You are on page 1of 66

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FIRDAUS B SALAMAT MUHAMMAD HAFIZ B MANSOR

Hubungan Etnik dengan Kurikulum Sekolah

Konsep etnik merujuk kepada golongan manusia yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang sama atau hampir sama. Peranan utama sekolah adalah mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik mereka. Dengan kata lain, kandungan kurikulum sekolah hendaklah mengutamakan mata pelajaran kebudayaan masyarakat. Justeru itu, kebudayaan kumpulan etnik di manamana masyarakat pun adalah berkaitan rapat dengan kurikulum sekolah mereka.

Laporan Razak 1956: Pemikiran dan tujuan sistem pendidikan pada awal kemerdekaan Laporan Rahman Talib 1960: Implikasi dan kesan Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1957-1967 Akta Bahasa Kebangsaan 1967: Implikasi dan kesan

Sistem Pendidikan Semenanjung Malaysia 1963-1982


Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979: Perakuan dan perubahan yang disyorkan Kurikulum Pra Sekolah: Pengelolaan dan Perkembangan Pendidikan Prasekolah: Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002 Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR): Rasional, faktor-faktor, falsafah dan matlamat KBSR

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Perakuan, Falsafah dan Matlamat, Dasar dan Keperluan, Pendidikan Umum dan Kewarganegaraan

Laporan Razak 1956: Pemikiran dan tujuan sistem pendidikan pada awal kemerdekaan

Laporan Razak 1956


Jawatankuasa Pendidikan mengemukakan Laporannya, yang dikenali sebagai Laporan Razak pada bulan April, 1956. di antara cadangan-cadangan yang penting ialah: 1.Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus diadakan; kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan menerapkan unsur-unsur kebangsaan ke dalamnya.

2.Sistem persekolahan akan dipinda kepada dua kategori:


i. Sekolah Umum menggunakan B.Melayu sebagai bahasa pengantar ii. Sekolah Jenis Umum meliputi sekolah Inggeris, Cina dan Tamil dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. 3. B.Melayu dan B.Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.

4. Murid murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda mereka (aliran Inggeris), jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dan dengan jumlah murid 15 orang. 5. Satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah. Isi kandungan buku-buku teks haruslah mengandungi unsur-unsur kehidupan di Persekutuan Tanah Melayu. 6. Sekolah-sekolah ini akan dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan bersama-sama dengan Jemaah Pengurus Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah. 7.Kelayakan guru untuk mengajar di sekolah rendah ialah sekurang-kurangnya memperoleh Sijil Sekolah Menengah Rendah serta mendapat latihan sepenuh masa selama setahun diikuti dengan dua tahun latihan separuh masa.

8. Dicadangkan penubuhan satu jenis sekolah menengah sahaja di mana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa yang wajib dipelajari. 9. Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu: a) Sekolah Menengah Rendah (3 tahun) b)Sekolah Menengah Atas (2 tahun) c) Sekolah Pra-Universiti (2 tahun) 10. Untuk menjaminkan kelicinan perkhidmatan guru, adalah dicadangkan bahawa semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional. 11. Jemaah Nazir Persekutuan harus ditubuhkan supaya memberikan bimbingan profesional kepada guru-guru.

Dibentangkan dan seterusnya diluluskan dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April,1957, kemudian dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Murid-murid yang melebihi umur persekolahannya dikehendaki meninggalkan sekolah.

Ramai murid-murid sekolah Cina terlibat dan membantah, menunjuk perasaan.


Akhirnya, setuju melaksanakan peraturan ini berperingkat-peringkat.

Laporan Rahman Talib 1960: Implikasi dan kesan

Laporan Rahman Talib 1960


Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B.En. Abdul Rahman Talib, ketikan itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Tujuan: Mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak.

Cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib


1. Di bawah rancangan Laporan Razak, kebanyakan murid yang gagal untuk masuk sekolah menengah terpaksa meninggalkan sekolah rendah mereka. Oleh itu, Jawatankuasa ini mencadangkan bahawa umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun. 2. Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah, dicadangkan untuk menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan. 3. Untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Pelajaran Lanjutan itu, mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun. 4. Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum dicadang menukar namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

5. Mencadangkan Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan Peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran 6. Mencadangkan supaya kerajaan hanya memberi bantuan penuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan sahaja. Bagaimanapun, sekolah-sekolah yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya boleh menjadi Sekolah Menengah Persendirian. 7. Mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di K.Lumpur, Ipoh, P.Pinang dan di Pantai Timur. Sekolah-sekolah pertukangan juga harus ditubuhkan. Murid-murid yang berjaya dalam kursus pertukangan ini boleh memasuki Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ketiga di Sekolah Menengah Teknik. Selepas itu, murid-murid boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau Universiti Malaya.

8. Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 oang murid yang beragama Islam. Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran wajib mulai Darjah 4 hingga Tingkatan 5. 9. Mencadangkan bahawa bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan. 10. Mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempat Penguasa Pelajaran Tempatan. 11. Mencadangkan supaya Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka.

Laporan Rahman Talib: Implikasi dan Kesan


Matlamat Utama: Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.
Pendidikan percuma untuk semua murid dalam sekolah rendah akan membawa kesan yang mendalam. Pada tahun 10962, bilangan murid yang masuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) semakin bertambah.

Menetapkan semua peperiksaan awam untuk muridmurid sekolah menengah dengan menggunakan bahasa rasmi. Sungguhpun cadangan menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa rasmi ditentang hebat oleh Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, tetapi ada juga yang bersetuju.
Rancangan membentuk Sekolah Pelajaran Lanjutan tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Akhirnya, rancangan Sekolah Pelajaran Lanjutan dimansuhkan dan digantikan dengan suatu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1965.

Tujuan mengadakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ialah:

1. Membekalkan kursus aneka jurusan selama 3 tahun selepas kursus sekolah rendah;

2. Melaksanakan polisi kerajaan dalam meningkatkan tempoh berhenti sekolah sehingga umur 15 tahun;
3. Untuk menjamin setiap murid yang belajar selama 9 tahun di sekolah, dia akan dilengkapkan dengan kemahiran tertentu yang boleh membantunya mencari pekerjaan; 4. Mempelbagai kursus pengajian di sekolah menengah rendah; dan 5. Membekalkan kursus vokasional di peringkat sekolah menengah atas supaya murid-murid itu boleh mendapat latihan vokasional yang lebih mendalam dan lengkap.

Di bawah rancangan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ini, semua murid dikehendaki belajar mata pelajaran asas yang dibahagikan kepada kumpulan berikut: 1. Bahasa ibunda murid ( B.Cina atau B. Tamil)

2. Bahasa pengantar ( Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris)


3. Kajian sosial 4. Sains am 5. Matematik 6. Sivik 7. Pendidikan Jasmani 8. Seni lukis dan Kraf tangan atau Muzik 9. Agama Islam atau Agama Kristian dan 10. Memilih satu daripada empat mata pelajaran elektif, iaitu Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1957-1967

Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1957-1967


Boleh dibahagikan kepada 2 peringkat:

Peringkat 1: Pelaksanaan Laporan Razak


1. Menggubal satu sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah. 2. Menubuhkan pusat latihan, terutamanya Maktab Perguruan Bahasa. 3. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa untuk menghasilkan buku teks supaya digunakan di sekolahsekolah kebangsaan.

4.Menubuhkan cawangan UM di Lembah Pantai, KL.


5.Membekalkan tempat-tempat belajar di sekolah rendah bagi semua aliran bahasa. 6.Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah. Peringkat 2: Pelaksanaan Laporan Rahman Talib 1. Umur persekolahan murid dinaikkan kepada 15 tahun. 2. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang gagal mendapat tempat belajar di sekolah menengah akademik. 3. Menganjurkan peperiksaan awam dalam BI dan B.Kebangsaan.

4. Memberi bantuan kewangan kepada SMK (aliran BM) dan SMJK (aliran BI). Di samping itu, menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan. 5. Memberi tempat percuma kepada murid yang sedang belajar di sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun. 6. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional untuk melatih murid-murid dalam pelbagai bidang jurusan.

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967: Implikasi dan Kesan

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967


Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Diluluskan pada 3.3.1967 di Dewan Rakyat. Dikuatkuasakan mulai dari September dalam tahun yang sama. Fasal 3 : Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk menggunakan bahasa yang lain dalam penterjemahan dokumen rasmi atau komunikasi sekiranya terdapat keperluan dan kepentingan awam.

Fasal 4: Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan rasmi apabila dianggap perlu. Akta Bahasa Kebangsaan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Article 152, Fasal 1 & 2 yang menyatakan: Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan. Untuk sepanjang tempoh dalam 10 tahun selepas Hari Merdeka, dan selanjutnya, sehingga Parlimen menetapkan peruntukan lain, BI boleh digunakan dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Negeri serta semua tujuan rasmi.

