3.3.2.23 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan [yuran] [yakni] pertengahan [sayu] [bayar]

41

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. 3.3.2.24 Konsonan geseran gigi bersuara []. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [aif][faru] [arurat] [hair] pertengahan

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi bersuara []. 3.3.2.25 Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara []. Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antar lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran

42

[irik] [urga]

[mukil] [aik]

[Qurai] [sku a]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara []. 3.3.2.26 Konsonan lelangit lembut bersuara [o]. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat suatu sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [oaib] [oairah] [loo at] [maorib] pertengahan [tablio] [balio] akhir an

43

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan lelangit lembut bersuara [o]. 3.3.3 Artikulasi Fonem Diftong 3.3.3.1 Artikulasi fonem diftong [ai ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: awalan [aising] [aikido] pertengahan [hairan] [kailan] akhir an [belai] [kedai ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ]. 3.3.3.2 Artikulasi fonem diftong [ au ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh: awalan [aur] [aurat] pertengahan [maulana] [saudara] akhir an [pulau] [relau]
44

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]. 3.3.3.3 Artikulasi fonem diftong [oi ] Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: pertengahan akhiran [boikot] [kaloi]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ]. 3.4

Alat-Alat Artikulasi

45

3.4.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

3.4.2

Fungsi Alat Pertuturan

3.4.2.16.1Lidah
46

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. 3.4.2.16.2Gigi Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya yang statik tidaklah dan seaktif lidah. Kedudukannya sentiasa digunakan

sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 3.4.2.16.3Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 3.4.2.16.4Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
47

sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

3.4.2.16.5Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

3.4.2.16.6 Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 3.4.2.16.7Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
48

3.4.3 Daerah-Daerah Artikulasi


Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa.Contoh alat-alat atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi, gusi, lelangit dan rongga hidung. 3.4.3.16.1Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
49

3.4.3.16.2Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 3.4.3.16.3Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 3.4.3.16.4Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.5

Carta Fonem Bahasa Melayu


3.5.1 Carta Fonem Vokal

50

Bahagian lidah Cara sebutan


Hadapan Sempit atau Tinggi
Hadapan Separuh Sempit

Depan

Tengah

Belakang

i e

atau Separuh Tinggi


Hadapan Separuh Luas atau

Separuh Rendah Hadapan Luas atau Rendah Belakang Sempit atau Tinggi Belakang Separuh Sempit
Belakang Separuh Luas atau

A U O e

Separuh Rendah Bahagian tengah

3.5.2 Carta Fonem Konsonan

51

Daerah sebutan

1 Dua

2 Gusi

3 Gusi Lelangit keras

Cara sebutan

bibir

4 Lelangi t keras

5 Lelang it Lembu t

6 Pita suara

Letupan tidak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara Sengauan Geseran tak bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh vokal

p b

t d

k g

n S H

i w y/j

Rajah dan carta di atas menunjukkan tentang carta konsonankonsonan dalam bahasa Melayu.

3.5.3 Carta Fonem Diftong Bahasa Melayu


Cara Penghasilan Vokal depan luas ke vokal depan sempit Vokal depan luas ke vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit ke vokal depan sempit Diftong ai au oi

Carta di atas menunjukkan tentang carta diftong-diftong dalam bahasa Melayu. 5 2

Kesimpulan Bab
Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik. Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alatalat artikulasi yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang tersendiri yang akan menghasilkan. Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong.

53

BAB 4: PENUTUP

4.0

Pengenalan
Dalam bab ini kita akan membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai penghasilan kerja kursus bahasa Melayu ini. Kesimpulan dibuat

berdasarkan keseluruhan penghasilan kerja kursus bahasa Melayu ini.


Disamping itu, kita juga akan membincangkan tentang kelemahan-kelemahan caracara mengatasinya supaya dapat kita perbaiki pada masa yang mendatang.
54

4.1

Penutup (Keseluruhan)

Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa.

Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].

Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini
55

4.2

Refleksi Tugasan

Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian dan menaip hampir 10000 patah perkataan. Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya pada mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa bahasa Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri. Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. .

BIBLIOGRAFI

1. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


56

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2. Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

3.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

4.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik

57

You might also like