You are on page 1of 15

BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG

TEMAI HULU DAN KAMPONG THOM,


TASIK TONLE SAP DI KAMPUCHEA
SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, syukur ke atas illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan

Kerja Kursus Geografi ini. Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahamad Redzuan ingin merakamkan

ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Paloh Hinai, Tuan Haji Roslan Bin

Abdullah kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Geografi Encik Tolmizi bin Hamat

kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kajian saya ini.Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Mahamad Redzuan Bin Zainabidin

dan Meziah Bt Mad Rezali kerana telah memberi sumbangan wang ringgit serta dorongan dan

sokongan dalam menyiapkan kajian saya ini dengan sempurna.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Abdullah Shidee b Hashim,

Ariff Zulfkrie b Zulkifli dan Syed Aizat Anuar b Syed Mohd Nor atas kerjasama mereka

membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada

semua responden atas kerjasama memberi maklumat kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.
PENDAHULUAN

Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahmad Redzuan telah membuat tugasan 1 iaitu mengenai

Bentuk Muka Bumi dan Potensinya. Saya telah memilih Kampung Temai Hulu sebagai kawasan

kajian saya.Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini merupakan kawasan yang

menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan.

Kawasan bandingan saya pula ialah Kampong Thom di Tasik Tonle Sap. Saya dapati ramai di

antara penduduk di kawasan tersebut menjalankan kegiatan perikanan. Kawasan ini juga

merupakan kawasan yang membantu penduduk dalam meningkatankan ekonomi mereka.

Unuk menjalankan kajian ini saya telah membincangkan tentang tajuk yang saya pilih dengan

guru Geografi saya. Saya menjalankan kajian saya ini pada hujung minggu. Kajian ini

dijalankan selama enam bulan iaitu dari bulan Februari hingga bulan Julai. Saya menulis

laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpul secara

berkumpulan. Hasil maklumat yang saya dapat banyak memberi manfaat kapada saya.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan :

1) Mengenal pasti Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Kampung Temai Hulu dan
Kampong Thom di Kampuchea

2) Menghuraikan Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Kampung Temai
Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea

3) Menyatakan Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Kampung Temai
Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea

4) Mengenal pasti Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kampung Temai Hulu
dan Kampong Thom di Kampuchea

5) Menghuraikan Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar


Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea

6) Menghargai bentuk muka bumi dan alam sekitar Kampung Temai Hulu dan Kampong
Thom di Kampuchea
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Temai Hulu di Pekan, Pahang Darul Makmur.

Pandangan darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, klinik jalan raya dan lain-

lain lagi. Lokasinya terletak kira-kira 23 kilometer dari Bandar Pekan. Jika menaiki bas,

tambangnya sebanayk Rm2.50 dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke

lokasi.
Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan tanah beralun. Kawasan ini sesuai untuk

tanaman getah dan kelapa sawit. Penduduknya terdiri daripada kaum Melayu. Mereka bekerja

sebagai petani, peniaga, penoreh getah. Ada sebahagian daripada penduduk bekerja sebagai

kakitangan kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai.


KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya :

1) Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.

2) Soal Selidik – Seramai 20 orang respanden daripada kalangan penduduk kampung yang
terlibat dalam kegiatan yang berkaitan tenteng ekonomi.

3) Rujukan – Saya telah mengumpul maklumat tambahan dengan merujuk kepada buku teks
Tingkatan 3 dan buku rujukan di perpustakaan serta bahan di internet.
DAPATAN KAJIAN
8.1 Bentuk Muka Bumi dan Cirinya
Kampung Temai Hulu

Tanah Pamah

Tanah ini amat sesuai untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti petempatan dan pertanian.

Tanah yang subur ini digunakansebagai tanah pertanian bagi penduduk setempat.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Saliran

Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan

kerana tasik ini mempunyai sumber protein.

Tanah Pamah

Tanah yang mengelilingi tasik dijadikan kawasan petempatan.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya bersyukur kerana Negara kita mempunyai bentuk muka bumi yang seimbang.
8.2Potensi Bentuk Muka Bumi Kepada Kegiatan Manusia dan
Pembangunan Kawasan Kajian
Kampung Temai Hulu

Kawasan tanh yang rata memjadikan kos untuk membuat rumah adalah rendah . Kebanyakan

rumah terdiri dari rumah kos rendah dan mampu dimiliki. Kawasan ini juga sesuai dijadikan

tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan sosial.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Kawasan tasik sesuai dijadikan kawasan perikanan kerna terdapat banyak sumber protein.

