You are on page 1of 33

CONTOH 1 Walaupun wujud persepsi yang cenderung mengaitkan negara dan rantau ini dengan gerakan

pengganas namun dengan langkah-langkah yang diambiL Malaysia berjaya menanganinya. Huraikan pemyataan ini.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Aktiviti keganasan roerupakan satu manifestasi kegagalan mengurus ketidakpuasan
terhadap kumpulan lain atau kerajaan yang memerintah. Banyak faktor yang mempengaruhi kecenderungan ini dan Malaysia telah berjaya menanganinya dengan langkah-langkah tertentu.

Bahagian A: Sebab Gerakan Pengganas Dikaitkan dengan Malaysia Idea 1 Persepsi terhadap rakyat Malaysia Rakyat Malaysia dikatakan mudah dipengaruhi dan raudah bersimpati dengan gerakan militan khususnya railitan Islam Rakyat Malaysia dalam kedudukan rangking tinggi untuk menjadi sumber tenaga yang boleh direkrut sebagai pengganas Peristiwa terbaru ialah penahanan dua orang rakyat Malaysia di Lubnan menjadi bukti masih
wujud gerakan keganasan yang turut melibatkan rakyat Malaysia Idea 2

Malaysia mudah dijadikan transit Kedudukan Malaysia yang menghubung banyak negara sama ada laut dan darat memudahkan pergerakan kumpulan militan Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum memudahkan pergerakan dan penyamaran kerana
sukar dikenali walaupun oleh rakyat Malaysia sendiri. Masing-masing kaum 'terpisah' dengan amalan hidup yang berbeza dan menghormati amalan hidup kaum lain yang dianggap sebagai privacy kaum berkenaan. Situasi ini memudahkan kumpulan militan menyelinap dalam masyarakat

Idea 3 Wujud aktivis rakyat Malaysia di luar negara Penahanan rakyat Malaysia di Pusat Tahanan Guatanamo oleh Amerika Syarikat menimbulkan imej penglibatan rakyat Malaysia Adanya hubungan kumpulan militan dengan militan luar negara. Peristiwa penahanan kumpulan al-Maunnah dan Gerakan Jamiah Islamiah meninggalkan impak kepada pihak antarabangsa tentang kewujudan kumpulan cenderung kepada keganasan di Malaysia Gambaran tentang pelbagai aliran mazhab yang menjadi pegangan rakyat Malaysia juga
meningkatkan persepsi ini

Idea 4 Pengaruh media antarabangsa Paparan media tentang penahanan ke atas rakyat Malaysia sama ada di dalam atau di luar negara mempengaruhi pandangan global Tragedi melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan media sebagai pengganas, dan telah 'terbunuh' dalam gerakan penahanannya oleh polis Indonesia mendapat liputan yang meluas oleh media antarabangsa Peristiwa ini mempengaruhi persepsi antarabangsa Bahagian B: Langkah yang Diambil Malaysia Idea 5 Kerjasama antara negara

Pertukaran maklumat dan risikan telah membolehkan gerakan keganasan lebih cepat dapat 'dihidu' dan dicegah Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia dan Australia telah berjaya menyekat gerakan keganasan melibatkan tiga buah negara Kerjasama Malaysia dalam menahan aktivis 'Mas Selamat' pengganas Indonesia yang melarikan diri dari penjara Singapura berjaya menyekat aktiviti keganasan Idea 6 Rundingan kedamaian Selatan Filipina Satu situasi yang tidak akan memberi ruang dan peluang kepada kumpulan radikal dan militan Islam untuk berkembang dan mempengaruhi pihak lain yang bersimpati dengan ideologi dan perjuangan mereka Perdamaian menyukarkan aktiviti dan latihan pengganas bertapak atau berpusat di kawasan berkenaan Satu tahap keupayaan diplomasi yang tinggi yang dibuktikan oleh Malaysia Idea 7 Pendekatan sederhana Malaysia Tidak mengundang simpati masyarakat kepada yang terlibat kerana kesederhanaan Malaysia Tidak meningkatkan tindakan agresif apabila tiada tekanan Pendekatan kekerasan oleh negara maju seperti Kanada, sehingga sekarang negara berkenaan masih berhadapan dengan isu berkenaan Kesimpulan Banyak faktor yang mempengaruhi negara dikaitkan dengan gerakan pengganas dan dengan langkah yang konkrit, aktiviti pengganas ini berjaya ditangani dengan baik oleh negara Malaysia Format jawapan: 3+2/2+3 JAWAPAN PENUH Aktiviti keganasan merupakan satu manifestasi kegagalan mengurus ketidakpuasan terhadap pihak lain atau kerajaan yang memerintah. Banyak faktor yang mempengaruh kecenderungan ini dan Malaysia telah berjaya menanganinya dengan langkah-langkah tertentu. Wujud perspektif negatif sesetengah pihak antarabangsa terhadap rakyat Malaysia. Sebilangan rakyat Malaysia dikatakan mudah dipengaruhi dan m u d a h
bersimpati dengan gerakan militan khususnyz militan yang dikaitkan dengan Islam. Rakyat Malaysia juga 'diletak dalam rangking tinggi untuk menjadi sumber tenaga yang boleh direkrul sebagai pengganas. Beberapa peristiwa yang melibatkan rakyat Malaysia dengan aktiviti keganasan sama ada dalam atau luar negara mewujudkan persepsi ini. Penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan menjadi bukti masih wujud gerakan keganasan yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja aktiviti keganasan, malah aktiviti perdagangan orang dan pengedaran dadah juga turut menjadikan Malaysia sebagai transit. Kedudukan Malaysia yang menghubungkan banyak negara sama ada laut dan darat memudahkan pergerakan kumpulan militan. Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum memudahkan pergerakan dan penyamaran kerana sukar dikenali walaupun oleh rakyat Malaysia sendiri. Masingmasing kaum 'terpisah' dengan amalan hidup yang berbeza dan dianggap sebagai privacy kaum berkenaan. Situasi ini memudahkan kumpulan militan menyelinap dalam masyarakat. Antara langkah yang diambil Malaysia dalam menangani gerakan pengganas dan persepsi negatif terhadap Malaysia ialah melalui kerjasama antara negara. Pertukaran maklumat dan risikan telah membolehkan gerakan keganasan lebih cepat dapat dihidu
dan dicegah. Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia dan Australia telah berjaya menyekat gerakan keganasan melibatkan tiga buah negara. Kerjasama Malaysia dalam

menahan aktivis 'Mas Selamat' pengganas Indonesia yang melarikan diri dari penjara Singapura berjaya menyekat aktiviti keganasan. Memainkan peranan penting dalam menjayakan rundingan kedamaian Selatan Filipina. Satu situasi yang jelas tidak akan memberi ruang dan peluang kepada kumpulan radikal dan militan Islam untuk berkembang dan mempengaruhi pihak lain yang bersimpati dengan ideologi dan perjuangan mereka. Perdamaian menyukarkan aktiviti pengganas atau pengganas tidak dapat bertapak di kawasan berkenaan. Kejayaan rundingan membuktikan tahap keupayaan diplomasi yang tinggi oleh kerajaan Malaysia. Pendekatan sederhana dan seruan Malaysia kepada pihak lain dalam menangani sebarang konflik juga mempengaruhi kejayaan negara. Kaedah sederhana dalam mengurus krisis, tidak mengundang simpati masyarakat ke atas individu yang terlibat kerana tindakan keganasan. Tiada kekerasan, tiada simpati dan tiada tindak balas, tidak akan meningkatkan tindakan agresif. Pendekatan kekerasan oleh negara maju seperti Perancis menyebabkan sehingga sekarang negara berkenaan masih berhadapan dengan isu keganasan. Banyak faktor yang mempengaruhi persepsi yang mengaitkan negara dengan gerakan pengganas. Namun dengan langkah yang konkrit gerakan ini berjaya ditangani dengan baik oleh negara Malaysia.

CONTOH 2 Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini. Jelaskan pernyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha negara telah mempengaruhi kestabilan rantau Asia Tenggara. Peranan Malaysia ini telah diiktiraf antarabangsa. Peranan Malaysia untuk Kestabilan Rantau ASEAN Idea 1 Mencetuskan konsep ZOPFAN Cetusan idea Malaysia ini diterima dan dimuafakatkan oleh ASEAN. Permuafakatan ini bermakna negara anggota ASEAN menguar-uarkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak bersedia menerima kehadiran kuasa besar sama ada dalam bentuk peluasan pengaruh, atau cuba menyebelahi mana-mana negara dalam krisis yang wujud antara anggota ZOPFAN juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar tidak berusaha mendapatkan bantuan negara luar yang akhirnya menyebabkan negara terpaksa 'berpihak' kepada kuasa besar yang memberi bantuan Situasi ini telah membuatkan anggota negara ASEAN berhati-hati dalam mengurus konflik agar tidak membelakangkan konsep ZOPFAN ini Idea 2 Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) 'membebaskan' ASEAN daripada percaturan kuasa besar. Sekurang-kurang negara kuasa besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam memiliki senjata nuklear' sebagai helah untuk menempatkan kepentingan peluasan pengaruh Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan juga bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang besar dapat dielakkan. Sehingga kini idea yang didukung kuat oleh Malaysia yang disepakati ASEAN ini belum tercabar

Idea 3 Peningkatan amalan demokrasi di Myanmar Tan Sri Razali Ismail menjadi duta/pegawai khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Myanmar bagi merundingkan peningkatan amalan demokrasi Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah keras sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar untuk terus berunding berhubung penerimaan demokrasi Bantuan semasa Taufan Nargis yang memusnahkan sebahagian besar kawasan sawah negara berkenaan menjadikan pemerintah Myanmar lebih terbuka dalam hubungan luar. Peranan Malaysia ini ternyata akhirnya menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di negara tersebut Idea 4 Rundingan perjanjian damai di Selatan Filipina Menamatkan konflik berdarah selaraa 40 tahun di salah sebuah negara anggota ASEAN. Peranan Malaysia amat besar dalam rundingan ini Kedamaian yang terbentuk menjadikan kehidupan majoriti rakyataya lebih tersusun dan berpeluang menikmati masa depan yang lebih baik Idea 5 Gagasan Kesederhanaan Global Tidak mengundang simpati masyarakat kerana pendekatan kesederhanaan yang diambil. Sumbangan dalam bentuk pemikiran ini amat kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat sejagat Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam mengambil tindakan dan keputusan, sekurang-kurangnya gagasan ini mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk menolak atau 'membenci' perang

