You are on page 1of 19

HERBA DAN TUMBUHAN UBATAN

PENGENALAN
Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca
makanan dan perubatan semenjak zaman batu. Segala
pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut
dan di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia
semakin moden manusia mencari penemuan baru. Kini, setelah
puas disogok pelbagai bahan tiruan, manusia kembali kepada asal
iaitu alam semulajadi.
Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio
budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah
perubatan asli tersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional
terbahagi tiga iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan
Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu
campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli.
Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan
mentahnya berasal dari tumbuhan.
TUMBUHAN HIJAU PENUH KHASIAT
Sebanyak 76 spesis paku-pakis dan 1215 spesis tumbuhan
berbiji di Semenanjung Malaysia didakwa berkhasiat ubatan,
termasuk untuk kecantikan. Lebih 125 ribu jenis tumbuhan ada
khasiat perubatan yang berasaskan penggunaan. Pola
penggunaan perubatan tradisional kalangan lelaki biasanya untuk
menjaga kesihatan, meningkatkan tenaga mental, fizikal dan
keupayaan lelaki. Hampir 40 peratus kegunaannya untuk orang
perempuan bagi tujuan kecantikan seperti awet muda,
melangsingkan badan, kegebuan kulit serta meningkatkan daya
tarikan seks, mengawal perjalanan haid dan menjarangkan anak.
Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar,
batang, daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok.
Lazimnya ia berbentuk kasar seperti akar kayu yang dikeringkan
atau bentuk segar yang direbus dan diminum airnya. Hanya
segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat.
Secara umum kajian setakat ini yang dilakukan oleh Profesor
Madya Dr. Marziah Mahmood daripada Jabatan Biokimia dan
Mikrobiologi UPM (1993) membuktikan benar mengenai dakwaan
dan kepercayaan tentang kebaikan 10 jenis spesis tumbuhan
kumpulan kunyit dan jarum emas. Namun begitu, khasiat yang
ada tidak stabil dan mungkin hilang dalam pemprosesan atau
melalui peruapan. Terutama jika barangan tersimpan lama dalam
pasaran.
Rahsia Di Sebalik Nama
Pudina
Tumbuhan ini sejenis herba dan senang ditemui di tempat
lembap. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam. Daunnya dan
sedikit perahan air limau ditumbuk lumat, dipupuk pada dahi
untuk ubat sakit tekak. Minyak yang didapati daripada daunnya
dikenali sebagai minyak perlu atau peppermint. Mujarab
digunakan untuk sakit kerongkong dan sebagai perasa masakan
atau gula-gula.
Mata Pelanduk
Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir
hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk
perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit
meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit
tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak
menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat
penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya
lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna
merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.
Dukung Anak
Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan dan serata tempat lapang
ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok ini diminum,
mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains
membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi.
Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati
kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit
demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak
dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering
direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk
dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit
batuk berdarah.
Serai
Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain
penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan.
Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada
dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-
bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara
itu. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila
disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil
boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah
perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai
pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.
Putarwali
Ia hanya boleh ditemui di dalam hutan dan air rebusan akarnya
mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh membebaskan
hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan
tisu badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan
kekuatan tenaga batin lelaki yang telah berusia.
Jarum Emas
Ia sejenis rumput yang boleh ditemui di kawasan lapang.
Tumbuhan parasit ini hidup menumpang pada pokok lain serta
tidak berakar. Air rebusannya dipercayai mampu mengubat sakit
pinggang, sakit urat saraf dan elak untuk ibu bersalin. Pun
saranan pengkaji sains, ia harus direbus mengikut cara teratur.
Lima batang pokok harus direbus bersama 0.5 liter air.
Kacip Fatimah
Ia sejenis tumbuhan hutan berkayu kecil. Minum air
rebusannya dikatakan mampu memudahkan ibu bersalin. Malah
ia dikatakan elok diminum sewaktu ibu berpantang.
