You are on page 1of 37

Pantun Empat Kerat (Agama)

Kemuning daunnya lampai, Tumbuh di pusara paduka tuan; Di atas dunia kau tak sampai, Di dalam syurga bernantian.

Setiap perbuatan yang dilakukan di muka bumi ini mempunyai balasan daripada Allah sama ada balasan baik mahupun buruk.

Halia ini tanam-tanaman, Di barat saja akan tumbuhnya; Dunia ini pinjam -pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya.

Dunia ini merupakan tempat persinggahan bagi manusia tetapi akhirat merupakan tempat yang kekal abadi.

Teritip di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagikan berdosa, Bertambah pula kita yang jahil.

Setiap orang yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Asam kandis asam gelugur,

Ketiga asam si riang -riang; Menangis mayat di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang.

Perkara yang telah berlaku tidak perlu dikenang kerana sudah terlambat dan tiada guna untuk disesali.

Buat serunai batang padi, Bunyi lagu seri pualam; Serban bukan semuanya haji, Haji terletak pada amalan.

Pakaian bukan penentu tahap keimanan, sebaliknya amalan yang dilakukan olehnya.

Tiada boleh menetak jati, Papan di Jawa dibelah-belah;

Tiada boleh kehendak hati, Kita di bawah perintah Allah.

Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah -Nya. Tema

Agama merupakan perisai kepada sesorang daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Persoalan

Pembalasan Tuhan di hari akhi rat kelak. Hari akhirat yang merupakan tempat yang kekal abadi. Kelemahan manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kepentingan melakukan amal ibadat kepada Allah. Amalan yang menentukan tahap keimanan seseorang. Ketaatan akan setiap perintah Allah.

Bentuk

Terdiri daripada enam rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata. Rima akhir seti ap rangkap abab . Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur bunyi

Asonasi - Contohnya, Tumbuh di pusara paduka tuan (pengulangan vokal u ) Aliterasi - Contohnya, Ketiga asam si riang -riang (pengulangan konsonan g ) Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun.
Contohnya, Kemuning / daunnya lampai, Tumbuh di pusara / paduka tuan; Di atas dunia / kau tak sampai, Di dalam syurga / bernantian.

Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab.
Contohnya, Halia ini tanam-tanaman, [ a ], Di barat saja akan tumbuhnya; [ b ], Dunia ini pinjam-pinjaman, [ a ], Akhirat juga akan sungguhnya. [ b ].

Gaya bahasa

Imej alam - kemuning, halia, teritip, asam kandis, asam gelugur, padi. Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pada awal baris).
Contohnya, Di atas dunia kau tak sampai, Di dalam syurga bernantian.

Nilai

Keinsafan Ketakwaan Keimanan Kapatuhan

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa mengingati hari pembalasan Tuhan. Kita hendaklah mengawal diri agar tidak melakukan kemungkaran. Kita hendaklah menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan. Kita hendaklah rajin beribadat kepada Tuhan.

Sajak Laut (KOMSAS Tingkatan 2)


Laut ini begitu biru laut ini begitu luas laut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hati laut ini membuatku bahagia laut ini begitu tenang begitu kaya.

Kulihat pasir putih kulihat kerang kurasakan ombak menyapa kaki angin pantai membelai. Seorang nelayan jauh di sana berdiri di atas perahu kecil menebarkan jala mencari ikan untuk keluarga.

Burung-burung laut menari-nari di sana mengepak-ngepakkan sayapnya begitu gembira mereka bernyanyi bagai berlumba dengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberang di seberang laut biru ini bagai malu-malu ia mengintip namun dengan setia memberi sinarnya.

Hai, laut biru hari ini juga aku nyatakan kau adalah saudaraku!

Perbincangan

Laut menyimpan khazanah yang amat berharga kepada kehidupan makhluk seisi alam. Sebahagian besar penduduk bergantung kepada lau sebagai sumber memperoleh tangkapan ikan. Sajak Laut yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius pada muka surat 26 - 27 menggambarkan kekaguman penyajak (Ismail Sharif) terhadap keindahan laut dan persekitarannya, serta kehidupan nelayan dan burung laut.