Kawasan ini juga berpotensiuntuk dijadikan kawasn pelancongan kerana tasik yang indah dapat

menarik ramai pelancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita seharusnya melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan pelbagai sektor tanpa

mengugat keseimbangan alam sekitar untuk mewujudkan semangat cinta tanah air.
8.4 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia
Kampung Temai Hulu

Tanah pamah yang rendah ini menyukarkan para penduduk pada masa tertentu terutama pada

musim hujan. Ini kerana kawasan ini mudah berlaku banjir. Para penduduk juga sering bersaing

tanah kerana kawasannya yang agak sempit dan terhad.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Sungai di kampong ini akan menyebabkan pencemaran air kerana sungai tersebut digunakan

untuk kegunaan domestik. Selain itu, tasik akan menjadi cetek sekiranya pengguna air yang

banyak oleh penduduk

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya bersyukur dan menghargai alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi walaupun

ia menjadi penghalang kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.


8.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kampung Temai Hulu

Kesan daripada kegiatan manusia akan menyebabkan pencemaran air di sungai. Pencemaran ini

berlaku apabila para petani menggunakan racun serangga dan baja untuk meningkatan hasil

pertanian merka. Disamping itu, perubahan pandangan fizikal atau lanskap akan berlaku.

Perubahan ini bertujuan untuk menjadi Kampung Temai Hulu sebagai kampong yang maju.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Kesan daripada kegiatan manusia kawasan ini akan mengalami masalah pencemaran air mentah

yang bersih akibat daripada penggunaan domestik penduduk sekitar tasik. Selain itu, kawasan

pamah sekitar tasik akan mengalami perubahan akibat dijadikan kawasan pelancongan. Kawasan

ini akan didirikan hotel atau chalet untuk dijalankan kawasan pelancongan bagi menarik para

palancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya menghargai dan menjaga alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi supaya

bangsa dan maruah Negara dipandang tinggi oleh Negara lain.


8.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap
Alam Sekitar
Kampung Temai Hulu

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara mengadakan

Kempen Pendidikan Alam Sekitar. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada

penduduk akan kepentingan alam sekitar. Selain itu, penguatkusaan undang-undang (Akta

Kualiti Alam Sekitar 1974) perlu dilakukan. Ini perlu untuk mengawal dan melindungi alam

sekitar daripad terancam.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Antara langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhdap alam sekitar ialah

mengadakan Kempen ‘Cintai Sungai’. Kempen ini akn dapat mengelakkan daripada pencemaran

sungai. Di samping itu, perancangan dalam pembangunan tasik perlu untuk memastikan

pembangunan tidak menjejaskan alam sekitar.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya mempunyai rasa bertanggungjawab tergadap alm sekitar di sekeliling kita untuk

mengelakkan alam sekitar daripada tercemar.


BAHAN GRAFIK

Jadual 1: Jenis –jenis sektor pekerjaan mengikut jantina

Jenis Sektor Jantina

Pekerjaan Jumlah

Lelaki Perempuan

Kakitangan Kerajaan 3 2 5

Kakitangan Swasta 4 4 8

Bekerja Sendiri 12 5 17

Jumlah 19 11 30

Graf 1: Jenis –jenis sektor pekerjaan mengikut jantina


RUMUSAN
Kesimpulannya, saya berasa bangga menjadikan warganegara Malaysia kerana Negara kita

dianugerahi bentuk muka bumi yang mempunyai pelbagai sumber alam. Setelah membuat kajian

ini saya dapat merasai dan menghayati kepentingan ekonomi yang dijalankan terhadap

pembangunan Negara.Saya juga dapat mengetahui kegiatan ekonomi di kawasan setempat yang

memberi sumbangan kepada Negara. Akhir kata, saya berharap kawasan yang saya duduki akan

lebih maju dan pesat pada masa hadapan.

Penilaian Umum

Saya merasakan projek Kajian Geografi Tempatan(KGT) ini perlu dilakukan lagi pada masa

hadapan. Ini kerana pelajar akan dapat mengetahui ilmu untuk menghasilkan kajian. Selain itu

juga saya berharap agar kajian ini dijalankan awal untuk memudahkan para pelajar menjalankan

kajian.

RUJUKAN
1) Mohd Jamil bin Mohammad, 2004, Geografi Tingkatan 3, Johore Central Store Sdn. Bhd

2) Khaw Ah Seng, 2007, Success Geografi PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3) www.scribd.com

4) www.googlemaps.com

5) Ali bin Omar, Ketua Kampung Temai Hulu

You might also like