Tongkat Ali
Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah
tinggi apabila diminum air rebusan akarnya. Malah penyakit
seperti sakit jantung, kencing manis serta sakit kepala boleh
diredakan dengan mengamalkan minuman air rebusannya. Ibu
bersalin sering dicadangkan minum air rebusannya untuk
mengubati luka.
Pepanggil
Tumbuhan ini berbunga merah, mempunyai ketinggian di
antara enam hingga lapan kaki. Daunnya jikalau direndam dan
diminum dikatakan mujarab sebagai julap pencuci usus. Bengkak
di perut dikatakan boleh dikurangkan dengan menyapu air
rebusan pokok ini.
Bidara
Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini
ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia
mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan
oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit
dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit.
Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak
dimakan.
Terung Pipit
Sejenis pokok renek berukuran lebih 1.5 meter tinggi,
dikatakan mujarab bagi merawat sakit kepala, sengal otot, taun,
cirit-birit dan mengurangkan demam panas. Losyen yang
dihasilkan daripada daun terung pipit sesuai digunakan untuk
mengubat buasir manakala tempelan akar pokok yang ditumbuk
lumat boleh memulihkan tumit kaki yang pecah. Buah terung pipit
pula enak dijadikan ulam atau dimasak sambal dan jika kerap
dimakan, ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain
mengandungi pelbagai khasiat, masyarakat kampung biasanya
mencampurkan daun terung pipit dalam masakan untuk
menambah selera makan.
Asam Gelugur
Sejenis pokok yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Rasa
buah asam gelugur yang masam menjadikannya antara bahan
penting untuk memasak. Asam gelugur juga diguna untuk
menyembuhkan kesan demam selsema. Dalam kajian terbaru
dunia perubatan, pengkaji mengenal pasti dan mengasingkan
bahan kimia yang dihasilkan daripada asam gelugur untuk diguna
dalam penghasilan ubat antitekanan darah tinggi.
Cili
Cili ditemui oleh bangsa Sepanyol kira-kira abad ke -16 semasa
era perkembangan baru dunia. Cili boleh didapati dan ditanam
meluas di seluruh dunia. Di antara negara-negara tersebut ialah
Brazil, Congo, India, Jepun, Honduras, Guatemala, Mexico,
Mombassa, Uganda, China dan Amerika Syarikat. Cili adalah dari
keluarga Solanaceae iaitu satu keluarga dengan ubi kentang dan
tomato. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa spesis dan yang
paling popular ditanam di Malaysia hanya dua jenis iaitu
Capsicum annum dan Capsicum frutescen. Contohnya, cili padi,
cili api, cili gadung, cili tomato dan cili akar.
Cili yang bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepesasan cili
adalah bergantung kepada kandungan Capsaicin/Capsaicivoids di
dalamnya. Terdapat 5 komponen capsaicin di dalam cili, iaitu
nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin
dan homo dihidro capsaicin. Komponen tersebut mambantu
merawat sistem peredaran darah yang kurang lancar seperti
aliran darah pada tangan, kaki dan jantung. Buah cili yang pedas
dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang
metabolisme yang mengakibatkan lancarnya peredaran darah.
Capsaicin juga bersifat mukokinetik yang dapat mengurangi,
mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru bagi
penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.
Buah cili juga mengandungi flavoid dan antioksidan yang dapat
melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili mengandungi
capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem
pencernaan. Minyak cili dipanggil capsicol. Ia diguna sebagai ubat
sapu bagi mengurangkan sengal-sengal, sakit gigi, sesak nafas
dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi tablet dan
digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah
badan. Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin
A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.
Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula
ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu
ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang
dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan
bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979.
Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun
dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang
miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan
masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus
mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis.
Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu
orang mula suka makan bawang.
Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan
jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di
dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah
bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu
membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga
mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin,
potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di
Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan
terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga
dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta
digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-
paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan
masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika
dimakan sewaktu harapan.
Bawang Besar
Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah
kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat
hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya
menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata,
cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung.
Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya
kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang
menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis
bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga
jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak
perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat,
bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang
besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat
yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai
bau badan yang kuat belim dapat di pastikan. Dinegara-negara
tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan
beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus
yang hidup di badan manusia.
Bawang Putih
Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah
oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium
Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara
pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi
daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan.
Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang
primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai
kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia
awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan
bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih
juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak
digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem
perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk
menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk
menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan
penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan
angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada
kanak-kanak.
Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan
perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian
mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun
kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino
yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin
bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar
alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu
mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat
minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang
putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian
menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab
mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein
atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang melekat ke
saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang
penyakit jantung.
Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi,
sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga
mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting
untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium.
Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak
terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang
diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga
menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang
putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan
bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan
bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka
selera sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga
dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang
dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama.
Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih
terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol,
Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur.
Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3
tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini
proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih
daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah
bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di
tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu
dibuang agar tahan lebih lama.
Kentang
Terdapat beratus jenis ubi kentang yang tumbuh di seluruh
dunia. Ia adalah daripada keluarga Solanaceac seperti terung dan
tomato. Ubi kentang berasal dari negara Bolivia daan Peru dan ia
telah mula ditanam semenjak tujuh ribu tahun dahulu. Semenjak
orang Sepanyol membawa ubi kentang keluar dari Amerika
Selatan pada abad ke -16, ubi kentang telah menjadi bahan
penting dalam setiap masakan orang Eropah. Kini, ubi kentang
ditanam secara besar-besaran terutamanya bagi peladang di
Amerika Syarikat.
Khasiat Kentang.
Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan
oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua
selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau
gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan
tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta
sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi
kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam
pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%,
dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan
saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami
kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber
terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga
merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan
badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di
dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh
meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang
terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan
clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel
yang boleh membawa kepada barah.
Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga
jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan
penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot
dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat
atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat
dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat
berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang
digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka,
mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta
pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada
bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata
(dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh
melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek
(tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini
menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan
perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Kurma
Dikenali juga sebagai Phoenix dactylifera. Kurma adalah sejenis
buah yang mengandungi banyak garam galian. Bagi setiap orang
Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan 3 biji kurma,
kecuali jika tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan
manis yang lain. Secara saintifik, logiknya kerana sepanjang hari
berpuasa, badan kita menggunakan tenaga daripada makanan
yang diambil ketika bersahur. Makanan ini melalui proses
pencernaan dan penyerapan. Kandungan karbohidrat di dalam
makanan-makanan akan ditukar kepada glukosa, sumber utama
tenaga yang mudah diserap oleh badan. Selepas 6 jam,
kandungan glukosa di dalam sistem pencernaan tidak mencukupi
untuk menampung keperluan badan. Maka ketika ini kita akan
berasa lapar. Penggunaan glukosa yang tersimpan di dalam
badan perlu di ganti secepat mungkin iaitu ketika berbuka.

Khasiat:
Kandungan khasiat kurma bagi setiap 100 gram ialah:-

Karbohidrat 7.5 g
Kalsium 55 mg
Potassium 62 mg
Kalium 535 mg
Karotin 140 mg
Air 23 mg
Protein 2.3 mg
Serat 10 1.0 g
Ferum/besi 0.8 mg
Vitamin (B1, B2 & 1.43 mg
niasin)

Daripada jumlah di atas, setiap 100g. kurma boleh menymbang


sebanyak 295 kalori tenaga.
Kiwi
Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di negara China dan dikenali
sebagai Yantoa (Chinese Gooseberry). Pada masa kini, ia banyak
tumbuh di New Zealand dan popular dengan nama kiwi sempena
nama burung kiwi di New zealand. Kiwi mempunyai gabungan
rasa buah tembikai, strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu
coklat halus nampak hodoh. Namun begitu isinya cantik,
berwarna hijau muda dan berbiji halus, membulat di tengahnya
membentuk corak seperti bunga.
