You are on page 1of 30

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PENGENALAN

Janakuasa merupakan satu mesin yang menukarkan tanaga mekanikal kepada tenaga
elektrik. Ia mempunyai dua bahagian yang penting iaitu Pengulangalik (Alternator) dan
Penggerak Utama (Prime Mover) serta alat-alat sampingan yang lain. Penggerak Utama
yang biasa digunakan dalam janakuasa ialah ejin diesel, enjin petrol, turbin hidro, turbin
gas, trbin angin, turbin wap dan turbin wap nuklear. Pengulangalik akan menghasilkan
elektrik untuk dibekalkan kepada beban yang gunakan.

Penyegerakan dilakukan apabila satu janakuasa tidak lagi mampu menanggung beban
yang digunakan. Jika ia diteruskan juga tanpa melakukan penyegerakan, penjana yang
digunakan tadi akan rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk proses
penyelenggaraan. Untuk mengelakkan daripada masalah ini, penyegerakan perlu
dilakukan untuk menampung beban yang selebihnya. Penyegerakan ini biasanya
dilakukan di kilang-kilang yang mempunyai beban yang besar.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang bagaimana penyegerakan


dilakukan dalam sesuatu pemasangan. Selain itu, cara penjagaan terhadap penjana dan
alat-alat yang lain turut dibincangkan. Penyegerakan ini akan melibatkan dua penjana
yang akan membekalkan tenaga elektrik pada satu palang basbar yang sama untuk
diagihkan kepada beban yang digunakan.

1
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

OBJEKTIF
1. Memberikan maklumat yang terbaik kepada pelatih untuk menyiapkan tugasan ini

2. Melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana cara penyegerakan dilakukan pada dua

janakuasa yangberbeza

3. Memberi gambaran yang sebenar untuk membolehkan pelatih melakar litar bagi

sesuatu pepasangan yang melibatkan penyegerakan dan sebagainya

4. Mempelajari cara yang digunkan untuk menyambung beban dalam penyegerakan

5. Memahami konsep sebenar penyegerakan

2
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

JANAKUASA (GENERATOR)
Penjana merupakan satu mesin yang akan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga
elektrik. Dimana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada pemotongan fluks
magnet dengan pengalir yang berputar dan sebaliknya. Ia terdiri daripada penggerak
utama (prime mover) dan pengulangalik (alternator). Selain itu ia juga mempunyai
bahagian yang bergerak iaitu angkir (armeture) dan bahagian pegun (stator) yang
menempatkam belitan utama.
Angkir yang dibelit dengan sebilangan pengalir siri-selari diletakkan ditengah-tengah
kutub magnet yang dipasang pada stator dan mudah berputar kerana kedua-dua hujung
dialas dengan alas bebola. Pengalir yang membelit pada angkir disambung ke penukar
tertib dimana ia akan menukarkan arus terus ke arus ulangalik. Diantara kutub utama
penjana, akan dipasangkan kutub antara bagi mengurangkan kesan tindak balas angkir
dan ia juga dapat mengurangkan kesan bunga api pada penukar tertib akibat daripada
tindak balas angkir.
Penggerak utama akan memberikan tenaga mekanikal kepada angkir untuk terus berputar
dan memotong urat daya yang dihasilkan oleh kutub magnet yang berada pada stator.
Diantara penggerak utama yang biasa digunakan adalah seperti ;
1. Enjin diesel
2. Enjin petrol
3. Turbin hidro
4. Turbin wap
5. Turbin angin
6. Turbin gas
7. Turbin wap Nuklear
Penjagaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada penggerak utama ini
daripada rosak. Keberkesanan penggerak utama juga akan mempengaruhi tenaga elektrik
yang dihasilkan oleh sesebuah penjana.

