You are on page 1of 22

ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATAN

LEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN


(PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN)

Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian


/ Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan kerja-
kerja Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan supaya
dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi piawaian
yang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di Kawasan
yang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara.

Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawal


keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi
menjalankan tugas berkaitan kawalan keselamatan untuk
memantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuan
dalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dan
tanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta benda
dan nyawa di tempat bertugas.

1) PENGAWAL KESELAMATAN.
a) Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas,
tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan di
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masuk
dan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk orang dan
barangan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Kawasan yang
bersesuaian untuk membuat tinjauan kepada Pergerakan keluar
dan masuk orang di Bagunan LPKtn dan lokasi tersebut tidak
menyukarkan pengawal menyalurkan maklumat berkaitan
Keselamatan kepada rakan setugas khususnya didalam suasana
kecemasan seperti kebakaran dan ancaman.
d) Pengawal Keselamatan mestilah bersedia dengan tugas dan
sentiasa menunjukan diri mereka sentiasa bersedia dan bertugas
kepada pengguna di Bangunan Lembaga Pelabuhan
e) Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yang
menimbulkan ancaman dan menilai maklumat yang diperolehi
dengan mengambil tindakan yang perlu dan terbatas kepada
maklumat maklumat tersebut.
f) Sistem perhubungan pengawal keselamatan hendaklah selalu
berfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan.
g) Segala bentuk perhubungan berkaitan kawalan keselamatan
hendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan keselamatan.
h) Buku Pergerakan keselamatan hendaklah di tulis dengan kemas
dan sempurna bagi memudahkan Pegawai Keselamatan Lembaga
Pelabuhan Kuantan, Polis dan Agensi Penguatkuasaan yang lain
memantau pergerakan keselamatan yang telah dilakukan di
Bangunan dan persekitaran bangunan Lembaga Pelabuhan
Kuantan.
i) Kawasan Post Kawalan / Kaunter pertanyaan hendaklah dilindungi
daripada orang-orang yang tiada kaitan dengan Kawalan
Keselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai Kawasan
Larangan Keselamatan oleh Pengawal keselamatan.
j) Meja Pertanyaan hendaklah mempamirkan Nombor-nombor
telefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dan
sebagainya.

2) Penyelia Pengawal Keselamatan.


a) Penyelia pengawal keselamatan hendaklah disediakan bagi
melakukan Penyeliaan Pengawal keselamatan yang ditugaskan.
b) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau penugasan
Pengawal Keselamatan dan memberi pendidikan kepada
Pengawal Keselamatan
c) Penyelia Pengawal keselamatan adalah bertanggungjawab
kepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan anggota,
tempat bertugas, arahan penugasan, peralatan keselamatan,
buku-buku rekod keselamatan dan Pengawal Keselamatan
dibawah seliaannya .
d) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa setiap
pergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yang
di buat secara harian .
e) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu-waktu kecemasan atau
adanya kejadian yang melibatkan ancaman keselamatan untuk
membantu Pengawal Keselamatan bertugas.
f) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah menyediakan
ringkasan laporan harian kawalan keselamatan kepada Pegawai
Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. (Format Laporan
seperti yang disediakan di Lampiran 1)

3) Rondaan.
a) Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sekali.
b) Setiap rondaan hendaklah dicatatkan dalam buku pergerakan
Pengawal dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaan
tersebut.
c) Rondaan hendaklah meliputi keseluruhan kawasan yang berisiko
kepada ancaman kepada kecurian, pencerobohan, kebakaran dan
sabotaj.
d) Pengawal ronda hendaklah peka kepada persitaran semasa
melakukan rondaan dan hendaklah melaporkan kepada rakan
sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan atau mensyaki
perubahan kepada bahagian atau tempat rondaan dilakukan.
e) Pengawal ronda hendaklah memastikan pintu, lampu dan
peralatan didalam kawasan bagunan dan kawasan luaran
bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan tertutup.
f) Pengawal ronda hendaklah disediakan dengan kelengkapan
mempertahankan diri, lampu suluh (waktu rondaan malam) dan
set perhubungan.
g) Pegawal ronda hendaklah memastikan segala peraturan yang
perlu dipatuhi oleh orang ramai didalam kawasan Lembaga
dipatuhi dan pengawal ronda hendaklah membuat teguran
kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi peraturan yang
telah dikeluarkan atau mengambil tindakan yang sewajarnya
kepada kesalahan yang ditemui.
h) Pengawal ronda hendaklah sentiasa bersedia dan boleh
mengecam mana-mana kesalahan yang mungkin akan dilakukan
oleh mana-mana orang didalam kawasan rondaannya dan bersiap
sedia membuat teguran atau mengambil tindakan yang
sewajarnya.