Pemimpin yang terpilih dalam kalangan yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan tergugat dengan penolakan perang oleh rakyat Idea 6 Peranan di Aceh Malaysia turut berperanan sebagai perunding dan penasihat dalam konflik di Aceh. Tuntutan kumpulan radikal/pemisah Aceh telah menyebabkan ketidaktenteraman dalam kehidupan di wilayah berkenaan Keupayaan rundingan mempengaruhi penerimaan kuasa autonomi yang menjalankan kuasa perundangan syariah telah menamatkan konflik. Pembangunan selepas sengketa dan bencana tsunami telah menyediakan kehidupan yang lebih stabil kepada penduduk Aceh dan rantau Asia Tenggara Kesimpulan Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan Malaysia tidak mudah diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa. Format jawapan: Mana-mana lima idea JAWAPAN PENUH Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dan segi politik mahupun ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha yang dilakukan oleh negara telah mempengaruhi kestabilan rantau Asia Tenggara. Peranan Malaysia ini telah dnktmrf antarabangsa. Sumbangan penting Malaysia ialah mencetuskan konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Konsep yang menguar- uaTkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak bersedia menenma kehadiran kuasa besar untuk meluaskan pengaruh mereka. Konsep ini juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar

tidak berusaha mendapatkan bantuan yang akhirnya mendedahkan negara kepada kedudukan terpaksa 'berpihak' kepada kuasa besar yang memberi bantuan. Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) yang didukung kuat Malaysia 'membebaskan' ASEAN daripada percaturan kuasa besar. Sekurang-kurangnya negara Kuasa Besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam memiliki senjata nuklear' sebagai helah untuk meluaskan pengaruh. Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan juga bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang besar dapat dielakkan. Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar. Kepercayaan pemerintah Myanmar kepada sokongan ASEAN terbukti apabila bersedia menerima bantuan ASEAN sahaja semasa dilanda Taufan Nargis. Peranan Malaysia ini ternyata akhirnya menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di negara tersebut. Menamatkan konflik berdarah selama 40 tahun di Filipina merupakan sumbangan besar
Malaysia dalam membawa keamanan di rantau ini. Kedamaian yang terbentuk menjadi kehidupan majoriti rakyatnya lebih tersusun dan berpeluang menikmati masa depan yang lebih baik. Perdamaian membolehkan usaha pembangunan digerakkan. Gagasan Kesederhanaan Global ialah cetusan pemikiran bagi mempengaruhi tindakan masyarakat sejagat dalam mendepani konflik. Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam mengambil tindakan dan keputusan, sekurang-kurangnya idea-idea daripada gagasan ini dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk menolak atau 'membenci' pendekatan keras dan ganas. Kesederhanaan dalam tindakan mewujudkan alternatif dalam tindakan. Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan Malaysia tidak mudah diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa.

CONTOH 3 Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), namun pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan penyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan perairan. Bahagaian A: Masalab yang Berbangkit Idea 1
Pertindihan tuntutan wilayah

Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ) Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa buah negara ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE Idea 2 Boleh menjadi punca kepada konflik yang lebih besar Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE. Pertindihan ini boleh mengundang konflik lebih besar apabila melibatkan kuasa besar

Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dituntut oleh Filipina. Setelah diuji oleh kapal perang China, Filipina terpaksa berundur. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya di rantau ini apabila diminta meningkatkan peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dua kuasa besar ini berisiko kepada ketidakstabilan rantau ini. Idea 3 Risiko terlepas wilayah Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ). Penyelesaian oleh ICJ menentukan sama ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau terpaksa dilepaskan kepada negara lain Sebagai contoh, kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa kepada penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan Begitu juga, konflik pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia yang membawa pemilikan kepada Malaysia Bahagian B: Manfaat ZEE Idea 4 Sempadan perairan yang jelas ZEE telah mewujudkan satu pengisytiharan sempadan perairan yang jelas bagi sesebuah negara Dengan jarak yang ditetapkan, sesebuah negara dapat mengukur dengan jelas jarak sempadan antara dua buah negara . Penetapan sempadan perairan yang jelas juga membolehkan kawalan sempadan dapat dilakukan termasuk kawalan ke atas kegiatan lanun Idea 5 Hak eksploitasi sumber marin . Dengan kawasan sempadan yang jelas, hak mengeksploitasi, sumber marin juga terbuka
luas tanpa merasa bimbang pertembungan dengan nelayan negara lain

Pihak negara lain j uga secara sedar tidak akan memasuki sempadan sesebuah negara untuk mendapatkan sumber marin Pengiktirafan hak ini dapat dikuatkuasakan sepenuh pada bahagian laut yang terbuka luas seperti di sebahagian kawasan laut China Selatan Idea 6 Hak penerokaan sumber galian petroleum Dengan kawasan perairan yang terbuka luas, ruang membuat penerokaan dan cari gali juga terbuka. Banyak penemuan sumber petroleum berlaku selepas pengisytiharan dan penguatkuasaan undang-undang ini Penemuan minyak di luar pantai Terengganu yang jaraknya sekitar 170 batu nautika dari kawasan pantai negeri berkenaan adalah kesan pelaksanaan ZEE Idea 7 Ruang mewujudkan perkongsian Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaan ZEE, natnun pertindihan ini membawa kepada perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara jiran Sebagai contoh, pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumber petroleum Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negara dengan melakukan usaha sama penerokaan dan penikmatan hasil cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang dikenali sebagai Blok 18 antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikan secara perkongsian pintar Kesimpulan Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk material mahupun ruang untuk meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara.

Format jawapan: 3+2/2+3 JAWAPANPENUH Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan perairan. Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat penyelesaian melalui Mahkamah Xeadilan Antarabangsa (ICJ). Tuntutan ke atas Pulau
Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa negara ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE.

Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE Pertindihan ini boleh mengundang konflik yang lebih besai apabila melibatkan kuasa besar. Sebagai contoh, peristiwa Pulai Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dari pantai Filipina hampii mencetuskan perang antara Filipina dengan China. Amerika Syarika yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telal meningkatkan peranannya di rantau ini apabila diminta meningkatkar peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dui kuasa besar ini berisiko menjejaskan kestabilan rantau ini. Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamal Keadilan Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian oleh ICJ menentukan sam; ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau terpaks; dilepaskan kepada negara lain. Sebagai contoh, kes tuntutan Pulai Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa kepad. penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura. Begitu juga, konflil pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengai Indonesia yang membawa pemilikan kepada Malaysia. ZEE telah mewujudkan satu 'pengisytiharan' sempadan perairai yang jelas bagi sesebuah negara. Dengan jarak yang ditetapkan sesebuah negara dapat mengukur dengan jelas jarak sempadai antara dua buah negara. Penetapan sempadan perairan yang jela juga membolehkan kawalan sempadan sama ada daripada kegiatai penyeludupan mahu pencerobohan sempadan. Selain itu, kawalan k< atas kegiatan lanun juga dapat dilakukan dengan berkesan. Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaai ZEE, namun pertindihan ini membawa kepada perkongsian pintai antara Malaysia dengan negara jiran. Sebagai contoh, pertindihai sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Sian telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumbe petroleum. Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negan dengan melakukan usaha sama penerokaan dan perkongsian hasi cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang dikenal sebagai Blok 18 antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikai secara perkongsian pintar. Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk material mahupun ruang untul meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara. _________ CONTOH 4 Zon Aman Bebas Berkecuali (ZOPFAN) menjadi lambang muafakat penting kepada negara anggota ASEAN, namun wujud ancaman kepada cetusan idea Malaysia ini. Beri pendapat anda. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termeterainya perjanjian Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan perjanjian ini jelas kepada ASEAN dalam usaha

mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun wujud ancaman kepada pelaksanaannya. Bahagian A: Implikasi Buruk Idea 1 Menonjolkan pendirian ASEAN Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi rantau ASEAN daripada pengaruh kuasa besar Dengan pendirian yang diuar-uarkan secara bersama, negara kuasa besar khususnya, lebih berhati-hati atau tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin berlaku di rantau ASEAN Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha memperluas pengaruh mereka Idea 2 Peringatan kepada negara anggota Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam usaha melindungi kepentingan negara Negara ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam tindakan semasa membuat hubungan dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar untuk menempatkan pengaruh mereka Negara anggota akan mengelak daripada mengheret negara kuasa besar dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi Idea 3 Wujud garis panduan kepada kumpulan rakyat Untuk memberi kredit kepada kerajaan mereka dalam memberi sokongan terbuka atau menetapkan pendirian dalam isu membabitkan kuasa besar Rakyat yang menghormati dan memahami hasrat slogan berkenaan akan memberi reaksi kepada tindakan dan keputusan kerajaan mereka yang melanggar dasar dan keputusan bersama Situasi ini akan menjadikan sebuah negara akan berhemah dalam tindakan . Bahagaian B: A n c a m a n kepada Kesepakatan Idea 4 Tindakan berpihak/condong negara anggota Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas berpihak kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China Singapura yang sebelum ini telah mendahului negara anggota lain dengan membenarkan tentera Amerika Syarikat membina pangkalan untuk kemudahan logistik di negara berkenaan Thailand juga dalam banyak hal 'dilihat' berpihak kepada China Idea 5 Persaingan pengaruh kuasa besar China menunjukkan sifat agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan dan China Timur Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik bagi menyaingi pengaruh China Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan pertembungan pengaruh yang secara tidak langsung telah merobek slogan ZOPFAN ASEAN Idea 6 Konflik tuntutan wilayah

Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingannya apabila wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborought. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara berkenaan Amerika Syarikat yang telah mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui kerangka strategik telah menempatkan kapal perangnya di Singapura dalam usaha mengekang 'kehadiran berlebihan' China di rantau ini Kesimpulan Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya sekian dekad untuk mengekalkan kestabilan rantau ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka kesepakatan ASEAN. Format jawapan: 3+2/2+3 JAWAPAN PENUH Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termaterainya perjanjian Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan perjanjian ini jelas kepada ASEAN dalam usaha mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun wujud ancaman kepada pelaksanaannya. Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi rantau ASEAN daripada pengaruh kuasa besar. Dengan pendirian yang diuaruarkan secara bersama, negara kuasa besar khususnya, lebih berhati-hati atau tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin berlaku di rantau ASEAN. Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha memperluas pengaruh mereka khususnya di rantau ini. Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam usaha melindungi kepentingan negara. Negara anggota ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam tindakan semasa membuat hubungan dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar untuk menempatkan pengaruh mereka. Slogan ini juga dapat mengelak daripada mengheret negara kuasa besar secara terbuka dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi. Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas berpihak kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China. Singapura yang sebelum ini telah mendahului negara anggota lain dengan membenarkan Tentera Amerika Syarikat membina pangkalan untuk kemudahan logistik di negara berkenaan. Thailand juga dalam banyak hal dilihat berpihak kepada China. Siruasi berpihak ini boleh mengancam konsep yang telah disepakati. China menunjukkan sikap agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan dan China Timur. Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik bagi mengekang pengaruh China. Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan pertembungan pengaruh yang secara tidak langsung telah 'merobek' slogan yang menjadi pegangan ASEAN selama ini. Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingan apabila wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborough^ Amerika Syarikat yang mempunyai Perjanjian Pertahanan Bersama
dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara berkenaan. Amerika Syarikat yang telah mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui Kerangka Strategik telah menempatkan kapal perangnya di Singapura dalam usaha mengimbangi 'kehadiran berlebihan' China di rantau ini. Siruasi ini jelas mencabar hasrat termaterainya slogan berkenaan. Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya kesekian dekad untuk mengekalkan kestabilan rantau ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka kesepakatan ASEAN.

