You are on page 1of 26

FAKTOR

MEMUDAHKAN
DAN
MENGEKALKAN
HAFAZAN
Faktor memudahkan hafazan
Ialah dengan mengetahui:
Faedah Menghafaz Sebelum Memulakan Hafazan Al-quran
Ciri-ciri Penting Seorang Penghafaz Al-Quran
Perkara Asas Menghafaz Al-Quran
~ Teknik menghafaz
~ Pra hafazan
~ Teknik Menghafaz Secara Potongan
Faktor-faktor yang membantu untuk menghafal al-Quran

Mengetahui faedah menghafaz sebelum memulakan hafazan al-Quran

Faedah Menghafaz Al-Quran

1. Jiwa Yang Sentiasa Tenang

Hal ini diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya :

...

Ertinya : Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah dengan mengingati
Allah hati menjadi tenteram...

2. Orang Yang Menghafaz DiAnugerahkan Minda Yang Mantap

Amalan menghafaz dapat membantu minda ( otak ) kita berkerja
untuk mengingati apa yang kita pelajari di sekolah atau di mana jua.


3. Lancar Dalam Pertuturan

Suatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang
menghafaz al-Quran, kebiasaanya penghafaz al-Quran petah
berkata-kata, samada dalam menyampaikan kuliah, berpidato,
berdebat dan sebagainya.

4. Diberi Kejayaan Didalam Pelajaran

Mereka yang menghafaz al-Quran kebiasaanya memiliki semangat
dan kesungguhan yang tinggi dalam mengharungi apa jua
perjuangan, khususnya dalam pelajaran. Ini kerana roh al-Quran itu
telah berada dijasadnya dan sentiasa mendorong dan
memotivasikan dirinya untuk bersungguh-sungguh bagi mencapai
kejayaan.



5. Bahagia Hidup Di Dunia Dan Di Akhirat

- Penghafaz al-Quran akan memperolehi rahmat yang luas dari
Allah semasa hidup di dunia ini.
- Allah telah menjanjikan kepada pembaca dan penghafaz
al-Quran itu suatu bahawa ia suatu perniagaan atau
pelaburan yang tiada kerugian di dalamnya. Firman Allah di
dalam surah al-Fatir :





Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa membaca
kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang,serta
mendermakan apa yang kami kurniakan kepada mereka
secara bersembuyi atau berterangan mereka mengharapkan
suatu perniagaan yang tidak akan mengalami sebarang
kerugian.


Ep) 4g~-.- ] OUu-4C =U4-g *.- W-ON`~4 E_OUO- W-OE^4
Og` _4L^~Ee4O -4O LO41g^E4N4 ] ON_O4C LE4OO_g` }- 4OO+l> ^g_
Mengetahui Ciri-ciri Penting Seorang Penghafaz Al-Quran
1. Niat ikhlas kerana Allah.
2. Semangat yang membara dan mendalam.
3. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan.
4. Mempunyai azam yang kuat, istiqomah yang berterusan.
5. Ihtimam betapa pentingnya menghafaz al-Quran, kerana sikap ini
menyokong sifat istiqomah.
6. Mempunyai sifat tabah dalam menghadapi segala kesulitan
semasa menghafaz.
7. Bijak mengatur waktu yang sesuai untuk menghafaz dan
mengulang.

8. Jauhkan hati dari memikirkan hal keduniaan semasa menghafaz.
9. Sebaiknya menggunakan mushaf bersesuaian.
10. Bersedia mengamalkan puasa sunat dan ibadat-ibadat sunat.
11. Sentiasa beristighfar dan berselawat.
12. Bertalaqqi dan bermusyafahah dengn guru.
13. Sentiasa menghormati guru hafiz.
14. Menghormati rakan seperjuangan.
15. Berlapang dada dan bersedia memberi kemaafan.
16. Redha sekadar yang ada.
17. Istqomah terhadap disiplin menghafaz.
http://omartahfiz.blogspot.com/2008/11/kaedah-menghafaz-al-quran-
bersistematik.html


Mengetahui Perkara Asas Menghafaz Al-Quran
Sebelum memulakan hafazan:
-Memperbetulkan bacaan terhadap ayat-ayat yang akan dihafaz
( bertalaqqi )terlebih dahulu bersama guru.