4) Kawalan Keselamatan Had Sempadan


a) Pemantauan hendaklah dilakukan oleh Pengawal Keselamatan
merangkumi kawasan yang ada dibawah had sempadan Lembaga
Pelabuhan Kuantan dengan mengambil kira pintu masuk dan
keluar ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan dan pintu masuk
dan keluar bangunan lembaga pelabuhan kuantan.
b) Kawalan keselamatan hendaklah merangkumi pengawasan
kawasan Lembaga dan bangunannya dari sebarang ancaman
kecurian, pelanggaran peraturan didalam kawasan, salah laku,
kemalangan dan kawalan kegemparan atau rusuhan.
c) Kawalan Keselamatan juga hendaklah merangkumi kawalan
keselamatan kepada kawasan-kawasan sensitif didalam had
kawalan keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan termasuklah
kawalan kepada bilik generator elektrik, bilik pam, kenderaan
jabatan, penebat arus elektrik, besi penutup longkang dan
sebagainya.

5) Tempat Meletak Kenderaan


a) Lembaga Pelabuhan Kuantan telah menyediakan 3 zon meletak
kenderaan didalam kawasan Lembaga iaitu:
i) Zon Kenderaan Jabatan / Ketua Jabatan (Berbumbung)
ii) Zon meletak kenderaan di sekeliling bangunan ( Kakitangan
LPKtn)
iii) Zon meletak kenderaan umum ( Pengguna Bangunan yang
bukak kakitangan LPKtn)
b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan segala kemudahan
ini digunakan sepenuhnya oleh semua kakitangan / pengguna
bangunan perdagangan dengan sebaiknya.
c) Larangan dan papantanda telah disediakan bagi maksud kawalan
meletak kenderaan dan hendaklah di kuatkuasakan oleh
Pengawal Keselamatan yang bertugas.
d) Rondaan hendaklah selalu dilakukan kekawasan ini bagi
memastikan tiada pengguna menyalahgunakan kemudahan ini
atau menghindar dari sebrang kecurian terhadap kenderaan
pengguna.
e) Kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan
haruslah dikawal dan dipantau oleh pengawal keselamatan.
f) Tindakan mengunci tayar boleh diambil kepada pengguna yang
engkar dan meletakan kenderaan bukan ditempat yang dikhaskan
untuk meletak kenderaan.
g) 3 unit alat pengunci tayar disediakan dan tindakan mengunci
tayar kepada pengguna yang engkar meletak kenderaan
dkawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan boleh di
ambil selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan dan
dipamirkan di papantanda di sekitar kawasan bangunan Lembaga
Pelabuhan Kuantan.
h) Pengawal keselamatan yang melakukan rondaan hendaklah
sentiasa melakukan pengecaman kepada kenderaan yang keluar
masuk ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
i) Pengawal keselamatan yang membuat rondaan hendaklah
memeriksa mana-mana motosikal yang tidak berkunci dan
bertindak mengunci kenderaan tersebut.
j) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan kawasan parking
diterangi dengan lampu yang mencukupi bagi membuat
pengecaman kepada kenderaan yang ditinggalkan. Sekiranya
lampu tidak berfungsi laporkan kepada penyelia pengawal
keselamatan untuk tindakan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
k) Sekiranya satu-satu kawasan yang dirasakan oleh pengawal
keselamatan tidak sesuia untuk diletakkan kenderaan Kun boleh
digunakan untuk menghalang kenderaan dari meletak kenderaan
dikawasan tersebut. Kun boleh dimohon daripada Lembaga
Pelabuhan Kuantan.