Maksud Sajak

Laut ini begitu biru laut ini begitu luas laut ini begitu indah.

Penyajak menggambarkan laut yang begitu biru, luas dan indah.

Betapa bahagianya hati laut ini membuatku bahagia laut ini begitu tenang begitu kaya.

Penyajak melafazkan betapa laut telah membuatkan hatinya begitu bahagia. Laut juga begitu tenang dan kaya (dengan pesona).

Kulihat pasir putih kulihat kerang kurasakan ombak menyapa kaki angin pantai membelai.

Penyajak melihat pasir putih dan juga kerang. Ombak singgah di kaki penyajak, manakala angin pantai membelai diri penyajak.

Seorang nelayan jauh di sana

berdiri di atas perahu kecil menebarkan jala mencari ikan untuk keluarga.

Penyajak melihat seorang nelayan di kejauhan berdiri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala. Dia menangkap ikan untuk menyara keluarga.

Burung-burung laut menari-nari di sana mengepak-ngepakkan sayapnya begitu gembira mereka bernyanyi bagai berlumba dengan nyanyian ombak.

Gelagat burung-burung laut turut menarik perhatian penyajak. Burung laut mengepakkan sayap sambil berkicau riang. Kicauan burung laut senada dengan deruan ombak.

Setengah matahari kulihat di seberang di seberang laut biru ini bagai malu-malu ia mengintip namun dengan setia memberi sinarnya.

Matahari berbentuk separuh bulat kelihatan muncul di seberang laut yang membiru. Matahari tetap dengan fungsinya memberikan sinaran.

Hai, laut biru hari ini juga aku nyatakan

kau adalah saudaraku!

Akhirnya penyajak menyatakan pengakuan bahawa dirinya dan laut biru adalah bersaudara. Maksudnya, penyajak merasakan dirinya telah benar-benar sebati dan begitu menyayangi laut biru itu.

Tema Keindahan laut dan persekitarannya yang menyumbang terhadap kehidupan makhluk lain.

Persoalan

1 Keindahan alam yang membahagiakan manusia

2 Pergantungan kaum nelayan terhadap laut

3 Kehidupan fauna yang serasi dengan persekitaran laut

4 Pemandangan matahari menyinari hidupan laut

5 Perasaan cintakan alam sekitar

Bentuk 1. 2. 3. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. Rima akhir adalah bebas. Jumlah baris serangkap bebas.

Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 4 baris dan sebagainya. 4. 5. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.

Gaya Bahasa 1. Anafora

Contoh: Laut ini begitu biru Laut ini begitu luas Laut ini begitu indah 2. Personifikasi Contoh: Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki. 3. Sinkope Contoh: membuatku bahagia. 4. Simile Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba 5. Asonansi Contoh: Betapa bahagianya hati. 6. Aliterasi Contoh: dengan nyanyian ombak.

Nada Sajak ini bernada romantis.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan. 2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga. 3. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

Nilai 1. Nilai kesyukuran

Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita. 2. Nilai kegigihan Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

SAJAK "PERSAHABATAN" KOMSAS TINGKATAN 2

Rangkap I menggambarkan kanak-kanak perempuan Melayu, rangkap II kanak-kanak perempuan Cina, dan rangkap III kanak-kanak perempuan India. Pengenalan keturunan setiap kanak-kanak perempuan itu digambarkan menerusi pakaian tradisi kaum yang mereka pakai. Rangkap IV ialah pandangan penyajak tentang dunia kanak-kanak yang tidak menghiraukan segala perbezaan sesama mereka untuk membentuk perpaduan. Ulasan rangkap demi rangkap Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana.