Teknik menghafaz

Langkah 1
Pra hafazan
a) Tentukan berapa jumlah ayat atau muka surat yang akan
dihafaz.
b) Tetapkan jumlah jam yang diperlukan, pastikan jumlah ayat
yang hendak dihafaz bersesuaian dengan jumlah jam yang
digunakan. Contohnya kita perlu hafaz satu hari setengah muka
surat, jadi jumlah jam yang sesuai ialah 1jam. Ini tidak termasuk
jam pengulangan hafazan yang diperlukan.
c) Memulakan hafazan dengan Selawat, istighfar dan do'a.
d) Lakukan solat sunat untuk menguatkan hafazan


Langkah 2
Teknik Menghafaz Secara Potongan
a) Memisahkan satu ayat yang panjang kepada beberapa
bahagian. Contoh: menghafaz ayat 17 surah al-Baqarah :





b) Membaca ayat diatas tadi berulang kali sambil memerhatikan
hukum tajwid begitu juga dengan makhraj dan sifat huruf,
sekurang-kurangnya 3 kali.
c) Membaca seterusnya kita mulai menumpukan pada hafazan,
dengan teknik bacaan antara melihat mushaf dan tidak,
sehingga pada tanda wakaf yang telah kita buat tadi.
d) Setelah hafaz potongan ayat tersebut ia mesti diulang berkali-kali
sehingga hafazan yang baru kita perolehi itu menjadi mantap,
laku ulang ayat tersebut 30 kali.( disiplin )


_UV4` VEE Og~-.- E~O4-c- -4O4^ .OU ; 47.= 4` N.OEO =UE-O +.- g-jOONL) _E4O>4 O) eEU
4p+O^:NC ^_

e) Kemudian menghafaz potongan ayat yang berikutnya pula.
Teknik yang sama pada a, b, dan c di gunakan.
f) Setelah hafazan mantap, jangan teruskan hafazan pada ayat
berikutnya, berpatah balik terlebih dahulu pada potongan ayat
pertama tadi, mengulang semula hafazan dari potongan
pertama kemudian pada ayat berikutnya sebelum menghafaz
ayat yang seterusnya.
g) Setelah ketiga tiga potongan ayat di atas berjaya dihafaz
cantumkan menjadi satu dan ulang berkali-kali hingga hafazan
menjadi mantap. Lakukan ulangan 10 kali, sebelum menghafaz
ayat yang berikutnya.
h) Guna teknik-teknik di atas tadi untuk menghafaz ayat yang
berikutnya hingga kadar hafazan yang dikehendaki tercapai.


http://omartahfiz.blogspot.com/2008/11/kaedah-menghafaz-al-quran-
bersistematik.html

Faktor-faktor yang membantu untuk menghafal al-Quran:
a) Mentauhidkan ALLAH S.W.T.
Sesiapa yang mentauhidkan ALLAH S.W.T, DIA akan membuka segala
pintu kebaikan dan yang paling utama diantara pintu-pintu itu adalah
menghafal al-Quran.

b) Ikhlas pada niat.
Bagi sesiapa yang ingin hafal kalamullah perlu menyucikan hati
daripada perkara buruk dan jadikan niat itu ikhlas HANYA kerana
ALLAH S.W.T. supaya ALLAH permudahkan jalan untuk menghafal.

c) Doa
Doa merupakan sebab yang paling utama membantu dalam
penghafalan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Berdoalah kepada
ALLAH dengan yakin akan dimakbulkan olehNya,dan ketahuilah
ALLAH tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan lengah.
Riwayat al-Bukhari no 7477.
d) Minta keampunan.
Kita lupa apa yang dihafal kerana dosa yang dilakukan. Oleh
sebab itu kita kena banyakkan istighfar. Ibn Masood r.a berkata,
Aku mengira seseorang itu lupa ilmu yang dia telah belajar kerana
dosa yang dilakukan.
e) Membersihkan jiwa daripada akhlak buruk.
f) Niat untuk memperbaiki hati dan bersihkan jiwa dengan
pembelajaran/penghafalan tersebut.
g) Peruntukkan masa yang khusus untuk menghafal.
h) Wujudkan persaingan untuk membantu menaikkan semangat
meneruskan penghafalan.
i) Solat hajat, minta pada ALLAH pertolongan, ketepatan dalam
menghafal dan juga ikhlas. Juga solat taubat supaya dosa kita
tidak menghalang kita untuk menghafal al-Quran.
j) Baca tafsir ayat yang ingin dihafal kerana ia membantu untuk
mengukuhkan ayat itu dalam ingatan.
k) Jadualkan penghafalan. Tetapkan ayat yang ingin dihafal
mengikut kemampuan setiap hari.