Selain cantik sebagai hiasan kek, puding dan agar-agar, buah
kiwi sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebahagian
besar vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi
yang bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C.
sebanyak 120 peratus vitamin C keperluan harian boleh
dibekalkan oleh buah kiwi. Kandungan kalorinya sangat sedikit
berbanding limau manis. Kandungan seratnya pula, empat kali
lebih banyak daripada anggur.
Pengambilan serar dapat membantu mengawal nafsu makan
dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan
potassium dapat mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan
tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian
tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka
dan membaik pulih. Buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya
dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang
dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi
penyingkir' untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
Epal
Epal bukan sekadar murah dan mudah diperolehi malah ia
adalah buah yang berkhasiat dan berzat. Rasanya yang masam-
masam manis boleh mengurangkan rasa mual setelah memakan
makanan yang berlemak. Epal tidak mengandungi lemak atau
kolesterol malah tiada langsung mengandungi sodium. Sebiji epal
turut menyumbang sepertiga keperluan vitamin C untuk sehari.
Epal merah mengandungi karotin yang membekalkan vitamin A.
mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan
menyihatkan gigi. Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli,
namun banyaknya pengeluaran air liur menolong mengelakkan
kerosakkan gigi.
Sebiji epal yang beratnya 200 gram mengandungi empat
gram serat, iaitu sama dengan serat yang terkandung dalam tiga
keping roti bijirin campuran atau seperempat cawan oat yang
telah dimasak. Kandungan serat yang tinggi membuatkan kita
rasa kenyang selepas memakannya. Secara tidak langsung, boleh
menurunkan berat badan. Tambahan lagi kandungan kalorinya
rendah, iaitu hanya 40 kalori.
Pemakanan yang tinggi kandungan serat boleh menghindari
beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan
penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari
kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain
boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus.
Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah
satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang
menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang
sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang
diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.
Pokok epal ditanam daripada keratan batangnya. Cuaca sejuk,
tidak terlalu panas, hujan mencukupi dan cuaca yang baik
semasa musim memetik amat bersesuaian dengan penanaman
pokok epal. Epal mula berbuah setelah berusia tiga tahun. Namun
begitu, buahnya menjadi lebat semasa pokok berusia lima tahun.
Pokok epal boleh membesar sehingga setinggi empat meter.
Biasanya ianya dicantas agar rimbun dan mudah semasa
memetik buahnya. Australia, USA, New Zealand, Chile, Afrika
Selatan dan Perancis adalah negara pengeluar epal paling besar.
Jenis epal yang ditanam ialah Gala, Fuji, Sundowner, Golden
Delicious, Pink Lady, Granny Smith, Jonathan & Delicious.
Pulut-Pulut
Pulut-pulut atau Urena lobata didapati tersebar luas di kawasan
tropika seluruh dunia. Ia tumbuh sebagai rumpai di kawasan-
kawasan yang terdedah seperti di tepi jalan dan di kawasan
buangan. Di Malaysia, spesis ini biasanya boleh didapati di
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut. Tumbuhan ini
mudah dibiakkan dengan hanya menanam biji benih yang telah
masak. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya tergolong
dalam famili Maluaceac yang terdiri daripada 1550 spesis
tumbuhan di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika.
Ciri-ciri:
Sejenis tumbuhan renek yang boleh tumbuh sehingga
setinggi 1.2 meter. Hampir kesemua bahagian tumbuhan ini
diselaputi oleh bulu. Susunan daunnya berselang-selang,
selalunya bercuping palmat (berupa tangan) dengan ukuran 6.5
cm lebar. Bunganya yang tunggal tumbuh di celah daun, bersaiz
kecil dan berwarna merah jambu. Buahnya pula diselaputi oleh
bulu berlengkok dan terdiri daripada lima cuping yang berasingan
apabila telah masak.