Kanak-kanak perempuan Melayu dapat dikenal pasti menerusi pakaian baju kurung, selain gadis cilik itu memiliki lesung pipit (garis yang terbentuk di pipi apabila tersenyum), serta alis matanya lentik. Pada mulanya si kanak-kanak perempuan Melayu itu bermain sendirian (keseorangan). Sebagai kanak-kanak, hanya gambaran kegembiraan yang menghiasi riak wajahnya, bibirnya yang menguntum senyum penuh ceria, dan dia ketawa berderai-derai (melantunkan ketawanya bersahaja) memecah suasana (menarik perhatian orang lain - kanak-kanak lain dan pemuisi).

II
Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan.

Kanak-kanak perempuan Cina pula menyarung ceongsam, pakaian tradisi kaumnya. Rambutnya dirias bertocang dua, di samping bergincu pipi. Si gadis cilik Cina kemudian menyertai si gadis cilik Melayu bermain dengan bebas riang tanpa halangan. Mereka sama-sama bertegur sapa, senyum, ketawa manja, berwajah riang dan bermain alang-kepalang (hingga puas).

III

Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan.

Kanak-kanak perempuan India mengenakan pakaian tradisi sari dan bergelang kaki, selain bertindik hidung bagi menaikkan seri wajah. Pada mulanya dia hanya melihat sahaja kanak-kanak perempuan Melayu dan Cina bermain dan tertawa bersama-sama. Akhirnya, dia tidak dapat menahan diri untuk turut serta berkongsi kemesraan sebagai tanda semangat berjiran.

IV
Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti!

Begitulah keistimewaan kanak-kanak walaupun berlainan agama dan berlainan bangsa, mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra. Adat dan budaya yang berbeza bukanlah penghalang untuk mereka menjadi akrab dan memupuk perpaduan. Tanpa perasaan curiga atau prasangka, mereka bersatu hati membentuk jati diri menuju wawasan yang sebenar.

Elemen komsas dalam sajak

Nilai:

1 Perpaduan kaum

2 Menghargai tradisi

3 Semangat kejiranan 4 Hormat-menghormati / bersangka baik 5 Kemesraan

Persoalan: 1 Perpaduan antara kaum (dalam kalangan kanak-kanak) 2 Pergaulan mesra antara kanak-kanak berlainan kaum / agama 3 Kecintaan terhadap pakaian tradisi kaum 4 Dunia kanak-kanak yang riang gembira tanpa curiga / prasangka 5 Pemupukan perpaduan dalam kalangan kanak-kanak 6 Permainan sebagai cara memupuk perpaduan Pengajaran:

1 Kita hendaklah mengutamakan perpaduan 2 Kita hendaklah mencintai pakaian tradisi kaum masing-masing 3 Kita hendaklah menjauhi perasaan curiga / prasangka 4 Kita hendaklah mencontohi persahabatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berlainan agama / bangsa 5 Kita hendaklah menggalakkan permainan yang memupuk perpaduan kaum

Analisis Sajak Hari Guru


MAKSUD

Maksud Rangkap 1: Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Maksud Rangkap 2: Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan. Maksud Rangkap 3: Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka. TEMA Tema sajak ini ialah penghargaan terhadap guru melalui sambutan hari guru.

PERSOALAN 1. Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa. 2. Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. 3. Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul. 4. Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai. GAYA BAHASA 1. Personifikasi adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2) 2. Metafora apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4) tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8) 3. Anafora ada bunga dikalung ada puji dilafazkan ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3) 4. Asonansi adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)

Pengulangan vokal a 5. Aliterasi masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5) pengulangan konsonan k. BENTUK SAJAK

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. 2. Rima akhir bebas. 3. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata. 4. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata. 5. Jumlah baris serangkap adalah bebas Contohnya : (Rangkap 1 ada sembilan baris, Rangkap 2 ada sepuluh baris dan Rangkap 3 ada tujuh baris).

NADA Nada sajak ini ialah Patriotik.

NILAI

1. Nilai amanah Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

2. Nilai tanggungjawab Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa. 3. Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.

Nilai kesedaran

Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar.

PENGAJARAN

Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita- hari guru merupakan salah satu cara untuk menghargai guru. Para guru hendaklah sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka iaitu mendidik pelajar. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita- Jasa guru hendaklah sentiasa kita kenang.