l) Berdamping dengan guru supaya tidak silap dalam hafalan.
m) Kekal dengan hanya satu mushaf untuk menghafal sehingga
mampu untuk mengingati kedudukan ayat dan surah.
n) Membaca ayat yang telah dihafal dalam solat pada hari tersebut
supaya hafazan mengakar kuat dalam ingatan.
o) Qiyamullail. Tahajjud pada sepertiga akhir malam merupakan
waktu yang penuh rahmat .
p) Tidak mula menghafal sehinggalah membaca dengan tepat dan
betul hukum tajwidnya supaya hafazan bebas dari kesalahan.
q) Berwaspada dengan perasaan bangga.
r) Sempurnakan wudhuk dengan mengikuti sunnah Rasulullah
S.A.W.
s) Membayangkan kenikmatan syurga dan hukuman di dalam
neraka.

http://ctfatimahrzli.blogspot.com/2010/02/faktor-yang-membantu-untuk-hafal-al.html





Faktor mengekalkan hafazan
Ialah dengan mengetahui :
o Teknik Mengukuhkan Hafazan Baru Dan Lama
o Faktor Mengekalkan Hafazan
o Faktor Lupa Ayat Hafazan
Mengekalkan Hafazan
Pengekalan hafazan merupakan peringkat di mana
mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan.
Bagi seorang hafiz al-Quran adalah amat penting dan
menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara
hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.
Antara kaedah yang boleh dipraktikkan mengekalkan
hafazan ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi
hafiz, mengulang bersama orang lain, selalu membaca ayat
yang dihafaz di dalam solat dan menyertai musabaqah.

Teknik Pengukuhan Hafazan Baru :
1. Tetapkan setiap hari tidak kurang 2 jam untuk mengulang hafazan
baru.
2. Hafazan semalam hendaklah dilakukan sekali pengulang
digalakan lebih.
3. Hafazan dua hari lepas hendaklan diulang sebanyak 2 kali.
4. Hafazan tiga hari lepas hendaklah diulang sebanyak 3 kali.
5. Hafazan empat hari lepas hendaklah di ulang sebanyak 4 kali.
6. Hafazan lima hari lepas hendaklah diulang sebanyak 5 kali.
7. Hafazan enam hari lepas hendaklah diulang sebanyak 5 kali.
8. Hafazan tujuh hari lepas hendaklah di ulang sebanyak 5.
9. Bagi hari seterusnya ulang kesemua hafazan mulai dari hari
pertama hingga hari ketujuh.



Teknik Pengukuhan Hafazan Lama

Pengulangan hafazan lama bergantung kepada berapa
surah atau juzuk yang telah dihafaz.

http://omartahfiz.blogspot.com/2008/11/kaedah-menghafaz-al-quran-
bersistematik.html

Faktor Mengekalkan Hafazan
1. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz
2. Mendengar bacaan hafiz al-Quran
3. Mengulang hafazan bersama orang lain
4. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat
5. Menyertai Musabaqah Hifz al-Quran


Kertas kajian Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz oleh Ustaz Abdul Hafiz bin
Haji Abdullah (Ketua), Prof. Madya Ajmain bin Safar, Ustaz Mohd Ismail bin Mustari ,
Ustaz Azhar bin Muhammad , Ustaz Idris bin Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia,
2003. (ubah kaedah menjadi faktor)

6. Perbaiki niat dan keyakinan kepada Allah
7. Perbaiki ibadah
8. Menjaga amalan peribadi:
- menjaga pendanga mata
- menjaga pendengaran
- menjaga lisan
- menjaga makanan dan minuman
- menjaga pergaulan
- istiqamah melakukan puasa sunat
- menjaga amalan dakwah
- menjaga silaturahim dan sedekah
- berpegang teguh kepada sunnah nabi S.A.W
- memperbanyak istighfar dan taubat setelah beramal

Ustadz Abdurrahman Lubis. Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional. 2011.
Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

9. Menjaga amalan seperti:
Tidak mengabaikan surah penting seperti Yassin, Sajdah, al-
Waqiah, ad-Dukhan, al-Mulk, ar-Rahman dan sebagainya.
biasakan mengulang surah-surah di dalam solat malam
Berdoa supaya Allah mengekalkan al-Quran di dalam hati
sampai akhir hayat
Doakan anak cucu kita agar menjadi hafiz al-Quran
Doakan guru-guru, ustaz-ustaz dan mursyid yang telah
mengajar kita al-Quran
Doakan para mujahid dan hafiz al-Quran yang syahid di
medan jihad.
Doakan orang soleh yang banyak berkorban untuk agama
Allah.
Doa untuk kedua ibubapa yang membesarkan kita
Perbanyakkan selawat
Biasakan menangis dalam berdoa

Ustadz Abdurrahman Lubis. Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional. 2011.
Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

Faktor Lupa Ayat Hafazan
Masalah Dalaman seorang hafiz al-Quran.

