You are on page 1of 6

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Bangunan Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK FELDA Lurah

Bilut 1. LATAR BELAKANG PROJEK Sejarah penubuhan sekolah SK FELDA Lurah Bilut bermula pada tahun1961. Lokasi sekolah ini hanya 25 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Bentong dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Setelah 51 tahun pada tahun 2010, bermulalah penempatan pelajar pendidikan khas dengan penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Felda Lurah Bilut. Sehingga kini bilangan pelajar yang mengikuti program pendidikan khas integrasi ini seramai 7 orang dengan menempatkan 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Walau bagaimanapun pelajar pendidikan khas terpaksa ditempatkan di bangunan usang yang telah berusia lebih 51 tahun kerana masalah kekurangan kelas. Oleh sebab itu, kelas yang disediakan masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas dan bilik air. Selain itu keadaan struktur tanah mendap di sebahagian bangunan yang menempatkan kelas pendidikan khas juga membimbangkan dari aspek keselamatan. Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan pelaksanaan membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas di sekolah ini. BIODATA SEKOLAH Nama Sekolah Kod Sekolah Daerah Status Bil. Guru PPKI Bil. Staf Sokongan Bil. Enrolmen Murid PPKI Bilik Darjah sedia ada Sesi Kawasan : : : : : : : : : : SK FELDA LURAH BILUT CBA0001 Bentong Sekolah Kerajaan 3 orang (1 lelaki/ 2 perempuan) 6 orang 7 orang (5 Lelaki/ 2 Perempuan) 1 1 sesi Luar Bandar 1

2. OBJEKTIF PROJEK Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut: 2.1. 2.2. 2.3. 2.4 2.5 Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada telah menjangkau usia lebih 51 tahun dan kelihatan usang. Tiada kelas yang sesuai dan kondusif untuk menggantikan kelas sedia ada. Kelas sedia ada tidak mempunyai kemudahan asa seperti tandas dan ruangan yang mencukupi untuk melakukan aktviti. Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan status bangunan lama serta usang dan sebahagian daripada struktur tanah mengalami pemendapan. Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke bilik air kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni tangga dan sekiranya hujan pelajar terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke tandas.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berkut: 3.1. 3.2. Ubahsuai dan membina struktur tambahan untuk membuat tandas dan dapur dalam kelas yang sedia ada. RM40,000.00 Membaikpulih kelas bersebelahan untuk dijadikan dua buah kelas demi memenuhi keperluan bilangan kelas seperti yang diperuntukan pada awal penubuhan program pendidikan khas. RM 80,000.00 2

3.3.

Membaiki sebahagian struktur bangunan akibat pemendapan tanah. RM40,000.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut: 4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan dapat meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia lebih 51 tahun tersebut. 4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas dan ruang dapur yang disediakan berasingan khas untuk pelajar pendidikan khas. 4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas. 4.4 Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air. 5 JUSTIFIKASI PROJEK Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk : 5.3 5.4 5.5 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan pelajar berkeperluan khas. Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan pelajar pendidikan khas yang semakin bertambah pada masa akan datang. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan dan keselesasan pelajar pendidikan khas. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program pendidikan khas.

IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti: 6.3 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin kerana bangunan yang telah usang dan mengalami proses pemendapan tanah. 6.4 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang kecil dan tanpa kemudahan asas terutama sekali tandas dan dapur. 6.5 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke bilik air kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni tangga dan sekiranya hujan pelajar terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke tandas. 6.6 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-anak mereka memasuki program pendidikan khas kerana kemudahan asas yang tidak disediakan.

LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DCADANGKAN 4

Terpaksa menempatkan dua buah kelas dalam satu bilik darjah.

KKelas bersebelahan yang kelihatan usang dan mengalami pemendapan tanah.

You might also like