P. 1
Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

4.44

|Views: 5,432|Likes:
Published by Nashrah

More info:

Published by: Nashrah on Jul 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2013

pdf

text

original

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat menyiapkan

kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK xxxxxx iaitu xxxxxx yang telah memberi keizinan untuk saya menjalankan kajian saya ini.

Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada guru geografi saya iaitu xxxxxx yang telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu xxxxxx dan xxxxxx yang telah memberi banyak perhatian dan semangat bagi menyempurnakan kajian ini.

Tidak ketinggalan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan iaitu xxxx, xxxxx, xxxxx, xxxxx dan banyak lagi.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

3

PENDAHULUAN

Saya xxxxxx, pelajar tingkatan 3 KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxxx. Saya telah memilih untuk menjalankan kajian di kawasan Bandar Kuala Kangsar, Perak dan perbandingannya dengan Yokohama di Negara Jepun.

Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya kerana terdapat banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada kawasan tersebut. Kedudukan bandar Kuala Kangsar yang tidak jauh dari rumah saya dan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan ini.

Saya telah mengambil masa selama 4 bulan untuk menjalankan kajian ini. Di akhir kajian saya ini, saya dapat mempelajari cara mencatat dan merekod data.

4

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah :  Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kuala Kangsar dan Yokohama di Negara Jepun.  Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.  Mengenalpasti fungsi petempatan di Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan dengan Yokohama di Negara Jepun.  Membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.  Mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.  Menerapkan rasa cinta, nilai-nilai murni serta nilai penerapan patriotisme terhadap bandar Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.

5

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Kuala Kangsar sebagai kawasan kajian saya. Menurut hasil kajian yang telah saya jalankan terhadap Bandar Kuala Kangsar, saya mendapati bahawa nama Bandar Kuala Kangsar berasal dari rangkai kata “Kuala Kurang-Sa” kerana bilangan anak sungai ini kurang satu daripada 100 anak sungai di Bandar Kuala Kangsar.

Bandar ini terletak di tebing Sungai Perak. Kebanyakan petempatan yang dibina di Bandar Kuala Kangsar ini terletak di sebelah utara Ipoh, di sebelah barat Sungai Siput dan di timur Taiping. Bandar ini disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Perak.

Jarak Bandar yang terdekat dengan bandar Kuala Kangsar ialah Bandar Ipoh dan bandar Taiping. Jarak bandar Ipoh dengan bandar Kuala Kangsar ialah 45 kilometer dan bandar Taiping ialah 32 kilometer. Peta 1 adalah peta kawasan kajian. Peta 2 adalah peta negara yang dibandingkan iaitu bandar Yokohama di negara Jepun dan peta 3 adalah peta lakar kawasan kajian.

6

Peta Negeri Perak

Kawasan kajian

Rajah 1 : Peta kawasan kajian saya

Peta 1 : kawasan kajian saya

7

Di bawah adalah peta perletakan bandar Yokohama di Negara Jepun

Kawasan kajian

8

Peta Lakar

9

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah :1) Kaedah Pemerhatian 2) Kaedah Rujukan 3) Kaedah Kajian Lapangan

1) Kaedah Pemerhatian - Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenalpasti jenis pola petempatan di kawasan kajian, bentuk muka bumi, fungsi-fungsi petempatan serta masalah kawasan kajian.

2) Kaedah Rujukan Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan menelaah buku-buku dan internet yang mengandungi sebarang maklumat mengenai petempatan di kawasan Bandar Kuala Kangsar dan petempatan Yokohama di Negara Jepun. Saya juga telah melayari untuk mencari peta kawasan kajian saya.

3) Kaedah Kajian Lapangan Saya membuat kajian lapangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas

tentang kawasan kajian.

