You are on page 1of 4

Pengertian Kesantunan

Kesantunan (politiness), kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau kebiasaan
yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingg kesantunan sekaligus menjadi
prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh karena itu, kesantunan ini biasa disebut
"tatakrama".

Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari dari berbagai segi dalam
pergaulan sehari-hari. Pertama, kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai
sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Ketika orang dikatakan santun, maka
dalam diri seseorang itu tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket yang berlaku secara baik di
masyarakat tempat seseorang itu megambil bagian sebagai anggotanya. Ketika dia dikatakan
santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara seketika
(mendadak) maupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama). Sudah barang tentu,
penilaian dalam proses yang panjang ini lebih mengekalkan nilai yang diberikan kepadanya.

Ciri-Ciri

Kesantunan Berbahasa

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau
kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.
4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan
hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur, dan keakraban hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus,
termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah
patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur
dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:
Digunakan untuk orang lelaki yangs ama
Pak
sebaya dengan ayah kendiri.
Digunaka utnuk orang perempuan yang
Mak
kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Digunakan untuk orang lelaki atau
Tok prempuan yang kira-kira sebaya dengan
datuk atau nenek kendiri.
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak
Abang setua ayah kendiri dan juga tidak semua
kendiri.
Digunakan untuk orang perempuan yang
Kakak tidak setua emak kendiri dan juga tidak
semuda kendiri.
Digunakan untuk orang lelaki atau
Adik permepuan yang lebih muda daripada
kendiri.

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak
Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah,
Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama
kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti
Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok
Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau
isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long
ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik
untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan
orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada
kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri
atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan
dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik
atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan
Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan),
Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran
dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid
bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa
gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden
(Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka,
Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang
dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di
Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres
Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji


(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak
Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan
Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof.


Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat


Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Permaisuri Agong Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan,
Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri
Balu Raja Yang Maha Mulia
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Yang Amat Berhormat
Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Yang Berhormat
Undangan Negeri (wakil rakyat)
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran
Yang Berhormat Mulia
Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan
kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) Yang Berbahagia
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

You might also like