You are on page 1of 6

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukan bagi tujuan berikut:1.

Memohon persetujuan daripada pihak penaja bagi mendapatkan tajaan aktiviti yang dijalankan. 2. Mempromosikan nama penaja dalam pertandingan yang akan diadakan.

LATAR BELAKANG Bidang Muzik adalah merupakan salah satu aktiviti yang di minati oleh golongan belia pada era ini dan kebanyakan daripada mereka pula menjadikan hobi untuk mereka mengisi masa terluang mereka. Yang agak membimbangkan adalah kebanyakan muzik yang mereka mainkan membawa kepada kelalaian kepada islam.Program ini secara tidak lansung mensasarkan golongan belia untuk menerapkan nilai-nilai islam dan dakwah di dalam muzik yang mereka mainkan. Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di bawah Majlis Penbandaran Klang Merupakan satu platform untuk tujuan menyusun dan melaksanakan program yang sihat untuk belia khususnya. Pendekatan ini di lakukan bagi memudahkan penerimaan mereka terhadap islam serta merapatkan silaturrahim.Diharap aktiviti yang dicadangkan dapat menambat hati golongan muda yang berada di kawasan persekitaran.

PANEL JEMPUTAN 1. Man Kidal (Gitaris) 2. Ali XPDC (Pengacara/Penyanyi) 3. Dak Mie Barongan (Penyanyi/Komposer)

ARTIS JEMPUTAN 1. Al Farabi Band

OBJEKTIF 1. Memberi peluang dan ruang kepada golongan belia mempamerkan bakat mereka dalam penciptaan lagu disamping menguji kemahiran mereka mengendalikan peralatan muzik. 2. Mengeratkan hubungan sesama belia dengan menerapkan nilai-nilai dakwah dan menyampaikan mesej Islamik dalam muzik yang dimainkan disamping menyediakan platform untuk menjadi pemuzik professional. 3. Membantu belia mengembangkan minat dalam bidang muzik selain dapat menyelami kehendak dan keinginan mereka dengan menyediakan program yang bersesuaian dengan kecenderungan mereka.

PENGANJUR 1. Penggerak Belia Tempatan (PeBT) 2. Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu dan Belia dan Sukan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Pakaian sopan dan menutup aurat.

2. Lagu-lagu berunsur nasihat dan ketuhanan.

3. Setiap kumpulan tidak melebihi daripada 5 orang.

4. Setiap persembahan yang dibuat hendaklah tidak melebihi masa 15 minit.

5. Genre Alternatif / Rock / Nasyid / Instrumental.

6. Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan adalah muktamad.

7. Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan muzik (music arrangement) pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.

8. Sebarang kemalangan dan/atau kecederaan ke atas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.

9. Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta.

10. Sebarang pertanyaan atau maklumat sila berhubung dengan Setiausaha kami En. Adnan Bin Zainodin (010-4224704) atau En. Hairul Azmil Bin Mohd Hanafi (019-6348689)

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan seperti yang disediakan dan terima kasih kepada pihakpihak yang bersama menjayakannya. Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh . ADNAN BIN ZAINODIN (Setiausaha program)

Disahkan oleh MOHD ZAINURI BIN AHMAD (Pengarah program) Pengerusi PeBT N42(B)

TENTATIF PROGRAM Pertandingan antara band muzik juga disediakan Karnival pameran dan jualan-jualan.

8.30 pagi 9.30 pagi 1.00 petang 2.00 petang 4.30 petang 5.30 petang 7.00 malam 8.30 malam

: : : : : : : :

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pertandingan Bermula Rehat / Makan Tengahari / Solat Zuhur Pertandigan Bersambung Semula Rehat / Minum Petang / Solat Asar Petandingan Bersambung Semula Rehat / Makan Malam / Solat Maghrib Persembahan Artis Jemputan Pengumuman Pemenang

10.00 malam

Bersurai

POSTER

You might also like