You are on page 1of 29

HBLS 1103

(A) i. PELAN LANTAI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

LALAUAN KECEMASAN

LALAUAN KECEMASAN

HBLS 1103

ii. Petunjuk

SOFT BOARD WHITE BOARD MEJA PELAJAR MEJA GURU SINKI TANDAS RAK TERBUKA ALMARI MEJA BULAT

SOKET TINGKAP LUBANG TANDAS

HBLS 1103

STOR ALAT & BAHAN KIMIA

STOR ALAT & BAHAN BUKAN KIMIA

BENGKEL ELEKTRONIK

BENGKEL PERTUKANGAN

Bilik Guru

Ruang Tunjuk Cara

TANDAS

RUANG HASIL KERJA PELAJAR

TANDAS

iii. Rajah : Ruang P & P, bilik guru, ruang tunjuk cara dan stor.

HBLS 1103

(A)ii. Ciri-ciri Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan Bengkel.

1. 1.1

CIRI-CIRI KESELAMATAN Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup. 1. 2. 3. 4. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru. 5. 6. 7. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya. 8. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah

HBLS 1103

1.2

Keselamatan di bengkel kemahiran hidup 1. 2. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa

menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel. 3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku: - Kecederaan dan kemalangan - Kejutan elektrik - Kebakaran 4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. 5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat. 6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. 7. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai. 8. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999. 9. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel. 10. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik.

HBLS 1103

2.

MENCEGAH KEMALANGAN DI BENGKEL

Pencegahan bermaksud mengelak atau mencegah daripada sebarang kemalangan dari berulang dan mengurangkan kemalangan. Pencegahan kemalangan adalah merupakan elemen yang perlu ada di dalam sistem pengurusan yang baik. Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan.

Pihak pengurusan dan pekerja hendaklah bekerjasama dengan ikhlas dan sepenuh hati di dalam usaha pencegahan kemalangan. Pihak pengurusan tertinggi menerajui segala usaha untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja. Satu polisi keselamatan yang jelas hendaklah diadakan di setiap tempat kerja. Organisasi dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan program dan rancangan keselamatan perlu ada. Pengetahuan dan teknologi yang terkini hendaklah digunakan untuk mencegah kemalangan di dalam bengkel.

HBLS 1103

2.1

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Kemalangan berlaku kerana pekerja atau pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat. Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan seperti:

2.1.1

Keadaan Bengkel

Para pelajar mestilah memastikan lantai berada dalam keadaan kering dan dibersihkan sebaik sahaja selesai bekerja. Hal ini kerana lantai yang kotor dan licin boleh mengganggu tumpuan kerja seseorang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu, penjagaan lantai perlulah dititikberatkan untuk menjamin keselamatan di dalam bengkel. Selain itu peralatan yang tidak digunakan perlulah disusun ditempatnya semula. Ini dapat memudahkan barang tersebut dicari semula oleh orang lain apabila hendak menggunakannya. Serpihan logam yang tidak digunakan pula perlulah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Seperti mana yang kita tahu serpihan logam amat berbahaya kepada diri kita dan orang lain kerana permukaannya tajam dan boleh membawa kepada luka yang dalam. Oleh itu serpihan logam tersebut perlulah diasingkan dengan betul.

Kawasan kerja juga mestilah mempunyai susun atur yang baik. Hal ini dapat memudahkan seseorang itu mencari alatan yang diperlukan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menjumpainya kerana adanya susun atur yang baik. Selain itu ruang berjalan kaki juga mestilah bersih daripada segala lebihan projek dan alatan yang digunakan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada tersepak atau terjatuh di atas lebihan projek atau alatan yang digunakan sehingga boleh mengundang kepada kecederaan. Disamping itu sistem pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik di dalam bengkel. Hal ini kerana keadaan di dalam bengkel semasa bekerja sangat sesak, bising dan panas. Oleh itu pencahayaan dan pengudaraan yang baik membantu menstabilkan semula keadaan di dalam bengkel agar sejuk dan selesa.