Kegunaan:
Semua bahagian tumbuhan ini iaitu akar, batang, daun,
bunga dan buahnya digunakan dalam pengubatan tradisional
rantau ini. Ia boleh digunakan untuk mengubati pelbagai jenis
penyakit seperti radang sendi-sendi, disenteri, sakit perut,
malaria, demam, cirit-birit, batuk, penyakit-penyakit kulit,
pengeluaran darah berlebihan, penyakit dada dan kesukaran
ketika bersalin. Tumbuhan ini juga dilaporkan boleh digunakan
untuk melakukan pengguguran (di negara China) dan berguna
sebagai penawar racun jika dimakan bersama bunga raya
(Hibiscusrosa-sinensis).
Di Malaysia, pucuk dan daun pulut-pulut digunakan di dalam
beberapa istiadat tradisi yang berkaitan dengan penanaman
beras dan dalam majlis perkahwinan. Ia juga dibawa bersama
tangkal pelindung (protective charm) ketika pergi memburu
gajah. Kulit pada batang tumbuhan pulut-pulut berserat dan boleh
menggantikan rami (jut) dalam industri pembuatan tali dan guni.
Di Brazil, tumbuhan ini ditanam secara besar-besaran untuk
tujuan tersebut. Terdapat sejenis kertas liat yang diperbuat
daripada kulit batang pulut-pulut. Arang kayu yang dibuat
daripada pulut-pulut digunakan untuk menghitamkan gigi.
Mengkudu
Mengkudu berasal dari hutan. Ia boleh ditemui tumbuh dengan
suburnya di negara-negara yang berdekatan dengan garisan
Khatulistiwa seperti India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Indo-China
dan Hawai. Di Malaysia pokok mengkudu mempunyai dua spesis.
Mengkudu liar atau mengkudu hutan (Morinda tinctoria) adalah
mengkudu asal yang kini tumbuh meliar di belukar dan di
kawasan tanah lapang seperti di tepi laut. Pokoknya berbentuk
rendang dan berbuah kecil sebesar ibu jari. Buahnya berbintik-
bintik seperti bisul kecil dan menirus. Ia berasa pahit.
Satu lagi spesis mengkudu yang sering terdapat di kawasan
berhampiran pantai dan belukar ialah mengkudu India atau
mengkudu busuk (Morinda citrifolia). Spesis ini dikatakan berasal
dari India tetapi telah membiak dengan suburnya di negara kita
sejak hampir 100 tahun dahulu. Mengkudu India berbeza dari segi
saiz daun dan buah, iaitu lebih besar berbanding mengkudu
hutan. Buah mengkudu India berwarna hijau sewaktu muda dan
berubah warna kuning susu kepada kuning setelah mencapai
peringkat cukup masak. Saiz buahnya boleh membesar sehingga
12 sentimeter.
Mengkudu di tanam di kawasan kampung kerana buahnya yang
mengandungi khasiat perubatan. Orang tua-tua dahulu percaya
bahawa mengkudu dapat merendahkan tekanan darah tinggi,
mengurangkan angin dalam badan, menambah selera makan,
awet muda dan sebagai syampu yang amat baik untuk rambut.
Mereka telah mengamalkan pengambilannya secara tradisional.
Amalan yang mereka gunakan ialah memakan pucuk mengkudu
yang direbus sebagai ulam, memakan buah mengkudu masak
dengan garam dan meminum jus mengkudu dengan madu lebah.
Khasiat Mengkudu:
Ahli biokimia dari Universiti Hawai iaitu Dr. Ralph M. Heinicke
telah membuat kajian secara saintifik dan telah membongkar
rahsia khasiat buah mengkudu yang mengandungi bahan
xeronine. Xeronine merupakan bahan penting dalam
penggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan melalui
tindak balas kimia antara proxeronine dan proxeronase. Xeronine
membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil yang
membolehkan kadar serapan bahan nutrien daripada makanan
dipertingkatkan. Selain xeronine, mengkudu juga amat kaya
dengan bahan antioksidan. Kepekatan bahan antioksidan dalam
mengkudu adalah lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan lain.
Dengan adanya bahan antioksidan dalam badan, ia akan
melambatkan proses penuaan.
Khasiat mengkudu terdapat di seluruh bahagian pokoknya.