1. Sibuk dengan berbagai urusan dunia.
Orang yang demikian, tidak akan dapat melapangkan masa
untuk mengulangkaji hafazan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-
Qiyamah ayat 20-21:


Maksudnya: Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu
( hai manusia ) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan
(kehidupan ) akhirat.
2. Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa.
Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan
kegigihan dan kesabaran berterusan.
3. Niat yang tidak ikhlas. Niat yang sebaliknya bukan sahaja
menghalang kejayaan seseorang bahkan juga mendapat
kutukan daripada Allah s.w.t di hari akhirat. Dalam menghafaz,
keikhlasan hendaklah berterusan dan ini memberi motivasi untuk
mencapai kejayaan sebagai hafiz.
4.


EE 4 4pOclg4q` -_E^- ^g 4p+OEO>4 E4O=E- ^g
4. Tidak merasai kenikmatan al-Quran
5. Hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat
6. Lupa atau sudah tidak berminat lagi terhadap tujuan dan
kelebihan- kelebihan menghafaz al-Quran.
7. Tidak bersedia untuk bekerja keras bagi menghafaz dan
mengulang-ulang hafazan.
8. Lemahnya bertaqarub kepada Allah S.W.T. yang menyebabkan
lemahnya ruhiyah dalam diri.
9. Terpengaruh dengan suasana keluarga, sekolah dan masyarakat
yang belum memahami kepentingan pendidikan hafazan al-
Quran.


Masalah Luaran seorang hafiz al-Quran.

1. Tidak mampu membaca dengan baik.
2. Tidak mampu mengurus masa.
3. Sukar membezakan ayat-ayat mutasyabih.
Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah s.w.t,
mempunyai ayat-ayat yang sama dari segi makna dan lafaznya.
Penghafaz al-Quran perlu memberi perhatian yang khusus
terhadap ayat-ayat al-Quran. Kalau ianya tidak diberi perhatian
bersungguh-sungguh, ia akan menjadi satu masalah akan
menyebabkan hafazan seseorang sering bertukar dan menjadi
kucar kacir.


Kertas kajian Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz oleh Ustaz Abdul Hafiz bin
Haji Abdullah (Ketua), Prof. Madya Ajmain bin Safar, Ustaz Mohd Ismail bin Mustari , Ustaz
Azhar bin Muhammad , Ustaz Idris bin Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia, 2003.



Daripada Saadbin Ubadahr r.a., Nabi
Muhammada s.a.w bersabda yang
maksudnya:
Sesiapa yang membaca Al-Quran kemudian
dia melupakannya, kemudian pada hari
kiamat nanti dia akan bertemu dengan Allah
S.W.T. dalam keadaannya sakit kusta.
(Rawahu Abu Dawud, Ahmad dan al-Darimi)

Ali Mustafa Yaqub. Nasihat Nabi kepada Para Qari.1994.Kuala Lumpur: Al-
Ramadhan


Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Semua pahala umatku diperlihatkan
kepadaku sehingga paha orang yang
membuang kotoran dari dalam masjid. Semua
dosa-dosa umatku juga diperlihatkan
kepadaku. Maka aku tidak melihat dosa yang
paling besar daripada dosa orang yang
menghafal surah atau ayat al-Quran kemudian
dia melupakannya.
(Rawahu Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Ali Mustafa Yaqub. Nasihat Nabi kepada Para Qari.1994.Kuala
Lumpur: Al-Ramadhan

Rujukan

http://omartahfiz.blogspot.com/2008/11/kaedah-menghafaz-al-quran-bersistematik.html
http://ctfatimahrzli.blogspot.com/2010/02/faktor-yang-membantu-untuk-hafal-al.html
Kertas kajian Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua),
Prof. Madya Ajmain bin Safar, Ustaz Mohd Ismail bin Mustari , Ustaz Azhar bin Muhammad , Ustaz Idris bin
Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
Ustadz Abdurrahman Lubis. Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional. 2011. Selangor: Pustaka Al-Ehsan
Ali Mustafa Yaqub. Nasihat Nabi kepada Para Qari.1994.Kuala Lumpur: Al-Ramadhan

You might also like