10

DAPATAN KAJIAN

Jenis Dan Pola Petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat, saya dapati kedua-dua kawasan kajian iaitu bandar Kuala Kangsar dan Yokohama Di Jepun merupakan kawasan bandar. Berdasarkan kajian melalui kaedah pemerhatian pula, pola petempatan di bandar Kuala Kangsar ialah pola berjajar, berpusat, berselerak dan terancang. Pola berjajar banyak terdapat di sepanjang tebing Sungai Perak di sebelah Sayong. Pola berpusat pula dapat dilihat di sekitar Kolej Islam Darul Ridzuan. Kebanykan petempatan di sini terdiri daripada pola berselerak contohnya di kawasan sekitar Istana Iskandariah. Pola terancang pula dapat dilihat di kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Kuala Kangsar, Taman Chandan Puteri dan banyak lagi. Manakala bandar Yokohama adalah pola petempatan yang berpusat. Ini dapat dilihat apabila terdapat rumah dan bangunan yang banyak dibina secara rapat-rapat, padat dan bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan penduduk. Dengan langkahlangkah kerajaan membangunkan negara Malaysia ini ke arah negara pembangunan, adalah diharapkan dasar-dasar kerajaan dalam Wawasan 2020 tercapai. Malaysia inginkan juga rakyatnya berpendidikan tinggi dan menikmati tahap hidup yang baik serta selesa melalui perbelanjaan pembangunan yang dibuat dalam setiap Rancangan Lima Tahun.

11

Faktor yang mempengaruhi petempatan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Kuala Kangsar. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ;

Sejarah Kuala Kangsar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selatan Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik denagn keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena pokok kangsar, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai. Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk petempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan.

Gambar pada zaman dahulu

12

Bentuk muka bumi Malaysia terletak dalam kawasan iklim khatulistiwa dengan suhu 28 darjah Selsius. Kuala Kangsar merupakan kawasan petempatan tanah pamah. Oleh sebab itu kawasankawasan ini telah dijadikan sebagai kawasan yang terdapat sektor-sektor pertanian.Selain itu, Kuala Kangsar juga terletak berhampiran dengan tebing Sungai Perak.

Sungai Perak

13

Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Kuala Kangsar ialah perniagaan, pertanian, dan perkilangan. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat “The Store”iaitu pusat perniagaan, sawah padi, ladang getah, dan kilang-kilang seperti “Perak Textile”. Selain itu, kegiatan ekonomi di Kuala Kangsar juga ialah seperti pembalakan dan perkhidmatan.

Kawasan pertanian

Kawasan perkilangan

Kawasan perniagaan

14

Manakala terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Yokohama. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ; Sejarah Nama "Yokohama" sebagai sebuah kota, berasal dari nama desa nelayan bernama desa Yokohama (Yokohama-mura) yang terletak di Distrik Kuraki, Provinsi Musashi. Hingga di akhir zaman Edo, desa Yokohama adalah desa kecil di atas sebuah delta sungai yang penduduknya bermata pencaharian sebagai petani dan nelayan.

15

Bentuk muka bumi Yokohama pula terletak di pinggir laut. Ianya terletak di selatan Tokyo, Jepun dan bermula sebagai sebuah kampung nelayan dan menjadi pelabuhan pada tahun 1859. Pada tahun 1923, Yokohama dilanda gempa bumi yang kuat diberi nama “The Great Kanto Earthquake”.

Pemandangan bandaraya Yokohama, Jepun

Sosial/budaya Faktor yang mempengaruhi Yokohama dari segi sosial adalah kedudukannya sebagai bandaraya kesenian dengan nilai-nilai baru dari pemodenan Jepun. Banyak muzium antarabangsa yang dibina di kawasan pelabuhan dan dipenuhi dengan kesenian tradisi Jepun. Antara tempat yang sering dikunjungi adalah Sogo Museum of Art, Yokohama China Town, Minato Mirai, Yokohama Dolls Musem, Yokohama Noh Theatre dan Yokohama Museum of Art. Pelawat-pelawat ke Jepun didedahkan dengan sosio budaya di sana supaya mereka menghormati adat resam orang-orang Jepun. Ini dapat dilihat dari