CONTOH 4 Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin ialah

mengaplikasikan sistem biometrik. Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi oleh faktor di luar negara. Huraikan pernyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan keupayaan negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar negara turut mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini. Kajayaan Menangani Kemasukan PATI Idea 1 Kelebihan sistem biometrik Sistem mykad menggunakan sistem ini. Diaplikasikan kepada pengenalan warga asing yang memasuki Malaysia Merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari yang dapai membezakan antara seseorang itu dengan individu lain. Dengar mempunyai rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan wargE asing ke negara ini sama ada melalui undang-undang yang sah atai
sebaliknya Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera

Idea 2 Perkembangan ekonomi di negara jiran Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan peluang pekerjaan yang wujud, kemiskinan dapa dielakkan yang akhirnya menurunkan desakan untuk berhijrah ke negara lain bagi membaiki taraf hidup Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapa pendidikan dengan lebih terbuka.
Akses kepada tahap pendidikai yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada rakyat sesebual negara

Idea 3 Keupayaan mewujudkan kesepakatan antara negara Aktiviti pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawa sempadan negara. Keupayaan mengubah taktik oleh sindike pemerdagangan orang ini menjadikan sempadan negara terui tercabar Kerjasama risikan dan pertukaran maklumat antara dua bual negara khususnya melibatkan sindiket pemerdagangan orang akai meningkatkan keupayaan negara mengawal pencerobohan PATI Kerjasama antara negara akan dapat melemahkan keupayaan sindike ini memerangkap dan mempengaruhi individu untuk dipindah k< sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan melalui aktivit pemerdagangan orang Idea 4 Kestabilan politik negara jiran Kejayaan merundingkan Perjanjian Selatan Filipina telah berjayj mengurangi kemasukan rakyat Selatan Filipina ke Sabah Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadai secara haram ke Malaysia Kurangnya konflik di Selatan Thailand juga telah menguranj kemasukan rakyat Thailand ke negara ini kerana lari dari konflil di negara mereka Idea 5 Kerjasama agensi pencari kerja Tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga gagal dibayai oleh pencari kerja. Situasi ini menyebabkan sebahagian daripads pencari kerja ini lebih cenderung mengambil jalan pintas memasuk Malaysia secara haram

Sebahagian agensi pencari kerja di negara jiran juga turui menyeleweng dengan membantu pencari kerja yang tidak mampt membolos diri tanpa melalui undang-undang yang sah Idea 6 Kawalan sempadan negara jiran Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal kemasukan PATI Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut mempengaruhi kejayaan negara Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua buah negara meningkatkan keupayaan negara dalam mengawal pergerakan PATI Kesimpulan Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada faktor dalam negara mahupun faktor di luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam menangani konflik merentas sempadan ini. Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain JAWAPAN PENUH Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan keupayaan negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar negara turut mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini. Sistem mykad menggunakan sistem biometrik. Sistem ini diaplikasikan kepada pengenalan warga asing yang memasuki Malaysia. Sistem ini merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari. Dengan mempunyai rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan warga asing ke negara ini sama ada melalui undang-undang yang sah atau sebaliknya. Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera sama ada mereka memasuki negara ini secara sah atau sebaliknya. Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan, mengurangkan kemiskinan yang akhirnya menurunkan desakan untuk berhijrah ke negara lain bagi membaiki taraf hidup. Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapat pendidikan dengan lebih terbuka. Akses kepada tahap pendidikan yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada rakyat sesebuah negara. Oleh itu, kemajuan negara jiran turut mempengaruhi usaha Malaysia menangani kehadiran PATI. Keupayaan meningkatkan kesepakatan mempengaruhi usaha negara menyekat PATI. Aktiviti pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawal sempadan negara. Keupayaan mengubah taktik oleh sindiket jenayah pemerdagangan orang ini akan menjadikan sempadan negara terus tercabar. Kerjasama antara negara akan dapat
melemahkan keupayaan sindiket ini memerangkap dan mempengaruhi individu untuk dipindah ke sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan melalui aktiviti pemerdagangan orang.

Kejayaan Perjanjian Selatan Filipina telah berjaya mengurangi

kemasukan rakyat Selatan

haram. Kurangnya konflik di selatan Thailand juga telah mengurang kemasukan rakyat Thailand ke negara ini kerana lari dari konflik di negara mereka. Oleh itu, kestabilan politik di negara jiran juga akan mempengaruhi kejayaan Malaysia.
Filipina ke Sabah. Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadan ke Malaysia secara

Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal kemasukan PATI. Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut mempengaruhi kejayaan Malaysia. Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua negara meningkatkan keupayaan negara dalam mengawal pergerakan PATI. Ketegasan kedua-dua pihak membantu menyekat pergerakan di sempadan tanpa melalui undang-undang yang sah.

Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada faktor dalam negara mahupun faktor luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam menangani konflik merentas sempadan secara tidak sah. CONTOH 6 Liberalisasi ekonomi merupakan antara usaha kerajaan untuk memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun faktor-faktor luar negara juga turut mempengaruhi. Huraikan penyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan perkembangan ekonomi negara terus berdaya tahan. Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi global. Idea 1 Liberalisasi ekonomi Merupakan satu pendekatan berani untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi berterusan. Beberapa aspek dalam pengurusan ekonomi telah distrukturkan semula seperti melepaskan pegangan wajib bumiputera dalam syarikat baharu Kerajaan juga mengubah dasar dalam sistem perbankan yang membenarkan pihak asing membuka bank dan cawangan di Malaysia. Tindakan ini selaras dengan hasrat negara untuk mewujudkan keadaan mudah akses kepada pasaran modal khususnya bagi membiayai projek pelaburan Idea 2 Kestabilan politik serantau dan antarabangsa Sekatan ekonomi ke atas sesebuah negara dengan tujuan untuk menundukkan negara berkenaan kepada kehendak antarabangsa telah memisahkan negara berkenaan dengan negara lain. Sekatan ke atas Iran berkait dengan isu nuklear, menghentikan urusan pembelian minyak dari negara berkenaan dan telah menyebabkan pertubuhan ekonomi menjadi negatif. Begitu juga dengan konflik gerakan rakyat di negara-negara Arab Keupayaan ekonomi yang terhad menjejaskan permintaan terhadap barangan Malaysia di negara berkenaan Idea 3 Kestabilan ekonomi antarabangsa Kemelesetan ekonomi global khususnya melibatkan kuasa ekonomi dunia turut mempengaruhi keupayaan ekonomi negara Sebagai contoh, kemelesetan ekonomi telah menurunkan eksport barangan keluaran negara dan seterusnya menurunkan tingkat pengeluaran negara Kemelesetan juga menjejaskan kekuatan ringgit dan seterusnya mengurangkan rizab asing. Rizab asing yang lemah, menjejaskan keupayaan membiayai import Menurunkan tahap pelaburan asing (FDI) Idea 4 Faktor cuaca Faktor cuaca juga turut mempengaruhi kejayaan memacukan ekonomi negara Pemanasan global menyebabkan pengeluaran hasil pertanian sesebuah negara terjejas yang akhirnya meningkatkan harga makanan. Peningkatan harga makanan ini akan menurunkan keupayaan ekonomi sesebuah negara

Daya ekonomi yang rendah akan mengurang keupayaan import. Kesannya, eksport negara akan merosot Idea 5 Kejayaan bersaing Keupayaan memasarkan keluaran komoditi negara juga membantu memesatkan ekonomi negara Sebagai contoh, antara faktor harga komoditi minyak sawit yang merosot ada kaitan dengan tindakan Indonesia menurunkan cukai import kepada 19%, sedangkan cukai import Malaysia pada tahap 30%. Dalam situasi ekonomi yang meleset, harga import yang rendah mempengaruhi keputusan dalam pembelian barangan Kesimpulan Liberalisasi ekonomi merupakan salah satu usaha menyerap 'herotan' ekonomi negara agar selaras dengan kehendak antarabangsa. Sokongan oleh situasi ekonomi yang positif dari luar meningkatkan lagi pertubuhan ekonomi. Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain CONTOH 7 Mendukung kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adaiah antara usaha un.uk memesatkan ekonomi negara. Namun usaha-usaha di luar negara terus digerakkan bagi mencapai hasrc tersebut. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mewujudkan pasara yang luas kepada barangan Malaysia. Dengan lebih 558 juta pendudul peluang meluaskan pasaran amat terbuka. Namun, Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada pasaran serantau semata-mata. Langkah-langkah Malaysia Idea 1 Perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) Membuka seluasnya pasaran keluaran negara. Gabungan pasara antara negara ASEAN mewujudkan skala pasaran yang cukup besa 250 juta penduduk Indonesia dan 65 juta penduduk Thailan merupakan satu ruang pasaran yang cukup selesa, ditambah denga kadar cukai minimum 5% Wujud permintaan kepada barang tempatan, mengaktifkan ekonon pengeluaran Idea 2 Menarik pelabur asing Pelaburan langsung asing (FDI) amat penting dalam menggerakka projek-projek pembangunan berimpak tinggi Dengan kehadiran FDI, ekonomi berskala besar dapat digerakka yang akan memberi kesan besar kepada kemajuan ekonomi negar Kerajaan sentiasa mencari peluang dan ruang mempromosika Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik Idea 3 Meluaskan rakan dagang dua hala (FTA) Malaysia berusaha mensepakatkan pembukaan pasaran bagi memac pertumbuhan
berterusan ekonomi. Sebanyak 62% dagangan Malaysi dengan negara rakan FTA, keupayaan menambah bilangan raka; dagang FTA akan meningkatkan lagi eksport Peluasan pasaran eksport merangsang pengeluaran dalam negara merangsang aktiviti ekonomi

Kegagalan memeterai FTA dengan Amerika Syarikat tela! menjejaskan ruang memasuki pasaran di negara berkenaan secar terbuka

Idea 4 Meningkatkan lagi kesepakatan serantau Kesepakatan membentuk pasaran saham berintegriti (ASEAN Trading Link)
melibatkan Malaysia, Thailand dan Singapura Memudahkan urusan transaksi pasaran saham merentasi sempadai antara tiga negara. Mengelak pengaliran keluar modal oleh pelabu dengan akses mudah dan pantas ke atas ketiga-tiga pasaran Permuafakatan dalam menstabilkan harga getah melalui Persidangar Antarabangsa Tiga Negara Pengeluar Utama Getah Dunia yanj turut dihadiri negara China dan India.