SAJAK BURUNG-BURUNG PAGI


Komsas Tingkatan 2: Sajak Burung-burung Pagi

Kau telah bangun Mengirai sayapmu Entah siul berapa kau nyanyikan Membuka mataku

Aku bangun Masih kuap sekali di pintu Dan setompok cahaya matahari di dadaku Kerjaku sudah menanti

Kulihat kau mematuk pasir pertama Melintas kota tandus dari pepohon Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu Atau secebis roti busuk Dan remah anak-anak sekolah Rezekimu Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Tapi kau yang hanya Sejemput daging Begitu yakin dengan Sayapmu yang kecil

Maksud Sajak Rangkap 1 Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.

Rangkap 2 Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

Rangkap 3 Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.

Rangkap 4 Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.

Tema Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.

Persoalan 1.Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.

2.Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.

3.Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki di kota tersebut.

Bentuk 1.Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. 2.Rima akhir bebas. 3.Jumlah baris bebas. Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 7 baris 4.Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.

5.Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.

Gaya Bahasa 1.Kata ganda Apakah ada ulat-ulat lemah bagimu (Rangkap 3, baris 3)

2.Sinkope: Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)

3.Asonansi: Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5) Pengulangan vokal a

4.Aliterasi membuka mataku (Rangkap 1, baris 4)

Nada Sajak ini bernada sinis

Nilai 1. Nilai keprihatinan Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.

2. Nilai kegigihan Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

3. Nilai keyakinan Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.

Pengajaran 1.Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

2.Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

3.Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.

Sajak: Ketenangan
Sajak: KETENANGAN ( Nor Rasidah Mohd ) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM ) Aku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangan cabaran yang menghalang air mataku menitis jiwaku meraba hatiku terseksa mencari ketenangan jiwa. Penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam dirinya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan kesusahan. Ketenangan kini kutemuimu suasana sepi menjadi riang suasana gelap menjadi terang. Penyajak telah menemui ketenangan yang dicari-cari sehingga kesepian yang dialami selama ini diganti dengan kegembiraan dan sesuatu yang kabur menjadi jelas. Kini kusedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangan kekayaan dan kemewahan. Kini penyajak sedar bahawa setiap ketenangan dalam diri seseorang bukan diperoleh dengan cara mencapai kekayaan dan kemewahan hidup. Berilmu dan beriman di situ ia datang menjadi jiwaku tenteram apabila aku mendekati-Nya. Penyajak menjelaskan bahawa ketenangan sebenarnya dapat dicapai dengan cara memantapkan ilmu dalam diri dan menguatkan keimanan terhadap tuhan. Keadaan ini menjadikan jiwa penyajak tenang apabila mengamalkan kedua-dua perkara tersebut. Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam hidup Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya. Persoalan: 1. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan - Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai dugaan. 2. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan hidup. 3. Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup seseorang. 4. Persoalan menuntut ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi mencapai ketenangan. Bentuk: 1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. 2. Rima akhir adalah bebas. 3. Jumlah baris serangkap bebas

Contoh: Rangkap 1 - tujuh baris, Rangkap 2 - empat baris dan sebagainya.

4. Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata. 5. Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata. Gaya Bahasa: 1. Anafora Suasana sepi menjadi riang Suasana gelap menjadi tenang ( R 2 b3 dan 4 )

2. Sinkope Kini kutemuimu ( R2 b2 )

3. Asonansi Kekayaan atau kemewahan ( R3 b5 ) Pengulangan vokal 'a'

4. Aliterasi Nada: Nada sajak ini ialah romantis. Nilai: 1. Nilai kegigihan. Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri. Tanpa menghiraukan rintangan ( R1 b2 ) Pengulangan konsonan 'n'

2. Nilai ketabahan. Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam usaha mencari ketenangan dalam diri. Pengajaran: 1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan - penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidup. 2. Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapatkan ketenangan - penyajak berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan keimanan kepada tuhan. 3. Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala keinginan kita - ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup. 4. Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.