6) KAWALAN / PEMANTAUAN CLOSED CIRCUIT TELEVISION


(CCTV)
a) Lembaga Pelabuhan Kuantan di lengkapi dengan pemasangan
CCTV dengan penempatan kamera sebanyak 18 unit diletakkan
ditempat yang strategic bagi memantau Keselamatan di
Bangunan Pelabuhan dan luaran Bangunan.
b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan bagi memantau
perkembangan Keselamatan melalui CCTV sepanjang masa.
c) Sekiranya Pengawal Keselamatan mengsyaki berlaku perkara
yang mengancam Keselamatan segeralah menghubungi
Pengawal Keselamatan ronda untuk membuat Pemeriksaan dan
membuat pengesahan kejadian di tempat kejadian dan
mengambil tindakan segera melaporkan kepada Penyelia dan
Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
d) Sekiranya berlaku kerosakan kepada mana-mana kamera
Pengawal Keselamatan hendaklah membuat Pemeriksaan dimana
lokasi kamera yang mengalami kerosakan dan hendaklah
melaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan Lembaga
Pelabuhan Kuantan.
e) Setiap kejadian yang dipantau atau kejadian kerosakan Kamera
CCTV pengawal Keselamatan yang mengawal Monitor CCTV
hendaklah merekod kejadian tersebut didalam buku laporan
Pemeriksaan Keselamatan.

7) PEMANTAUAN LAMPU-LAMPU
a) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu dikawasan
laluan hendaklah sentiasa dinyalakan pada waktu malam.
b) Lampu bagi Kawasan yang menempatkan Kamera CCTV
hendaklah di nyalakan kecuali kamera CCTV didalam Pejabat.
c) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu didalam
pejabat dimatikan selepas waktu pejabat bagi pejabat di Tingkat
5 , 6 dan 7.
d) Lampu dikawasan tempat letak kereta hendaklah dinyalakan
diwaktu malam bagi mengawasi kenderaan yang ada di Kawasan
letak kereta.
e) Pengawal Keselamatan hendaklah menguji keberkesanan lampu
kecemasan samada boleh digunakan atau tidak dalam tempoh
sekali sebulan dan ujian tersebut hendaklah dicatat didalam buku
laporan pengawal.
f) Sekiranya bekalan elektrik terputus pengawal Keselamatan
hendaklah memastikan Backup generator berfungsi dan kejadian
keputusan bekalan elektrik hendaklah dicatatkan didalam buku
laporan Keselamatan.
g) Setiap kejadian terputus bekalan elektrik dan kegagalan Backup
generator berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Penyelia dan
Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

8) PEMANTAUAN PAGAR KESELAMATAN.


a) Pagar keselamatan disediakan disekeliling Bangunan
Perdagangan samada dari jenis Chainlink, tembok dan landskap
tumbuhan jenis pokok pagar.
b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan pagar-pagar
tersebut tidak dicerobohi oleh sebarang penceroboh melalui
pagar yang disediakan.

9) KESELAMATAN PINTU MASUK. (KAWALAN KELUAR MASUK


BARANG DARI BANGUNAN)
a) Prosedur kawalan dan pemeriksaan kemasukan / keluarkan
barangan dari bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan hendaklah
dilaksanakan.
b) Kawasan pintu utama tidak dibenarkan bagi laluan atau parking
menurunkan barangan besar. Permohonan memunggah barangan
besar hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Keselamatan
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Kawasan Khas disediakan bagi laluan pengeluaran barangan
besar yang adalah melalui pintu Kecemasan di bahagian belakang
dan hanya dibenarkan kepada Orang-orang yang mendapat
kebenaran dari pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan menggunakan
laluan tersebut.
d) Barangan yang dibawa bimbit dengan tangan boleh di benarkan
kecuali Pengawal Keselamatan mengsyaki bahawa Barangan
tersebut adalah Barangan salah yang dibawa masuk dan keluar
dari Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
e) Pegawal keselamatan hendaklah mencatat segala pergerakan
barang keluar dan masuk yang dicurigai kedalam buku rekod
keselamatan berkaitan pemeriksaan barang dangan mencatat
nombor KP pengeluar, nombor kenderaan dan jenis kenderaan
yang menganggkut atau memunggah Barangan tersebut.
f) Pengawal Keselamatan hendaklah sentiasa memerhatikan dengan
cermat dan teliti Semua urusan pemunggahan Barangan.
g) Penyelia Pengawal keselamatan hendaklah menyediakan latihan
kepada Pengawal Keselamatan kaedah-kaedah untuk membuat
pemeriksaan Barangan keluar masuk dari Bangunan Lembaga
Pelabuhan Kuantan.