3
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PENYEGERAKAN JANAKUASA
Penyegerakan (synchronizing) janakuasa ialah penambahan janakuasa yang akan
membekalkan tenaga elektrik pada satu palang bas yang sama semasa janakuasa sedia
ada sedang beroperasi. Penyegerakan ini dilakukan kerana untuk menampung keupayaan
yang terjana daripada janakuasa yang beroperasi. Apabila pengguna ingin menambah
beban atau beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh jankuasa sedia ada,
penyegerakan perlu dilakukan untuk menstabilkan penggunaan kuasa. Untuk melakukan
penyegerakan ini perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat penyegerakan
1. Voltan diantara jankuasa yang digunakan mesti sama
Untuk menentukan persamaan voltan ini, hanya perlu melihat pada meter voltan
yang disediakan pada papan AMF yang digunakan. Jika voltannya tidak sama,
pengguna perlu melarasakan kelajuan motor untuk mendapatkan nilai voltan yang
sama

Voltan yang dihasilkan oleh dua janakuasa adalah sama

4
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
2. Frekuensi juga mesti sama
Begitu juga dengan Frekuensi, hanya perlu melihat kepada meter frekuensi yang
disediakan pada papan AMF. Juga perlu melaraskan kelajuan motor untuk
mendapatkan bacaan yang sama.

Nilai frekuensi yang sama telah dihasilkan

3. Turutan Fasa mesti sama


Selain itu, turutan fasa juaga perlu sama untuk menjalankan segerakan ini. Jika
tidak sama akan mendatangkan kemudaratan kepada penjana. Turutan fasa ini
biasanya telan dilakukan semasa pengujian dijalankan.
4. Sudut fasa antara dua penjana mesti sama.
Begitu juga denga sudut fasa, perlu sama untuk memastikan penyegerakan
dilakukan dengan berkesan.

Sudut fasa adalah sama Sudut fasa yang tidak sama

Kaedah yang digunakan untuk memastikan sudut fasa adalah sama dengan cara :

5
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
1. Menggunakan Dark Lamp
Menggunakan Dark Lamp adalah cara yang paling berkesan kerana perubahan
pada lampu yang ditunjukkan iaitu daripada terang kepada malap atau padam
akan menunjukkan perdezaan pada sudut fasa. Apabila lampu penunjuk begitu
terang menunjukkan terdapatnya perbezaan pada fasa antara dua pejana.
Segerakan akan dilakukan apabila Dark Lamp padam, ini kerana pada ketika
ini, sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa berada pada sudut yang sama.

boleh dilakukan
dua janakuasa. Penyegerakan tidak
perpezaan sudut fasa diantara kedua-
menunjukkan bahawa terdapat
Lampu Dark Lamp terang

Lampu Dark Lamp dalam keadaan


malap. Penyegerakan masih tidak
boleh dilakukan kerana sudut fasa
masih tidak sama.

janakuasa.
ini sudut fasa adalah sama diantara dua
Lamp telah padam, dimana pada ketika
keadaan bersedia dan pastas. Dark
dilakukan dan perlu dilakukan dalam
Pada ketika ini, penyegerakan boleh

6
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Lamp
Litar operasian Dark

2. Menggunakan Synchronoscope
Sama seperti Dark Lamp, Synchronoscope digunakan untuk memastikan
sudut fasa adalah dalam keadaan sama semasa penyegerakan dilakukan. Jarum
pada synchronoscope akan menunjukkan pada pukul 12 barulah penyegerakan
boleh dilakukan.