Prosa Tradisional (Hikayat Opu Daeng Menambun) Sinopsis Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima. Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan

Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah. Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak. Tema Kepahlawanan Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu. Persoalan 1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan 2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. 3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan. Watak dan Perwatakan

1. Upu Daeng Menambun : anak raja mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak. berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau dilantik menjadi raja di Mempawah

2. Daeng Perani : saudara yang tertua antara lima bersaudara beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

3. Daeng Kemasi : beristerikan anak Raja Mempawah dilantik menjadi raja di Sambas

4. Daeng Chelak : dilantik menjadi raja di Riau

berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

5. Daeng Merewah : menjadi Yang Amtuan Muda di Riau berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung Latar Masyarakat 1. Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja . 2. Masyarakat Istana Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja. Latar Tempat 1. Riau Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak. 2. Siak Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak. 3. Negeri Matan Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. Latar Masa 1. Tujuh hari tujuh malam Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. 2. Hari Jumaat Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar. Gaya Bahasa

1. Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang 2. Bahasa pinjaman bahasa Arab Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Taala, tulisan jawi, Rahmatullah Taala 3. Kata ganda Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul Nilai 1. Nilai keberanian Contoh:Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Nilai tolong-menolong Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

3. Nilai menepati janji Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta. 4. Nilaii bekerjasama Contoh: Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun. 3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha.

cerpen anak penggunting rambut


Sinopsis Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakanrakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.

Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak. Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi. Tema Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya. Persoalan 1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya. 2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak. Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah. 3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia. 4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar. Plot Permulaan Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

Perkembangan Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja. Klimaks Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu Peleraian Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia. Teknik Penceritaan Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. 1. Dialog Contoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini? 2. Imbas kembali Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis. 3. Monolog Dalaman Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu. Watak dan Perwatakan Ayah Sudah berusia lewat 60-an. Seorang bapa tunggal. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri. Manisah (Manis)

Memiliki raut wajah yang comel. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek. Latar Masa Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis. Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia. Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah. Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA. Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Tadika Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut. Asrama Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah. Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia. Masyarakat Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya. Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya. Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung. Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah

Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha. Gaya Bahasa 1. Sinkope Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis. 2. Kata Ganda Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal, 3. Simile Contoh: Seperti Busut Hitam 4. Personifikasi Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri Nilai 1. Nilai keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru. 2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya. 3. Nilai semangat bermasyarakat Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah. 4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa. 5. Nilai kerajinan Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah

lebih awal. 2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia. 3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek. 4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

"WARKAH DARIPADA IBU" CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2


Pengenalan Rohani Deraman berjaya menimbulkan teka-teki di benak pembaca akan sebab-musabab ibu bapa Mira menghantar menghantar Mira, Aidil dan Manja tiga beradik tinggal bersama datuk nenek di kampung dan bersekolah di sana. Mulanya pembaca mungkin menyangka bahawa berlaku krisis rumah tangga yang cuba disembunyikan. Namun, surat panjang lebar si ibu di tangan Mira telah menemukan noktah teka-teki itu.

Cerpen bertemakan keprihatinan ibu bapa terhadap proses pendidikan anak remaja mereka. Ibu bapa Mira yang sentiasa sibuk bekerja menyedari bahawa anak-anak mereka di bandar sentiasa terdedah kepada pengaruh yang sukar dikawal. Memandangkan ibu Mira ialah anak tunggal datuk dan nenek, kehadiran mereka tiga beradik tidak akan membebankan, bahkan disambut dengan senang hati.

Sinopsis Sebaik menerima warkah ibu setelah setahun di kampung, Mira mula mengimbas kembali detikdetik dia dan dua adiknya berpisah daripada ibu bapa dan rumah di bandar. Awalnya ibu hanya memberi alasan bahawa dirinya dan bapa terpaksa bekerja keras untuk masa depan Mira tiga beradik. Sukar buat Mira melalui pengorbanan itu sedangkan sejak dilahirkan dia tidak pernah renggang dengan ibu bapanya. Pada malam pertama di kampung Mira sukar melelapkan mata sebagaimana Aidil dan Maja. Perubahan pertama Mira ialah disuruh memakai tudung untuk ke kedai berhampiran. Setiba di kedai Pak Uda Usop, Mira diperkenalkan dengan Suzana, bakal rakan sekelas Mira. Seterusnya Mira rapat dengan Rohaya, Jamila dan Rokiah yang cepat mesra serta tekun belajar. Persekitaran pembelajaran di kampung mula menambat hati Mira.