10)KAWALAN PINTU MASUK.


a) Kawalan keluar / masuk ke Bangunan Lembaga Pelabuhan
Kuantan melalui pintu utama adalah melalui pengenalan Pas
Keselamatan Bangunan yang telah dikeluarkan.
b) Semua Penghuni di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan
dibekalkan dengan Pas Keselamatan Bangunan bergambar yang
sah laku tempoh selama 2 tahun dan ditandatangani oleh
Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Kakitangan Lembaga juga dibekalkan dengan Pas Kakitangan
Lembaga Pelabuhan Kuantan bergambar yang mempunyai tarikh
tempoh laku selama 2 tahun.
d) Pengawal Keselamatan yang mengawal pintu masuk hendaklah
memeriksa setiap masa pergerakan keluar masuk ke bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah orang yang sah dibenarkan
masuk ke bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
e) Pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat untuk
memasuki bangunan Lembaga pelabuhan Kuantan.
f) Catatan hendaklah dibuat didalam buku pelawat setiap
pengeluaran Pas Pelawat kepada pelawat dengan mencatat butir-
butir peribadi pelawat spt Nama, no kad pengenalan dan alamat
pelawat yang hadir serta tujuan Lawatan pelawat.

11) KAWALAN LALUAN MASUK / LALUAN KELUAR.


a) Laluan masuk /keluar di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan
hanya terletak di tingkat bawah Bangunan Lembaga Pelabuhan
Kuantan. Ianya terdiri dari:
i) Laluan utama.
ii) 4 Pintu kecemasan yang terletak disusur tangga kecemasan
Bangunan.
b) Dalam waktu biasa laluan yang dibenarkan hanyalah di pintu
utama lobi Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Pintu kecemasan di kedua-dua bahagian susur tangga hendaklah
sentiasa berkunci.
d) Pintu kecemasan boleh dibuka hanya sekiranya terdapat
permintaan dan kebenaran dari Pegawai Keselamatan Lembaga
Pelabuhan Kuantan. bertulis untuk menghantar dan
mengeluarkan barangan yang berkuantiti banyak dan besar
sahaja.
e) Pintu kecemasan hendaklah dibuka apabila berlaku berlaku
kecemasan di Bangunan. Pengawal Keselamatan hendaklah
bersiap sedia menghadapi suasa kecemasan ini.
f) Kawalan laluan masuk dan keluar adalah dengan melakukan
pemerhatian dan pengesanan sistem pas Keselamatan sementara
barangan adalah melalui Pemeriksaan fizikal barangan yang
dibawa masuk dan keluar.
g) Pemantauan laluan masuk adalah dipantau oleh rakaman CCTV di
semua laluan masuk di tingkat lobby, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 di
kedua-dua bahagian pintu masuk dan pintu masuk kecemasan.
h) Pengawal Keselamatan hendaklah memantau Pergerakan laluan
keluar / masuk yang dirakam melalui CCTV.
i) Sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang disyaki pengawal
Keselamatan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.
j) Semua laluan masuk / keluar di Bangunan Pelabuhan Kuantan
mempunyai pintu.
k) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan Pintu kecemasan /
rintangan api hendaklah sentiasa bertutup.
l) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan Pintu-pintu
pejabat hendaklah bertutup dan berkunci selepas waktu pejabat.
Sekiranya pintu pejabat tidak bertutup dan berkunci pengawal
Keselamatan hendaklah menasihatkan mana-mana pemilik
pejabat di Bangunan supaya menutup dan mengunci pejabat.
m) Pengawal Keselamatan hendaklah memsatikan pejabat di tingkat
5, 6 dan 7 berkunci selepas waktu pejabat dengan memastikan
semua pekerja telah meninggalkan pejabat.

