You are on page 1of 9

BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

MENGESAN KEROSAKAN PENCETAK

Kandungan:

• Kegunaan dan Kendalian Pencetak


• Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak
• Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak

Kegunaan dan Kendalian Pencetak

3 pencetak utama:
1. Pencetak Dot Matriks
2. Pencetak Laser
3. Pencetak Semburan Dakwat

Pencetak Dot Matriks

• Dari kategori Impact Printer (teknologi hentaman)


• Mempunyai jejarum halus sebagai kepala cetak.

• Menggunakan Riben sebagai dakwat.

syamsulum@yahoo.com 1
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

• Jejarum akan menghentam reben mengikut susunan tertentu bagi


menghasilkan imej atau teks di atas kertas.

• Semasa proses hentaman (cetakan), reben yang telah digunakan akan


digulung bagi memastikan cetakan akan sentiasa menggunakan reben
yang masih baru.
* untuk jimat, reben yang telah habis masih boleh digunakan dengan
menggulung kembali reben ke tempat asal (awas, kualiti telah berkurang)

Kelebihan: 1. Kos dakwat reben murah

Kekurangan: 1. Bunyi terlalu bising


2. Cetakan perlahan
3. Kualiti paling rendah berbanding pencetak jenis lain.

syamsulum@yahoo.com 2
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

Pencetak Laser

• Menggunakan teknologi laser atau LED (light emitting diod)


• Apabila menerima signal (data), sinaran laser akan dipancarkan ke atas
drum/roda sensitif cahaya mengikut bentuk tertentu.

• Kawasan yang menerima pancaran bercas negatif.


• Cas-cas ini akan menarik serbuk dakwat (digelar toner*) dari bekas serbuk
dakwat.

*Toner adalah serbuk yang diberi cas (positif). Ia


dibina oleh 2 bahan utama :- pigmen dan plastik.
Apabila toner digelek oleh rod pemanas (digelar
fuser), bahan plastik toner akan cair dan dakwat
pigmen melekat pada kertas.

• Dakwat berpindah ke atas


kertas akibat tarikan cas kertas.
• Kertas ini akan digelek di antara
rod-rod besi yang panas (fuser).
• Setelah digelek, toner melekat
atas kertas.

Kelebihan: 1. Cetakan paling pantas


2. Bunyi paling perlahan
3. Dakwat kalis air

Kelemahan: 1. Harga toner sangat


mahal
2. Kebanyakannya tidak
sokong cetakan teks jenis
simbol

syamsulum@yahoo.com 3
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

Kebanyakan pencetak laser menggabungkan bekas


toner, dan drum dalam satu katrij pakai buang.

Pencetak Semburan dakwat

• Ia menggunakan konsep semburan dakwat berkelajuan tinggi.


• 2 teknologi semburan:
o Gelembung udara
 Apabila pencetak menerima signal, plat pemanas pada
kepala cetak akan dipanaskan.
 Pemanasan ini akan menghasilkan gelembung udara.
 Gelembung udara ini menyebabkan dakwat terpancut
keluar dari kepala cetak dengan kelajuan tinggi.
o Getaran /Pengembangan
 Cas elektrik dibekalkan kepada batu kuarza.
 Batu kuarza akan mengembang.
 Pengembangan akan menolak dakwat keluar.

• Dakwat disembur (pancut) dalam corak tertentu di atas kertas bagi


menghasilkan imej atau teks.

syamsulum@yahoo.com 4
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

Kepala pencetak (printer head) beserta pembesaran pemancut dakwat (nozzle)

Saiz lubang pemancut (nozzle) adalah sangat kecil berbanding saiz rambut manusia

Siaz dakwat disukat dengan nilai pl (pico liter). 1liter = 1,000,000,000,000pl (10-12)

syamsulum@yahoo.com 5
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

• 2 jenis kepala cetak


o Kepala cetak dilekat bersama-sama katrij dakwat
o Kepala cetak dilekat bersama pencetak dengan katrij berasingan

Kelebihan: 1. Cetakan pantas


2. Bunyi perlahan
3. Hasil cetakan agak baik
4. Menyokong cetakan teks simbol dan imej berwarna
5. Harga berpatutan
6. Harga katrij berpatutan

Kelemahan: 1. Cetakan biasa tidak kalis air


2. Kepala cetak mudah rosak (tersumbat)

syamsulum@yahoo.com 6
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak

Secara umumnya, komponen pencetak adalah amat sensitif kepada habuk, kekeringan,
dan lembapan. Antara gejala atau tanda-tanda kerosakan adalah:
1. Pencetak gagal dikesan oleh komputer (PC)
2. Hasil cetakan tidak kemas atau tiada dakwat keluar
3. Kertas gagal dilalukan pada laluan kertas (tersangkut)

Kerosakan ini biasanya berpunca akibat kelalaian dan kesilapan pengguna seperti:
1. Tidak memasang kabel dengan betul.
2. Tidak memasang bekalan kuasa ataupun bekalan kuasa telah rosak.
3. Tidak memasukkan (install) driver*.
4. Menjatuhkan bendasing (seperti klip kertas, pin telekung, sarung pen dan
sebagainya) di dalam laluan kertas pencetak.
5. Meletakkan pencetak ditempat yang agak berhabuk dan tidak sesuai.