(pukul 12).
ditengah bahagian atas synchronoscope
menunjukkan pada tanda yang berada
apabila jarum syinchronoscope ini
Penyegerakan akan hanya dilakukan

Synchronoscope
Litar operasian

7
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
3. Menggunakana Syinchronos Lamp/ Lamp In Sequence
Kaedah ini juga sama seperti penggunaan Dark lamp. Dimana apabila
pasangan lampu menegak padam, proses penyegerakan boleh dilakukan
dengan segera.

ketika ini sudut fasa adalah sama


apabila lampu ini padam. Kerana pada
Penyegerakan akan hanya dilakukan

Synchronos Lamp
Litar operasian

8
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

LANGKAH-LANGKAH
PENYEGERAKAN JANAKUASA
Sebelum penyegerarakan dilakukan
Sebelum penyegerakan dilakukan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian
terlebih dahulu untuk memastikan penyegerakan yang dilakukan dalam keadaan yang
baik.
1. Perlu memastitan air bateri berada diparas yang dikehendaki jika menggunakan
penghidup
2. Pastikan minyak hitam mencukupi
3. Periksa sistem penyejukan yang digunakan dalam keadaan baik
4. Tali sawat yang digunakan berada dalam keadaan baik
5. Perlu memastikan peranti pelindung dalam keadaan ”RESET” dan pemutus litar
dalam keadaan ”OFF”
6. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, hidupkan enjin dan panaskan selama
10-20 minit.

”OFF”
berada dalam keadaan ”RESET” dan
Pastikan semua peranti perlindungan

Pastikan janakuasa yang digunakan


berada dalam keadaan baik. Untuk
memastikan penyegerakan yang
dilakukan berjalan lancar

9
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
Semasa Penyegerakan dilakukan.
1. Suis Neutral Janakuasa (G1) di ’ON’kan

Suis Neutral yang telah di ’ON’kan

2. ‘Push Button’ penggerak utama G1 ditekan untuk menghidupkan penggerak


tersebut.

menjalankan penggerak utama


Tekan Butang START untuk

10
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
3. Kelajuan penggerak utama G1 dilaraskan untuk mendapatkan nilai Voltan
Frekuensi yang dikehendaki. Dimana dalam pengoperasian janakuasa ini Voltan
yang diperlukan ialah 415V ±5%, Frekuensi 50Hz ±1% dan kelajuan dilaraskan
pada 1500ppm

diperlukan
mendapatkan voltan dan frekuensi yang
Melaraskan kelajuan untuk

4. Setelah semua nilai yang dikehendaki telah diperolehi, pemutus litar G1 di


’ON’kan. Pada ketika ini tenaga elektrik yang hasilkan terus ke palang bas.

jenis MCCB atau ACB


Pemutus litar yang digunakan sama ada

Tenaga elektrik yang dihasilkan akan


ke palang bas untuk di agihkan ke
beban yang digunakan

11
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
5. Setelah itu, MCB untuk beban di ’ON’kan satu-persatu. Penyegerakan akan hanya
dilakukan jika beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh janakuasa G1

ini
Beban akan disambung pada bahagian

6. Untuk melakukan penyegerakan, janakuasa G2 akan di ’ON’kan mengikut


langkah 1 hingg 3.
7. Sebelum meng’ON’kan pemutus litar G2, perlu dipasti voltan, Frekuensi dan
sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa berada dalam keadan yang sama dimana
tiada perbezaan upaya diantara kedua-duanya. Untuk memastikan voltan dan
frekuensi dalam keadaan yang sama, hanya perlu melihat pada meter Voltan dan
meter Frekuensi yang disediakan. Untuk memastikan sudut fasa adalah sama
dengan cara menggunakan Synchronoscope atau Dark Lamp atau Syinchronos
Lamp/Lamp In Sequence.

masih terang.
tidak sama., dimana Dark Lamp
dilakukan kerana sudut fasa
Penyegerakan tidak boleh

8. Jika Synchronoscope berpusing melan arah jam ini bermakna G2 mendului G1.

12
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
9. Perlu melaraskan perapi voltan dan perapi frekuensi jika berlaku kejatuhan voltan
juga frekuensi.
10. Setelah semuanya berada dalam keadaan yang betul, dengan bantuan Dark
Lamp(padam) pemutus litar G2 di’ON’kan dan suis neutral akan di’OFF’kan
dalam masa yang sama

Pada ketika iniMCCB G2 di’ON’kan dan suis neutral di’OFF’kan dalam msa yang
sama

11. Pada ketika ini, kedua-dua janakuasa telah membekalkan tenaga elektrik pada
satu palang bas yang sama. Beban di’ON’kan satu-persatu sehingga maksima.
Penyegerakan boleh dilakukan jika beban yang ditanggung berlebihan.