12) KAWALAN KESELAMATAN DALAMAN (KAD PENGENALAN


PEKERJA / PELAWAT)
a) Pas Pekerja bergambar yang disediakan kepada kakitangan dan
Pas Keselamatan Bangunan yang disediakan kepada penghuni
lain bangunan lembaga pelabuhan kuantan hendaklah dipamirkan
setiap masa semasa berada didalam bangunan lembaga
pelabuhan kuantan.
b) Buku Kawalan masuk / keluar pelawat hendaklah disediakan dan
digunakan untuk mengawal kemasukan pelawat di Bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Pelawat hendaklah mengemukakan bukti pengenalan diri seperti
kad pengenalan awam atau lessen memandu atau passport untuk
mendapatkan pas pelawat memasuki Bangunan. Semua butir-
butir maklumat pelawat hendaklah dicatat didalam buku pelawat.
d) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan pelawat yang
memohon pas pelawat adalah orang yang sama dengan
pengenalan yang diberikan dengan membandingkan gambar
yang tertera di dokumen yang diserahkan.
e) Sekiranya pelawat tidak mempunyai sebarang identity
pengenalan diri untuk disahkan, dapat kan dan orang yang ingin
ditemui untuk mengesahkan identity pelawat dan catatkan
didalam buku pelawat butir-butir pelawat dan orang yang
mengesahkan identity pelawat.

13)KAWALAN KAWASAN UTILITI


a) Pengawal Keselamatan hendaklah mengawal dan membuat
Rondaan di Kawasan utility dari dicerobohi untuk tujuan jenayah.
b) Kawasan utility adalah seperti:-
i) Kawasan bekalan air / tangki air di Bangunan Lembaga
Pelabuhan Kuantan di tingkat bumbung.
ii) Bilik Generator di tingkat bawah.
iii) Bilik pam di tingkat bawah
iv) Bilik penghawa dingin berpusat di tingkat loby dan Mazzenine
v) Bilik fail di tingkat 6
vi) Surau di tingkat 6 dan bangunan surau awam
vii)Semua tandas di semua tingkat bangunan.
c) Sekiranya pengawal keselamatan mendapati kawasan tersebut
disyaki diceroboh laporkan kepada penyelia dan ambil tindakan
awal yang sepatutnya.
14)PELAN KECEMASAN BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN
KUANTAN.
a) Pengawal Keselamatan akan didedahkan dengan Pelan
kecemasan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bertujuan
untuk menilai, mengemaskini dan memahir pelaksanaan Pelan
Kecemasan Bangunan dan Tatacara Pelaksanaan semasa
kecemasan berkaitan sebarang ancaman.
b) Pengawal Keselamatan akan dibekalkan nombor perhubungan
agensi penguatkuasaan tempatan seperti POLIS, Bomba, HAZMAT
Teams, Pasukan kecemasan Lembaga Pelabuhan Kuantan,
pasukan kecemasan Kuantan Port Consortium dan lain-lain untuk
dihubungi semasa kecemasan.
c) Latihan panggilan kecemasan akan dilakukan setiap tahun
dengan melibatkan Pengawal Keselamatan Bangunan Lembaga
Pelabuhan Kuantan.

15) KAWALAN KUNCI-KUNCI BANGUNAN


a) Kunci-kunci Bangunan dipertanggungjawabkan kepada Pengawal
Keselamatan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
b) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjaga
kunci-kunci dengan selamat dan tidak disalahgunakan.
c) Pengawal Keselamatan hendaklah amanah memegang kunci yang
dipertanggungjawabkan.
d) Sebarangkehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Pegawai
Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk tindakan
selanjutnya.
e) Setiap kehilangan kunci pejabat akan dibuat laporan ke Balai Polis
Beserah untuk tindakan.
f) Pergerakan kunci mestilah dicatat didalam buku Pergerakan kunci
oleh Pengawal Keselamatan dengan mengambil butir-butir
peribadi pengambil kunci dan mengesahkan bahawa pemohon
adalah orang yang dibenarkan mengambil kunci pejabat.
g) Sesalinan surat kebenaran Pegawai yang layak mengambil kunci
pejabat akan diedarkan kepada Pengawal Keselamatan untuk
tujuan pengesahan.
h) Setiap Pengawal Keselamatan yang menyalah gunakan kunci bagi
tujuan melakukan salah laku akan di serahkan kepada pihak
berkuasa untuk tindakan dan siasatan.