Idea 5 Meningkatkan lagi imej negara Meningkatkan penerimaan antarabangsa terhadap Malaysia Imej yang positif dari segi standard antarabangsa seperti kedudukan negara dalam penarafan amalan rasuah, kadar jenayah dan tahap keselamatan, kemudahan mengakses modal, sistem kewangan dan perbankan dan jaminan dalam sistem kehakiman yang kukuh membentuk aras keyakinan antarabangsa yang tinggi khususnya para pelabur Usaha mempromosi Malaysia di luar negara sebagaimana yang berlaku di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland amat berjaya atas imej positif yang sedia terbentuk Idea 6 Meningkatkan keamanan serantau Menggerakkan segala ruang bagi meningkatkan keamanan serantau termasuk melalui Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Forum Serantau ASEAN (ARF). Keamanan ini akan menstabilkan politik serantau dan melancarkan kegiatan ekonomi Malaysia juga berjaya memuktamadkan rundingan konflik Selatan Filipina agar keamanan yang wujud merangsang lagi pertumbuhan ekonomi serantau Kesimpulan Usaha berterusan dan keupayaan diplomasi yang tinggi membantu negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara walaupun dunia masih tidak pulih sepenuhnya daripada kemelesetan. Format jawapan: Idea I wajib + 4 idea lain CONTOH 8 Selat Melaka penting dari sudut ekonomi namun wujud cabaran kepada negara dalam mengawalnya. Huraikan penyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Selat Melaka dengan kedudukan menghubungkan laluan timur dan barat telah mewujudkan kepentingan tersendiri untuk aliran perdagangan dunia. Namun di sebalik kepentingan tersebut, wujud konflik dalam hubungan berjiran Malaysia dan Indonesia. Bahagian A: Kepentingan Ekonomi Idea 1 Jalur pelayaran terpenting

Selat Melaka menyamai kepentingan dan setaraf dengan Terusan Suez atau Terusan Panama Kira-kira 50 ribu buah kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur setiap tahun Hampir satu perlima eksport-import perdagangan dunia melalu Selat Melaka setiap tahun. Kelancaran perdagangan dunia turn memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia Idea 2 Nadi kepada pembangunan negara sekitar khususnya Singapura Nadi pembangunan negara pesisir seperti Singapura amat bergantunj kepada selat ini Pelabuhannya raenjadi antara pelabuhan entrepot terpenting duni; Kepesatan ekonomi Singapura yang dibangunkan melalui kemajuat pelabuhannya turut mempengaruhi kepesatan ekonomi serantau Idea 3 Sumber perikanan dan protein Selat ini juga membekalkan sumber perikanan dan protein kepad, penduduk dua buah negara sama ada Malaysia atau Indonesia Tempat pergantungan kepada nelayan dua buah negara dalan mendapatkan sumber protein Pendaratan ikan oleh nelayan tempatan mengurangkan impor sumber protein ini dari luar Bahagian B: Cabaran/Kontroversi Idea 4 Tindakan penyelesaian dalam tuntutan sempadan Indonesia menguatkuasakan kawasan perikanan ZEEnya sejauh 20( batu nautika dan mewartakan undang-undang yang belum disepakat dengan Malaysia walaupun wujud pertindihan sempadan Pertindihan sempadan ini sering menjadikan hubungan dua negan berjiran ini panas dingin Tindakan agresif Indonesia yang menahan nelayan Malaysia yanj dikatakan menceroboh sempadan perikanannya juga mewujudkar konflik kejiranan Idea 5 Kegiatan lanun Kegiatan lanun yang mengancam selat ini sehingga mewujudkar ancaman kepada kelancaran kapal dagang yang melaluinya Ancaman lanun ini telah menyebabkan Amerika Syarikat melakukan ugutan untuk mengawal keselamatan laluan selat tersebut. Jika ini berlaku akan mengundang kehadiran kuasa besar lain termasuk China ke kawasan ini Kesepakatan Malaysia dan Indonesia berjaya mengurangkan ancaman lanun Idea 6 Ancaman pencemaran

Tindakan sesetengah kapal dagang yang membuang enap cemar dari kapal sebelum meninggalkan perairan selat berkenaan juga mewujudkan ancaman pencemaran Sebagai laluan yang sibuk, risiko pelanggaran kapal boleh berlaku Kesimpulan Dengan pendekatan berhemah dan berhati-hati serta mengutamakan pendekatan diplomasi dan rundingan, Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan dan kelancaran fungsi selat ini. Format jawapan: 3A+2B/2A+3B C0NT0H9 Malaysia mengambil pendekatan 'menang-menang' dalam sebarang kontroversi dan konflik yang timbul dengan negara jiran. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN

Pengenalan Pendekatan 'menang menang' telah lama menjadi pegangan Malaysia. Jiran yang makmur akan turut memakmurkan jirannya. Banyak kejayaan dapat dicapai dengan pendekatan ini. Pendekatan Malaysia
Idea 1

Menjayakan segi tiga pertumbuhan oleh ASEAN Melibatkan beberapa kawasan, iaitu di selatannya melibatkan Singapura, Indonesia (Batam) dan Malaysia (Johor). Manakala kawasan utaranya melibatkan Selatan Thailand dan Sumatera Utara Kawasan pertumbuhan ASEAN Timur pula melibatkan Brunei, Indonesia, Filipina dan Malaysia Kerjasama ini berjaya menggerakkan kemajuan pelancongan, perdagangan dan kemudahan infrastruktur Idea 2 Penyerahan hak mengikut keupayaan Pertikaian sempadan yang bertindih antara Malaysia dengan Brunei diselesaikan dengan diserahkan kepada Malaysia untuk diusahakan projek cari gali sumber petroleum mentah. Manakala penguasaan kawasan berkenaan masih kekal di bawah kawalan Brunei Atas keupayaan dan kemajuan Malaysia dalam penerokaan dan cari gali, Malaysia diberi hak berkenaan dan mendapat hak sebagai pengusaha tanpa Brunei melepaskan haknya ke atas kawasan berkenaan Idea 3 Perkongsian dalam usaha sama Penemuan minyak di kawasan perairan yang dituntut bersama dengan Thailand, iaitu di kawasan Teluk Siam Pendekatan 'menang menang' dengan Thailand dalam usaha cari gali Pendekatan ini telah memberi hasil kepada kedua-dua negara tanpa mana-mana negara melepaskan hak masing-masing Idea 4 Kaedah timbal balas Isu bilateral antara Malaysia dengan Singapura diselesaikan secara timbal balas. Malaysia menyerahkan kepada Singapura kawasan yang menimbulkan konflik, iaitu Stesen Kereta Api Tanjung Pagar kepada Singapura

Sebagai timbal balas kepada penyerahan ini Malaysia diberi peranan dan mendapat tender membangun projek untuk membangunkan kawasan berkenaan Idea 5 Kesepakatan dalam menjaga kepentingan bersama Selat Melaka ialah jalur pelayaran terpenting di dunia menyamai kepentingan setaraf dengan Terusan Suez atau Terusan Panama Kira-kira 50 ribu buah kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur pada setiap tahun Hampir satu perlima eksport-import perdagangan dunia melalui Selat Melaka setiap tahun. Kelancaran perdagangan dunia turut memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia Idea 6 Mengadakan rondaan bersama Malaysia dan Indonesia berkonflik dalam usaha mengekalkan sempadan di kawasan perairan Kepulauan Sulawesi yang melibatkan Kepulauan Anambas dan Natuan Pendekatan rondaan bersama secara berjadual bagi kapal tentera laut dua buah negara telah menyelesaikan konflik ini daripada menjadi lebih serius Kesimpulan Malaysia membuktikan kepada jiran serantau dan antarabangsa bahawa diplomasi dan perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyelesaikan sebarang konflik yang berbangkit. Format jawapan: Mana-mana 5 idea C0NT0H 10 Peristiwa 'Arab Spring' telah menyebabkan kejatuhan beberapa buah kerajaan negara Arab melalui gerakan rakyat. Seorang tokoh ekonomi berpendapat 'tiada kekuatan' yang mendasari 'Arab Spring' untuk diimport ke Malaysia. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Peristiwa berkaitan 'Arab Spring' telah menjadi satu kajian baru daripada segi politik yang melibatkan hubungan pemerintah dan rakyat. Kekuatan rakyat akhirnya menjatuhkan kekuatan yang dibina oleh pemerintah untuk mengekalkan pemerintahannya. Faktor-faktor Penyebab
Idea 1 Subsidi yang besar ditanggung negara