* driver – perisian yang membolehkan komputer mengawal perkakas tambahan dengan betul.

Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak

Bagi memudahkan diagnosis, pembahagian pencetak kepada komponen umumnya


boleh digunakan.

Komponen-komponen Utama Pencetak

1. Mekanisma kepala cetak


• Berfungsi menghasilkan cetakan

• Masalah biasa & tanda-tandanya:-


i. Dakwat habis atau kepala cetak kering (dakwat kering nozzle).
1. kertas keluar tanpa hasil cetakan
2. dakwat cetakan terputus-putus / tidak jelas
3. cetakan warna memberikan warna berlainan
ii. Kedudukan penganjak kepala cetak tidak diselaraskan
1. Cetakan herot-berot (tidak rata)

syamsulum@yahoo.com 7
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

iii. ‘Fuser’ (roda pemanas pencetak laser) tidak berfungsi


1. Dakwat tidak melekat pada kertas
• Cara atasi:-
i. Jika dakwat kering, gantikan dengan katrij dakwat baru atau isi
semula dakwat.
ii. Jika dakwat masih ada tetapi cetakan bermasalah; bersihkan kepala
cetak (lubang nozzle) dengan kain lembap (suam). Jika tidak selesai,
gantikan kepala cetak baru.
iii. Bagi cetakan herot-berot, gunakan utiliti pencetak (perisian yang
disediakan bersama-sama pencetak) untuk membetulkan kedudukan
kepala cetak (alignment).
iv. Bagi masalah ‘fuser’; semak bekalan kuasanya. Gantikan dengan
baru jika perlu.

2. Mekanisma penyuap kertas (feeder)


• Berfungsi membekalkan kertas dan menyediakan laluan kertas untuk
cetakan

• Masalah biasa & tanda-tandanya:-


i. Kertas tersangkut semasa print
• Cara atasi:-
i. Semak sama ada motor penyuap berfungsi atau tidak.
ii. Semak gear-gear penyuap dan minyakkan (guna gris)
iii. Semak laluan kertas dan buang bendasing ( pin baju, pin kertas,
daun kering, kertas gula-gula, atau sampah lain) yang mungkin
tersangkut pada laluan kertas.

3. Bekalan Kuasa
• Mengubah voltan arus ulangalik rumah kepada voltan rendah arus terus
bagi kegunaan litar pencetak
• Masalah biasa & tanda-tandanya:-
i. Tiada kuasa (lampu pencetak tidak menyala)
• Cara atasi:-
i. Semak sambungan bekalan kuasa.
ii. Uji voltan masuk dan voltan keluar. Jika ada voltan masuk tetapi tiada
voltan keluar, bekalan kuasa telah rosak.
iii. Ganti bekalan kuasa baru (atau baiki)

syamsulum@yahoo.com 8
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak

4. Litar kawalan
• Menterjemah arahan pengguna dan mengawal pergerakan pencetak bagi
menghasilkan cetakan yang dikehendaki

• Masalah biasa & tanda-tandanya:-


i. Ada kuasa tetapi hasil cetakan tidak keluar.
• Cara atasi:-
i. Ganti komponen yang mungkin terbakar.

5. Palam antaramuka
• Menyediakan sambungan antara komputer kepada pencetak

Palam USB

Palam LAN (rangkaian) dan palam


komunikasi lain pencetak
Palam Serial

• Masalah biasa & tanda-tandanya:-


i. Komputer gagal mengesan kehadiran pencetak.
• Cara atasi:-
i. Semak sambungan kabel PC-pencetak.
ii. Cuba semak masalah ‘driver’ pada ‘Device Manager’. Jika ada
tanda ? atau !, masukkan (install) driver yang betul bagi pencetak.
iii. Jika tiada masalah driver, cuba gantikan kabel sambungan PC-
pencetak dengan yang lain.
iv. Jika masih tidak dikesan, mungkin palam sambungan pada PC atau
pada pencetak bermasalah. (Palam pada PC boleh diuji dengan
menghubungkannya kepada perkakasan lain. Jika palam PC elok,
PC boleh mengesan perkakas tersebut).
v. Bagi pencetak sambungan LAN (rangkaian), semak alamat IP
pencetak. Pastikan alamat IP ada dan dalam kumpulan sama (betul).

syamsulum@yahoo.com 9

You might also like