16)TINDAKAN KECEMASAN SEMASA KEBAKARAN /


MENYELAMATKAN NYAWA.
a) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjadi
orang pertama dalam tindakan kecemasan semasa kebakaran /
menyelamatkan nyawa.
b) Pengawal Keselamatan hendaklah mengambil tindakan-tindakan
yang perlu untuk tindakan semasa kebakaran / menyelamatkan
nyawa:
i) Bunyikan loceng kecemasan dengan memecahkan kotak
alarm.
ii) Buka semua pintu kecemasan di tingkat lobi.
iii) Hubungi Bomba , Polis pelabuhan, Pegawai keselamatan
Lembaga Pelabuhan Kuantan, Penyelia
iv) Kawal laluan kecemasan dan tenangkan penghuni supaya
tidak panik.
v) Kumpulkan semua Penghuni bangunan lembaga pelabuhan
kuantan di kawasan berkumpul.
vi) Kawal laluan dan kenderaan.
vii)Serahkan buku pelawat kepada pegawai keselamatan lembaga
pelabuhan kuantan
viii)Pastikan tiada mangsa yang terperangkap.
17)LAIN-LAIN PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI PELABUHAN
KUANTAN.
a) Name, Contacts and Working Hours of Other Law Enforcement in
the Facility (SEPERTI DI LAMPIRAN C)
SENARAI NO PERHUBUNGAN SEMASA KECEMASAN
AGENSI
BIL JENIS KECEMASAN NO HANDPHONE
NAMA PEGAWAI
1. 999
09 5837977
BOMBA 1
(GEBENG)
09 5135544 (I/PEJ)
2. BALAI BESERAH 1 2 3 5 09 5442222
3. IPD KUANTAN 1 2 3 5 09 5132222
4. IPK PAHANG 1 2 3 5 09 5902222
5. BOMBA PELABUHAN 1 2 3 09 5833282
6. POLIS PELABUHAN 1 2 3 5 09 5833205
7. PENGURUS BESAR 1 2 3 019 9878626
8. PENGURUS OPERASI 1 2 3 019 9161327
9. PENGURUS KEWANGAN 1 019 9878860
10. PENGURUS KOPERAT 1 019 9878914
11. PEN. PENGURUS OPERASI (BOMBA) 1 019 9539466
12. PEN. PENGURUS OPERASI (MARIN) 1 019 9401351
13. PEN PENGURUS OPERASI (TEKNIKAL) 1 4 7 019 9152219
14. PEN PENGURUS IT 1 6 019 9163164
15. PEG KES PEL KUANTAN 1 2 3 4 5 6 7 019 9047100
16. PEN. PEGAWAI SAINS 1 012 9613087
17. PEMBANTU TEKNIK 1 4 7 012 9080090
18. JURUTEKNIK 1 4 7 019 9380278
19. PEN. PEGAWAI IT 1 6 019 2270708
20. CHARGEMAN 1 4 7 013 9323343
21. PEMBANTU TADBIR KANAN OPERASI 1 013 9237011
22. PEMBANTU TADBIR KANAN KOPERAT 1 019 9893104
23. PEMBANTU TADBIR OPERASI 1 1 019 9511400
24. PEMBANTU TADBIR OPERASI 11 1 012 9486119
25. PEMBANTU TADBIR TEKNIKAL 1 013 9109139
26. PEMBANTU TADBIR PENTADBIRAN 1 019 9155266
27. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN 1 013 9819770
28. 1 019 9845464
OPERATOR TELEFON 2 3 4
09 5835160
SENARAI KECEMASAN MENGIKUT KOD WARNA
1. KEBAKARAN / TUMPAHAN KIMIA
2. KECURIAN / ROMPAKAN /KEMATIAN / ANCAMAN BOM
PENCEROBOHAN / LOCENG KECEMASAN BANK /
3.
LEMBAGA BERBUNYI
TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK / HAWADINGIN /
4.
LITARPINTAS
5. KEMASUKAN BARANG YANG DICURIGAI
6. CCTV TIDAK BERFUNGSI
7. LAMPU TIDAK BERFUNGSI
BORANG A
BORANG LAPORAN HARIAN KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TARIKH MASA MAKLUMAT PENUGASAN PENGAWAL
NAMA PENGAWAL
SHIFT 1 SHIFT 2 SHIFT 3
PENGAWAL RONDA 1. 1. 1.
PENGAWAL KAUNTER
2. 2. 2.
PERTANYAAN
JENIS PEMERIKSAAN LAPORAN SITUASI
1. PEMERIKSAAN PARKING / KENDERAAN
2. PEMERIKSAAN PELAWAT / ORANG
3. PEMERIKSAAN BARANG
4. PEMERIKSAAN PEJABAT TING 5, 6 DAN
7
5. PEMERIKSAAN LAMPU
6. PEMERIKSAAN KUNCI PEJABAT TING 5,
6 DAN 7
7. PEMERIKSAAN PINTU KECEMASAN
8. KEKERAPAN RONDAAN/PEMERIKSAAN
CCTV
9. PENGELUARAN KUNCI PEJABAT
10. LAWATAN VIP (KAWALAN VIP)
11. PEMERIKSAAN YG DISYAKI
12. LAWATAN PELAWAT TING 5, 6 DAN 7
13. PEMERIKSAAN PENYELIA
14. PEMERIKSAAN PEGAWAI
KESELAMATAN LPKTN
15. PEMERIKSAAN POLIS, BOMBA DLL
16.
17.
PERISTIWA KEJADIAN TINDAKAN ULASAN PENYELIA
1. KEROSAKAN CCTV/ KEHILANGAN
KUNCI/ BLACKOUT/ KEMALANGAN/
KEBAKARAN/ KECURIAN/ KEROSAKAN
HARTA / PENCEROBOHAN/ MEMBAWA
BARANGAN LARANGAN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT
KETERANGAN LENGKAP)
2. PELANGGARAN PERATURAN
( PARKING / MASUK TANPA PAS /
MEROKOK DLM BGN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT
KETERANGAN LENGKAP)
BORANG B
LAPORAN PERISTIWA (KEJADIAN) KAWALAN KESELAMATAN
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TARIKH MASA