Kelemahan dalam ekonomi negara Arab yang terlibat. Rakyat tidak diberi ruang yang luas mengusahakan kegiatan ekonomi, tetapi diberi subsidi oleh kerajaan Apabila kerajaan gagal menyediakan subsidi yang cukup yang selama ini dinikmati oleh rakyat, keadaan ini menyebabkan ekonomi merosot sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana adanya pengurusan subsidi yang berhemah dan sentiasa dipantau agar tidak melemahkan daya usaha rakyat dalam jangka masa panjang. Subsidi di Malaysia lebih kepada bidang pendidikan dan kesihatan Idea 2 Kebajikan rakyat yang rendah Kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi, dan kadar keberhutang dalam usaha mengembangkan kerjaya juga tinggi. Kira-kira 40 peratus rakyat Mesir hidup

dalam paras kemiskinan sedangkan sesetengah negara seperti Libya, pemimpin negaranya hidup dalam kemewahan Contohnya, bermula dengan seorang pemuda membakar diri kerana gagal memulakan kehidupan dalam alam pekerjaan serta tiada peluang yang disediakan oleh kerajaan, menimbulkan simpati dan kemarahan rakyat kepada kerajaan Tunisia Permulaan kepada kebangkitan rakyat. Tiada situasi terlalu sukar dihadapi rakyat Malaysia dalam mendapatkan pekerjaan, terutama pekerjaan yang memerlukan kelulusan yang rendah Idea 3 Tiada demokrasi di kebanyakan negara Arab Demokrasi bermula setelah kejatuhan rejim Mubarak di Mesir Pemerintah yang tidak diterima rakyat atau tiada berwibawa tidak dapat 'diturunkan'. Jalan kekerasan digunakan dengan alasan tiada pilihan lain Simpati dunia kepada rakyat lebih tinggi berbanding simpati kepada ketua kerajaan. Sedangkan demokrasi di Malaysia terus subur dan ketelusan dalam pilihan raya sentiasa dibuat penambahbaikan Idea 4 Kuasa pemerintahan didominasi tentera Selepas selesai pilihan raya pertama di Mesir, pihak tentera masih mempunyai kerusi dalam Parlimen. Dominasi tentera suatu amalan dalam kebanyakan negara Arab Dominasi tentera dalam kuasa pemerintahan seolah-olah menjadi 'tiket' kepada rasa selamat pemerintah tanpa menghiraukan perasaan dan penerimaan rakyat Situasi ini jauh berbeza dan dilihat tiada persamaan dengan Malaysia Idea 5 Tahap pendidikan rakyat yang rendah Tahap celik huruf yang rendah di kebanyakan negara Arab menjadikan rakyat mudah dipengaruhi. Keupayaan rendah dalam mengakses peluang pendidikan mewujudkan rasa tidak puas hati kepada rakyat Tahap pendidikan dilihat sebagai ruang terbaik bagi mendapat peluang ekonomi sama ada dalam negara mahupun di luar negara Pesatnya perkembangan teknologi maklumat mewujudkan ruang menghebahkan hal-hal yang dinafikan pemerintah kepada rakyat. Situasi yang tidak dapat dinafikan, peluang mendapat pendidikan ini amat terbuka di Malaysia Idea 6 Tahap ekonomi yang rendah Ekonomi yang digerakkan oleh negara dan wujud pergantungan kepada pakar dari negara luar Pergantungan yang tinggi kepada keuntungan jualan minyak meletakkan negara dalam risiko ekonomi yang tidak berkembang Peluang ekonomi kepada rakyat terhad dengan kedudukan ekonomi yang lemah Kesimpulan Hubungan antara pemerintah dan rakyat yang tidak bergerak seiring mewujudkan risiko kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun tiada pemangkin untuk 'mengimport Arab Spring' ke Malaysia, namun usaha menggerakkan ke Malaysia mungkin wujud. Format jawapan: Mana-mana 5 idea

CONTOH 11

Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsa termasuk Malaysia untuk sekuriti makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkah yang diambil Malaysia dalam menangani fenomena ini.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Timbalan Ketua Pengarah FAO, pada Mac 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa Indeks Harga Makanan pada bulan Februari 2011 menunjukkan harga makanan dan barangan keperluan utama di seluruh dunia mengalami kenaikan untuk tempoh lapan bulan berturutturut. Malaysia turut menerima kesan fenomena ini. Bahagian A: Faktor Global Idea 1 Pemanasan global Cuaca buruk yang melanda negara pengeluar makanan menyebabkan peningkatan harga barangan termasuk daging, hasil tenusu, biji-bijian, gula dan minyak masak Sebagai contoh, Rusia dan Kazakhstan mengalami musim kemarau yang panjang, manakala Australia dan India mengalami banjir yang luar biasa sehingga menjejaskan sebahagian bekalan makanan dunia Idea 2 Peningkatan penduduk dunia Krisis makanan global juga berpunca daripada peningkatan penduduk melebihi peningkatan bekalan makanan Peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun melebihi kapasiti pengeluaran makanan yang hanya meningkat dua peratus setahun. Pengedaran dan agihan makanan yang jelas terhad mengikut kemampuan sesebuah negara menambah rumit krisis ini Idea 3 Kemelesetan ekonomi Mengurangkan keupayaan mendapat bekalan makanan khususnya melibatkan barangan yang diimport menjejaskan bekalan makanan untuk agihan domestik Kawalan sumber oleh sesebuah negara juga menambah tekanan berlaku fenomena ini. Rusia telah melarang eksport gandum dan India menegah eksport bawang merah sehingga menyebabkan harga barangan berkenaan naik mendadak di seluruh dunia Bahagian B: Langkah Malaysia Idea 4 Kawalan harga dan bekalan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946 adalah bagi memastikan 12 jenis bahan makanan yang dikategorikan sebagai barangan kawalan mencukupi dan dijual pada harga munasabah Pada musim perayaan pula 28 jenis barangan menjadi barangan kawalan. Langkah ini telah menyebabkan harga keperluan di negara ini masih lagi yang terendah berbanding negara ASEAN lain Idea 5 Kawalan import Dibenarkan import barangan makanan apabila berlaku kurangan bekalan dalam negara Kadar import ini dikawal daripada berlebihan bagi melindungi industri pertanian domestik agar terus berdaya maju Kaedah ini telah membantu mengekalkan bekalan dan kawalan harga daripada mendadak dan menimbulkan krisis. Kawalan juga dapat merangsang pertumbuhan sektor pertanian negara Idea 6 Kawalan pembelian panik

Malaysia mengambil berat ten tang perlakuan pembelian panik, tindakan menyorot barangan dan penyeludupan Menghalang perlakuan dan aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengelak bekalan makanan berkurangan secara mendadak. Situasi yang menimbulkan kegusaran dan menyebabkan krisis harga makanan berlaku Idea 7 Memperkasakan sektor pertanian Dasar kerajaan meningkatkan pelaburan dan R&D dalam bidang pertanian akan meningkatkan lagi keupayaan sekuriti makanan negara Slogan 'pertanian ialah perdagangan/kekayaan' bagi menarik penglibatan masyarakat khususnya golongan yang berpendidikan dan profesional Kesimpulan Keupayaan negara mengawal stok makanan, pengagihan dan memastikan sumber bekalan sentiasa mencukupi telah mengelak negara ini dari dilanda krisis kenaikan harga yang serius. Faktor-faktor di luar kawalan memerlukan kerjasama antara negara. Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 12 Isu Kepulauan Spratly dan Paracel, dan dua pulau di Laut China Selatan bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik malah kestabilan ekonomi serantau. Bincangkan penyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kepulauan Spratly dan Paracel dituntut oleh China atas kaitan sejarah. Undang-undang Laut Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pula menjadi alasan dan ruang kepada Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan untuk menuntut beberapa gugusan kepulauan berkenaan. Konflik tuntutan ini telah memberi kesan ke atas politik dan ekonomi serantau termasuk Malaysia. Bahagian A: Konflik Politik
Idea 1

Tuntutan bertindih beberapa buah negara Gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel ini mewujudkan konflik kerana dituntut oleh empat buah negara ASEAN, iaitu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam. Taiwan juga menyertai ASEAN dan menuntut antara gugusan kepulauan ini Keseluruhan kepulauan ini j uga dituntut oleh China. Konflik berlaku apabila China gagal mematuhi Deklarasi Tatacara Pihak Berkenaan di Laut China Selatan yang ditandatangani bersama ASEAN pada tahun 2002. Tindakan agresif antara China dengan dua anggota ASEAN tersebul berisiko menjadi krisis lebih besar Idea 2 Mengundang kehadiran kuasa besar Setiausaha Negara Amerika Syarikat menegaskan semasa Persidangan Keselamatan Serantau (ARF) di Hanoi 2010 bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada sebarang konflik Tindakan agresif tentera laut China terhadap Filipina berkaii dengan Pulau Scarborough antara pulau dalam gugusan Spratl) mengundang penglibatan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah menggandakan bantuan luar kepada Filipina bagi meningkatkar keupayaan tentera Filipina

Situasi ini telah mewujudkan konflik ancaman pertembungan kuase besar bersabit tuntutan bertindih ke atas kedua-dua pulau ini Idea 3 Mendorong peningkatan drastik perbelanjaan angkatan tentera Konflik Spratly dan Paracel telah mempengaruhi negara terliba meningkatkan perbelanjaan pertahanan daripada Keluaran Dalarr Negara Kasar (KDNK) Peningkatan perbelanjaan pertahanan ini boleh mendorong perlumbaan senjata oleh kuasa besar
di rantau ini

Bahagian B: Konflik Ekonomi Idea 4 Kemelesetan ekonomi serantau China bersedia menggunakan kuasa ekonomi yang dimiliki dalam meningkatkan keupayaan tuntutannya. China mempunyai pasaran ekonomi yang besar Tindak balas bersifat ekonomi ke atas Jepun yang disokong bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat telah membantutkan pemulihan ekonomi Jepun Kemelesetan ekonomi Jepun mengurangkan dagangan dan pelaburan Jepun ke negara anggota ASEAN. Hal ini telah menjejaskan keupayaan ekonomi sebahagian negara anggota ASEAN Idea 5
Kemerosotan eksport

Ketegasan Filipina yang membuat rondaan ke atas pulau yang dituntut serta membawa isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly dan Paracel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menimbulkan kemarahan China 105 buah kontena pisang yang dieksport Filipina tersadai di pelabuhan China kesan tindak balas China yang memperketat undang-undang import Eksport sarang burung Walit Malaysia turut menjadi mangsa tindak balas China terhadap tuntutan Malaysia mempertahan status quo kedudukan dua gugusan pulau berkenaan Idea 6 Menjejas industri pelancongan Pasaran pelancongan kebanyakan negara ASEAN adalah dari negara China Dalam meningkatkan tuntutan dan menyelesaikan konflik dengan Filipina yang bertegas mengawal kepulauan yang dipertikaikan, China dikatakan telah mencegah rakyatnya daripada melawat Filipina Konflik China dengan Filipina dan Vietnam telah menjejaskan industri pelancongan Filipina Kesimpulan Tindakan berhemah dan diplomasi Malaysia dalam menangani konflik pertindihan dan tindak balas China, hubungan dua buah negara masih pada tahap terbaik. Malah Malaysia dan China telah meningkatkan hubungan dua buah negara kepada hubungan strategik. Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 13 Perjanjian Perdagangan Dua Hala (FTA) penting dalam menghadapi persaingan global. Namun kejayaannya masih bergantung kepada keupayaan pengeksport negara. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Prestasi eksport mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan seterusnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara. Perjanjiari