Implikasi dan Kesan


Mulai 1968, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah kerajaan. Dalam tahun yang sama, semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK(I), kecuali BI dan bahasa ibunda, diajaran dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. Lembaga Peperiksaan mengambil beberapa langkah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dalam peperiksaan-peperiksaan LCE, MCE, dan HSC.

Calon-calon yang memohon untuk mengikuti kursus di Maktab Perguruan hendaklah memperoleh gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM/MCE mulai tahun 1970. Semua kursus di Maktab Perguruan disampaikan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar mulai tahun 1973. Pelajar yang ingin menuntut di universiti luar negeri diwajibkan memperoleh sijil MCE/HSC.

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982


Kedudukan Sekolah

Sistem SRJK (aliran BI) diteruskan sehingga 1969.


Bahasa penghantar di SRJK (BI) ditukarkan kepada BM secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1970. Semua sekolah menengah kerajaan mula menggunakan BM sebagai bahasa penghantarnya hingga Tingkatan 6 pada tahun 1982.

Mulai tahun 1983, BM menjadi bahasa penghantar bagi semua kursus di peringkat universiti.

Kenaikan darjah di sekolah rendah dan sekolah menengah adalah secara automatik. Sehingga tahun 1963, murid-murid pada akhir tahun Darjah 6 dikehendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah untuk menentukan sama ada ditempatkan di Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Pelajaran Lanjutan. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan pada 1964, diikuti dengan Sistem Sekolah Menengah Rendah ditukarkan kepada Sistem Pendidikan Aneka Jurusan. Untuk menjamin kemajuan dan pencapaian murid dalam pelbagai mata pelajaran utama di sekolah rendah kerajaan, murid-murid dikehendaki menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 mulai tahun 1967.

Mulai tahun 1973, Ujian Dignostik diperkenalkan untuk murid-murid Darjah 3 supaya guru boleh menjalankan kerja pemulihan dalam peringkat pelajaran murid yang lebih awal. Murid-murid yang cergas boleh ditempatkan dalam Sistem Kelas Ekspres dimana mereka menghabiskan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah dalam tempoh 5 tahun.
Sistem kelas ekspres ini dimulakan pada 1962, tetapi dimansuhkan selepas beberapa tahun kemudian. Selepas belajar di sekolah menengah rendah delama 3 tahun, semua murid dikehendaki menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran Inggeris atau Melayu. Mulai 1978, Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran Inggeris dimansuhkan.

Murid yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran akan dipilih mengikut keputusan peperiksaan mereka, untuk belajar di Sekolah Menengah Atas mengikut pelbagai aliran, iaitu Sains, Sastera, Teknik, Perdagangan, Pertanian atau Vokasional.

Oleh itu, sekolah-sekolah menengah atas adalah dibahagikan kepada: Sekolah Menengah Akademik (Aliran Sains dan Sastera) Sekolah Menengah Vokasional yang menawarkan kursus-kursus seperti Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Sains Rumahtangga di samping beberapa mata pelajaran am. Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan kursuskursus vokasional dan akademik hingga Tingkatan 5.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979: Perakuan dan Perubahan yang Disyorkan

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974.
Ia mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaum.

Matlamat Kajian:
1. Mengkaji sejauh mana pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menerusi sistem pelajaran,termasuklah kurikulumnya yang ada pada tahun 1979: (a) memastikan keperluan tenaga rakyat negara dipenuhi. (b) menghasilkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. 2. Hasil daripada kajian ini,membuat syor-syor yang sewajarnya.

Jawatankuasa Kabinet telah meneliti dan membuat syor mengenai struktur persekolahan, peperiksaan, pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan sivik, pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin, dan kegiatan kokurikulum. Perakuan dan Perubahan-perubahan yang disyorkan: Jawatankuasa Kabinet mengemukakan laporannya pada tahun 1979. Laporan ini mengandungi 173 perakuan, yang di antaranya memerlukan tindakan serta merta. Ada yang mudah dilaksanakan dan ada yang memerlukan perhatian yang lebih rapi dan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Contohnya: 1. Kementerian Pendidikan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 sebagai peringkat percubaan . 2. Ujian Diagnostik Darjah 3 dan Penilaian Darjah 5 digantikan oleh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, Tahun 6. 3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilancarkan mulai tahun 1988 sebagai peringkat percubaan.