HBLS 1103

Keadaan bengkel yang kemas

Susun atur peralatan

Keadaan bengkel yang sesak

HBLS 1103

2.1.2 Menggunakan alat-alat yang selamat

Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut:

a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. b. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan.

Contohnya, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Rajah 2.1 : Pemampat udara yang mempunyai pelindung.

c. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah di bawah. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan logam pahat semasa memahat. berlakunya kemalangan akibat penyerpihan

Rajah 2.2:(a) pahat yang selamat digunakan, (b) pahat yang tidak selamat digunakan

HBLS 1103

d. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 2.3 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.

Rajah 2.3 : Pemasangan soket tiga pin yang betul

e. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul. Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk.

f. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.

2.1.3 Melatih pekerja

Latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. la merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada:

(a) (b) (c)

Pekerja atau pelajar - Semasa menggunakan alatan tersebut. Kakitangan - Semasa sedang memeriksa sesuatu alatan Kelengkapan dan peralatan - Mengelakkan alatan daripada cepat rosak dan membahayakan apabila digunakan.

10

HBLS 1103

2.1.4 Memakai peralatan dan pakaian perlindungan.

Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu:

a. Pakaian am b. Pakaian perlindungan c. Peralatan perlindungan

a. Pakaian Am

Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah

tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

Bagi pekerja lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula, rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Pekerja yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju. Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh

menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

11

HBLS 1103

Rajah : Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel.

b. Pakaian Perlindungan

Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet. Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.

c. Peralatan Perlindungan

Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. Sekiranya alatan tersebut tidak digunakan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada tubuh badan. Hal ini kerana semasa proses penggerudian serpihan logam yang kecil akan beterbangan dalam bengkel. Sekiranya pelajar tidak memakai gogal tersebut serpihan logam tersebut akan mengenai mata
12

HBLS 1103

dan menyebakan kecederaan. Oleh itu penggunaan alat pelindung keselamatan sangat berguna semasa projek sedang dilakukan.

Penggunaan gogal

Penggunaan pelindung muka

13

HBLS 1103

(A)

iii. SISTEM PENGURUSAN STOR BENGKEL

1.

Definisi Stor

Stor boleh didefinisikan sebagai tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.

Stor dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

(a)

Stor Pusat Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang kepada pelanggan melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit. Antara contoh Stor Pusat ialah Stor Material Spesifik (SMS) PDRM dan Depoh Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.

(b)

Stor Utama Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang untuk keperluan pelanggan-pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan agensi. Antara contoh Stor Utama ialah Stor Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Stor Utama Bekalan Pejabat bagi Kementerian/Jabatan.

(c)

Stor Unit Stor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek atau guna terus bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan kepada pelanggan akhir. Antara contoh Stor Unit ialah stor pejabat, cawangan,bahagian, bengkel, wad, makmal, dapur, dispensari, domestik, sekolah dan unit-unit kecil lain seumpamanya. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009)

Di sekolah stor yang ada boleh dikategorikan sebagai stor unit yang mana barangbarang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang luak, selain daripada ada juga barang14

HBLS 1103

barang

atau

peralatan

yang

digunakan

terus

contohnya

seperti

alat-alat

bantuan

mengajar. Peralatan pejabat biasanya disimpan dalam ruang atau bilik yang dikhaskan, dimana terdapat almari atau kabinet bagi menyimpannya. Alat bantuan mengajar pula biasanya disimpan di pusat sumber, makmal sains, bengkel atau bilik-bilik khas.

2.

Organisasi Stor

Organisasi stor terdiri dari tiga bahagian: Bahagian Kawalan Stok, Bahagian Legar/Lejar, Bahagian Penstoran.

2.1

Bahagian Kawalan Stor

Bahagian Kawalan Stor bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi stor seperti menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul, menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan, menentukan kod barang, menyediakan dan mengemaskini catalog dan menguruskan pembelian barang.

2.2

Bahagian Legar/Lejar

Bahagian Legar/Lejar bertanggungjawab untuk mencatit kad-kad lejar dan mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan-Pengeluaran Barang-barang.

2.3

Bahagian Penstoran

Bahagian Penstoran pula bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain.

15

HBLS 1103

3.