16

risalah berkenaan cara kehidupan orang Jepun yang dibekalkan oleh Association for Overseas Technical Scholarship (AOTS) berjudul “An Introduction To Japan And The Japanese” dan “Guide To Your Life In Japan”. Perkara ini harus kita contohi bagi menerapkan nilai-nilai murni budaya rakyat malaysia kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke malaysia. Fungsi petempatan Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan bandar Kuala Kangsar serta pendudukdi bandar Kuala Kangsar. Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasanKuala Kangsar adalah sistem pendidikan. Banyak sekolah di Kuala Kangsar telah dinaiktaraf pendidikannya. Contohnya ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Kolej Melayu Kuala Kangsar telah tersenarai menjadi sekolah cluster. Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang ada di Kuala Kangsar. Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini. Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Kuala Kangsar yang semakin baik dan selesa. Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik, jalan bertar dan juga sekolah. Selain itu, terdapat juga kawasan pusat pentadbiran yang dibina di Bandar ini. Antaranya ialah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pejabat Telekom Malaysia.

17

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Jalan bertar di Kuala Kangsar

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Manakala Yokohama, bandar di Jepun, fungsi utamanya adalah sebagai pusat perniagaan dan pelabuhan utama. Di sana terdapat banyak gudang-gudang untuk kegunaan penyimpanan kargo, deretan kedai, restoran, hotel dan pelbagai tempat pelancongan. Dengan cara ini, bandar teresebut dapat berkembang pesat kesan daripada imigrasi penduduk dari kawasan luar Yokohama dan juga pelabur asing. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

18

Pelabuhan di Yokohama Masalah petempatan

Kawasan Perniagaan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat,beberapa masalah telah didapati antaranya ialahkesesakan lalulintas, juga pencemaran alam sekitar dan masalah sosial. Kesesakan lalulintas berlaku di Kuala Kangsar apabila tibanya hari kemuncak pada waktu pagi dan petang seperti ramai orang pergi atau pulang dari kerja mereka. Pencemaran terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Kuala Kangsar. Antara pencemaran yang sering berlaku di Kuala Kangsar ialah seperti pencemaran udara yang terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Selain itu, pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Masalah yang ketiga yang sering berlaku di Kuala Kangsar ialah masalah sosial, dimana kebanyakan remaja-remaja yang beragama Islam suka melakukan perbuatan vandalisme , seperti menconteng dinding tandas awam dan merosakkan telefon awam .

19

Selain itu, remaja juga suka melakukan perkara yang meruntuhkan akhlak seperti mencuri, lumba haram dan mengambil dadah. Hal seperti ini juga akan menyusahkan penduduk-penduduk di bandar Kuala Kangsar.

Pencemaran udara

Masalah sosial

Kesesakan lalulintas Di Yokohama, Jepun, masalah yang sering berlaku disana ialah kesesakan lalulintas di bandar dengan kehadiran orang ramai yang bekerja atau ada urusan lain. Jalanraya kurang sibuk kerana kebanyakan orang di Jepun menggunakan keretapi dan

20

bas. Keretapi dan bas adalah cara pengangkutan utama dan ia akan tiba tepat pada masa yang dijadualkan. Masalah yang kedua yang sering berlaku di Jepun ialah masalah sosial, dimana orang-orang bekerja tidak pulang ke rumah sebelum jam sembilan malam. Sesiapa yang pulang awal dianggap tidak rajin bekerja dan jiran-jiran akan membuat tanggapan sedemikian, dengan itu mereka yang bekerja tidak akan pulang awal untuk mengelakkan tanggapan malas bekerja oleh jiran-jiran mereka. Mereka akan pergi ke pub atau tempat-tempat hiburan untuk mengisi masa tersebut.

