Professional Documents
Culture Documents
Jadual Aktiviti
Ringkasan Topik
Pengenalan PC
2 komponennya PC:
• Hardware
o perkakasan
• Software
o program / perisian
o 2 jenis utama:
OS – Operating System / Sistem Pengoperasian
Application / aplikasi
Hardware
1. CPU (central processing unit / Pemproses teras yang mengubah input pengguna
processor) kepada output
2. Motherboard (papan litar Menjadi perumah yang menghubungkan semua
utama) perkakasan
3. RAM (random access memory Tempat simpanan sementara data yang diproses
/ memori)
4. Graphic Card / kad grafik Menghasilkan output untuk paparan di monitor
5. Sound card / kad bunyi Menghasilkan output bunyi untuk speaker &
headphone. Juga boleh memproses input bunyi dari
microphone.
6. Harddisk Tempat simpanan kekal data
7. Pemacu Cd Membolehkan cakera CD dibaca
8. Pemacu Disket Membolehkan baca / tulis disket
9. Keyboard (papan kekunci) Membolehkan pengguna memasukkan input / arahan
10. Mouse (tetikus) Simulasi pergerakan telunjuk
11. Kabel data Penghubung antara perkakas storan (harddisk /
pemacu cd, pemacu disket) kepada motherboard
12. Power supply (bekalan kuasa) Mengubah kuasa dari soket rumah (240V – arus ulang
alik) kepada kuasa yang diperlukan oleh PC (3.3V , 5V,
12V – arus terus)
13. Monitor Memaparkan output dalam bentuk imej di skrin
14. Kabel kuasa Menghubungkan bekalan kuasa ke soket rumah
15. Casing (perumah) Menjadi perumah utama bagi perkakasan No.1 – 12.
Juga boleh dijadikan penghias PC.
Gambar-gambar Hardware PC
CPU
Motherboard
RAM
Harddisk
Pemacu CD
Pemacu Disket
Keyboard Mouse
Kabel data
Power Supply
Kabel Kuasa
Casing
CPU mempunyai 2 permukaan utama; atas dan bawah. Permukaan atas biasanya rata manakala
permukaan bawah pula dipenuhi dengan pin-pin. Sebelum memasang CPU ke Motherboard,
semak dulu pin-pin. Pastikan CPU dipasang pada permukaan yang betul kepada soketnya di
motherboard. Biasanya ada ruang kosong antara hujung pin. Oh, Ya! Pastikan anda
menggunakan prosessor yang betul bagi motherboard tersebut! Pemproses jenis AMD pastinya
tidak masuk dengan soket Intel… Baca manual bagi CPU yang disokong oleh motherboard
tersebut.
Buka pengunci soket pemproses sebelum memasukkan CPU. Biasanya ini dilakukan dengan
menolak kekuncinya keluar sedikit dan mengangkatnya 90 darjah ke atas.
Pastikan pin CPU berada pada kedudukan sepatutnya di soket dan masukkan CPU perlahan-
lahan. Jangan Paksa! Jika tidak masuk, pin mungkin bengkok atau anda pasang pada
kedudukan yang salah. Jika pin bengkok, gunakan pemutar skru atau playar kecil untuk
kembalikan pin ke bentuk asalnya.
PERHATIAN! Jangan ‘on’ komputer sebelum penyejuk cpu dipasang! Suhu CPU sangat panas &
boleh terbakar tanpa penyejuk. Penyejuk biasanya terdiri daripada heatsink dan kipas.
Sebelum kita klipkan heatsink (sirip penyejuk), letakkan sedikit pelekat / cecair termal pada
permukaan atas CPU (abaikan jika ia sudah ada pada heatsink).
Cecair termal ini juga kadang kala digelar ‘silicon gel’ dan berfungsi untuk memindahkan
kepanasan CPU kepada heatsink dengan berkesan / baik. Selepas itu, letakkan penyejuk pada
kedudukan sesuai (mengikut bentuk CPU dan soket) dan klipkan penyejuk pada motherboard.
Caranya, masukkan satu daripada klip pada ruangnya di soket motherboard, dan gunakan
pemutar skru untuk menekan klip yang satu lagi untuk mengunci penyejuk pada soket CPU
motherboard.
Pasang juga soket kuasa kipas penyejuk kepada palam kuasa CPU di motherboard.
Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah), sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka
kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot RAM ini mempunyai bonggol pada
kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan betul berpandukan bentuk kaki RAM dan
bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk
memastikan RAM betul-betul ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi
langkah jika lebih daripada satu RAM dipasang.
Alihkan motherboard. Pasang tapak skru (disediakan oleh pembekal motherboard) pada tapak
casing yang hendak digunakan (ditanda) tadi. Kemudian tempatkan kembali motherboard pada
kedudukan tadi, selari dengan lubang tapak skru yang baru dipasang. Pasang skru untuk
melekatkan motherboard kepada tapak skru tadi
Biasanya bekalan kuasa disertakan sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan,
pasang bekalan kuasa kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah
dari jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard ATX).