13
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
Setelah penyegerakan dilakakukan
Untuk memberhentikan penyegerakan yang dilakukan, langkah-langkah berikut perlu di
ikuti untuk mengelakkan daripada janakuasa dan beban yang digunakan rosak.
1. ’OFF’kan semua beban-beban yang digunakan satu-persatu dan tukar keadaan
suis neutral secepat mungkin
2. ’OFF’kan pemutus litar G2
3. kemudian ’OFF’kan penggerak utama G2
4. Langkah yang sama digunkan untuk memberhentikan janakuasa G1.
5. ’OFF’kan suis neutral dan pastikan semua peranti perlindungan dalam keadaan
’OFF’ dan ’RESET’

14
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PANEL PENYEGERAKAN
JANAKUASA
Panel penyegerakan ini digunakan untuk model pengajaran. Dimana ia digunakan untuk
menunjukkan kepada pelatih dengan lebih dekat lagi bagaimana penyegerakan janakuasa
dilakukan. Jika diperhatikan pada panel ini, ia mempunyai alat-alat perlindungan seperti
’Over Current Relay’, ’Earth Fault Relay’, ’Revers Power Relay’, ‘Air Circuit Breaaker’,
‘Miniature Circuit Breaker’, suis nuetral dan meter-meter seperti meter Voltan, frekuensi,
faktor kuasa, arus, kuasa. Selain itu panel ini juga mempunyai lampu-lampu penunjuk,
synchronoscope, synchronos lamp, palang bas dan sebagainya.

Panel penyegerakan
yang digunakan untuk
model pembelajaran di
IKMKL

15
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PERANTI PERLINDUNGAN DAN


METER
Peranti Perlindungan
1. Pemutus Litar (ACB, MCCB)
Digunakan untuk melindungi litar, peralatan yang digunakan dan sebagainya,
apabila terdapat arus tinggi dan kerosakan kebumi. Reset kembali EFR atau OCR
jika penunjuk tersebut ’trip’ dan ’ON’kan semula ACB atau MCCB yang
digunakan.

Breaker (ACB).
adalah dari jenis Air Circuit
Pemutus litar yang digunakan

16
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
2. Earth Fault Relay
Geganti ini akan memberikan perlindungan apabila ia mengesan kebocoran arus
kebumi. Dimana ia mempunyai kepekaan yang kecil iaitu 100mA pasa masa
1saat. Pada alat ini mempunyai unit larasan dan butang reset untuk setelah
kerosakan diperbaiki.

elektronik.
digunakan adalah jenis
Earth Fault Relay yang

3. Over Current Relay


Alat ini akan mengesan arus berlebihan yang ada dalam litar. Ia juga mempunyai
butang reset untuk kembalikan ia pada kedudukan asal.

Dua jenis OVR yang digunakan untuk mengesan arus yang berlebihan dalam litar

17
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
4. Revers Power Relay
Ia akan mengesan perubahan arah arus dan kuasa dalam janakuasa segerak
apabila janakuasa telah hilang kuasanya. Alat ini akan mengesan dan akan
memutuskan bekalan dan mengeluarkan janakuasa dari penyegerakan dan
seterusnya mengasingkan janakuasa tersebut.

5. Suis Neutral
Dalam sistem janakuasa, neutral perlu dibumikan lebih daripada satu point iaitu
menggunakan kaedah penyambungan bintang dan kedua-dua janakuasa mesti
dibumikan. Semasa penyegerakan dilakukan, salah satu daripada suis Neutral
perlu di’OFF’ dan di’ON’kan ini adalah untuk mengelakkan daripada arus edaran
(circulating current)

Salah satu daripada suis Neutral mesti di’OFF’kan.