Ia meliputi pucuk, bunga, kulit kayu, akar, daun dan buah.
Pucuknya direbus sebagai ulam, bunga untuk merawat penyakit
mata dan kulit kayu untuk pewarna kain, disentri dan malaria.
Akarnya untuk mengelakkan kesakitan akibat luka, meningkatkan
sel darah putih, merangsang sistem endrokkrin, mengandungi
bahan antikongesi untuk mengelakkan penyekit buasir, hidung
tersumbat dan pendarahan bahagian otak. Daunnya boleh
dijadikan sayur kerabu, pewarna nasi kerabu, dimasak sebagai
sayur, untuk membungkus tungku bagi menaikkan kembali rahim
ibu yang baru lepas bersalin ke tempat asalnya, melancarkan
perjalanan haid, bertindak sebagai antibakteria khususnya
kepada bakteria jenis Salmonella dan Shigela. Buah mengkudu
yang dikisar boleh diminum sebagai jus yang merangsang
pertumbuhan dan membaiki tisu, diabetes, hypertension dan
reumatism. Buahnya juga boleh dimakan mentah di mana sangat
berkhasiat kepada ibu dalam pantang untuk memulihkan tenaga
dan memerahkan pipi. Jika disapu pada betis, kesan bersisik dan
merekah pula tumit kaki akan hilang.
Jus mengkudu
Jus mengkudu diperolehi daripada buah mengkudu yang
masak. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus
yang tulen. Mengikut kajian perubatan yang dijalankan oleh
beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara,
mendapati jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-
penyakit berikut:
✔  Sistem pernafasan
Sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
✔  Penghadaman
Perut kembung, ulser duodenal, gastrik, cirit-birit, muntah-
muntah, tidak hadam dan keracunan makanan.
✔  Kardiovaskular
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras
kolesterol.
✔  Gangguan dalam tubuh
Kencing manis, sakit kepala yang berlarutan atau migraine,
sakit ginjal, buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.
✔  Mulut dan tekak
Radang tekak, sakit gusi, sakit tekak, sakit tekak dan batuk.
✔  Demam
Demam, muntah-muntah dan selsema.
✔  Sakit tulang dan sendi
Sakit sendi atau arthritis, gout, terseliuh dan terkehel.
✔  Penyakit kulit
Bisul, luka dan ulser kulit.
✔  Sakit Puan
Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.
Penyakit lain:
Ketumbuhan atau tumor.
Lain-lain kesan:
Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan
menghasilkan pertumbuhan rambut. Mengembalikan kekuatan
benih lelaki dan perempuan (kesuburan). Menguatkan otot
kelakian.
Kesan usia:
Digunakan sebagai tonik untuk melambatkan kesan penuaan
(awet muda). Untuk mendapatkan khasiat daripada jus
mengkudu, pengawal dinasihatkan agar meminumnya setiap
pagi, iaitu 30 minit sebelum sarapan sebanyak 100 ml atau 3
sudu besar sahaja. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-
birit.
PERBINCANGAN
Setiap tumbuhan di sekeliling ada manfaat tersendiri, namun
adalah mustahil untuk memuatkan kesemuanya dalam tugasan
ini. Persoalannya, apakah ubatan tradisional benar-benar
mujarab? Persediaan barangan tradisional jarang menggunakan
hanya satu atau dua bahan. Ia lazim mengandungi 40 hingga 50
jenis. Bagaimanapun campuran ini tidak dinyatakan kepada
pembeli. Namun kerana kepercayaan yang kuat dan harapan
yang tinggi, pengguna tidak pernah mempertikaikan
kandungannya.
Keadaan ini membimbangkan khasnya sejak wujudnya
barangan tiruan dan penyalahgunaan dadah. Tetapi hasil sikap
prihatin segelintir pengguna, sudah banyak suara mulai
mempersoalkan rumusan, kemujaraban dan kemudaratan ubat
ini. Menurut ahli botani, kesedaran ini memberi dua kebaikan.