Perdagangan Dua Hala (FTA) dengan banyak negara memperluas eksport negara dan telah membantu Malaysia dalam merangsang pertumbuhan ekonominya. Bahagian A: Kepentingan Idea 1 Tarif yang lebih rendah Melalui platform Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dapat membantu Malaysia meningkat eksport termasuk ekspor barangan pertanian melalui penghapusan dan pengurangan dut import serta halangan bukan tarif Kadar peningkatan eksport Malaysia ke pasaran negara yanj menandatangani perjanjian perdagangan meningkat berganda. Tari yang rendah menandakan tiada sekatan ke atas suatu barangan olel sesebuah negara Idea 2 Akses pasaran yang lebih baik FTA membolehkan barangan negara bersaing kerana dengan tari yang rendah atau ketiadaan duti import, harga barangan menjad lebih rendah Harga yang rendah akan mempengaruhi permintaan terhada] barangan keluaran negara. Kos yang rendah membuatkan penggun beralih kepada hasil keluaran negara Idea 3 Pasaran yang besar Kira-kira 62% nilai dagangan Malaysia melibatkan hubunga dagangan dengan negara yang menandatangani FTA dengan Malaysia Dengan kos yang lebih rendah dan tiada sekatan dagangan, pasaran terbuka luas dan kompetitif Pengenalan dan promosi sesuatu barangan di negara berkenaan menjadikan pasaran begitu terbuka
kerana sesetengah negara menjadi pusat kemasukan barangan keluaran negara kapada negara lain

Bahagian B: Keupayaan Pengeksport Tempatan Idea 4 Meningkatkan mutu supaya kompetitif Walaupun pasaran terbuka luas, tetapi keupayaan pengeluar atau pengeksport negara yang terhad akan membatasi kemasukan barangan ke negara berkenaan Keupayaan pengeluar meningkatkan mutu barangan dengan kos yang kompetitif akan meningkat permintaan terhadap barangan Idea 5 Mengurangkan kos pengeluaran Daya saing barangan negara mesti ditingkatkan. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran atau menurunkan kos Kos yang lebih rendah dan keupayaan memenuhi permintaan mewujudkan kelebihan kepada daya saing Keupayaan dan kepekaan kepada keperluan teknologi semasa menjadi kekuatan kepada pengeluar merebut pasaran yang terbuka Idea 6 Mengadakan kerjasama dengan pengusaha negara terlibat Selain penggunaan teknologi, keupayaan pengeluar tempatan merebut dan mencipta peluang juga dituntut

Peluang mengadakan usaha sama dengan negara terbabit dan akhirnya barangan tersebut dieksport ke negara berkenaan merupakan suatu peluang yang harus dicipta Peluang mengadakan usaha sama di negara berkenaan juga satu peluang yang perlu diterokai. Pengusaha tempatan perlu merebut peluang ini Kesimpulan AFTA meningkatkan peluang meluaskan pasaran. AFTA membantu menjalankan perniagaan dengan kos yang rendah. Peluang ini mesti direbut dan diterokai oleh pengusaha tempatan. Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 14 Masyarakat Rohingya dinafikan hak kerakyatannya. Penafian hak dan penindasan ke atas masyarakat ini boleh membangkitkan penentangan dan tindak balas di luar jangka yang berisiko mewujudkan ancaman kepada kestabilan serantau. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan. Di samping itu, mereka menjadi korban keganasan etnik dan penindasan oleh kerajaan sendiri. Kesan negatif yang mengancam kestabilan rantau ini boleh berbangkit daripada situasi ini. Isu-isu Berbangkit Idea 1 Peningkatan bilangan pelarian Negara Thailand dan Malaysia antara negara yang akan menanggung beban menampung etnik ini yang menyeberangi sempadan lari daripada keganasan di negara mereka Kewujudan jumlah pelarian yang besar dalam tempoh yang lama mewujudkan situasi yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan anggota ASEAN. Kira-kira 30 000 orang dikatakan telah menyeberang sempadan menjadi pelarian di Malaysia Situasi tidak 'selesa' dengan Myanmar akan wujud Idea 2 Isu kemanusiaan Kegagalan Myanmar melindungi rakyatnya daripada kekejaman sesama etnik dan sikap pihak tentera yang tidak melindungi etnik ini telah mewujudkan korban kemanusiaan Konflik kemanusiaan ini mencabar kewibawaan ASEAN dan boleh menggugat kesepakatan ASEAN yang telah mengisytiharkan Deklarasi Hak Asasi ASEAN Idea 3 Kewujudan kumpulan ekstrem Penindasan ke atas etnik Rohingya boleh mempengaruhi wujudnya kumpulan ekstrem. Gerakan ekstrem merupakan satu kecenderungan pihak yang tertindas untuk memperjuangkan hak yang dinafikan Kewujudan kumpulan begini berisiko dipengaruhi oleh kumpulan pengganas sedia ada Risiko etnik ini bertindak seperti lanun Somalia juga tidak boler dipandang ringan Idea 4 Mewujudkan konflik agama
Sekiranya wujud tindak balas oleh etnik Rohingya yang melibatkai unsur keganasan, maka ia cenderung untuk dilabelkan sebaga keganasan agama

Keganasan ini meningkatkan lagi perasaan anti Islam atai Islamofobia. Siruasi ini yang akhirnya boleh membangkitkar sentimen dan konflik keagamaan Idea 5

Menjejas kesepakatan ASEAN Kesepakatan ASEAN telah tercabar dengan isu Kepulauan Spratly Kemboja dilihat menyebelahi pilihan China, Laos dan Thailanc tidak menyuarakan pendirian, manakala negara anggota ASEAN lain mahu isu berkenaan diselesaikan dalam kesepakatan ASEAr> Isu etnik Rohingya sekiranya gagal ditangani, boleh menjadi isi kedua yang boleh menggugat kesepakatan ASEAN yang selaim ini menjadi benteng kepada keharmonian serantau Kesimpulan Hak etnik Rohingya mesti dibela dan tidak boleh dibiarkan tanpt terbela sama ada oleh kerajaan Myanmar mahupun oleh komuniti ASEAN. Membiarkan etnik ini tanpa pembelaan akan
mendatang masalah kepada keharmonian serantau.

Format jawapan: Mana-mana 5 idea CONTOH 15 Dalam menghadapi tindakan agresif China berkaitan isu Kepulauar Spratly dan Paracel, kesepakatan antara Malaysia dan anggota negara ASEAN lain tidak sepatutnyatergugat, malah seharusnyamengutamakar pendekatan melindungi kepentingan bersama. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Buat pertama kalinya negara anggota ASEAN gagal mencapai kata sepakat. Dalam konflik Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja seolah-olah menyebelahi China yang mahu diselesaikan secara bilateral. Manakala Malaysia, Filipina, Brunei dan Vietnam mahukan isu ini dijadikan isu bersama oleh anggota ASEAN. Keadaan ini memberi kesan kepada kekuatan ASEAN. Bahagian A: Kesan Ketidaksepakatan ASEAN Idea 1 Melemahkan kuasa rundingan ASEAN berjaya memuafakatkan banyak perkara dengan semangat ASEAN khususnya dalam aspek politik dan ekonomi Pelancaran Kerjasama Perundingan Ekonomi Serantau (RCEP) atau ASEAN + 6 yang melibatkan China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand merupakan kejayaan terbaru ASEAN RCEP merupakan blok ekonomi terbesar di dunia dengan penguasaan 50 perarus jumlah pasaran dagangan dunia. Kesepakatan ASEAN menjadi kekuatan rundingan ini Idea 2 Ruang campur tangan pihak berkepentingan Kegagalan ASEAN menyepakati isu yang berbangkit akan dilihat sebagai ruang untuk campur tangan oleh kuasa besar Keadaan ini dinanti-nantikan oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh di rantau ini bagi mengimbangi pengaruh China ASEAN yang tidak sepakat, boleh menjejaskan kestabilan serantau Idea 3 Menjejaskan permuafakatan yang belum dimuktamadkan

komuniti

Agenda penting ASEAN menjelang 2015 adalah menjadikan ASEAN sebagai satu

Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan menjadikan ASEAN sebagai pasaran ekonomi tunggal sebagaimana Kesatuan Eropah (EC), kejayaan membentuk AEC bergantung kepada semangat permuafakatan ASEAN Mengekalkan suasana tidak sepakat akan menjejaskan hal-hal yang belum dimuktamadkan Bahagian B: Langkah Menangani Konflik Idea 4 Mengekalkan status quo Kegagalan merundingkan suatu yang baru, bermakna gagal mencapai kesepakatan untuk merubah keadaan yang sedia ada ASEAN harus menuntut agar keadaan yang sedia ada dikekalkan agar kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak lain tidak dicurigai oleh mana-mana pihak Status quo ini akan mengekalkan kestabilan yang dinikmati sebelum ini Idea 5 Melindungi kedudukan ekonomi negara anggota Setiap langkah yang diambil akan mewujudkan tindak balas oleh pihak yang kedua. ASEAN seharusnya mencari langkar mengutamakan rundingan secara berterusan, bukannya tindak balas bersendirian Langkah Filipina yang dilihat 'mencabar' kekuasaan China telat menyebabkan eksport hasil pertanian negara berkenaan ke Chins terjejas kesan tindak balas China Sektor pelancongan Filipina juga terjejas dengan larangan kerajaar China menyekat rakyatnya melawat Filipina Idea 6 Mengeksploitasi bidang lain yang boleh disepakati Malaysia berjaya 'mengetepikan' konflik perebutan dengan menerok; bidang lain yang boleh disepakati dengan China khususnya bidam pelaburan dan perdagangan Sebagai contoh, pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCK1P) di Gebeng, Kuantan melibatkan pelaburan RM10 bihon yang menawar 8500 peluang pekerjaan Kejayaan menyepakati peluang lain akan 'mengendurkan' sediki isu dan konflik yang
berbangkit antara dua buah negara