18
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
Meter
1. Meter Voltan
Dengan menggunakan meter ini, kita dapat mengetahui samada bekalan ada atau
tidak. Ia disambung secara selari terus kepalang bas. Ia juga sambung dengan suis
pemilih untuk mendapatkan bacaan voltan antara fasa dengan neutral dan antara
fasa dengan fasa. Selain itu dengan meter ini juga kita dapat memastikan kedua-
dua janakuasa mempunyai nilai voltan yang sama semasa hendak melakukan
penyegerakan.

dibawah untuk nilai voltan bagi G2


untuk nilai voltan bagi G1 dan
voltan yang sama. Bahagian atas
dua janakuasa mempunyai nilai
Meter ini untuk memastikan kedua-

Meter ini untuk menunjuk nilai


volatan yang dijana pada satu-satu
masa.

19
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
2. Meter Arus
Ia dipasang untuk mengetahui nilai arus yang mengalir dalam pepasangan.
Dimana arus yang diterima adalah kecil sahaja. Contohnya, jika saiz palang bas
ialah 500A, maka alat ubat arus 500/5A perlu digunakan.

dalam pepasangan dalam satu-satu masa.


Meter ini untuk mendapatka arus yang ada

3. Meter Frekuensi
Meter ini digunakan untuk menyukat kedaran ulangan (Frekuensi). Kadar
frekuansi yang biasa di Malaysia adalah 50Hz±1%. Selain itu, meter ini juga
untuk memastikan frekuensi yang dihasilkan oleh kedua-dua janakuasa adalah
sama semasa melakukan penyegerakan.

Digunakan untuk memastikan Digunakan untuk mendapatkan


frekuensi yang dihasilkan oleh frekuensi yang dihasilkan
janakuasa adalah sama janakuasa pada satu-satu masa.

20
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
4. Meter Faktur Kuasa
Meter ini digunakan untuk mendapatkan nilai faktur kuasa pada satu-satu masa.
Nilai faktur kuasa yang paling minima yang perlu dihasilkan oleh suatu janakuasa
ialah 0.85 dan yang paling baik ialah uniti (1). Kejatuhan faktur kuasa akan
mempengaruhi nilai kadaran arus dan voltan yang dihasilkan. Pembetulan faktur
kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan pada
beban mahupun janakusa yang digunakan.

panel penyegerakan.
Meter faktur kuasa yang digunakan pada

5. Synchronoscope
Ia digunakan untuk menunjukkan adanya perbezaan sudut fasa diantara dua
janakuasa yang sedang digunakan sebelum penyegerakan dilakukan. Ia
merupakan daripada jenis besi bergerak. Jika pergerakan ikut jam, bermakna
janakuasa G1 mendului janakuasa G2 dan begitulah sebaliknya. Penyegerakan
akan dilakukan apabila jangka ini menunjukkan ”pukul 12”.

fasa adalah sama.


Synchronoscope untuk memastikan sudut

21
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
6. Lampu-lampu penunjuk
Ia digunakan untuk menunjukkan kerosakan berlaku dalam pemasangan.
Contohnya jika fasa lampu penunjuk merah padam, maka fasa merah tidak
mendapat bekalan dan penyegerakan tidak dapat dilakukan.

baik.
telak menerima bekalan dengan
menyala bermakna ketiga-tiga fasa
Ketiga-tiga lampu penunjuk

Ketiga-tiga lampu penunjuk padam


bermakna, semua fasa tidak
mendapat bekalan

22
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

KEPERLUAN BILIK JANAKUASA


Lokasi janakuasa bergantung kepada beberapa aspek penting yang perlu dipatuhi iaitu :
1. Kesesuaian tempat
Kesesuaian tempat adalah bergantung kepada persekitaran tempat atau bangunan
tersebut. Pada kebiasannya, bilik janakuasa berada ditingkat paling bawah suatu
bangunan ataupun berada diluar bangunan. Ia perlu dilengkapi dengan alat
menyesap gegaran dan bunyi untuk mengelakkan daripada bunyi janakuasa yang
bising.