Sistem Penyimpanan Stok

Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dan kad petak. Ruang digunakan perlu digunakan secara maksima. Penggunaan ruang tertakluk kepada faktor-faktor: keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi, kekemasan stor.

Penggunaan rak yang boleh diubah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap. Jika keadaan membenarkan rak-rak bolehlah dilapis atau ditingkatkan untuk penggunaan ruang sepenuhnya. Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Jabatan untuk diperbaiki.

Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti seksyen alat tulis, alat jahitan, alatan elektrik dan lain-lain. Barang-barang bagi setiap seksyen hendaklah disimpan dalam susunan abjad. Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuruan, jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasi stok hendaklah dicatat diatas kad lejar atau kad kawalan stok.

Ruangan stor yang dibahagikan mengikut seksyen atau kumpulan hendaklah diberi tanda pengenalan dengan menggunakan sistem rujukan samada menggunkan susunan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali. Barang-barang berharga dan menarik yang senang dicuri hendaklah disimpan di dalam almari atau tempat yang berkunci.

Seberapa boleh tindanan barang janganlah terlalu tinggi. Faktor berikut hendaklah dipertimbangkan semasa menindan barang adalah senang dikendali dan memudahkan pengeluaran stok mengikut sistem masuk-dahulu-keluar-dahulu (FIFO). Semua barang berat hendaklah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali untuk keselamatan. Borang-borang Kew.PA disediakan pada lampiran 3.1

16

HBLS 1103

3.1

Lampiran

17

HBLS 1103

(B)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

1.

Langkah-langkah Pembinaan JSU

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

1.1

Kepentingan JSU

a. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. b. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran. c. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. d. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. e. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. f. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

1.2

Penyedian JSU

JSU mengandungi maklumat tentang: a. Bentuk dan panjangnya ujian. b. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji. c. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. d. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. e. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. f. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. g. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. h. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
18

HBLS 1103

1.3

Penentuan Aras a. Pengetahuan b. Aplikasi c. Kefahaman d. Analisis e. Sintesis f. Penilaian

1.3.1 ARAS PENGETAHUAN

Ciri soalan ialah memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal. Contoh Kata Kerja a. Labelkan b. Senaraikan c. Manakah d. Apakah

1.3.2 ARAS KEFAHAMAN

Ciri soalan ialah memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Contoh Kata Kerja a. Terangkan b. Jelaskan c. Huraikan d. Tukarkan

19

HBLS 1103

1.3.3 ARAS APLIKASI

Ciri soalan ialah memerlukan calon menyelesaikan masalah. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan. Contoh Kata Kerja a. Selesaikan b. Binakan c. Carikan d. Tunjukkan e. Kirakan f. Demonstrasikan

20

HBLS 1103

1.4 BIL

JSU Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. TOPIK / ARAS SOALAN OBJEKTIF ARAS TAKSONOMI JUMLAH ITEM 1 2 3 4 5 6

1.

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI a. Keselamatan dan Organisasi Bengkel b. Kreativiti dan Reka Cipta i. Pengenalan Kreativiti ii. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk 7, 8, 14, 19 1, 2, 4, 5, 6, 11,

2.

BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN a. Penyelenggaraan Alat Tangan 3, 13, 15, 17, 18. / / / /

3.

TANAMAN HIASAN a. Pengenalan b. Pemilihan Biji Benih c. Penanaman d. Penjagaan 9, 10, 16. / / /

4.

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Barang Jualan b. Merancang dan menyediakan Jualan c. Mempromosi Jualan d. Mengurus Jualan Jumlah 20 4 4 4 4 2 2 12, 20. /

21

HBLS 1103

3.

20 ITEM UJIAN OBJEKTIF

Arahan Am: Setiap soalan diikuti 4 pilihan jawapan. Sila pilih satu sahaja jawapan yang tepat dan hitamkan pada kertas objektif.

1.

Apakah yang perlu dilakukon oleh murid sebelum memasuki bengkel?

A B C D

Beratur dan bersedia untuk berebut masuk Masuk tanpa mendapat kebenaran Berbuat bising untuk mendapat perhatian Beratur di luar bengkel dengan senyap

2.