Kesimpulan Kesepakatan mewujudkan kekuatan dalam tindakan. Mengutamakar kata sepakat, menolak pendirian untuk berpihak. ASEAN seharusnyt tidak lari daripada matlamat awal yang telah membawa kemakmurar dan kesejahteraan hidup serantau. Format jawapan: 3A+2B/3A+3B CONTOH 16 Walaupun tiada kuasa dalam melaksanakan keputusan, penubuhar Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) tetap penting dar wuiud rasional di sebalik penubuhannya. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN
Pengenalan

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) ditubuhkar pada tahun 2007 untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab menyerang negara lain atau menzalimi suatu bangsa Walaupun tiada kuasa atas keputusan yang dikeluarkan, tetap wujuc rasional di sebalik penubuhannya. Bahagian A: Kepentingan

Idea 1
Membuka mata dunia atas kezaliman kuasa besar

Pihak kuasa besar dunia sering kali membuat perhitungan tanpa merujuk kepada PBB Serangan ke atas Iraq dan Afganistan tanpa restu PBB. Alasan serangan juga sengaja diadakan. Jelas tiada senjata pemusnah besar-besaran vang ditemui sehingga Iraq menjadi mangsa kezaliman tipu helah kuasa besar Kewujudan KLWCC menzahirkan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat dua buah negara
berkenaan

Idea 2 Mengenakan hukuman moral Dengan adanya perbicaraan, yang bersalah dibicarakan dan segala bukti dan fakta dizahirkan Perbicaraan yang dijalankan memenuhi standard mahkamah keadilan dunia Kemajuan ICT dan dihadiri oleh pihak dari seluruh dunia termasuk rakyat Amerika
Syarikat dan Britain semasa perbicaraan dijalankan akan menyebar fakta sebenar

Sekiranya didapati bersalah secara moral pemimpin yang didakwa telah melakukan jenayah Idea 3 Orientasi pemikiran masyarakat KLWCC telah merubah orientasi pemikiran masyarakat bahawa perang adalah jenayah Masyarakat sesebuah negara akan menilai tahap moral pemimpin mereka yang cenderung menggunakan senjata sebagai penyelesaian KLWCC dilihat sebagai rintis kepada kewujudan dunia yang menolak perang sebagai jalan penyelesaian kepada konflik Bahagian B: Rasional Penubuhan KLWCC Idea 4 Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak bebas TCC dikuasai oleh kuasa besar tertentu. ICC dilihat digerakkan oleh 'tangan' tertentu dalam menentukan pendakwaan atau menolak aduan oleh pihak yang menjadi mangsa Wujud double standard dalam melakukan pendakwaan. Sekiranya melibatkan pihak Barat dan menjejaskan kepentingan mereka, kewujudan bukti diabaikan. Tragedi depleted uranium di Iraq walaupun cukup bukti pembabitan kuasa besar, namun tiada pendakwaan
digerakkan oleh mahkamah ini Pihak kuasa besar mempengaruhi proses pendakwa raya, melantik hakim dan menjatuhkan hukuman. Jenayah kemanusiaan di Sudan diberi perhatian dengan waran tangkap ke atas Presidennya, kekejaman Israel dibiarkan tanpa kesudahan

Idea 5 Tiada pembelaan ke atas mangsa perang Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perang dan kesan perang Iraq, bahawa wujud jenayah perang, namun tiada responsif daripada ICC Laporan PBB berkenaan tidak diberi maklum balas dan akhirnya tiada pembelaan ke atas mangsa Rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel tida mendapat pembelaan sehingga kini walaupun tanah air merek setiap hari dirampas Idea 6 Tiada penyatuan dalam menentang ketidakadilan Kuasa besar bebas melakukan keputusan mereka walaupun wuju badan yang membuat
keputusan pada peringkat tertinggi

PBB disanggah dan dipermainkan. Apabila kepentingan kuasa bes* terjejas, PBB menjadi alat mencapai matlamat Usaha mendemokrasikan PBB masih jauh daripada berjaya. KLWG menghimpun kelemahan dan kekurangan berkenaan denga mendedahkan tembelang kuasa besar

Kesimpulan Kewujudan KLWCC merupakan langkah berhemah tanpa kekerasa dalam menentang kekerasan dan kezaliman. Majoriti senyap aka bersuara apabila naluri dan jiwa mereka disentuh dengan papara kekejaman dan keganasan perang. Format jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 17 Wujud fenomena yang semakin jelas adanya gerakan anti Islai khususnya di Barat. Malaysia telah mengambil inisiatif tertentu dalar menangani cabaran Islamofobia ini. Jelaskan. RANGKA JAWAPAN
Pengenalan

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyuarakan kebimbanga berhubung kenyataan retorik anti Islam semasa kempen piliha raya Parlimen dan Presiden Amerika Syarikat dan beberapa bua negara Eropah. Satu fenomena yang boleh menimbulkan kegelisahai kepada masyarakat global. Pendekatan khusus perlu diambil bag menanganinya. Bahagian A: Fenomena yang Wujud Idea 1 Kemenangan parti sayap kiri di Barat Parti yang radikal ini mengukuh kedudukan di Parlimen banyal negara Eropah selain menambah bilangan kerusi dalam Parlimei Amerika Syarikat Parlimen Austria, Bulgaria, Denmark, Hungary, Sweden, Perancii dan Parlimen Eropah memperlihatkan kecenderungan menyokonj golongan yang memperlihatkan sikap agresif kepada amalan dar penganut agama Islam Satu fenomena yang boleh menggugat keharmonian hidup beragama dan bernegara Idea 2 Peningkatan sokongan kepada kumpulan pelampau anti Islam Kumpulan pelampau berhaluan kanan anti Islam seperti Liga Pertahanan Inggeris (EDL) di Britain dan Casa Pound di Itali juga semakin mendapat sokongan ramai Sokongan masyarakat ini akan membina pengaruh kepada kumpulan berkenaan dan membawa kepada pembentukan banyak lagi kumpulan sebegini Kumpulan ini berkongsi agenda anti Islam yang mengancam masyarakat Islam daripada mengamalkan ajaran Islam, dengan ini meningkatkan lagi kemungkinan diskriminasi terhadap agama Idea 3 Gerakan anti Islam di Amerika Syarikat (AS) Calon Presiden AS semasa pilihan raya pusingan awal meluahkan bahawa undang-undang syariah merupakan satu ancaman kepada kebebasan hidup di Amerika Syarikat Kenyataan lebih keras oleh seorang calon Presiden AS (Rick Perry) bahawa Turki diperintah oleh pengganas Islam dan perlu disingkirkan juga mendapat reaksi tidak menyenangkan mesyarakat Islam antarabangsa Fenomena menggunakan Islamofobia sebagai kempen politik bagi mendapat undi di AS dan Eropah boleh menggugat kehidupan pelbagai etnik dan anutan dalam satu negara Bahagian B: Inisiatif Malaysia

Idea 4 Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam Dialog ini membuka mata dan fikiran sebahagian masyarakat Barat bahawa setiap agama termasuk agama Islam menyeru dan menganjur kepada kebaikan dan amalan baik Keganasan yang melibatkan orang Islam bukan kerana ajaran agama, tetapi bawaan ekstrem dalam diri kumpulan berkenaan. Semua keganasan yang berlaku, tidak semua
melibatkan orang Islam
terhadap Islam

Siri dialog ini termasuk siri ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur meningkatkan kefahaman Barat

Idea 5 Menonjolkan amalan di Malaysia Walaupun Malaysia mengangkat diri dan diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, namun
penganut agama lain dapat hidup dengan aman dan rukun di Malaysia

Amalan agama lain diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang dan dihormati oleh penganut agama Islam
Satu situasi yang menggambarkan tiada ekstremisme pada agama dan penganut agama Islam di Malaysia. Keharmonian hidup beragama di Malaysia menjadi bukti ekstremisme tidak boleh dikaitkan dengan agama Idea 6

Gerakan Kesederhanaan Global Malaysia mencetuskan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi mengorientasikan semula pendekatan menangani konflik dalam kalangan masyarakat antarabangsa

GMM sebagai dimensi baru kepada amalan dasar luar Malaysia, bagi mempengaruhi masyarakat dunia bagi mengelak pendekatan ekstrem dalam menyelesaikan konflik termasuk konflik melibatkan fanatik agama

Pendekatan keganasan bukan jawapan kepada tindakan ganas, termasuk tanggapan ganas yang dilabel kepada Islam Kesimpulan Kesediaan penganut Islam untuk membetulkan segala tanggapan buruk tentang Islam akan turut mempengaruhi sentimen Islamofobia. Kesederhanaan dalam tindakan cerminan kepada pemikiran, rasional dalam tindakan. Format jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 18 Hubungan Malaysia-China kini bergerak daripada hubungan dagangan kepada hubungan strategik. Jelaskan rasional peningkatan hubungan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Keupayaan meningkatkan hubungan dengan negara lain dalam pelbagai aspek sehingga mencapai tahap hubungan yang strategik merupakan bentuk hubungan dimensi baru dalam dasar luar sesebuah negara. Malaysia turut mengatur hubungan yang strategik dengan
pelbagai negara khususnya negara kuasa besar.