Antara kandungan surat ibu Mira: 1 menegaskan masa depan Mira lebih diutamakan walaupun bermakna harus mengorbankan perasaan (tertikam dengan sembilu rindu yang tidak tertahan peritnya) 2 Mira masih mentah untuk membuat pertimbangan tentang persekitaran bandar yang sarat dengan gejala sosial 3 mahu suasana kampung yang masih bercirikan pendidikan agama membentuk keperibadian Mira supaya menjadi anak solehah 4 mahu Mira menghargai suasana sederhana dan bersa belas terhadap kesusahan hidup masyarakat kampung 5 menghamburkan rasa syukur atas perubahan positif Mira, Aidil dan Manja dari segi pencapaian akademik dan tingkah laku

Mira hanya mampu mengalirkan air mata terharu... Analisis Komsas Watak utama: Mira Perwatakan: penyayang, mudah tersentuh (perasa, sensitif), menghormati orang tua, patuh kepada ibu bapa Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah menengah, masyarakat remaja perempuan, masyarakat bandar, masyarakat yang penyayang / mudah tersentuh / menghormati orang tua / patuh Nilai: kasih sayang, kepatuhan / ketaatan / hormat-menghormati Persoalan: kasih sayang terhadap keluarga, kepatuhan kepada orang tua Pengajaran: kita hendaklah mengasihi seisi keluarga, kita hendaklah patuh kepada orang tua Watak sampingan 1: ibu Mira Perwatakan: bijaksana, berpandangan jauh, penyayang, tegas Nilai: kebijaksanaan, ketegasan, kasih sayang Persoalan: ketegasan dalam membuat keputusan Watak sampingan 2: nenek Mira Perwatakan: penyayang, taat, berpendirian teguh Nilai: Kasih sayang, ketaatan, teguh pendirian Persoalan: ketaatan terhadap perintah agama

CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR)

BUNGA CAPA RENGAT

PERSOALAN 1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su. 4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya. BINAAN PLOT Permulaan Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara Aku. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani Aku dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung. Perkembangan Pada sebelah petang, Aku merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak Aku bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

Klimaks Keesokan paginya, Aku dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. Aku berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung. Peleraian Aku pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung. WATAK DAN PERWATAKAN Aku Seorang anak remaja Menghargai alam sekitar Proaktif dan cergas Mempunyai pandangan bernas Berfikiran positif Ibu Pertengahan usia Tegas dengan pendirian Sikap terburu-buru membuat keputusan Prihatin terhadap orang lain Berperilaku mesra Su Budak perempuan awal remaja Bersikap periang Aktif dan cergas Bijak mengolah keadaan Taat kepada ibu Pakcik Kinto Bapa saudara Aku Mahir selok-belok di kampung Mempunyai kemahiran menembak Ikhlas melayani tetamu

Melaksanakan urusan dengan cekap LATAR MASA Pagi Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung. Petang Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Malam Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budakbudak kampung. Tempat Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto tempat Pak Cik Kinto membawa Aku bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Paya tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya. Rumah Pak Cik Kinto tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung. Masyarakat 1. Masyarakat bandar Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung. 2. Masyarakat kampung Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu. 3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat. 4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat. 5. Masyarakat yang suka berburu Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan. GAYA BAHASA 1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik 2. Anafora Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian? 3. Inversi (Keterbalikan ayat)

Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunungganang dan padang belukarnya yang subur itu. 4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu. 5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. 6. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas NILAI 1. Nilai keberanian Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam. 2. Nilai hemah tinggi Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa. 3. Nilai kerajinan Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki. 4. Nilai kerjasama Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan. 2. Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya. 3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya. 4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.

You might also like