Kurikulum Pra Sekolah: Pengelolaan dan Perkembangan Pendidikan Pra Sekolah

Sehingga tahun 1990, pengelolaan pra sekolah di negara Malaysia adalah di bawah anjuran agensi-agensi kerajaan dan separa kerajaan. Pendaftaran penubuhan tadika yang diluluskan adalah dipertimbangkan daripada kriteria lokasi, keselamatan, saiz dan kebersihan bangunan yang digunakan sebagai tempat tadika. Sehingga tahun 1991, pendidikan pra sekolah masih belum diserapkan secara rasmi dalam sistem pendidikan negara. Namun demikian, Kementerian Pendidikan berazam melancarkan program pendidikan pra sekolah secara rasmi mulai dari Disember, 1991, bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun, khasnya di sekolah-sekolah rendah yang terletak di luar bandar.

Tujuan utama menyerapkan program ini di dalam sistem pendidikan persekolahan rendah ialah memberi peluang kepada kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun menerima pendidikan pra sekolah, khasnya bagi golongan kanak-kanak yang tidak mampu masuk kelas pra sekolah kerana kemiskinan, ataupun di kawasan tanggal mereka yang tiada penubuhan kelas pra sekolah. Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan 1998, jumlah bilangan tadika yang ditubuhkan di Malaysia ialah 10,401 dan bilangan murid yang belajar dalam kelas pra sekolah ialah seramai 446,302.

Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002


Mengikut Akta Pindaan ini, mulai tahun 2003, semua pra sekolah Malaysia wajib mematuhi dan melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan. Kurikulum ini adalah digubal berdasarkan ciri kepelbagaian latar belakang murid, sekolah dan komuniti dalam masyarakat Malaysia.

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR): Faktor-Faktor Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

1. Dasar Pendidikan Negara


Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam semua peringkat persekolahan. Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara dan Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diumumkan pada tahun 1979. Mengikut kajian tersebut, beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan perakuan-perakuan telah dibuat. Perakuan-perakuan tersebut kemudian menjadi faktor asas dalam pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada awal tahun 1980.

2. Cita dan Ideologi Negara


Cita dan ideologi negara Malaysia adalah mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara. Untuk mencapai cita ini, kurikulum sekolah harus mengandungi unsur aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan negara. Dalam hubungan ini, kurikulum yang seragam melalui sukatan yang sama, aktiviti kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama untuk semua jenis sekolah telah menjadi pertimbangan asas pula dalam pembentukan KBSR.

3. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah


Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, rancangan dan pelaksanaan KBSR sepatutnya berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya muridmurid mendapat perkembangan yang seimbang dalam bidang intelek, rohani, sosial, dan jasmani. Melalui program KBSR, murid-murid akan dapat membaca, menulis dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup, sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka, memupuk akhlak yang mulia, mengamalkan nilai-nilai yang murni serta memelihara tubuh badan yang sihat. Melalui program KBSR juga, segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan dikembangkan.

4. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah


a) Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. b) Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah. c) Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira. d) Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas. e) Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

f)

Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta menjadikan asas bagi amalan hidup. g) Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. h) Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain, serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. i) Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai. j) Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM)


+ dibentuk berasaskan beberapa faktor utama yang menitikberatkan kehendak individu , negara dan sarwa jagat. + membolehkan pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang.

Faktor faktor yang mempengaruhi :


Syor-syor Laporan Kabinet (1979) Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Dasar- dasar kerajaan dan keperluan-keperluan negara Pendidikan Umum Pendidikan Kewarganegaraan

Syor-syor Laporan Kabinet (1979)


Perakuan 58. Adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah, iaitu memperkukuh lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional.

Perakuan 59.

Pendedahan murib-murib kepada bidang teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah amatlah terpisah sehingga ia merupakan suatu usaha ke arah pengkhususan. Oleh yang demikian, adalah diperakukan supaya kurukulum bagi mata-mata pelajaran elektif di peringkat ini diubah strukturnya. Sukatan pelajaran yang ada hendaklah digubal semula dengan tujuan supaya pendedahan muribmurib kepada pelajaran teknik dan vokasional tidak hanya terhad kepada bidang satu mata pelajaran elektif sahaja tetapi kepada ilmu pengetahuan yang penting daripada bidang-bidang elektif lain.