Kesesakan lalulintas di Yokohama

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Kuala Kangsar, kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan

21

segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

Langkah mengurangkan masalah petempatan

Langkah bagi mengurangkan masalah lalu lintas yang berlaku di Kuala Kangsar adalah dengan melebarkan jalan raya. Biasanya, kawasan ini akan menjadi tumpuan orang oleh kerana fungsinya sebagai pusat pentadbiran. Keadaan kesesakan lalulintas pada kawasan ini berlaku terutamanya pada waktu kemuncak sehingga menjadikan lalulintas yang tidak sistematik. Ramai pembawa kenderaan cuba memotong dan tidak mengikut laluan yang disediakan. Oleh itu, pelebaran jalanraya perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah

bagi

mengurangkan

masalah

pencemaran

ialah

menguatkuasakan undang-undang ,mengitar semula, menyediakan tapak pelupusan. Contohnya, usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran. Pokokpokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan. Di samping itu,, kerajaan juga telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku. Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah

22

dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Masalah ketiga yang sering terjadi di kawasan ini adalah masalah sosial, iaitu remaja suka melakukan perbuatan vandalisme, mencuri dan mengambil dadah. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan langkah-langkah memartabatkan semula seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badanbadan dakwah dan NGO’s yang lain) supaya peranan dan fungsi institusi-institusi yang berkaitan dapat di manifestasikan dengan lebih berkesan. Selain itu, kerajaan telah mengadakan kempen (melalui media yang pelbagai) kesedaran tentang darjah, akibat dan punca-punca (ekonomi dan sosio-budaya) masalah sosial yang berlaku di negara kita. Manakala di Jepun pula, bagi mengurangkan masalah seperti kesesakan di bandar dengan kehadiran orang ramai untuk bekerja atau urusan lain adalah dengan kerajaan menyelerakkan tempat bekerja ke kawasan perumahan di bandar-bandar di sekitar Yokohama yang kurang dibangunkan komplek pejabat. Bagi mengurangkan masalah pekerja yang pulang lewat kerana takut dianggap malas bekerja, kerajaan telah menjalankan lebih aktiviti bersama keluarga supaya mereka yang bekerja tidak tertekan dengan situasi pekerjaan mereka. Ini akan mengurangkan kecenderungan mereka mengisi masa sebelum pulang ke rumah dari minum di pub atau berjudi di tempat-tempat perjudian yang sekian banyak di Jepun. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun

23

begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Peta Minda

24

Kesesakan lalulintas

Masalah Petempatan di Kuala Kangsar dan di Yokohama

Masalah sosial Pencemaran

Peta Aliran

25

RUMUSAN

Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenalpasti jenis, pola dan fungsi petempatan di sesuatu kawasan kajian. Selain dari itu, saya dapat

26

mengenalpasti faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian serta membuat perbandingan dengan petempatan lain di negara luar.

Adalah dicadangkan kajian seperti ini dijadikan sebagai satu kaedah pembelajaran di peringkat sekolah rendah lagi supaya para pelajar lebih peka tentang keadaan semasa dan hal ehwal kawasan petempatan mereka. Dengan mengetahui masalah yang ada di kawasan petempatan, perkara ini dapat dibincangkan dengan ibubapa dan orang setempat supaya sama-sama membincangkan cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kajian ini membuat saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia di mana nilai-nilai kekeluargaan masih dititik beratkan. Berbanding dengan di Jepun, nilai hidup mereka menitikberatkan rajin bekerja sehingga mendatangkan tanggapan yang kurang elok dari jiran tetangga apabila pulang awal dari bekerja.

Selain itu, kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah Negara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik.

LAMPIRAN

27

RUJUKAN

1. Buku teks

28

Buku teks Geografi Tingkaran 2 Pengarang : Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Lim Jin Choon Ratnam Karuppiah Servai Percetakan : Rina Sdn. Bhd 2003

2. Buku Rujukan Focus Ace PMR Geografi Pengarang : Kang Chai Yoeng Chong Hui Ling Chong Yoon Choi Darmindar Singh

3. Internet http://maps.google.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala Kangsar http://ms.wikipedia.org/wiki/Yokohama

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->