Apakah tindakan awal yang perlu dilakukan oleh murid jika rakannya cedera ketika menggergaji kayu?

A B C D

Laporkan kepada guru dengan segera Memanggil ibu bapa mereka datang Menelefon pihak ambulans Memaklumkan kecederaan di pejabat sekolah

3.

Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya

A B C D

selamat dan tidak mudah hilang sentiasa bersih dan mudah digunakan berkilat dan menarik tidak berbau busuk

22

HBLS 1103

4.

Pilih pernyataan yang benar.

I II III IV

Tingkap dan pintu hendaklah ditutup ketika di bengkel Bersihkan bengkel sebelum meninggalkannya Simpan alatan di tempat yang disediakan Alatan bengkel dibawa pulang ke rumah

A B

I dan II sahaja I dan III sahaja

C D

II dan III sahaja III dan IV sahaja

5.

Alat pemadam api digunakan apabila

A B C D

berlaku kecurian berlaku kebakaran berlaku kerosakan berlaku kemalangan

6.

Kesemua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A B C D

memakai apron ketika melakukan aktiviti praktikal bekerjasama dalam kumpulan di bengkel berbuat bising dan bergurau senda di bengkel menggunakan bahan dan alatan dengan cermat.

23

HBLS 1103

7.

Alatan tangan yang ditunjukkan di bawah ialah

A B C D

playar gabung pena ujian playar kacip pemutar skru

8.

Semua alat di bawah digunakan untuk mengukur dan menanda, kecuali

A B C D

pisau penanda pembaris keluli tukul kuku kambing sesiku L

9.

Soalan 9 dan 10 berdasarkan gambar rajah di bawah.

Bahan X digunakan untuk

A B C D

mengelakkan akar daripada terkeluar menyuburkan tanaman menahan serangga daripada memakan daun mengelakkan medium daripada terkeluar
24

HBLS 1103

10.

Bahan X boleh digantikan dengan

A B C D

anak pokok daun batu kayu

11.

Alatan di sebelah sepatutnya disimpan

A B C D

di dalam stor di tempat yang mudah diambil di dalam almari yang berkunci di atas siling bangunan

12.

Yang manakah bukan pembekal barang kepada peniaga?

A B C D

Pengilang Pemborong Pengeluar Pengguna

25

HBLS 1103

13.

Gambar di atas merupakan salah satu daripada bahagian yang terdapat pada lampu suluh. Apakah nama bahagian yang bertanda X? A B C D Spring Bateri Suis Pelaras

14.

Di dalam kotak set kereta mainan yang baru dibeli oleh Hamid, terdapat sehelai brosur. Kandungan brosur itu mungkin sekali

A B C D

resit pembayaran jadual perlumbaan butir-butir peribadi penjual manual pemasangan

15.

Selepas menggunakan alatan di dalam bengkel, kita perlulah

A B C D

mengumpulkan alatan itu di atas meja guru menyimpan alatan itu di tempatnya semula membawa alatan itu balik ke rumah menyimpan alatan itu di dalam kelas masing-masing

26

HBLS 1103

16.

Pokok-pokok bunga di bawah merupakan pokok bunga semusim, kecuali

A B C D

keembung matahari butang orkid

17.

Perkakas rumah yang berikut menggunakan kuasa elektrik, kecuali

A B C D

cerek komputer radio televisyen

18.

Syelek merupakan bahan kemasan bentuk . A B C D semburan helaian cecair kepingan

19.

. sesuai digunakan untuk melubangkan papan lapis. A B C D Pisau penanda Paku Gerudi tangan Gergaji

27

HBLS 1103

20.

Mengikut peruntukan undang-undang, setiap barang yang dijual mestilah mempunyai

A B C D

tanda tangan tanda cap jari tanda harga tanda halal

(3843 Patah Perkataan)

28

HBLS 1103

C.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ng Wee Choo, Salmiah Jaba & Koay W.C. (2005). Kemahiran Hidup Bersepadu: Teras dan Pilihan 2. Petaling Jaya. Vital Star Sdn. Bhd.

http://www.dbs.idaho.gov

http://www.science-projects.org.

29

You might also like