P. 1
Punca Kecacatan Dan Pencegahan

Punca Kecacatan Dan Pencegahan

4.5

|Views: 28,210|Likes:
Published by begpack

More info:

Published by: begpack on Jul 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/31/2015

pdf

text

original

PUNCA KECACATAN DAN PENCEGAHAN

1- Peringkat Prenatal ( sebelum kelahiran bayi) 2- Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi) 3- Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi) Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.

1- Peringkat Prenatal a. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan ) b. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit) c. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.) d. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein. e. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. f. Cubaan menggugurkan kandungan g. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental

2- Peringkat Perinatal Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat a. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. b. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 2134 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. c. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu. d. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran e. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat. f. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental. 3- Peringkat Posnatal/ pasca natal Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. a. Penyakit• Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. • Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku. b. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan

saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. c. Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.

CARA MENGATASI
a) Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan b) Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran c) Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di peringkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk d) Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit. e) Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran. f) Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri mereka. g) Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka. h) Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala. • permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan. • pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila membawa mereka bersiar-siar.

IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN  Kenalpasti kecacatan mereka secara mendalam dan rancang bentuk pe ndidikan yang hendak diberi

 

Rancangan pendidikan individu dimana kita dapat menyenaraikan apakah keperluan mereka seterusnya merancang objektif objektif yang patut mereka boleh capai Ditempatkan di sekolah pendidikan khas dimana terdapat P nP yang bersesuaian mengikut tahap kekurangan keupayaan murid Pelajar yang kurang upaya memerlukan kurikulum khas yang bersesuaian dengan tahap kognitif/ kecerdasan mereka

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
• FPK mempunyai matlamat yang sama dan FPN tidak meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kepada kanakkanak dengan keperluan khas agar dapar berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang ,

menguruskan kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. FPK berteraskan kepada 3 axion ( kebenaran atau prinsip) utama  perkembangan individu yang menyeluruh  kepatuhan kepada agama dan Negara  pembentukan masyarakat yang berdisplin dan bersepadu. FPK menjelaskan bahawa :  setiap kanak-kanak istimewa mempunyai hak terhadap penerimaan pendidikan  perbezaan-perbezaan ilmu yang luas, wujud antara kanakkanak dalam setiap bidang keistimewaan  tapisan pengenalpastian dan penempatan awal dan program pendidikan khas di perlukan  pendekatan multidispilin yang melibatkan pakar-pakar pendidik, perubatan, sosiologi, dan psikologi  kurikulum dan bahan-bahan khas diperlukan  pendidikan khas harus menjadi bahagian yang melengkapkan dalam program pendidikan yang menyeluruh  pemerhatian terhadap kanak-kanak yang meninggalkan program pendidikan khas serta khidmat penempatan amat diperlukan  program pendidikan khas diperkukuhkan lagi melalui pentaksiran berkali-kali tentangnya daripada pendidik, ibubapa, dan orang ramai

APA ITU PENDIDIKAN KHAS
• • • Program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

• •

Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( hallahan & kaufman 2000) Mengikut Heward (2000) pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah @ masyarakat.

PK SEBAGAI PENGAJARAN
• • • • Siapa ( yang menerima pengajaran dan yang memberi pengajaran) Apa yang diajar ( kurikulum khas tambahan) Bagaimana ( kaedah dan bahan pengajaran ) Dimana ( penempatan )

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam cirri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal( 4) dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.

PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PK
• DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan – keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.

Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal. AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan PK di Malaysia. Tanggungjawab kementerian tertentu :  Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanakkanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh didik.  Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik  Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko  Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996

JENIS-JENIS SEKOLAH PK
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) melaksanakan pendidikan khas melalui 2 pendekatan : 1- Sekolah Pendidikan Khas – murid bermasalah penglihatan dan pendengaran 2- Program Pendidikan Khas Intergrasi – untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/

vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inclusive

BADAN-BADAN KERAJAAN (NGO) yang terlibat dengan Pk
1- Persatuan Kanak-kanak Spastik – menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan akal diantara umur 2 hingga 16 tahun. 2- Pusat Bimbingan Sinaran Matahari – mengajar kanak-kanak bekeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran social 3- Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa – terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak6 hingga 16 tahun. 4- Yayasan Sindrom Down Kiwanis – komited kepada kebajikan kanak-kanak Sindrom Down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak dibawah usia 6 tahun

KANAK-KANAK KHAS
• • • • • • • • • Kerencatan mental / akal tiada keupayaan dalam pembelajaran masalah tingkahlaku gangguan komunikasi kecacatan penglihatan kecacatan pendengaran kecacatan fizikal dan kesihatan kecacatan teruk pintar cerdas dan berbakat

KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
• • • • • • • • audiologi intervensi awal jurupulih cara kerja jurupulih fizikal terapi pertuturan dan bahasa psikologi persatuan ibu bapa rakan sebaya

