P. 1
Tips Pelajar Cemerlang

Tips Pelajar Cemerlang

4.5

|Views: 2,037|Likes:
Published by ridheliz

More info:

Published by: ridheliz on Jul 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

Tip 1 Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2 Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat. Tip 3 Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi. Tip 4 Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan. Tip 5 Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. Tip 6 Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. Tip 7 Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. Tip 8 Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. Tip 9 Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. Tip 10 Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. Tip 11 Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. Tip 12 Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang. Tip 13 Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara

positif. Tip 14 Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. Tip 15 Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. Tip 16 Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya. Tip 17 Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. Tip 18 Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. Tip 19 Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. Tip 20 Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran. Tip 21 Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda. Tip 22 Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya. Tip 23 Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang. Tip 24 Jadikan diri anda sebagai �besi berani� yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda. Tip 25 Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda. Tip 26

Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. Tip 27 Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah. Tip 28 Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. Tip 29 Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. Tip 30 Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Tip 31 Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia. Tip 32 Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi. Tip 33 Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung. Tip 34 Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. Tip 35 Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. Tip 36 Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu. Tip 37 Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. Tip 38 Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39 Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar. Tip 40 Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri. Tip 41 Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental. Tip 42 Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam. Tip 43 Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Tip 44 Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar. Tip 45 Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Tip 46 Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran. Tip 47 Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda. Tip 48 Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat. Tip 49 Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira. Tip 50 Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul. Tip 51

Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang. Tip 52 Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. Tip 53 Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki. Tip 54 Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif. Tip 55 Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif. Tip 56 Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga. Tip 57 Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat. Tip 58 Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita. Tip 59 Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini. Tip 60 Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan. Tip 61 Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->