Pasang soket kuasa untuk motherboard (dari bekalan kuasa) kepada palam kuasa motherboard.
Jenis ATX mempunyai 20 pin. Masukkan pada kedudukan yang betul berpandukan bentuk dan
pengunci palam tersebut.
Permukaan depan casing biasanya disertakan dengan lampu kuasa, lampu aktiviti harddisk,
butang ON dan butang RESET. Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-
fungsi ini kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan (gunakan panduan buku
manual motherboard @ label pada soket tersebut). Pasang juga wayar untuk speaker casing
pada soket yang disediakan.
Setiap motherboard biasanya menyokong sehingga 6 pemacu storan (4 untuk harddisk atau
pemacu cd – slot IDE; 2 untuk pemacu disket – slot FDD).
Slot yang menyokong harddisk atau pemacu cd digelar slot IDE. Motherboard biasanya
didatangkan dengan 2 slot ini. Setiapnya boleh menyokong dua pemacu storan (master & slave)
yang disambung dengan kabel IDE.
Jika anda ingin menggunakan satu kabel IDE sahaja untuk menghubungkan motherboard
kepada harddisk dan pemacu cd, set jumper pada kedua-dua pemacu storan tersebut; satu
master & satu slave (panduan biasanya disediakan pada label yang dilekatkan di atas pemacu
storan tersebut).
Selepas itu, masukkan pemacu cd dan pemacu disket ke dalam ruang yang disediakan pada
bahagian depan casing. Untuk harddisk pula, masukkannya pada ruang dalam kerangka (digelar
bay) casing. Masukkannya pada kedudukan yang sesuai dan selari dengan lubang skru. Skrukan
pemacu kepada kerangka casing.
Palamkan kabel IDE ke palam IDE dan dan kabel FDD ke palam FDD pada motherboard.
Sambungkan kabel IDE dan kabel kuasa (4 pin besar dari power supply) kepada harddisk dan
pemacu cd. Sambungkan juga kabel FDD dan bekalan kuasa (4 pin kecil) kepada pemacu disket.
Kad grafik biasanya menggunakan palam AGP (berwarna coklat). Pastikan kad grafik anda
menggunakan palam yang sama dengan yang disediakan oleh motherboard. Kad generasi kini
menggunakan palam PCI Express.
Masukkan kad grafik anda dengan baik ke dalam palamnya dan skrukan ia kepada casing.
Slot PCI pada motherboard biasanya berwarna putih dan panjang sedikit daripada slot AGP. Ia
adalah slot yang universal dan menyokong pelbagai jenis kad seperti kad bunyi, kad modem, kad
rangkaian dan sebagainya. (Cuba elakkan penggunaan slot 1 PCI kerana ia berkongsi IRQ
dengan AGP – boleh mengurangkan prestasi kad)
Masukkan kad (sebagai contoh kad bunyi) ke dalam slot PCI dengan kemas dan skru ia pada
casing.
Pasang perkakasan I/O (input / output) seperti mouse dan keyboard pada port PS/2 (keyboard
pada palam ungu; mouse pada palam hijau), palam vga monitor kepada palam vga kad grafik
(berwarna biru), dan wayar kuasa kepada power supply dan monitor.
PC kini sudah boleh diuji. Sambungkan palam wayar kuasa ke soket dan hidupkan suis.
Ini adalah langkah akhir bagi pemasangan ini. Tekan butang ON pada casing PC! (Jika semua
pemasangan berjalan dengan lancar, PC seharusnya boleh dihidupkan)
PC anda hidup? Maknanya anda sudah berjaya memasang PC sendiri! Tekan kekunci “Delete”
pada keyboard berulang kali sehingga paparan CMOS setup muncul. Sila semak arahan pada
manual motherboard anda untuk membuat olahan pada CMOS. CMOS adalah memori yang
mampu menyimpan konfigurasi / ketetapan bagi cara motherboard berfungsi. Ini betul selagi
mana baterinya tidak habis.
Terdapat pelbagai jenis BIOS untuk motherboard yang pelbagai. Secara umum, antara olahan
yang perlu anda buat ialah:
Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan paparan BIOS setup ini untuk melihat sama ada
perkakasan anda berfungsi atau sebaliknya. Jika perkakasan anda (harddisk, pemacu cd,
memori, CPU) dapat dikesan (dipaparkan maklumatnya), ini bermakna perkakasan ini berfungsi
dengan baik!
Jika anda bercadang untuk membuat instalasi OS buat kali pertama, pastikan ‘first boot device’
ditetapkan kepada pemacu cd! Dengan ini, apabila komputer dihidupkan, ia akan membuka
aturcara pada cd dan memulakan proses instalasi.
FDD
Palam kuasa CHIP
memori
Bateri
Palam I/O
Palam Kuasa
Soket CPU
Slot Memori
Slot AGP
Bateri
Slot IDE
Slot PCI
Slot FDD