Rasional Hubungan Malaysia dengan China Idea 1 Kemelesetan ekonomi global

Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya. Pertumbuhan ekonomi Jepun jatuh ke tahap paling rendah dalam satu dekad. Krisis kewangan Kesatuan Eropah menggugat pakatan ekonomi tunggal tersebut Kemelesetan ekonomi global ini menjatuhkan keupayaan eksport negara dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan keluaran dalam negara Dalam pada itu, ekonomi China terus bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika Syarikat. Oleh itu, meningkatkan hubungan dagang dengan China akan meningkatkan daya eksport negara Idea 2 Pasaran China yang besar Dengan jumlah penduduk terbesar dunia, pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh Malaysia Pada tahun 2012, dilihat dari segi nilai dagangan China mengatasi Amerika Syarikat. Dagangan Amerika Syarikat mencatatkan nilai US$3.82 trilion, manakala
eksport dan import China bernilai US$3.87 trilion. Lebihan dagangan China sebanyak US$231.1 bilion

Banyak negara beralih kepada China sebagai rakan dagangan. Oleh itu, peningkatan hubungan Malaysia dengan China menepati masa dan situasi Idea 3 Mengalih konflik Kepulauan Spratly Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel dapat diredakan melalui hubungan yang lebih erat Banyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara. Dengan dapat meneroka bidang yang boleh dikongsi bersama, tindakan mengetatkan peraturan ke atas barangan eksport Malaysia seperti ke atas eksport sarang burung walit dapat dielakkan Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Jepun
dan Filipina ekoran ketegangan berhubung perebutan pulau yang dipertikai

Idea 4 Kesediaan China China dalam menghadapi provokasi kuasa oleh Amerika Syarikat yang cuba menempatkan kembali pengaruhnya di rantau ini memerlukan sahabat. Situasi ini sepatutnya disambut oleh Malaysia Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan
dagangan, pelaburan dan sosial

Hubungan ini tidak menjadi Malaysia 'dilihat' menyebelahi China atau menyokong kedudukan China dalam menghadapi Amerika Syarikat Idea 5 Wujud cabaran dalam hubungan dua hala Dalam memajukan industri pelancongan, pasaran pelancong dari China amat penting kepada Malaysia dan banyak negara Kemasukan pelancong China turut diambil kesempatan oleh sindiket pemerdagangan orang. Suatu 'kos' yang terpaksa ditanggung oleh negara Dengan meningkatnya hubungan dengan China, banyak kerjasama dapat dibentuk. Sebagai contoh, pembentukan kumpulan kerja antara Malaysia dengan China telah menggerakkan kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang, penyeludupan dan sebagainya Idea 6 Hubungan sosial yang terjalin China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Satu kemajuan kepada negara dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf antarabangsa

Selain keterbukaan China menerima pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan kursus bahasa Melayu, pembukaan universiti China di Malaysia membuka lembaran baru dalam hubungan dua negara Pertukaran budaya antara dua negara meningkatkan industri pelancongan termasuk pelancongan kesihatan Kesimpulan Walaupun wujud konflik dari satu sudut, tetapi konflik berkenaan tidak seharusnya mengikat Malaysia untuk tidak meneroka bidang lain yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi negara. Format jawapan: Mana-mana lima idea CONTOH 19 Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mula mempengaruhi masyarakat dunia, tetapi menghadapi cabaran untuk momentum seterusnya. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dicetuskan Malaysia berhasrat mengorientasi
semula pemikitan masyarakat antarabangsa dalam mengurus konflik sama ada konflik dalam negara mahupun
antara negara. GMM mula mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia walaupun wujud cabaran dalam meneruskan momentum.

Bahagian A: Keupayaan Mempengaruhi Idea 1


Penerimaan punca pertentangan/ekstremis

Sebilangan masyarakat antarabangsa mula menerima bahawa pertentangan dan konflik bukan antara Islam dengan bukan Islam, bukan antara negara maju dengan negara membangun Wujud pertentangan antara golongan yang bersikap sederhana dengan golongan ekstrem Oleh itu, nilai kesederhanaan dapat mengelak ketegangan dan konflik Idea 2 Pendekatan kesederhanaan dalam menghadapi gerakan rakyat Malaysia sering menjadikan pentas antarabangsa dalam membuka mata banyak pihak bahawa keganasan bukan sahaja dilakukan oleh penganut agama Islam juga oleh penganut agama lain Kelantangan Malaysia ini mula diterima bahawa keganasan tidak boleh dikaitkan dengan agama. Penentangan yang dilakukan oleh masyarakat yang beragama Islam di sesuatu kawasan, bukan kerana agama Islam yang menuntut tindakan kekerasan tetapi kerana penindasan yang berlaku ke atas mereka Oleh itu, konflik yang dihadapi dengan mana-mana kumpulan sama ada kumpulan
Islam atau kumpulan lain tidak boleh diselesaikan dengan keganasan tetapi kesederhanaan

Idea 3
Pendekatan mengurus konflik

Matlamat tersirat di sebalik gerakan GMM ialah pendekatan mengurus konflik GMM menentang keras ekstremisme dalam mendepani sesuatu konflik. Ini bermakna kaedah menggunakan kekerasan dan keganasan bukan cara menghadapi konflik

Kaedah dalam menamatkan konflik di Selatan Filipina membuktikan keberkesanan pendekatan kesederhanaan Bahagian B: Cabaran Malaysia Menggerakkan GMM Idea 4 Kewujudan pelbagai gerakan Gerakan pengganas antarabangsa, pertubuhan sulit dan fraterniti, dana kewangan antarabangsa, syarikat multinasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menaja suatu gerakan yang menggunakan kaedah social forces Dunia era globalisasi ini memberi kelebihan kepada penaja gerakan ini Kelibat social forces atau pihak ketiga ini bergerak sebagai tidak berpihak atau neutral sehingga sukar dikesan. Situasi hari ini bukan lagi melibatkan ancaman dari sebuah negara ke atas negara lain kecuali Israel, tetapi gerakan sulit yang dikendalikan pihak ketiga Idea 5 Perubahan dalam gerakan keganasan Peneraju kepada gerakan keganasan ini tidak terlibat sama dalam aktiviti keganasan tetapi berpangkalan di luar sempadan Pemimpin gerakan ini tidak jemu menawarkan segala bentuk bantuan dan pertolongan kepada rakyat tempatan untuk menjatuhkan kerajaan di negara mereka sendiri Senario Arab Spring yang melanda dunia Arab dan rantau Asia Barat jelas dikatakan didalangi kumpulan ini yang ingin menjatuhkan pemerintahan secara keganasan. Senario yang sama melibatkan gerakan 'Reformasi' dan 'Bersih' di Malaysia Idea 6 Eksploitasi Islamofobia Fenomena menggunakan sentimen Islamofobia sebagai kempen politik mendapat undi di Amerika Syarikat dan Eropah boleh membawa kepada keganasan antara agama dan antara kaum Sesebuah negara menyokong atau 'mendiamkan diri' terhadap tindakan negara lain ke atas rakyat mereka sendiri walaupun jelas berlaku diskriminasi agama Gerakan 'Islamofobia' sehingga bersifat ganas seolah-olah mendapat restu banyak pihak Kesimpulan Kaedah kekerasan akan mewujudkan tindak balas lebih keras. Kesederhanaan dapat mengendurkan penentangan, membuka jalan perundingan. Format jawapan: 3A+2B/2A+3B CONTOH 20 Selain telah berjaya mewujudkan lebih banyak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf antarabangsa, Malaysia juga menunjukkan keupayaan untuk muncul sebagai hab pendidikan dunia. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Sektor pendidikan tinggi negara telah berkembang pesat sejak dekad ini dan juga sedang bergerak pantas untuk menjadi hab pendidikan kerana kecemerlangannya di rantau Asia. Banyak aspek dapat dibuktikan tentang keupayaan negara untuk muncul sebagai hab pendidikan dunia.

Keupayaan Malaysia sebagai Hab Pendidikan Dunia Idea 1 Kewujudan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta Penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bertaraf antarabangsa membuktikan keupayaan Malaysia. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tidak mampu menampung kehadiran dan kemasukan pelajar khususnya melibatkan pelajar asing Dengan keupayaan menubuhkan IPTS seperti Universiti Lim Kok Wing bukan sahaja dapat menarik pelajar asing tetapi dapat menampung kehadiran mereka Situasi ini menjadi penggerak kepada pencapaian sebagai hab pendidikan dunia Idea 2 Kehadiran pelajar asing yang ramai Kehadiran 93 000 orang pelajar asing daripada 100 buah negara pada tahun 2012 membuktikan keupayaan Malaysia dalam menarik kemasukan pelajar asing ke negara ini Malaysia kini adalah negara pengeksport perkhidmatan pendidikan ke-11 terbesar di dunia. Kejayaan ini selaras dengan usaha kerajaan memperkukuhkan daya saing dan memperjuangkan jenama pendidikan antarabangsa Malaysia Perkembangan ini membuktikan keupayaan Malaysia mencapai hasrat sebagai hab pendidikan dunia Idea 3 Mengemas kini permohonan dan pemprosesan kemasukan Keupayaan menubuhkan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global telah berjaya mengurus dan memudahkan khidmat proses visa pelajar luar Kewujudan portal permohonan dan pendaftaran secara talian melalui Malaysia Education Online (Mcdo) juga telah berjaya mendaftar 7000 orang pelajar pada tahun 2010 Malaysia bersedia menerima kehadiran pelajar asing secara talian sehingga 130,000 pada tahun Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 Idea 4 Keupayaan menempatkan Asia e-Universiti Asia e-Universiti yang ditubuhkan oleh 31 buah negara Asia ditempatkan di Kuala Lumpur. Penubuhan ini hasil daripada Dialog Kerjasama Asia (ACD). Malaysia diamanahkan oleh ACD untuk menjadi penggerak utama dalam e-pendidikan Penubuhan ini sebagai satu langkah ke hadapan untuk Malaysia mencapai sasaran Penempatan e-pendidikan ini memberi kelebihan kepada Malaysia menjelang pengisytiharan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang tahun 2015 melalui komuniti sosiobudaya Idea 5 Kemasukan universiti bertaraf antarabangsa Pada tahun 2011 sebanyak lapan universiti antarabangsa membina kampus di negara ini. Universiti berkenaan termasuklah Universiti Curtin, Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti Swinburne. (Universiti lain termasuk Universiti Perubatan Newcastle, Universiti Southampton, Universiti Raffles, dan Institut Teknologi Mantim Netherlands). Universiti mi akan membuka peluang ke arah program pendidikan kompetitif sama ada kepada pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara akan turut dihmpahi dengan kemasukan pakar, penyelidik, dapatan dan penemuan baru Idea 6

Peningkatan tenaga pakar dan maklumat Matlamat menyedia lebih 70% tenaga pakar di universiti penyelidikan melebih sasaran, iaitu kira-kira 73% pensyarah di universiti penyelidikan benjazah sekurang-kurangnya sarjana Kejayaan bilangan melebih sasaran ini membantu negara mencapai sasaran sebagai hab pendidikan duma Persekitaran pendidikan tinggi juga disokong dengan kewuiudan pangkalan data yang autontatif dan sumber maklumat berkuahti tinggi. Peningkatan jumlah artikel dalam jurnal indeks telah ditingkatkan kepada 15 000 Kesimpulan Pengiktirafan keupayaan Malaysia dalam memenuhi standard penyediaan peluang pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyat mengakses peluang pendidikan yang disediakan meningkatkan imej negara. Malaysia bergerak selangkah lagi mencipta keupayaan menjadi hab pendidikan dunia. Format jawapan: Mana-mana lima idea

You might also like