You are on page 1of 2

RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PENDIDIKAN SENI VISUAL MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TAHUN 4

Indikator prestasi dan pemarkahan Kriteria-kriteria Bil. 1. yang dinilai Penghasilan Produk Cemerlang (1 20%) karya yang dihasilkan sangat kreatif dan menarik serta menepati nilai estetik. Tahap kemasan yang tinggi. Penerapan unsur Asas Seni Reka yang sangat jelas. Baik (1 20%) Karya yang dihasilkan menarik dan menepati nilai estetik. Tahap kemasan yang baik. Penggunaan unsur Asas Seni Reka yang mantap. Sederhana (1 20%) Karya yang dihasilkan adalah sederhana dan kurang menepati nilai estetika. Tahap kemasan yang sederhana. Penggunaan elemen Asas Seni Reka yang kurang mantap. Lemah (1 20%) Karya yang dihasilkan adalah kurang memuaskan dan tidak menepati nilai estetika. Tahap kemasan yang lemah. Kurang menguasai elemen Asas Seni Reka Sangat Lemah (1 20%) Karya yang dihasilkan adalah lemah dan tidak menepati nilai estetika. Tahap kemasan yang sangat lemah. Penggunaan elemen asas seni reka yang sangat minimum.

2.

Teknik

Berkemampuan mempelbagaikan dan kecekapan mengaplikasikan teknik termasuk penggunaan perisian komputer dalam penghasilan produk.

Berkemampuan mempelbagaikan dan mengaplikasikan teknik dalam penghasilan produk.

Berkemampuan mengaplikasi beberapa teknik dalam penghasilan produk.

Kurang berkemampuan dan dapat menggunakan satu teknik sahaja dalam penghasilan produk.

Berkemampuan dan dapat menggunakan satu teknik sahaja dalam penghasilan produk yang sangat minima.

3.

Alat Dan Bahan

Kepelbagaian kecekapan penggunaan alat dan media yang sesuai untuk menghasilkan karya.

Variasi penggunaan alat dan media yang sesuai untuk menghasilkan karya.

Variasi penggunaan alat dan media/bahan untukmenghasilkan karya.

Kurang variasi penggunaan alat dan media/ bahan untuk menghasilkan karya.

Variasi penggunaan alat dan media/bahan untuk menghasilkan karya yang sangat minima.

4.

Apresiasi

Kecekapan membuat apresiasi terhadap karya menggunakan laras bahasa seni visual secara eksplisit.

Kecekapan membuat apresiasi terhadap karya menggunakan laras bahasa seni visual dengan baik.

Membuat apresiasi terhadap karya menggunakan laras bahasa seni visual secara sederhana.

Kurang menggunakan laras bahasa seni visual dalam membuat apresiasi terhadap karya.

Penggunaan laras bahasa seni visual yang sangat minima dalam membuat apresiasi terhadap karya.

5.

Sikap Dan Sahsiah

Komitmen dan kolaboratif yang sangat tinggi terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Komitmen dan kolaboratif yang baik terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Ada komitmen dan kolaboratif terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Kurang komitmen dan kolaboratif.

Komitmen dan kolaboratif yang sangat minimum.

You might also like