Perakuan 61.
Kurikulum di peringkat sekolah menengah atas hendaklah bercorak pendidikan umum sesuai bukan sahaja bagi murib-murib yang akan bekerja bahkan bagi mereka yang akan terus menyambung pelajaran. Oleh itu , adalah diperakukan bahawa penjurusan kepada jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik dalam pedidikan di peringkat menengah atas ini dihapuskan. Pendidikan di peringkat ini diadakan dalam dua jurusan sahaja, iaitu jurusan akademik dan jurusan vokasional.

Perakuan 62. Diperakukan juga kurikulum baru bagi jurusan akademik ini digubal semula dengan mengambil pertimbangan bahawa kurukulum menengah atas ini merupakan sambungan daripada 9 tahun pendidikan di peringkatperingkat sebelumnya. Langkah ini merupakan satu usaha ke aeah perkembangan pendidikan seumur hidup.

KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut :


(a) Kesinambungan daripada KBSR yang berasakan penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. (b) Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional sahaja. (c) Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara berterusan seumur hidup.

Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Negara


Matlamat Pendidikan

Objektif-objektif sukatan Pelajaran


Kognitif afektif, psikomotor

Mata Pelajaran (Teras dan elektif)

Insan Yang baik

Mata pelajaran (teras dan elektif)

Isi Kandungan

Isi Kandungan

+ Model Orperasi Pendidikan KBSm berlandaskan Falsafah

dan Matlamat Pendidikan Negara

Dasar-dasar kerajaan dan keperluan-keperluan negara


Kandungan KBSM mencerminkan dasar dan keperluan negara seperti berikut : (a) Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya akan cepat lagi wujudkan perpaduan rakyat dan identiti bangsa. (b) Keperluan mendidik para pelajar supaya berkeupayaan menghadapi cabaran hidup. (c) Keperluan mengembangkan kemahiran-kemahiran teknologi, sifat-sifat keusahawanan, pemikiran kreatif serta pengetahuan mengenai pengurusan masa dan etika kerja supaya pelajar-pelajar akan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses pemodenan dan perindustrian.

Pendidikan Umum
Menitikberatkan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh melalui penguasaan kemahirankemahiran serta penerapan nilai-nilai murni untuk membolehkannya menjadi warganegara yang berguna, bersemangat patriotik dan bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Pendidikan kewarganegaraan
Merupakan satu mata pelajaran, juga merupakan satu pendekatan yang meliputi semua mata pelajaran KBSM, termasuk kokurikulum.

Struktur Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah :


1. Dilaksanakan berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengikut perakuan seperti berikut : Perakuan 58 yang mengesyorkan pengukuhan pendidikan asas dan perkenalan pendidikan umum yang merangkumi aspek-aspek pravokasional bagi sekolah menengah rendah. Perakuan 61 yang mengesyorkan penjurusan yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu jurusan akademik dan jurusan vokasional. Perakuan 62 yang mengesyorkan kurikulum menengah atas menjadi sambungan pendidikan sekolah menengah rendah sebagai usaha ke arah perkembangan pendidikan seumur hidup.

2.
3.

Seperti KBSR, KBSM juga dioah melalui bidang utama :


Bidang Komunikasi yang merangkumi mata pelajaran Bahasa dan matematik Bidang Manusia dalam alam sekeliling yang merangkumi Agama, Moral, Sains dan kemasyarakatan. Bidang Perkembangan Diri yang merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Ke Arah Merealisasikan matlamat Pendidikan Negara


Rancangan-rancangan Pendidikan : - Wawasan pendidikan - Wawasan Kementerian Pendidikan - Menggubal dan menguatkuasakan Akta Pendidikan 1995 - Menggubal dan menguatkuasakan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi 1996 - Mempercepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universiti tempatan - Menubuhkan Lembaga Akreditasi (1996) bertujuan menjamin taraf dan mutu pendidikan - Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999) untuk melaksanakan projek sekolah bestari

Mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan Pelajarannya Mempercepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa utama. - Menubuhkan sekolah bestari di kawasan bandaraya Menguatkuasa Akta Pendidikan 1996 : Pindaan tahun 2002 iaitu: - Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak - Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua prasekolah. Mata pelajaran Matematik dan Sains tahun 1 di sekolah rendah dan menengah, serta Ting. 6 bawah diajar dalam bahasa Inggeris.

You might also like