NAMA PENGAWAL
KEROSAKA KEHILANG BLACKOU KEMALANG KEBAKARA
N CCTV AN KUNCI T AN N
KEROSAKA PENCEROBOHA MEMBAWA BRG
KECURIAN
PERISTIWA N HARTA N LARANGAN
PELANGGARAN PERATURAN (PARKING / MASUK TANPA PAS
/ MEROKOK DLM BGN DAN LAIN-LAIN (NYATAKAN)
JENIS KEJADIAN
TARIKH KEJADIAN
TEMPOH MASA DARI JAM
KEJADIAN HINGGA JAM
TEMPAT KEJADIAN
PERKARA KEJADIAN

KETERANGAN
KEJADIAN

TINDAKAN SEGERA
TERHADAP
KEJADIAN

SIASATAN KEJADIAN

TINDAKAN PEJABAT
TINDAKAN SEC SEF KEJ IT KOP ADM OP/K KEW
SUSULAN UNIT

ULASAN
ETIKA KERJA
PEGAWAI / PENGAWAL KESELAMATAN
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN.

PEGAWAI DAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG


DITUGASKAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN
KUANTAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYANYA
MESTILAH:

MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGAS DAN


TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN DAN
KEHARMONIAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN
KUANTAN
MENDAHULUKAN SOAL KESELAMATAN HARTA BENDA DAN
NYAWA DARI KEPENTINGAN PERIBADI.

BERBUDI BAHASA SEMASA BERURUSAN DENGAN ORANG


RAMAI

PEKA KEPADA ANCAMAN YANG ADA DISEKELILING ANDA

TELITI DAN DEDIKASI DALAM MENJALANKAN TUGAS

SENTIASA KELIHATAN BERSIH, KEMAS DAN RAPI

BERDISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS

PATUH KEPADA ARAHAN PEGAWAI ATASAN

ARAHAN

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
PENUTUP

Saya dan seluruh kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan


mengharapkan dengan adanya arahan tetap ini akan dapat
memberi banyak manafaat kepada sistem kawalan
keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Arahan ini juga akan dapat digunakan oleh semua


kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi menjamin
keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan
amnya dan khususnya di Pelabuhan Kuantan sendiri bagi
menjamin keharmonian dan keselesaan berkerja yang
berpanjangan.

DATO’ KHAIRUL ANUAR BIN ABD.RAHMAN


Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Kuantan
PELABUHAN KUANTAN
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KANAN


LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
1998-2007

You might also like