Bilik janakuasa dan bilik suis

23
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
2. Mengikut kehendak peraturan (JBE, Bomba, dan Building By Law)
Bagi setiap bilik janakuasa tunggusedia perlu mematuhi kehendah JBE, Bomba
dan Buil By Law. Dimana disetiap bilik perlu dilengkapi bengan lampu
kecemacan, alat pemadam api, pencahayaan, pengudaraan yang cukup, kipas
pelawas yang sesuai, tikar getah dihadapan papan suis utama, papan tanda, notis
dan sebagainya.

Lampu pendaflour dan lampu kecemasan yang digunakan

Smoke detector Heat detector

Alat pemadam api yang digunakan adalah dari jenis CO2

24
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Litar skematik yang mesti ada di Cara pertolongan cemas juga


bilik janakuasa perlu ada dibilik janakuasa

Kipas pelawas dan tingkap di gunakan sebagai alat pengudaraan dalam bilik janakuasa.
Mosquitho net juga digunakan untuk mengelakkan daripada serangga masuk.

Tikar getah yang berada dihadapan AMF

Notis dan papan tanda yang digunakan.

25
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
3. Mudah untuk kerja-kerja penyelenggaraan
Keluasan bilik janakuasa bergantung saiz janakuasa yang digunakan. Keselesaan
ketika membuat penyelenggaraan adalah amat penting bagi sesebuah bilik
janakuasa.

Keselesaan di bilik janakuasa untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

4. Jarak janakuasa dari papan suis utama


Pada kebiasaannya, janakuasa dan papan suis utama berada dalam satu bilik yang
sama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pembaziran kos penyelenggaraan
dan sebagainya.

26
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

KESIMPULAN
Setiap penyegerakan yang hendak dilakukan adalah bergantung kepada beban yang di
tanggung oleh satu-satu janakuasa. Jika beban yang digunakan tidak mampu ditanggung,
maka pemasangan tersebut perlu menggunakn janakuasa yang kedua untuk membantu
menampung beban tadi. Proses yang dilakukan inilah yang disebut sebagai penyegerakan
dimana ia menggunakan lebih dari satu janakuasa.

Pada kebisaannya, penyegerakan ini dilakukan di kilang-kilang, difelda-felda dan


sebagainya. Sistem Grid yang digunakan di Malaysia juga menggunakan penyegerakan
yang dilakukan oleh semua pusat hidro seluruh negara seperti di Pergau, Kenyir, Paka
dan sebagainya termasuk sarawak.

Setiap penyegerakan yang hendak dilakukan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:


1. voltan sama
2. frekuensi sama
3. sudut fasa sama
4. turutan fasa sama
Syarat-syarat diatas perlu diikuti kerana ia boleh mengelakkan daripada janakuasa rosak
dan sebagainya.

Sebelum menggunakan janakuasa seterusnya melakukan penyegerakan, litar bagi suatu


janakuasa perlu diketahui dan ia dijadikan sebagai rujukan jika berlaku kerosakan dan
sebagainya. Litar janakuasa ini perlu dilukis menggunakan standart yang telah ditetapkan.
Penggunaan, penjagaan yang baik akan menyelamatkan pengguna dan menjimatkan kos
penyelenggaraan bagi suatu janakuasa.

27
28
Sistem pengujaan yang terdapat
pada panel pelaksana
janakuasa
Set Prime Mover untuk kedua-dua
Janakuasa yang digunakan untuk
proses pembelajan ri IKMKL
LAMPIRAN
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

29
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

30

You might also like