Pertama menunjukkan kecenderungan mengembalikan semula
amalan perubatan tradisional, yang secara tidak langsung
menggalakkan penyelidikan saintifik mengenai ubatan tambah
giat, dirancang dan diselaraskan. Kedua, menggesa kerajaan
melaksanakan akta mengawalnya, iaitu akta yang memberi garis
panduan dan peraturan pengeluaran ubatan tradisional bagi
tujuan kepiawaian. Ini adalah kerana khasiat telah diakui
sedangkan buatannya masih diragui. Usaha harus ditumpukan
kepada empat perkara iaitu keselamatan, keberkesanan,
pelabelan dan pengiklanan.
Pengambilan ubatan tradisional seelok-eloknya asli dan
segar. Ini adalah kerana cara proses tertentu, misalnya dalam
memperhalusi rupa bentuk barangan, boleh menyebabkan
khasiat terjejas dan ada kalanya hilang. Begitu juga jika tidak
mengikut peraturan, sudah tentu mendatangkan kemudaratan.
Namun begitu, semakin ramai orang yang berbalik kepada bahan
semulajadi menyebabkan sedikit sebanyak akan mengancam
sumber berkenaan. Oleh itu kita harus beralih dari mencarinya di
hutan sahaja. Walaupun hutan primer masih mengandungi
banyak sumber tumbuhan ubatan, banyak juga tumbuhan ubatan
tumbuh liar di tepi jalan dan di kawasan terbiar. Sesetengahnya
telah lama ditanam untuk sumber ekonomi, ramuan dalam
masakan dan juga sebagai tanaman hiasan.
Untuk ini, negara masih memerlukan lebih banyak lagi ahli
taksonomi dan tatanama bagi mengenalpasti identiti tumbuhan
yang boleh dijadikan bahan ubatan. Kajian seterusnya pula perlu
dibuat berkaitan dengan khasiatnya. Ini adalah kerana dalam
pengkelasan saintifik nama botani yang betul penting untuk
dijadikan rujukan, penyebaran, taksonomi dan potensinya. Identiti
tumbuhan yang tepat dapat menolong ahli-ahli sains memastikan
langkah pemuliharaan demi menyediakan sumber bahan mentah
itu.
PENUTUP
Malaysia adalah antara negara terkaya dengan sumber
semulajadi. Sebagai rakyat kitalah yang mesti menyedari
kewujudan tumbuhan berpotensi di negara sendiri. Sekiranya ada
pihak lain yang mendakwa tumbuhan kita kepunyaan mereka, ini
suatu yang merugikan. Penyelidikan lebih menyeluruh dan
terperinci tentang kuantiti dan cara menggunakan ubat
tradisional perlu dilakukan agar perubatan tradisional dan moden
dapat sama bergandingan ke arah masyarakat sihat dan cergas.
SENARAI RUJUKAN
Abd. Rahman Md. Derus 1998, Pengenalan dan penggunaan
herba ubatan, Multi Triple Vision Sdn. Bhd. K.L.
Abdul Latiff (ed) 1991, Status of herbaria in Malaysia: Proceedings
of seminar on status of herbaria and systematic resources in
Malaysia, held in Kuching, Malaysia, 28-29 June 1990, Malaysian
National Committee on Plant Genetic Resources, K.L.
Awang Mohd. Yahya (Bomoh artis), 1992. Koleksi soaljawab petua
dan masalah harian, Chitakhidmat (M) Sdn. Bhd. Ampang.
Boxer, Arabella?Back, Philippa, 1987. The Herb Book, Hamlyn,
Middlesex, England.
David K. Northington, J.R. Goodin 1984. The Botanical World,
Times Mirro/Mosby, USA.
Kaufman & LaCroix, 1979. Plants, people & invironment,
Macmillan Publishing Co. Inc, New York.
Lia Omar, 1994. Jamu & rahsia kejelitaan bagi setiap wanita.
Times Books International, Singapore 1994.
Wan Omar bin Abdullah, 1998. Perubatan herba-herba konsep
dan pendekatan. Fakulti Perubatan, UKM.

You might also like