• • •

pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) komuniti kaunselor

Kanak-kanak khas hendaklah diberi pengajaran terancang supaya mereka boleh : 1- mengalami kejayaan dan rasa diterima serta boleh mengembangkan nilai diri 2- membentuk sikap menghormati dan bertoleransi 3- meminati pelajaran sebagai proses seumur hidup 4- mendapatkan dan menggunakan serta menguasai kemahiran berkomunikasi 5- kemahiran komputrasi 6- memperkembangkan daya berfikir dan kreatif 7- memperoleh pengetahuan kemahiran asas supaya boleh berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang kompleks 8- boleh memperkembangkan kebolehan untuk menampung kehendak dan penambahan dalam masyarakat

PROSES PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Urutan langkah-langkah utama proses pendidikan khas di Malaysia Carta alir : merujuk untuk penilaian

penilaian dijalankan oleh pegawai perubatan

X

pegawai perubatan menentukan penempatan berdasarkan kategori ketidakupayaan pelajar

program JKM

program KPM

melaksanakan pendidikan khas   RPI penilaian oleh guru pendidikan khas selepas 3bulan

kekal dalam program pendidikan khas KPM

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pengajaran melalui Perakuan 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa

kepada 1 penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut “ dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap Pendidikan khas cacat. Adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan” Sejarah Pendidikan khas yang berkembang sejak beberapa zaman telah mengambarkan tentang perubahan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: 1- Pada zaman Tamadun Yunani dan Rom - Terencat akal, pekak, gila, buta, dan cacat, anggota menjadi bahan ejekan, cemuhan dan gurauan. Ibu bapa harus mencampakkan anak-anak dari tempat yang tinggi untuk elak dari diejek dan dianggap sial. 2- Pra zaman Kristian - Orang yang cacat diabaikan atau disalah lakukan, orangorang cacat dianggap bodoh ( fools) dikuasai syaitan yang merasuk akal fikiran 3- Zaman Kristian - pada zaman orang cacat disayangi dan dilindungi 4- Zaman Pertengahan - di zaman Eropah ( 500-1500 masihi) pada zaman ini orang cacat menjadi bahan ejekan golongan bangsawan 5- Pada abad ke 18 hingga ke 19 - Pada zaman ini beberapa institusi ditubuhkan bagi memperuntukkan kemudahan-kemudahan PK 6- Pada zaman bermula dari tahun 1950 an - pada zaman ini usaha dijalankan bagi mengintegrasikan orang-orang cacat ke dalam masyarakat Perundangan Pendidikan Khas ( Pendidikan Khas di luar Negara) • Di Malaysia kepesatan pembangunan PK bermula apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975

• •

diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara ini telah mendahului Negara kita lebih 20tahun Pada 29 November 1975 Kongres ( parlimen) Amerika Syarikat telah meluluskan Public Law 94 – 142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk semua kanak-kanak cacat ( Education for All Handicapped Children Act ) iaitu undang-undang yang menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3-21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-undang ini memberi kuasa melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang inikanak-kanak kurang upaya dibenarkan belajar bersama-sama kanak-kanak normal@ biasa. Bagaimanapun sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampau dan didapati tidak akan maju akan ditempatkan dikelas khas. Pada tahun 1996, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia dipanggil Akta Pendidikan Individu kurang upaya ( Individual with disabilities Education Act, Public Law 94-47) atau lebih dikenali sebagai IDEA Antara penekananya ialah :  penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak bekeperluan khas  pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran tang tidak menghalang mereka untuk berkembang ( Educate Children in the Least Restrictive Enviroment)  kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Pendidikan kanak-kanak khas hendaklah mengambilkira cirri-ciri yang ada pada mereka mengikut kesesuaian kecacatan dan kekurangan mereka.  penglibatan ibubapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan kepada setiap murid.  penyediaan Rancangan Pendidikan Individu @ RPI bagi setiap murid khas  mengenalpasti kanak-kanak khas  dwiproses ( hak ibubapa untuk menyuarakan pendapat atau pandanagan )  kerahsiaan

Laporan Warnock Report • • Diasaskan oleh Baroness Warnock pada tahun 1974 Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak cacat Warnock ditubuhkan bertujuan mengkaji semula pendididkan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain Cadangan yang dikemukakan dalam Akta pendidikan tahun berikutnya Laporan ini menekanakan kepada konsep percampuran diantara kanakkanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai Integrasi @ inclusive. Konsep ini menekankan bahawa kanakkanak khas perlu belajar di sekolah harian dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa.

• • •

Implikasi kepada pendidikan • • Kenalpasti kecacatan mereka secara mendalam dan rancang bentuk pendidikan yang hendak diberi Rancangan Pengajaran Individu ( RPI) dimana kita dapat menyenaraikan apakah keperluan mereka seterusnya merancang objektif jangka panjang yang patut mereka capai Ditempatkan di sekolah khas dimana terdapat P n P yang bersesuaian dengan tahap kekuranagn keupayaan mereka. Pelajar-pelajar kurang upaya memerlukan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kognitif atau kecerdasan mereka

• •

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->