You are on page 1of 4

UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 5

Arahan Am :
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawpan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya
ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5


Baca ucapan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Hajah Bibi Maria
Hussain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (SATU), guru-guru dan rakan
sekalian. Selamat pagi diucapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang
untuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang mulia ini. Saya bagi pihak murid-murid
sekolah ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Sempena dengan hari yang mulia ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Kami amat menghargai jasa yang telah
dicurahkan oleh guru sekalian. Para gurulah yang telah mencelikkan kami daripada dunia
kejahilan. Guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan kepada kami malah telah membentuk
peribadi kami supaya menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Bimbingan yang
diberikan sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Berbekalkan didikan dan ilmu yang diberikan oleh guru itulah kami akan menempuh
liku-liku hidup pada masa depan. Kami tahu bahawa tidak mungkin semua harapan yang
disandangkan pada bahu kami akan menjadi realiti, namun kami berjanji akan berusaha
sedaya upaya. Ini untuk diri kami sendiri, sekolah, masyarakat dan juga negara yang
tercinta.

Hadirin sekalian
Kami percaya guru-guru menghadapi pelbagai kesusahan atau kesulitan semasa mengajar
dan mendidik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Maklum sahajalah ada antara kami
yang degil, nakal , malas dan bersikap tidak menghormati guru. Namun begitu, guru terus
mendidik kami dengan penuh kesabaran.

Oleh itu, pada hari yang mulia ini kami memohon kemaafan daripada guru-guru. Kami
akan cuba belajar lebih tekun dan mematuhi nasihat guru.

Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih dan “Selamat Hari Guru”.
Sekian.
(1)
1. Siapakah yang menyampaikan ucapan di atas?
A. Guru Besar
B. Guru Disiplin
C. Pengawas sekolah
D. Ketua Pengawas

2. Sempena hari apakah pihak sekolah mengadakan majlis tersebut?


A. Hari Kebangsaan
B. Hari Guru
C. Hari Penyampaian Hadiah
D. Ulang Tahun Penubuhan Sekolah

3. Mengapakah penyampai ucapan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru?


A. Kerana mengadakan majlis itu
B. Kerana dia diberi peluang untuk berucap
C. Kerana jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini
D. Kerana para guru memaafkan kesalahan mereka yang lalu

4. Apakah janji murid-murid kepada para guru?


A. Belajar dengan bersungguh-sungguh
B. Menyempurnakan harapan para guru]
C. Mendengar segala nasihat guru
D. Tidak bersikap degil, nakal dan malas lagi

5. Pada pendapat kamu, di manakah majlis tersebut diadakan?


A. Dewan sekolah
B. Perpustakaan sekolah
C. Dewan orang ramai
D. Bilik darjah

(2)
Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lahirku dia atas sebatang pokok,


bukan di rumah bukan di pondok,
badanku hijau sungguh elok,
tua nanti akan dijolok.

Andainya aku gugur ke tanah,


badan tak pecah atau punah,
datanglah orang tanpa berlengah,
aku dipungut naik ke rumah.

Tiba waktunya aku dikupas,


parang menakik tanpa belas,
kulit dan sabut tidak terlepas,
tempurung dibersihkan sepuas-puas.

Badan yang lemah terus dibelah,


air di dalam lalu disimbah,
isiku putih nampak menyerlah,
aku dikukur kedua-dua belah.

Letakkan bekas di bawah kukuran,


gaulkan air menjadi sebatian,
perah adunan keluarlah santan,
buang hampasnya jangan disimpan.

Kuah dijerang di atas tungku,


santan dicurah masuk ke situ,
untukmu manusia inilah jaaku,
melazatkan kari sepanjang waktu.

(3)
6. Di manakah tempat asal buah yang dimaksudkan?
A> Di dalam sebuah rumah
B> Di dalam sebuah pondok
C> Di atas sebatang pokok
D> Di atas tanah

2. Apakah yang menyebabkan buah yang dimaksudkan dalam puisi tidak akan pecah apabila
gugur ke tanah?
A. Sabut dan kulit
B. Isi tebal
C. Tempurung
D. Warna hijau

3. Apakah tujuan kita memerah adunan air dan isi buah kelapa yang dikukur?
A. Untuk melazatkan makanan
B. Untuk mengasingkan isi dan hampas
C. Untuk mengeluarkan santan
D. Untuk mendapatkan hampas

4. Mengikut petikan, apakah jenis alat yang digunakan oleh manusia untuk mengasingkan i

You might also like